Tuesday, March 31, 2015

Ilham Nasi Kukus Ayam Goreng Rempah herba


Kalini kami mkn Nasi Kukus plak.
Dekat Mutiara Damansara dan
berdepan je ngan Ana Patin House.
Restoran Ilham Nasi Kukus.



Sampai kedai dekat kul 12tghari,
itu pun ramai dah beratur.
Tp masih byk meja kosong.
Lepas 12-15minit,
terus penuh kedai.



Tu dia nasi kukus
dgn ayam goreng rempah herba.
Penuh cili api atas tu,
sambil makan ngan panas dan berpeluh2 haha
Sedap okey!



Semua ngadap makanan ngan kusyuk,
kelaparan.



Kecuali Aliah,
taktau kenapa masa dlm kereta,
dia ngadu sakit perut.
Pastu tido dlm kete.
Masa dlm kedai katanya sakit sikit je,
ai suh dia baring atas peha,
tau2 tido dah huhu



Habis makan kami ke One Utama,
nak gi MPH beli buku.
Pastu lepak baby room sbb Zaf nak solat.
Budak2 ni mengadap buku baru masing2.
Kebetulan kat tv pasang katun Frozen.
So behave la dorang bertiga.



Minum petang kat Aunty Anne's
Zaf beli eskrem skali.
Mmg dia tak bagi ai diet sungguh.
hihihih



Oh yer, pasal nasi kukus tu.
Kalau nak tau lebih details.
Gi la kat FB search Ilham Nasi Kukus :)

Monday, March 30, 2015

Hari Rabu Lepas


Hari Rabu lepas
Aliah eksaited nak gi trip.
Ni second trip Genius Auladnya.
First trip dia pegi masjid Shah Alam.
Trip kalini pegi Taman Botani Shah Alam.
Tema berkenaan Loving Animal.



Amik dia kat skolah kul 3.30ptg.
Masuk2 dlm kereta.
Bersemangat cerita apa dia buat kat sana.
Mummy, I saw parrots,
he can talk "Hello!"
Then i saw peacock Mummy.
It has biggggg tail,
very beautiful.
Blue color bla bla bla
byk la dia bercerita.
Seronok dengar okay.
Memang dia betul2 happy hihihi

Dalam kereta ai terus gi Giant,
jalan2 n makan petang.
Makan kat Noodle Station.



Dapat gak dia Vanilla Milkshake.
Masa order tu,
waiter ckp takde dah habis.
Tp bila dia tgk muka Aliah sedih,
tetiba mamat tu ckp bole la satu.
Wah rezeki Aliah hihi



Kami bertiga share makan fish ball soup.



Habis makan masuk supermarket jap.
Skali terserempak ngan Mak Tok & TokAbah.
Adik ai Hana & Aira pun ada skali.
Tok Abah dia cakap,
harini dia nak amik Zara kat skolah,
wah ai bole balik umah berehat jap hihi
Dah shopping sket,
Aira nak ikut balik.
Bgtau mummynya 10x "nak ikut MakYong". :)

Bawak la dia ikut skali,
memandangkan nanti MakTok Tok Abah pun
nak dtg umah pas amik Zara.



Dok bayangkan kalau ada kembar.
Kembar boy girl.
Bestkan..dan pasti huru hara hahaha



Friday, March 27, 2015

Dating ngan Bff


Lama giler tak kuar ngan kawan2.
Last makan2 ngan kawan masa new year.
Tapi kali ni dating ngan Nani je.
Yang lain ada hal xdpt dtg.



Citernya Jumaat lepas,
kami dinner kat The Curve. :)
Ai bawak Ariq je.
Akak2 dia tinggalkan kat umah MakTok.
Ai tenang sket nak berborak hehe



Mak buyong makan nasi lemak.



Ai makan mee sup je.
Bole share ngan Ariq.



Rojak buah. Sedapppp!!



Makan2 ngan Nani sblom dia bersalin.
Tak sabar nak tgk anaknya,
lama mummy tunggu okay.
7-8 tahun ek tak silap.
Lupa dah.
Moga diberikan anak yg comel,
sihat dan cukup sifatnya.
Dan jua dipermudahkan proses bersalin kelak. :)

Thursday, March 26, 2015

Toys"R"Us Members Clearance Sale


Pada hari Sabtu lepas, kami pergi The Summit USJ. Tengah berjalan dalam mall itu ternampak ToysRUs sedang buat members sale. Memandangkan hadiah birthday untuk Zahra tak beli lagi, teruslah enZaf ajak masuk dalam ToysRUs itu :)



Banyak juga diskaun dalam tu, tak silap ai paling banyak 70%. Sales yang dibuat ini bukan sekadar toys sahaja malah ada barang-barang lain juga seperti baby cot, stroller, car seat dan pakaian. Berbaloi pada sesiapa yang sedang mencari. Murah-murah juga harga selepas diskaun.



Anak-anak ini pula sampai dah rambang mata nak memilih. Bila dah banyak macam itu lah kan, jangan katakan budak, kita yang besar pun rambang mata dibuatnya. Anak-anak ni bila dah banyak sangat sampai tak tahu nak membeli apa hehehe.. Kebanyakkan mainan pun dilonggokkan menimbun jadi agak sukar anak-anak ini nak memilih. Terpaksalah Mummy korek sana sini tunjuk kat anak-anak kalau ada yang berkenan. Dalam banyak-banyak mainan itu akhirnya Zahra dan Aliah memilih My Little Pony.



Ariq pula memilih mainan Play Doh. Katanya nak buat kek. Nak jadi chef la tu hehe.. tapi sebelum tu dah berapa banyak mainan dia ambil letak ambil letak banyak kali. Sekejap nak itu sekejap nak ini hahaha.. Bukan main berkerut tengok kotak mainan tu ye Ariq :p



Masa nak membayar mainan anak-anak ini, boleh pula ai terlupa nak bawa member card. Mujurlah mamat cashier itu baik hati bagi juga buat bayaran, kalau tidak terpaksa letak semula mainan-mainan tu semua. Agaknya orang itu tengok muka anak-anak, terus tak sampai hati kotkan hehehe.. Terima kasih la ye encik Cashier. Kalau ToysRUs ada buat members sale, Star Card Member diperlukan. Tapi kalau kita beli toys diluar waktu members sales, kad tidak diperlukan. Hanya beri nombor kad pengenalan atau telefon sahaja. Purse ai pun dah penuh dengan macam-macam kad. Kembung dengan kad point je pun hahaha...

Friday, March 20, 2015

Ketulan Pada Breast (Breast Lump)


Sebenarnya dah sebulan lebih, ai ada ketulan kat breast sebelah kiri. Ketulan tu ada kat bahagian atas. Dalam kepala otak ni ai fikir mungkin saluran susu bengkak kot tapi tiada sakit. Cuba tuam bahagian ketulan tu, lepas tuam ada la rasa ketulan tu mengecil. Kalau 2-3 hari ai tak tuam rasa besar balik ketulan tu. Jadi minggu lepas sebelum ke Penang, ai decided pergi ke klinik untuk check sebab tak puas hati. Doktor suggestkan ke Damansara Specialist Hospital (DSH) untuk buat ultrasound dengan lebih details. Balik dari Penang, hari Isnin baru-baru ini, ai terus pergi DSH berjumpa dengan Dr. Naqiyah. Doktor ini merupakan Breast & Endocrinology Specialist. Sebelum berjumpa dengan doktor, ai perlu menjalani ultrasound dulu dalam X-ray Room. Masa ni jumpa dengan Dr. Nurhayati. Wah nama sama Dr. Nurhayati check patient Nurhayati hihi



Masa ni sedang menunggu kat Jabatan Pengimejan dan Diagnostik. Boleh tahan ramai juga orang. Agak lama juga menunggu dalam 1 jam.



Tak dapat ai nak ambil gambar masa ultrasound sebab Ariq pegang handphone. Oh pergi hospital ni Zaf dan Ariq je yang teman. Zahra dan Aliah kami hantar kat rumah Mak Tok. Senang sikit tiada kecoh dalam hospital nanti :) Masa buat ultrasound tu, Dr. Nurhayati cakap ketulan ni dipanggil Fibroadenoma. Ai ambil maksudnya dalam Google.

This is a benign (non-cancerous) breast lump that usually occurs in women under the age of 40. They occur as a result of excess growth of the glands and connective tissue in the breasts. They usually feel like round, firm, and rubbery lumps. They usually move slightly under the skin when they are pressed. They are not usually painful.

Sometimes they can disappear of their own accord or they can be removed. They tend to go after the menopause.


Breast lump ni ada banyak kategori. Boleh baca details kat sini [link] Dah selesai buat ultrasound, ai pergi bilik Dr. Naqiyah untuk berjumpa dengan dia pula. Sebelum doktor tengok hasil ultrasound tu, dia check keseluruhan breast jika ada ketulan-ketulan lain yang terlepas pandang. Selesai semua doktor terangkan tisu otot dan macam-macam lagi yang ada pada breast kita.



Lihat pada gambar yang bulat leper hitam itu la ketulan yang ada pada breast ai sebelah kiri.



Dr. Naqiyah tengah on the phone dengan Dr. Nurhayati. Berkongsi dan berbincang dalam bahasa doktor yang ai kurang faham berkenaan ketulan breast ai ni :) Kata Dr. Naqiyah, ketulan ni ada pada semua wanita. Ianya sama seperti cyst, membezakannya sama ada ianya membesar atau tidak. Dan ada 2 jenis ketulan terjadi dekat breast sama ada air atau solid. Kes ai ni ketulannya solid. Jadi bukan air susu yang membengkak atau sumbat. Dah terjawab persoalan ai awal-awal dulu ingatkan air susu. Tapi doktor kata ianya tidak merbahaya dan bukan lah cancer. Syukur Alhamdulillah.

Antara salah satu sebab ketulan ini boleh terjadi, bila kita nak datang period. Last period ai 6hb Januari habis period sampai sekarang ai tak period. Pregnant pun tidak, mungkin itulah salah satu sebab ketulan itu muncul. Cuma satu je Dr. Naqiyah tak berapa puas hati, ketulan ai kat x-ray tu kecil tapi bila dia pegang rasa besar. Jadi doktor decide lagi 6 minggu ai kena datang jumpa dia semula dan buat ultrasound dan mamogram skali. Nak check sama ada ketulan itu membesar atau tidak. Nak diikutkan yang ai tak perlu buat mamogram sebab mamogram ni sesuai bagi umur 40 tahun ke atas. Tetapi ada sesetengah kes boleh buat mamo ni, bergantung kepada keadaan. Ada sesetengah kes, bila buat ultrasound tak nampak kat mamo, ada pula buat mamo tak nampak kat ultrasound. Tak nampak tu mungkin dari bentuk ketulan atau otot yang lain la kot. Untuk mendapat kepastian doktor cadangkan buat 2-2 kaedah ini. Oh yer ai teringat doktor cakap bila umur kita dah masuk 40, otot pada breast kita menebal sebab itu kena pakai mamo. Harap-harap next appointment ketulan pada breast ai ni dah hilang. Mana la tahukan suatu keajaiban berlaku.



Jadi pada kawan-kawan, kalau ada rasa macam lain pada breast anda sama ada ketulan atau bengkak, cepat-cepat pergi check tau. kita tak tahu kita bakal hadapi. Tapi pada yang tiada ketul sekali pun boleh juga check, lagi bagus. Buat ultrasound pada kedua-dua breast kita. Kalau buat kat DSH ni harganya dalam RM120. Kat tempat lain maybe murah lagi. Tak semua hospital ada breast ultrasound ni. Kena call dulu tanya sebelum pergi. Tak silap ai kat PPUM pun ada.

Thursday, March 19, 2015

Cek dari Nuffnang


Cek ni dari bulan lepas
tak bankin2 lagi dlm akaun.
Punya la tak menyempat.
Bila cuti sekolah ni malas plak nak keluar.

Baru 2 kali weh cashout kat Nuffnang.
Nak cashout selalu bukannya byk duit pun haha
Kita hanya blogger picisan
tp syukur alhamdulillah dari takde ya tak.
THANK YOU NUFFNANG!



Duit ni pun datang dari uols gak
yg rajin menyinggah blog ni.
Terima kasih byk.

Jadi niat di hati nak bg
sikit souvenir tuk pembaca blogger.
Tapi tapi pada yg rajin komen la.
Sbb dia ada usaha lebih sikit bg komen,
so kita bagi pada dia.

Yang ada komen tp tak byk sori yer.
Kalau ada rezeki lebih
mana tau bole bagi kat semua org.

Kat blog ni takde org lain dah
yg selalu komen hihihi
Anna oi sila wasap aku tau.
Nak bagi hadiah kat ko ni :)

Wednesday, March 18, 2015

Nasi Goreng Ketam Juru


Sblom masuk highway nak balik KL,
abang ajak makan nasi goreng ketam kat Juru,
seyes xtau apa nama kg ni.
Perut dah lapar tau nak makan je.
On the way nak ke tempat ni,
cantik ada sawah padi,
yg anak2 teruja nampak binatang,
nak nak kerbau
pastu dgr ayam berkokok hahaha
anak2 bandar la kan :p

Sepanjang dlm kg ni,
ada 2-3 restoran nasi goreng ketam.
Tp kedai yg abg nak bawak tu tutup plak.
So makan je la kat kedai ni.



Walaupun cuaca panas,
tp best angin kuat.



First time makan nasi goreng ketam.
Dok bayangkan skali ngan ketam
rupanya ketam tu masak asing.



Dapat 1 ekor setengah ketam dlm tu.



Kuahnya rasa lebih kurang mcm
makan mee udang sblom tu.
Tp mee udang tu lagi sedap n manis.
Yang ni pun sedap gak
habis la sorang makan.

Habis makan singgah solat kat masjid dlm kg ni.
Masuk highway terus jem
5 jam setengah sampai kl.
Sekian.

Tuesday, March 17, 2015

Happy Birthday Qasrina Zahra!


Harini Zara dah berusia 7 tahun.
Wah besar dah anak dara ni.
Cam tak caya plak.



Seperti semua ibu2 yg lain,
pasti nak anak sentiasa cemerlang dunia akhirat.
Hari2 mummy berdoa supaya Zara juga
membesar dalam kehidupan yg baik
dirahmati dan diredhai oleh Allah S.W.T
Amin.

Monday, March 16, 2015

Mee Udang Sungai Dua


Jumaat lepas kami ke Penang.
Gerak pukul 8 lebih tunggu Zara habis sekolah.
Hari Sabtu ada kenduri kawin, cousin Zaf.
Sampai pukul 2 pagi.
Punya la byk kereta atas highway.
Tido kat Butterworth
Hotel Chariton dulu nama Ecotel.
2 bintang je hotel ni,
tp not bad, cantik bersih.
Jadila nak tido je pun kan.
Dekat nak pegi kat dewan kawin nanti.

Petang lepas kenduri tu,
alang2 pegi Sungai Dua.
Takde la awal dah lewat petang gak la.
Kul 6 lebih dah pun.
Gi pekena mee udang.
Tau la cuti sekolah,
merata2 ramai org.
Tak tau mana sedap.
Kita try makan kat Aziz Mee Pak Ngah.



Sementara menunggu mee udang sampai.
Order satay n sotong kangkung.



Suka sotong kangkung ni.
Kuahnya pedas2 manis.



Sampai dah mee udang.
Kuahnya sedap.



Elok makan waktu siang.
Bila dah malam,
ada serangga2 halus apa kat lampu.
Sebelahnya sawah padi.
Yang budak2 ni dah menjerit2
serangga tu terbang2
ingat nak gigit haha sabar je la.
Bukan apa,
nak makan tak bape selesa,
tau2 terbang masuk dlm air,
dlm kuah mee udang. ;)

Habis makan,
singgah umah tok kejap.
Lepak sana borak2.
Pastu balik hotel tido.

Friday, March 13, 2015

Ikan Bakar kat Port Klang


Sebelum keluar umah,
harusla amik gambar anak2.
Haish rasa cepat benor dorang ni besar.
Si kakak ni skang byk dah memudahkan mummy.
Byk buat sendiri dan bantu tgkkan adik2.



Memang suka posing gedik yg sorang ni.
Sukar dikawal sket sbb dia ni tak reti dok diam.
Yg byk menguji kesabaran ai ni la orgnya ;)



Yang ni plak susah nak bergambar,
xsuka pandang camera.
Kalau pandang tu cepat je toleh tempat lain,
nasib2 la kalau dpt snap dia tgh tgk.



Sampai muara dlm pukul 6.30petang.
Alhamdulillah cuaca elok,
xujan pun.



Time ni pun dah ramai orang.



Pas maghrib jgn tanya,
full house.. meja semua penuh.



Kalau makan ikan bakar,
kami suka makan dgn nasi lemak.
Jarang ngan nasi putih.
Nasi lemak sini sedap ok.



Kalau bab2 makan ikan bakar ni,
ai mmg serah kat Zaf je.
Apa dia order ai makan.

Malam tu dia order
lala masak pedas.



Udang goreng tepung.



Ikan kerapu masak 3 rasa.
Yang ni goreng garing,
garing2 ni mmg suka ratah camtu.



Dan dan feveret ai
terubuk bakar.
Ha yg ni mmg menguji kesabaran nak makan.
Byk tulang.
Ikannya sedap.. manis dan berlemak.



Kat luar kedai ada byk
jual2 mainan, tudung, aksesori ape ntah.
Budak2 ni ralit tgk ikan.
Ada jual ikan laga kat situ.



Dari port klang kami balik sg buloh jap.
Dorang bertiga ni suka la.
Sbb dapat jumpa anak kucing.



Ada 5 ekor semuanya.
Semua warna lain2 dari satu mak.
Abah ai cakap dia nak 2 ekor je.
Gold (kuning) & Dusty (grey)
Yang 3 ekor Black, Marble, & Snow
bg kat sesapa yg nak huhu

Kalau tau Zara Aliah yg Blackie & Snow
nak bagi kat org lain
mesti sedih.
Nak ai jaga mmg tak la,
jaga dorang 3 org ni pun dah xmenang tangan haha
Ada sape minat kucing tak.
Kalau minat leh la ai bg
gambar anak2 kucing ni lebih details lagi.