Sebelum ni kawan enZaf ada suggest kami cuba makan Nasi Ayam kat Restoran Nurul Iman masa kami pergi KT akhir tahun lepas tapi tak sempat nak pergi sebab tak cukup masa. Maka bila dah sampai Terengganu sekali lagi ni, kami pun cuba ke sana. Memandangkan tempat nak pergi tu pun tak berapa jauh dari resort.
Dah datang nak makan Nasi Ayam harusla ada gambarnya kan.
Rasa makanannya not bad. Nasi tu ada rasa, ayamnya lembut. Sambalnya kurang kick sikit bagi ai. Cuma satu je kicap. Kicapnya pakai kicap masin, bukan manis. Anak-anak ni kalau makan nasi ayam jenis nak letak kicap banyak. Ai pun tak perasan pula kicap tu bukan kicap manis, dah anak-anak kata masin hahaha Dah tolak tepi nasi yang kena kicap tu. Tak tahu la sama ada memang kat sini pakai kicap masin atau pun ada kicap manis. Ai pun tak tanya huhu enZaf ada order rojak juga. Tak habis makan sebab besar portionnya. Bagi ai rasanya biasa-biasa saja.
Tak sempat nak ambil gambar anak-anak dan dalam kedai ni. Qaireen tengah tidur atas bahu ai. Dari awal masuk sampai la nak balik. Betul-betul penat dia. Ai pun penat juga sebab lenguh bahu, nak letak dia bising :( Oh kalau pergi makan kat Terengganu ni bab minum, kami order air semua kurang manis. Kat sini airnya manis sangat. Boleh potong kaki. Walaupun ai dah beritahu kurang manis, airnya tetap manis lagi bagi ai huhu. Jawabnya memang minum air kosong je la hehehe
Pada pagi hari Isnin kami keluar ke Kuala Terengganu untuk sarapan pagi. Anak-anak tak mandi pun, kejutkan tidur lepas tu terus pergi haha
Nanti balik makan nak mandi laut pula. Tak payah buang masa, kalau pergi berjalan kita gunakan masa sehabis baik. :p
enZaf tanya kawannya kat mana nak makan nasi dagang sedap, kawannya cadangkan Nasi Dagang Kak Jah. Bila enZaf Waze nak ke kedai Kak Jah ni rupanya dekat je dengan tempat penginapan kami. Marang ni sebenarnya tiada la jauh sangat dengan KT. Bagi ai okay je pergi balik ke town.
Tak silap ai kami sampai kat kedai dalam pukul 8.30 pagi. Pada kami waktu tu kira awal dah tapi tidak bagi orang Terengganu haha.. Sampai-sampai je makcik yang berniaga dalam kedai ni tanya kami nak makan sini ke. Terang lagi bersuluh kot kan, dah tentulah kami datang untuk makan :p Katanya lagi nasi dagang tinggal 3 pinggan je. MasyaAllah tak sangka masih ada rezeki untuk kami merasa. Terus enZaf kata nak 3-3 pinggan tu. Memandangkan ianya makan pagi, kami takde la nak order sorang satu. Janji dapat merasa sorang sikit dah okay sangat.
Nasi dagangnya simple je bagi ai. Walaupun simple tapi sedap juga. Lebih kurang sedap sama dengan Nasi Dagang Atas Tol. enZaf juga ada order Pulut Kuning. Lauknya sama dengan nasi dagang ada gulai ikan aye (ikan tongkol). Serius pulut kuning ni sedap. Anak-anak mengadap makan ni saja nak nak akak Zahra. Dia bab-bab pulut ni memang suka.
Masa kami mula-mula sampai ke kedai ni, ramai kaum Cina datang makan. Macam rombongan pun ada cuma tak tahu datang dari negeri mana. Tapi dorang semua tu dah habis makan dah, mungkin sebab tu kot nasi dagang habis cepat. Apa pun Alhamdulillah dapat juga merasa. Tengah buat entry ni tiba-tiba rasa lapar pula. Mana nak cari Nasi Dagang Kak Jah kat KL ni hahaha Oh ada satu hari tu, tak ingat pula minggu lepas ke atau 2 minggu lepas, enZaf ada tapau Nasi Dagang Air Dingin untuk breakfast. Sedap juga nasi dagang tu.
Eh ada lagi sikit sambungan, habis makan nasi dagang ni kami terus balik ke resort. Anak-anak nak mandi laut lagi katanya. Mandi sampai pukul 1 kot kalau tak silap. Memang habis terbakar kulit masing-masing. Itu pun nasib baik ada break sebab nak lunch. Kalau tak lunch tu mahunya sampai ke petang mandi. enZaf ada hantar gambar kat Whatsapp, entah bila dorang bertiga ni ambil gambar. Tak ajak Mummy pun ye.
Balik dari makan petang terus anak-anak salin baju untuk mandi laut pula. Tak sempat ai nak berehat baring-baring hihi Daddy dorang tak mandi sebab nak jumpa dengan customer dia sekejap lagi.
Sedang yang lain-lain tu tengah main air kecuali seorang ni je duduk diam atas tikar. Walaupun pernah bawa Qaireen ke pantai tapi masa tu dia baru 6 bulan. Mana la Qaireen tu nak ingatkan. Ini kira pertama kali dia main pasir pantai. Ajak dia main air dia taknak sebab dia tak nak pijak pasir langsung. Geli agaknya. Eh tiba-tiba teringat pernah dia pergi pantai masa akhir tahun lepas, kat KT juga tapi tak mandi la. Sekadar duduk lepak tepi pantai je [link].
Nampak gayanya Mummy kena la teman dia kat tikar ni selagi dia taknak bergerak pijak pasir dan mandi air laut.
Nasib baik ada juga gambar berdua dengan enZaf.
Masa ni tiada orang lain pun mandi laut. Hanya kami sahaja. Seronok betul sebab rasa macam privacy sangat, yang buat bising pun anak-anak je hihi
Aliah minta ai ambilkan gambar dia. Lea tu memang panggilan kawan-kawan sekolahnya, bukan main spelling tu. Nasib baik tak sama ejaan macam Princess Leia dalam Star Wars tu kan haha :)
Puas ai ajak Qaireen main air laut. Dia buat tak tahu je. Daddy dia pula bukan main sedap tidurkan. Kena pula dengan angin yang sepoi-sepoi tu, memang best la tidur.
Akhirnya berjaya juga Qaireen pijak pasir dan main air laut. Itu pun pada mulanya peluk ketat kat Mummy tak nak lepas. Sakit tengkok dibuatnya sebab kuat pula tu peluk haha
Dah lama sikit baru boleh lepaskan tangannya dan nampak dia seronok berlari kat pasir. Sampai dia pula yang taknak balik. Dah seronok main air la tu hehehe
Malam kami tak keluar ke mana. Makan malam kat cafe depan bilik je. 10 langkah sampai haha Best makan sini dengan angin sejuk-sejuk sambil dengar bunyi ombak. Damai sungguh la rasa.
Ai terasa nak makan nasi goreng tapi nasi dah habis. Satu hari tak makan nasi menggigil pula hahaha Makan malam bihun goreng je. enZaf ada la order fries untuk mengunyah. Oh.. Zahra Aliah order Maggi in cup haha itu je dorang nak makan. Ariq taknak makan. Masing-masing dah kepenatan.
Minggu pertama bulan ni kami pergi ke Terengganu. Sebenarnya enZaf ada kerja kat sana dah alang-alang tu dia ajak la ai dan anak-anak ikut sama :) Ya Allah dah orang ajak berjalankan harus la kita setuju walaupun pergi tu anak-anak terpaksa ponteng :p Kami bertolak Ahad pagi, petangnya enZaf ada meeting kat Kuala Terengganu. Kat sana Ahad hari bekerjakan. Sebelum meneruskan perjalanan kami berhenti dekat RnR Genting Sempah untuk breakfast.
Waktu pagi tu boleh dikatakan ramai juga orang kat RnR ni. Ai rasa sekarang ni orang bercuti dah tak ikut masa dan harikan. Lagi seronok berjalan pada hari biasa sebab kurang sesak.
Dah makan kami sambung perjalanan. Tiada stop mana-mana terus sampai ke Terengganu. enZaf booked kat Angullia Beach House Resort area Pantai Marang. Pertama kali kami ke sini.
Sementara menunggu enZaf check-in, ai ajak anak-anak bergambar kat depan resort ni. Elok nak bergambar tiba-tiba hujan rintik-rintik. Nak cepat-cepat bergambar tapi Qaireen pula taknak tengok camera. Jenuh panggil buat tak tau je dia, sabar je la.
Walaupun dah hujan rintik-rintik ai nak bergambar juga, tak kira haha Thank you Aliah ambilkan gambar Mummy dan Qaireen yang tak nak pandang camera tu huhu.
enZaf bayar tidur satu malam je dulu kat sini, katanya nak tengok dulu okay ke tak. Kalau okay kita sambung satu hari lagi, kalau tak okay cari tempat lain pula. Ai menurut saja mana-mana pun tak kisah. Lupa pula ai nak ambil gambar bilik. Bilik kami ada 2 queen bed. Bagi ai okay sangat la tuk kami sekeluarga. Rapatkan katil setel :) Ini luar bilik kami. Suka ai tengok keadaan persekitaran kawasan resort ni. Terjaga sangat dan bersih. Tak sure pula ai tempat ni baru lagi ke dah lama.
Bagi anak-anak main pasir kejap. Kalau nak diikutkan dorang ni nak terus mandi laut, tapi awal-awal lagi Daddy dorang dah pesan kita masukkan beg je dulu lepas tu nak keluar makan. Monyok terus muka hahahaha
Saja bagi anak-anak warm-up kat pantai.. ambil feel dulu :p
Pantainya cantik dan bersih sangat. Lama betul ai tak lepak pantai, kali terakhir masa Qaireen umur 5 ke 6 bulan. Rasa nyaman je. Pulau kat depan tu ialah Pulau Kapas. Jeti nak ke sana dekat dah dari sini. Kalau la tak kerana enZaf ada kerja, ai dah ajak dia ke sana terus hihi
Lama juga biarkan anak-anak ni melepak kat pantai lepas tu terus kami keluar makan petang. Masa ai tengah berjalan nak ke kereta tu, tiba-tiba enZaf cakap "Yang! stop situ. Nak ambil gambar."
Kami keluar nak mencari celup tepung. Tapi tak pergi jauh mana la, area kawasan Marang ni je. Mula-mula masuk Warung Rizqi tapi takde tempat meja kosong pula. Terus kami pergi ke gerai sebelah. Tapi yang itu ai tak ingat nama apa sebab tak ambil gambar depan haha
Ada kopok lekor, sotong, udang dan ikan. Boleh la bagi ai, nak kata sedap sangat tu tak de la. Cuma satu je ai tak berapa suka kawasan tu. Baunya tak berapa menyenangkan. Tak sure datang dari mana bau tu tapi macam bau longkang. Bukan gerai tu je, memang sepanjang tepi pantai tu. Mungkin sistem perparitan dia tak berapa elok. Jadinya makan laju-laju dan terus balik.
Oh ada beli sata kat Warung Rizqi tu, warung kami makan tiada jual sata. Kurang sedap satanya, agak kecewa sedikit mungkin ai dah letak high expectation, kalau kat pantai timur ni mesti sedap punya huhuhu. Kami bungkus kopok leko bawa balik. Akak Zahra nak makan lagi katanya. Masa on the way nak ke resort ai nampak banyak signboard Roti Paung tepi jalan, enZaf pun terus berhenti beli nak merasa gitu.
Rezeki kami hanya ada 2 bungkus je roti paung yang tinggal. Terus enZaf beli semua. Ingatkan roti kosong je, rupanya dalam tu ada kacang merah. Sedap juga nak nak kalau makan masa tengah panas lagi sedap.
Lepas tu kami terus balik ke resort, anak-anak dah tak sabar nak mandi laut. Bawa sekali roti paung dan kopok lekor ke pantai, itu untuk ai makan sambil tengok anak-anak mandi hehe
Akhirnya buat juga MyKad Zahra. Punya la lama tertangguh. Birthday dia masa bulan 3 sehari sebelum PKP dilaksanakan. Jadinya sepanjang PKP memang tak dapat la buat ic dia. Bila dah lama sangat PKP ai pun sampai dah terlupa pasal ic ni. 2 minggu lepas baru sedar yang dia tak buat ic lagi, sedar pun sebab nak register akak Zahra untuk masuk sekolah asrama hihihi Buka website Jabatan Pendaftaran Negara untuk buat appointment. Untuk buat appointment ni pun berapa kali tertangguh sebabnya nak dapatkan masa Daddy dia free. Kalau ai ni boleh buatkan sendiri memang bila-bila masa boleh. Tapi disebabkan kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke dalam premis itu yang asyik bertangguh je. Itu pun susah sangat nak dapatkan masa temu janji untuk cawangan Kota Damansara ni. Slot satu bulan dah penuh, perghh ramai betul kat KD ni. Akhirnya ai pilih tempat buat ic Zahra kat UTC Selangor sahaja. Senang sangat nak dapatkan slot, banyak kosong. Nasib baiklah UTC ni kat Shah Alam saja, tiada la jauh sangat nak pergikan.
Kalau nak walk-in pun boleh juga tapi kena beratur dan menunggu lama. Buat appointment senang, sampai-sampai je kita boleh masuk terus. Masa ni ai tunggu kat luar, enZaf uruskan dokumen dan pendaftaran.
Akak Zahra tengah menunggu Daddy sementara dipanggil untuk pergi ke kaunter ambil gambar. Serabai ai tengok tudung dia. Entah berapa kali suruh dia betulkan tetap tak kemas huhu.. Masa nak buat ic ni pula la tudung herot berotkan. :(
Laju juga servis kat JPN sini, sekarang ni buat ic memang cepatkan. Satu hari dah boleh siap sama juga dengan buat passport. Masa untuk datang semula untuk collect MyKad dalam 40 minit. Sementara nak menghabiskan masa 40 minit tu kami duduk minum kat food court. Qaireen mood dia tak berapa baik sangat hari tu. Daddy dia umpan makan aiskrim, Zahra dan Aliah nak makan waffle.
Muka budak bad mood.
Sempat wefie sementara tunggu enZaf ambil MyKad Zahra. Saja ambil gambar dengan Qaireen yang nak menangis tu. Geram betul ai dengan dia, pujuk apa pun tak jalan. Nak berdukung saja, tak nak orang lain dukung pula tu. Berpeluh-peluh ai walaupun dalam bangunan tu ada aircond huhu
Eh lupa pula nak ambil gambar akak Zahra dengan MyKad dia. Bila selesai je urusan kat JPN tu laju-laju ai ke kereta.Tak larat dah dukung Qaireen. Terasa sengal tangan dan nak patah pinggang dibuatnya. Alhamdulillah selesai dah dan akak Zahra pun dah besar. :)
enZaf sekarang rajin pula bawa kami ke Taman Tasik Titiwangsa. Dia suka tempat tu sebab meriah dan anak-anak nak main basikal pun senang, kawasannya luas. Ai lagi la suka kalau orang bawa keluarkan, walaupun ke taman dah happy. Mak mak sangat hahaha Kalini pergi tak banyak gambar ambil. Fokus lebih menikmati keseronokan anak-anak bermain. Anak gembira automatik emaknya turut gembira. Ha gitu! hihihi
Bila masa la ada gambar Qaireen dengan Daddynya dalam phone ai ni. Nak update blog baru ternampak gambar ni hihi
Masa awal-awal sampai tu ai ada ambil video anak-anak. Ariq baru nak belajar bawa basikal dua roda.
Berbeza dia dengan Aliah, lambat nak belajar. Sampai ke sudah dia tak pandai balancedkan dirinya. Sampai muncung-muncung mulut sebab dah fedup hahaha adoila anak bujang tu. Tambahan pula dia jatuh banyak kali sampai ada luka kecil kat kakinya, itu yang dia terus taknak belajar. Minta Daddy dia pasangkan semula roda kecil hihi Ariq..Ariq dia memang anak manja Mummy :) Sedih Daddy dia sebab tak berjaya ajar anak bujang dia tu :p
Akak Zahra pula ai gembira sebab dia dah pandai bawa basikal dua roda. Dalam nak tak nak tu gigih juga la dia cuba juga sebabnya Daddy dia sanggup sewa basikal semata untuk dia belajar. Harap nanti 2-3 kali kayuh dah terer la.
Dalam ai tengok anak-anak main, tiba-tiba ada sorang ni tegur dari tepi. Terkejut ai sebab tak sangka rupa-rupanya kawanku Sal. Punya la kami dah lama tak jumpa. Kali terakhir jumpa dia lima tahun yang lepas [link]. Katanya dia perasan ai pun sebab tak pakai face mask masa tu hahaha Sebelum ni Sal duduk KD, walaupun dekat kami jarang jumpa. Ada sekali je lepas tu tak jumpa-jumpa. Ini bila dia dah pindah ke KL yang jauh pula jumpakan hihi Rezeki jumpa kawan UUM.
Masa hari kejadian ni 16 September Hari Malaysia. Kebetulan hari tu juga merupakan birthday Sal. Terus ai wish masa tu juga cuma takde kek je la. Kalau ada orang jual kek kat taman tu mahu ai pergi beli terus hihihi. Happy Birthday Sal! Semoga dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan diberkati oleh Allah S.W.T.
*geram pula ngan Blogspot ni, sejak tukar interface baru entah kenapa tak boleh upload video.
*selalunya upload video melalui browser kat handphone, kalini tak boleh pula huhu. Dah kena buka pc untuk masukkan video. Malas sungguh la hai sebab banyak kerja jadinya.
Sambung lagi dari entry kat Port Klang. Memandangkan tiada rezeki nak makan ikan bakar kami terus menuju jalan-jalan cari makan dekat Shah Alam. Oh ya sebelum nak ke Shah Alam ni sempat la ai google cari makan apa sedap kat area Klang ni. Dapat la satu kedai ni namanya Burger Bakar Abang Burn. Jadi enZaf terus la drive ke sana, rupanya kedai ni dekat dengan GM Klang. Sampai-sampai situ tengok ramai orang juga. Penuh kedai takde satu meja kosong pun. Hampa lagi perasaan kami masa tu. Nak tunggu memang tak la nampak gaya memang tiada rezeki lagi. Masa tu dah macam frust sebab mana-mana pun ramai. Akhirnya enZaf cakap terus la kita ke Shah Alam. Masa sampai Shah Alam tu tak decide lagi nak makan apa. Kami lalu je area Seksyen 13. Nampak restoran nama Humble Chef tak ramai orang dan dari dalam kereta nampak ada meja kosong lagi. Tak cakap banyak terus berhenti makan situ je hihihi Tak ambil gambar kedai, gambar makanan je.
Spaghetti Carbonara dan Spaghetti Bolognese. Akak Zahra nak makan Carbonara tapi dia kata tak berapa sedap, tak kena dengan tekak dia la tu. Ai rasa juga sikit memang tak berasa sedap sangat. Bolognese dia pun biasa-biasa saja.
Laksa Johor memang takde orang lain makan la selain ai hihi.. laksa ni sedap kuahnya walaupun bahan dia sikit je. Mac & Cheese pun sedap juga.
Apa nama lupa tiba-tiba makanan kat bawah ni huhu tapi ke dua-duanya sedap juga.
Teh tariknya sedap sangat. Rasa tak puas minum sebab comel je cawannya. Air Vanilla Milkshake ni anak-anak share sorang sikit, selebihnya minum air kosong :) Anak-anak ni memang jarang minum air manis, dah biasa didik dari kecil air kosong je. Itu kalau keluar makan jarang ambil gambar air hahaha
Ambil gambar anak bujang dengan Daddynya.
Tengah ambil gambar tu tiba-tiba si Qaireen pun nak menyelit sama. Sibuk je anak dara tu kan hehehe
Gitu la kisahnya satu hari kami yang bermula dari KLIA ke Klang dan akhir sekali ke Shah Alam. Punya la susah nak cari tempat makan sebab semuanya penuh. Alhamdulillah akhirnya dapat juga kami makan malam. Dah kenyang terus balik rumah. Tepat jam 12 pagi masuklah tarikh 31 Ogos hari Kemerdekaan Negara Malaysia. Semoga negara kita sentiasa aman dan harmoni selama-lamanya. Oh ye semoga negara kita juga bebas dari Covid-19.