Thursday, February 22, 2024

Birthday Qaireen di Tepi Pantai

Harijadi Qaireen tahun ini jatuh pada hari Rabu. Kebetulan pula anak-anak tengah cuti sekolah. Ooohh sekolah Qaireen saja yang tak cuti, kalendarnya tak sama dengan adik beradik lain huhu.. Memandangkan semua orang ada, enZaf ajak celebrate birthday Qaireen terus selepas dia habis sekolah. Sebelum itu kami singgah kedai bakery untuk beli kek dan belon untuknya. Qaireen masuk saja kereta, dia dah nampak belon. Tak sempat nak sorok hahaha...



Kotak pada tangan dia pegang tu, hadiah dari akak Zahranya 🎁🥰 Memandangkan enZaf tak ada kerja, dia ajak sambut di tepi pantai. Kami beli makanan dan minuman bungkus dan terus menuju ke destinasi hehehe... Sampai saja pantai, terus bentang tikar. Laju-laju ambil gambar Qaireen dan adik beradiknya bersama kek.







Happy Birthday anakku Qaireen Razia yang ke-6 tahun!!!🎈🎉 Semoga menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat. Pergi waktu orang bekerja, memang tiada siapa di tepi pantai ini. Anak-anak pula cuaca tengah panas terik pun nak main pasir juga. Memang datang sini pun kami nak santai-santai sahaja. Tak ada buat apa pun sambil menikmati pemandangan air laut depan mata 🏖😊







Bila cuaca tak panas sangat, barulah ai join dengan anak-anak bermain pasir. Aliah ajak korek tanah buat bentuk heart ❤️ untuk ambil gambar. Gara-gara dia tengok dalam media sosial, jadinya nak ikut sama juga buat macam itu. Gigih lah ai dan dia mengorek tanah sampai seluar baju penuh dengan pasir hahaha...



Ingatkan senang tetapi susah ya nak buat. Nak dapatkan shape bentuk heart itu bukanlah mudah. Entah berapa kali memperbetulkan bentuk tu dari kecil sampai besar. Belum lagi dengan kira snap gambar, kejap nampak kejap tak nampak. Untuk dapatkan angle dan pose yang cantik tu sangat tak ternilai harganya hahahaha.. tibers 😝 .. Berpeluh-peluh sudah pasti. Apa pun ai sangat berpuas hati dengan hasil gambar kami, walaupun tidak lah secantik mulus bentuk heart itu.











Monday, February 5, 2024

Perlawanan Persahabatan Sebelum Cuti Sekolah

Pertama kali masuk ke dalam Sekolah Sains Selangor (SMSS). Sebelum ini lihat dari luar pagar sahaja. Kalau kami lalu Stadium Kuala Lumpur, nampaklah sekolah SMSS ini. Sekolahnya terletak di tengah bandar memang senanglah nampakkan. Masuk dalam SMSS ini pun disebabkan Aliah ada friendly game dengan rugby team sekolah ini.





Tak banyak gambar diambil. Kalau ada pun, jauh, blur dan halus je orang. Tak nampak apa hahaha.. Walau macamana pun, tetap lah letak satu dua gambar sebagai kenangan 😊



















Sebelum tengahari selesai dah semuanya. Seronok Aliah dapat tambah kawan baru. Mummy pun tumpang seronok juga sebabnya mak-mak KLS ni bawa banyak makanan 🤣🤗 On the way balik rumah, nampak elok Menara Merdeka depan mata. Haruslah ambil gambar.



Friday, February 2, 2024

Anugerah Kecemerlangan Pertama buat Ariq

Seperti di entry sebelum ini, ai terkejut bila dapat tahu Ariq dapat anugerah kecemerlangan bagi tahun 2023/24. Memang tak disangka-sangka, almaklumlah.. ai tak pernah meletakkan apa-apa pun harapan, terutamanya dalam bidang akademik. Untuk Kokurikulum, dia memang aktif. Alhamdulillah, rezeki dia dapat anugerah dalam akademik dan kokurikulum kali ini.

Sempat ai pergi tengok dia dahulu sebelum naik ke pentas. Masa ini dia dan kawan-kawan menunggu di dalam bilik sains sementara menunggu giliran.



Lama jugalah menunggu giliran Tahun 5 ambil anugerah. Diselang selikan dengan persembahan lagi, sampai lengang jugalah dewan sebabnya tinggal Tahun 5 dan Tahun 6 😅😝 Hanya kami bertiga saja setia menanti duduk di kerusi. Aliah dah jumpa kawan-kawan, hilang terus. Kebetulan adik kawan-kawannya turut menerima anugerah juga. Bila tengok Aliah dan kawan-kawan tu, macam reunion pun ada juga.









Tengah berbaris untuk bergambar di photo booth, sempat lagi ai bergambar dengan jiran. Masa dalam dewan tak berapa perasan sebab ramai orang, dekat hujung-hujung masa baru nampak dia. Apa lagi riuh tiba-tiba. Walaupun berjiran kami jarang sangat berjumpa. Kalau nampak pun selisih atas jalan bila hantar dan ambil anak sekolah, lambai-lambai dari dalam kereta saja hahaha..

Sempat ai minta tips dari dia seorang mama yang hebat. Anak sulongnya sudah di universiti manakala dua orang lagi masih disekolah menengah, hebat-hebat juga tu. Yang sama sekolah dengan Ariq ini Tahun 4. Aish.. mengenali anak-anak dia, semuanya pandai-pandailah. Kalau naik pentas tu memang ada saja muka anak-anaknya hihi.. hebat betul 👍💪



Gambar di photo booth sebelum beredar keluar sekolah. Bagus betul ada tempat nak bergambarkan. Adalah kenangan untuk bergambar bersama keluarga.







Alhamdulillah, tahniah abang Ariq! Semoga terus cemerlang ya 🤲