Monday, April 22, 2024

Raya Rumah Nani

Nani ajak beraya rumah dia. Katanya dia ajak beberapa kawan sekolah juga. Bab makan ni, haruslah ai okay dan laju je.😋 Jemputannya waktu malam, siang dia buat makan untuk ahli keluarga dan sanak saudara. Kami sampai tidaklah awal mana, adalah dalam pukul 9:15 malam. Masuk-masuk rumah je dah ramai kawan ada dan dah ada yang nak balik. Sebelum balik tu, ai paksa dorang bergambar dahulu. Almaklumlah nak jumpa bukannya senang, memang setahun sekali je 🤣





Seronok sangat dapat jumpa dengan kawan-kawan kelas. Macam small reunion pun ada juga. Alhamdulillah semuanya sihat, gembira dan berjaya dalam bidang masing-masing. Tumpang bangga.



Akhirnya dapat bergambar dengan sahabat kesayanganku. Pada mulanya Elin tak dapat nak datang sebab tak berapa sihat, tiba-tiba dia muncul. Dia kata rugi tak jumpa, lagipun memang kami lama tak berjumpa pun. Masing-masing sibukkan.



Bab bergambar ini memang kena ada orang yang mula dan ingatkan, kalau tak memang terlupa nak bergambar. Asyik sangat berceritakan. Gelak, ketawa, menitis air mata dan hingus semua cukup hahaha.. Mujurlah enZaf dia redha saja bila wifenya berjumpa dengan kawan-kawan. Dia tahu bukan selalu ai jumpa dan dia memang okay saja dan setia menunggu. Lupa nak ambil gambar Nani masak. Banyak betul dia hidang makanan untuk kami. Semua orang gembira kekenyangan. Terima kasih Nani dan Chan, semoga kalian diberkati dan dilimpahi rezeki yang berpanjangan. Seronok anak-anak dapat duit raya banyak. Mummy dia pun seronok juga, habis dia kutip kat semua orang hahaha.. 🤑

Wednesday, April 3, 2024

Dapat Ganti Kotex Liners

Diriku memang dah lama pakai liners dari jenama Kotex ini. Pernah juga try jenama lain tetapi tak serasi. Yang ini saja buat ai selesa, tak panas dan gatal. Sepanjang bertahun lamanya pakai tak pernah ada masalah dengan liners ni. Sampai lah satu ketika masa nak guna, tiba-tiba nampak liners ni macam pelik.



Kalau diperhatikan pada gambar di atas, ada kecacatan pada bahagian kiri bawah. Kapas dalam tu hilang dan kosong. Entah kenapa tergerak hati, sajalah ai menghantar emel buat report pada Kotex pasal kerosakan liners ni. Kebetulan banyak sangat masa, sampai rajin pula nak report bagaikan hahaha...Dan tak sangka pula emel ai itu mereka reply selepas tiga hari.



Dalam emel itu ada lah beberapa soalan ai perlu jawab, cuma ada satu soalan dia saja yang tak dapat bagi jawapan tepat especially soalan itu tanya tempat ai beli. Secara jujur ai selalu beli liners dalam keadaan banyak untuk dibuat stok. Kadang-kadang tu ai saja beli lagi walaupun stok masih ada. Prosesnya sangat mudah dan laju. Tiada cerewet mana pun bagi ai. Selepas emel disusuli dengan panggilan telefon, Kotex minta ai packing liners yang defect itu bersama balance yang belum dibuka.



Lupa pula nama staf yang call ai tu. Tersangatlah baik dan friendly. Sempat okay kami bergurau ketawa semua 😅 Oh ya! untuk mereka nak collect, katanya letak dalam paper bag pun tak ada masalah. Nanti runner dorang akan datang ambil. Selepas sepuluh hari ai dapat replacement liners ini. Tak sangka dapat banyak. Bukan apa, yang rosak satu keping je tapi dapat ganti tiga pek. Penggantian itu sama seperti asal yang ai beli.



Terima kasih Kotex atas servis yang sangat baik. Selepas ini tingkatkan QC supaya tiada lagi kecuaian seperti ini terjadi. 👍