Saturday, August 28, 2021

Cordless Led Light


Masa bulan Jun, ai ada buat entry berkenaan lampu LED untuk diletakkan dalam kabinet hiasan [link] Lepas sahaja ai mengemas dan lap habuk kabinet tu, beritahu pasal lampu ini kat enZaf dan ai bagi contoh gambar sekali supaya dia faham apa yang ai maksudkan. Kata dengan dia kalau ada duit beli ;) Tak sangka pula minggu lepas dapat lampu yang ai nak. Tapi yang ini lagi canggih siap ada remote control.



Dalam packaging tu ada 3 lampu dan satu remote control dan lampu itu boleh adjust cahayanya. Ada 2 tahap pencahayaan suram dan terang. Satu ai perasan penggunaan bateri pada lampu-lampu ini agak banyak juga. Satu lampu memerlukan 3 bateri jenis AA. Lampu ini juga boleh disetkan untuk off selepas 30 minit penggunaan. Masa dapat je lampu ni, ai dah tak sabar-sabar minta enZaf pasangkan. Tergedik-gedik masa tu tapi tak boleh pasang lagi sebab bateri tak mencukupi hehe..



Lepas 2-3 hari barulah enZaf pasang, saja je dia beli bateri lambat. Gembira tak terkata bila isi dalam kabinet tu dah nampak dengan jelas dan terang. Baru lah rasa semangat nak tambah koleksi kristal lepas ni hihihi..



Bahagian bawah sekali pun dapat lihat dengan terang hiasan souvenir dan door gift dari saudara mara dan kenalan. Oh! level ke-dua tu ai tak letak lampu sebabnya lampu dari atas tu boleh tembus ke tengah. Cuma tambah lagi satu lampu untuk letak bahagian bawah sekali yang souvenir tu. Jadinya hanya dua lampu sahaja diperlukan untuk bahagian kanan dalam kabinet ini.



Lagi satu lampu, enZaf lekatkan di bahagian kiri kabinet. Yang ini tampal bahagian atas sahaja. Bahagian kiri ini ai letak gambar-gambar tempat kami berjalan. Itu pun tak nampak semua gambar-gambarnya. Tak muat nak letak dah, ada sesetengah gambar ai tindihkan saja. Eh! macam boleh guna alasan minta kabinet baru je hahaha..



Bawah sekali saja tak ada lampu, kemudian enZaf beli lagi tapi itu nanti-nanti lah sebabnya bawah tu tak ada menarik nak ditunjukkan. Ai tak kemas habis bahagian tu huhuhu.. Gambar di bawah ini adalah gambar jika tiada lampu. Kelam dan suram sahajakan. Sendiri pun tak nampak apa ada kat dalam tu.



Bila dah buka lampu, MasyaAllah cantiknya. Semua nampak dengan terang dan jelas. Sangat puas hati dan berbaloi.



Terima kasih enZaf buat isterinya gembira. Oh lampu ini sebenarnya bukan sahaja letak dalam kabinet. Ada juga ai tengok orang letak di dapur, mana-mana bahagian yang nampak gelap tu lekatkan sahaja lampu kat situ. Letak dalam bilik stor kecil yang tiada suis lampu pun boleh juga. Ada juga letak dalam bilik air. Nak nak yang ada bath tub, lekatkan lampu tu berdekatan area bath tub sambil buat romantic feel mandi buih dengan lampu suram-suram... eh hahaha.. selebihnya fikirlah sendiri :p

Wednesday, August 25, 2021

English Project: Mind Map Year 3


Projek ini dibuat pada dua minggu lepas, murid-murid kena buat Mind Map berkenaan favourite dessert. Mujur cikgu English ada beri contoh mind map yang perlu mereka buat dalam Google Classroom. Kalau tak bagi tu ai pun tak tahu nak buat macamana. Bukan tak tahu nak buat mind map tetapi tak tahu perlu tulis apa dalam tu :p Sebelum tu Ariq buat draft dulu berkenaan dessert yang dia pilih, lepas tu tunjuk kat ai. Dah tengok draft tu ai terus keluarkan bahan-bahan yang dia nak pakai. Cikgunya suruh murid-murid buat ikut kreativiti masing-masing.



Ariq memilih Chocolate Ice Cream Pancake untuk projek dia ni. Sebenarnya ai biarkan sahaja dia nak tulis apa pada dessert dia tu. Entah betul ke tak ai pun tak pasti hahaha.. Selesai tulis dia tampal gambar Chocolate Pancake yang dia sendiri pilih di Internet. Ai tolong printkan saja.



Ada lagi satu projek English dia kena buat, ai tak ingat apa nama projek tu tapi kena buat macam diorama berkenaan dalam rumah. Kena pilih satu ruang rumah yang kita suka dah hasilkan dengan menggunakan kotak huhuhu.. malas betul ai nak buat, bukannya apa selalunya projek-projek macam gini kita perlu monitor dan bantu sekalikan. Kalau harapkan dia buat sorang memang tak jadinya. Tapi itulah kalau tak buat nanti tak ada markah pula :(

Tuesday, August 24, 2021

Majlis Pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020


Tarikh 24hb Ogos 2021 bermulalah Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pula. Nasib baik perasan di laman Twitter Team Malaysia maklumkan pasal Paralimpik ni, ai nyaris-nyaris terlupa. Pembukaan Sukan Paralimpik ini bermula pada pukul 6.50 petang.



Bagi Sukan Paralimpik ini Astro tiada buat channel khas seperti Sukan Olimpik yang lepas, hanya disiar di Astro Arena sahaja. Jadi ai pun tiadalah nak tukar-tukar channel sebelum ini sampai 10 channel masa Olimpik tu hahaha.. Gambar di bawah adalah logo Sukan Paralimpik.



Agak menarik juga persembahan pembukaan ini. Ai terharu tengok bila orang kurang upaya turut terlibat dalam persembahan tersebut. Kagum tengok semangat mereka. Selesai persembahan barulah perarakan kontinjen. Part ini ai tak sabar nak tengok. Tapi nak menunggu Malaysia keluar ya ampun punyalah lama. Giliran Malaysia dah hujung perarakan. Tak silap ai yang ke-140 dari 160 lebih haha.. kurang sedikit negara yang sertai nak dibandingkan masa Olimpik dalam 200 lebih negara. Bila nampak kontinjen Malaysia kita masuk, laju ai ambil gambar.



Bangga dengan negara sendiri. Cantik sangat pakaian kita sampai Malaysia mendapat pujian dari Tokyo Organising Committee tentang outfit kita ni. Cantik katanya :) Ai memang respect habis dengan semua atlet-atlet paralimpik ni. Tak kira negara mana pun. Walaupun mereka serba kekurangan tetapi mempunyai bakat yang tidak mampu kita capai. Kita yang cukup serba serbi ini belum tentu hebat seperti mereka kan.



Comel je rasa perkataan Malaysia di tulis dalam abjad Jepun. Masa Olimpik pun sama juga ada tulisan Jepun masa perarakan :) Masa Sukan Paralimpik Rio 2016, Malaysia mendapat pingat sebanyak 3 Emas dan 1 Gangsa. Semoga atlet paralimpik negara kita berjaya membawa pulang pingat lagi untuk negara :)

Monday, August 23, 2021

Kisah Satu Hari


Bahagia dan berbunga hati bila seharian tak memasakkan. Sesekali dapat gantung kuali tu nikmatnya lah. Walaupun sekarang Selangor dah dibenarkan untuk dine-in di kedai makan tetapi diriku masih tak berani nak keluar dengan varian Delta yang makin menular di dalam Malaysia ni. Walaupun dah selesai suntikan dos ke dua bukan bermakna kita bebas dari di jangkiti Covid. Kemungkinan kita bakal mendapat dos ke tiga atau pun dos seterusnya setiap tahun, dan WHO pun pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kita mungkin berdepan dengan wabak ini selama 2 tahun. Tapi itu statement tahun lepas, dengan situasi sekarang sudah bermacam varian baru timbul, mungkin bertambah tahun agaknya. Moga baik-baik untuk kita semua. Ai pun dah hampir burnout duduk rumah lama sangat dengan PdPR anak-anak ini. Rasa macam lambatnya nak cuti sekolah huhuhu... enZaf kalau ada kerja yang memerlukan dia keluar rumah, dia memang dah pesan siap-siap yang ai tak perlu memasak. Bila dah cakap macam tu ai okay saja lah kan. Tahu-tahu makanan dah sampai depan pintu :)



Lama tak makan makanan Soru Station. Lunch ai dan anak-anak bertemakan western food. Ada Chicken Chop, Lamb Chop, Pasta dan Mushroom Soup. Bila search balik dalam blog ini rupanya ai tak pernah pun buat entry makan-makan kat Soru. Cari balik gambar pun tak jumpa dah, sama ada tak ambil gambar masa makan di sana atau pun dah delete. Bila enZaf balik rumah petangnya, ai nampak dia bawa balik dua plastik besar. Rupa-rupanya dalam tu ada buah Durian. Katanya kawan dia Epul bagi. MasyaAllah rezeki kami sekeluarga.



Banyak pula tu Epul bagi ada dalam empat biji buah Durian. Yang terharu lagi tu bukan buah durian kampung tapi buah Durian Musang King. Tengok pada warnanya pun dah terliur dan sememangnya sedap. Semoga dilimpahi rezeki yang berpanjangan buat Epul dan keluarganya.



enZaf bukan bawa balik buah Durian semata, dia ada bawa makanan petang sekali untuk kami. Ai duduk rumah ni asyik makan sahaja dan dah lama tak bersenam. Berat pun dah naik. enZaf dah sebut-sebut suruh ai joging tapi tak ada mood pula. Nak mulakan sesuatu tu memang payahkan. Belum ada rasa kerajinan nak bersenam lepas tu salahkan penimbang berat :p



Lepas solat Maghrib, sekolah Aliah dan Ariq ada buat bacaan Surah Yasin setiap hari Jumaat. Mudah-mudahan aktiviti ini berterusan hendaknya. Akak Zahra tak ikut sebab dia uzur. Kalau tak uzur tu memang dia join sama.



Makan malam enZaf order lagi. Lupa dah apa nama kedai ni. Alhamdulillah atas nikmat rezeki ini.



Pada tengah malam dalam pukul 12 lebih pagi tak silap ai, dapat message dari Whatsapp Group sekolah Zahra. Salah seorang bapa meminta doakan isterinya yang hendak bersalin waktu itu juga dan disahkan positif Covid. Ya Allah masa ai baca tu, berdebar terus jantung. Sejak kisah arwah Siti Sarah tu, ai jadi paranoid bila dengar ibu mengandung dijangkiti Covid. Keesokkannya kami para ibu bapa sepakat membuat majlis bacaan Yasin bukan sahaja untuk isteri tersebut malah untuk sesiapa sahaja dalam keluarga group kami yang menghadapi musibah.



Ai berdebar-debar sepanjang satu hari tu menantikan keadaan isteri tersebut. Syukur Alhamdulillah, bayi dan ibunya dalam keadaan baik. Bayinya negatif dari Covid dan ibunya sedang menjalani rawatan sehingga sembuh. Lega terus hati ini. Tetapi pada hari yang sama juga, kami mendapat perkhabaran sedih bila salah seorang bapa dalam group kami itu mengalami stroke dan telah meninggal dunia keesokkan harinya. Semoga ahli keluarganya tabah, kuat dan redha dalam menghadapi ketentuan ini. Apa pun keadaan yang melanda sekarang, sama-sama kita berdoa semoga kita semua kuat dalam mengharungi kehidupan di dunia ini dan sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah S.W.T.

Thursday, August 19, 2021

Order Belon Helium


Masa belek-belek gambar dalam handphone, ternampak satu gambar Qaireen dengan belon-belon masa birthday abang Ariqnya. Eh bukan satu gambar tapi berbelas gambar hahaha.. nak dapatkan satu gambar yang dia pandang kamera punyalah susah. Banyak kali snap pun tak ada yang elok, banyak blur sebab tak tahu duduk diam :( Qaireen paling seronok bila nampak belon, dia ingat orang nak sambut birthday dia la tu. Siap menyanyi lagu birthday kat diri sendiri hahaha..



Dapat lah satu gambar yang dia posing gedik tu hihi.. Bila tengok gambar ni, ai teringat pertama kali order belon secara online. Sebenarnya ai tak pernah beli belon helium untuk birthday, kalau belon biasa tu pernah la. Belon jenis gas helium ini enZaf je yang beli. Kalau nak celebrate apa-apa dengan family ai pun, adik-adik yang arrangekan :p Masa birthday Ariq bulan Jun yang lepas, kami buat double celebration sekali dengan Hari Bapa [link]. Memandangkan hari tersebut ada dua hero kesayangan nak diraikan itu yang ai tergerak hati nak beli belon. Gigih lah search dalam Instagram yang menjual belon-belon ini. Dalam banyak-banyak tu ai berkenan pada PartyPerfect. Lebih menarik ianya boleh order dan dapat pada hari yang sama juga sebelum pukul 4 petang.



Beli belon-belon ini pun secara spontan je, teringat nak beli pagi tu, cari mana berkenan dan bayar terus. enZaf pula memang rancang nak makan-makan lepas solat Maghrib, jadi memang elok sangatlah dapat belon pada petangnya. Dia dan Ariq pun tak tahu ai ada beli belon, kira surprise lah ni hihihi..



Ada belon nampak meriah dalam gambar tu kan. Ai sangat berpuas hati dengan belon dan servisnya. Lama juga belon helium tu bertahan, dekat lima hari masih terapung lagi. Kalau kita nak belon tu terapung bertahan lebih lama pun boleh, ada extra request masa nak order. Party Perfect ini bukan setakat jual belon sahaja, ada macam-macam lagi produk yang ada. Boleh singgah di websitenya [link] untuk lebih details.



Bulan depan birthday Aliah pula, boleh order belon di Party Perfect lagi. Dapat discount code untuk next purchase :)

Tuesday, August 17, 2021

Surprise Katanya


enZaf ni sejenis yang jarang buat suprise. Memang jarang-jarang sangat. Kalau dia nak beli apa-apa untuk ai, dia akan tanya atau pun beritahu. Tapi tak sangka pula ada kejutan dari dia. enZaf masuk bilik beritahu ada barang untuk ai kat depan. Laju la ai keluar bilikkan, nak kata ai ada online shopping tak ada pula. Tapi sebelum tu ambil gambar kotak dulu :p



Masa nak buka kotak tu, ada orang menyibuk sama duduk sebelah Daddynya. Dia ingat kotak tu barang untuk dia agaknya. Sebab sepanjang PKP ini memang Daddy dia belikan macam-macam untuk si bongsu tu. Ada je mainan yang dibeli. Baru-baru ini dia dapat mainan lagi, nanti ai masukkan dalam blog.



Sambil enZaf buka kotak tu, dia beritahu barang apa dibelinya. Kotak tak sempat nak buka habis, dia dah beritahu. Hilang surprise tu hahaha... Tak sangka dia beli indoor plant secara online semata untuk ai hahaha... ingatkan surprise apa la kan. Rupanya beli pokok.. :p



Elok betul balutan setiap satu pokok ini. Sangat kemas dengan bubble wrap yang sangat tebal dan ditape bahagian dalam kotak supaya pokok-pokok itu tak bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Memang tip top servisnya.




Pokok-pokok ini enZaf beli di Nuhayraprettyleaf. Boleh search di Instagram dan di Shopee untuk pembelian.



Pokok-pokok ini semua enZaf sendiri pilih, dia tahu ai suka bunga Lily jadi dia belikan satu jenis Peace Lily. Ada tiga lagi pokok seperti gambar di bawah, satu Money Plant/ Jade Pothos sama macam ai beli kat Ikea sebelum ini. Dan dua lagi pokok yang sama iaitu Fittonia, enZaf kata dia suka sebab comel hahaha.. beli sampai dua tapi warna berbeza.



Beli empat dahulu katanya sebab ini pertama kali beli secara online. Kalau puas hati nanti boleh beli lagi. Bagi ai memang puas hati dan boleh tambah lagi pokok-pokok ni hehehe... Yang pokok sama jenis ini dia beli satu warna merah dan satu lagi warna pink. Mata ai tengok lebih kurang sama je warnanya :p



Ianya memang surprise sebab dia beli tak beritahu ai pun. Tahu-tahu dah ada depan mata kan. Memang ai ada cakap dengan enZaf sebelum ini, bila nursery dah dibuka ai nak beli pokok. Tak sangka pula dia belikan dulu. Semoga pokok-pokok ini hidup lama :p



Thank you enZaf belikan ai pokok-pokok ini. Dia rembat pakai cekak rambut ai, dah rimas dengan rambut panjang. Semalam kedai gunting rambut pun dah boleh beroperasikan. Dia cakap tunggu 4-5 hari lagi baru ke kedai, sekarang ini mesti ramai orang nak potong rambut juga.

Friday, August 13, 2021

Vaksinasi Covid-19 Bagi Umur 12-17 Tahun


Pagi tadi ai dapat message dari Whatsapp Group sekolah Zahra berkenaan Surat Pekeliling dari Ketua Pengarah Kesihatan kita, Datuk Noor Hisham Abdullah berkenaan vaksinasi Covid-19 bagi golongan remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun.



Panjang juga surat pekeliling tu nak baca hehehe.. secara kesimpulannya program ini akan bermula pada pertengahan bulan September dan secara berperingkat. Beberapa jam lepas itu, sekolah Zahra hantar lagi message untuk ibu bapa mengisi maklumat anak berkenaan vaksinasi. Fuh laju betul buat kerja.. :)



Sebelum dapat surat pekeliling ini, sekolah Zahra ada buat soal selidik mengenai pembukaan sekolah sekiranya bermula pada bulan September. Pandangan ai tentang pembukaan sekolah ini perlu ditangguh terlebih dahulu. Perlu diberi tumpuan untuk memberi vaksinasi kepada semua pelajar sebelum sekolah dibuka sepenuhnya. Sebelum ini ai ada dengar beberapa orang mencadangkan vaksinasi ini dibuat disekolah. Cadangan itu bagi ai tak salah, boleh dibuat tetapi ai rasa ianya lebih sesuai untuk sekolah harian. Bagi sekolah asrama ai rasa tak sesuai pula sebabnya ai risaukan lepas cucuk tu. Kebanyakkan yang ambil vaksin akan mengalami kesan sampingan. Tidak kira sama ada sampingan itu sikit atau tidak tapi ai lebih selesa kalau anak ni ambil vaksin dan berehat di rumah. Sekurang-kurangnya kalau dia tak sihat, ada keluarga yang jaga dan tengokkan. Itu pandangan ai lah. Anak sakit, ibu mana tak risaukan. Kalau vaksinasi itu di buat di asrama, kita pula yang susah hati nanti. Harap-harap pihak KKM akan pertimbangankan lah tentang perkara ini. Apa pun ai percaya KKM pasti sudah meneliti sebelum sesuatu keputusan yang dibuat. Semuanya bergantung kepada keadaan dan lokasi di sesuatu tempat. Yang penting kita sokong jika ianya membawa kebaikan semua pihak.

Oh lewat petang tadi, salah seorang guru kelas Aliah nak berpindah ke sekolah lain. Cikgu itu merupakan cikgu subjek Muzik yang mengajar akak Zahra juga masa sekolah rendah. Sempatlah ai Whatsapp personally dengan Cikgu Faizura ucap terima kasih dan tahniah ke tempat baru.



Minggu lepas pun ada salah seorang guru Ariq bertukar ke tempat lain. Cikgu Rizal mengajar subjek Sains. Semoga cikgu-cikgu ini maju jaya ditempat baru. Semoga Allah memberi ganjaran yang besar buat mereka.

Tuesday, August 10, 2021

Minat Mario pula


Citarasa anak-anak ini akan bertukar bila sedang membesar. Tidak kiralah samaada dari segi makanan, permainan atau pun pakaian. Entry ini nak cerita perihal Qaireen. Masa dia berumur setahun Qaireen suka pada Didi & Friends dan Omar dan Hana, menganjak ke umur dua tahun dia mula suka pada Baby Shark pula dan tak lama lepas tu dia beralih kepada BabyBus dan Tom & Friends. Setiap kali sambut hari jadi dia, ai tempah kek mengikut kegemarannya. Dan sekarang ini sejak dia masuk 3 tahun banyak dah nampak dia suka pada karakter lain pula. Apa ai nampak dia setakat ini dia suka main toys My Little Pony dan Shopkins. Mainan yang dahulunya dikumpul oleh Zahra dan Aliah telah diturunkan kepada Qaireen hehehe.. Mula-mula tu agak berat hati juga kakak-kakaknya tu nak bagi. Mereka dah simpan lama sejak dari kecil tiba-tiba nak bagi Qaireenkan, akhirnya dorang akur juga lah. Beralah gitu. Thank you Zahra and Aliah! Dan terbaru dia suka pada Super Mario pula. Sampaikan Daddy dia siap belikan mainan Mario & Friends masa awal bulan Julai yang lepas.



Beli yang miniature, Qaireen lebih suka main jenis macam ini dari Plush Toys. Bukan main seronok dia bila nampak feveret karakternya. Senyum meleret :)







Bukan setakat belikan mainan, enZaf ajar Qaireen main game Super Mario pula. Sebelum ini dia main dalam handphone lepas itu Daddynya bagi main game pula yang apa ntah panggilnya macam gambar di bawah tu huhu...



Console handheld tak pasti betul ke tidak panggilan tu, yang pasti dalam tu semua arcade game ada. Bila ai tengok mengimbau kenangan zaman budak dulu main game ni. Kita mana ada main game dalam handphone bagaikan, handphone pun tak ada hahaha..

Hari ini badan baru kuat sedikit disebabkan cucuk vaksin dos ke dua semalam. Alhamdulillah makin sihat, sentiasa berfikir positif kerana sakit itu penghapus dosa-dosa. Dan hari ai nak ambil vaksin juga kita dikejutkan dengan pemergian Siti Sarah. MasyaAllah tak sangka pemergiannya buat seluruh rakyat Malaysia terasa walaupun kita hanya kenal dia sebagai artis tetapi ai tersentuh dari naluri seorang ibu. Semoga Shuib dan anak-anaknya tabah dan redha dengan pemergian orang tersayang. Walaupun ramai dah kehilangan ahli keluarga sebelumnya diharap pemergian arwah ini sebagai asbab untuk kita semua membuka mata bahawa pandemik ini boleh meragut nyawa sesiapa sahaja dalam sekelip mata. Di kesempatan ini juga ai nak ucapkan Salam Awal Muharram kepada semua. Semoga kehidupan kita di dunia ini sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan serta menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman dan bertaqwa.

Sunday, August 8, 2021

Penutup Olimpik Tokyo 2020


Pejam celik sekejap je sudah dua minggu Olimpik berlangsung. Malam tadi adalah penutup upacara ini. Dalam banyak-banyak acara, yang ada hologram tu ai suka tengok, cantik sangat. Macam kartun Frozen pula hehehe..



Olympic Rings.




Fireworks mestilah adakan dalam mana-mana pembukaan dan penutupan majlis.



Pada hari penutup juga kita mendapat berita gembira apabila Malaysia berjaya meraih pingat Perak dalam acara Keirin Berbasikal. Tahniah Dato Azizulhasni Awang!!! Debaran tengok basikal sama macam tengok Badminton hehehe..



Secara kesuluruhan dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini kita mendapat 1 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa. Maka keputusan penuh untuk medal ranking Malaysia di kedudukan yang ke-74.



Apa pun ai bangga pada semua atlet Malaysia yang ke Olimpik samaada yang pulang dengan pingat atau tidak. Walaupun ada sedikit kecewa sebab Diving kita tidak memenangi sebarang pingat, nasib tidak menyebelahi kita kali ini. Tapi tak apalah menang atau kalah adalah adat pertandingan. Berakhirlah hari-hari ai duduk di depan tv hihi.. Berjumpa lagi kita di France pada tahun 2024 pula. Semoga atlet kita dapat pingat lebih banyak lagi.

Saturday, August 7, 2021

First Time Main Roller Blade


Bulan Jun yang lepas, Qaireen cuba main roller blade. Gara-gara nampak akak Aliah dia main dalam rumah. Nak main kat luar tak boleh, main dalam rumah pun jadilah kan. Qaireen sendiri yang minta nak pakai roller blade tu. Mula-mula ai tak nak bagi sebab kecil sangat kaki dia pun, tapi nampak dia bersungguh pula nak, jadi ai bagilah cuba. Nampak sangat muka dia gembira bila ai pakaikan roller blade. Haruslah ambil gambar dia kan.



Tak sangka pula dia berani. Sikit pun tak takut nak gerakkan roller blade tu. Ai bagi dia main atas karpet dahulu untuk belajar imbangkan badan. Tapi dia tak sabar nak main atas lantai. Lantai tu licin, kalau tak pandai imbang memang jatuh memanjang. Tapi Qaireen ni tak takut, dia nak juga main roller blade kat lantai. Jatuh pun tak nangis.



Suka dapat main roller blade tapi mulut bising. Membebel je dia macam siapa lah tu kan hahaha..





Bila dah tahu seronoknya main roller blade ini, dia pun minta nak main lagi. Kali ke dua dia main ai nampak dia dah laju sikit. Masih lagi main kat karpet, kat lantai dah nampak improvement kaki dia semakin kuat. Itu pun ai masih pimpin dia lagi. Kasut tu pun besar dari tuannya, kena tunggu dia besar sikit lagi baru selesa nak main.



Gambar atas ini dari kamera Daddy dia. Cantik gambar cerah putih berseri nak dibandingkan kamera handphone ai huhu.. nak telefon baru pleaseeeee!!! hihihi.. Daddy dia pula layan Qaireen main roller blade.





Kalau wabak Covid-19 ini berakhir, boleh bawa Qaireen main roller blade kat luar pula. Kesian kat anak-anak tak ada aktiviti luar. Lama sangat terperap dalam rumah huhuhu.. Eh! siang tadi enZaf bawa balik cat. Entah apa projek dia nak buat kali ini. Sebelum ini pernah dengar dia tanya Zahra suka warna apa tapi dah lama dah. Agaknya nak mengecat bilik anak dara lah tu. Jadi tunggu la bila dia nak mula buat tu kan ;)  

Wednesday, August 4, 2021

Projek Seni: Bingkai Gambarku Tahun 5


Entry kali ini berkenaan tugasan seni Aliah buat pada penghujung bulan Jun. Kali ini murid-murid belajar menghasilkan karya mengunakan teknik titisan. Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak banyak dan semuanya sudah ada di rumah. Kalau semua bahan tu ada memang lega lah hati ni, tak perlu runsing nak beli bagaikan. Nak buat tugasan ini pun mudah sedikit nak dibandingkan dengan tugasan yang sebelumnya [link]. Pertama Aliah warnakan dahulu kertas lukisan dengan warna yang terang.



Selesai warna, dia titiskan lilin pada kertas yang telah diwarnakan itu. Part ini dia paling suka. Pertama kali pegang lilin dan titis atas kertas.



Dah titis lilin pada semua bahagian kertas tu, Aliah warnakan lagi dengan warna yang lain pula dan titiskan lilin sekali lagi ke atas warna yang lain itu. Proses mewarna dan titisan lilin ini berulang sebanyak mana warna yang dia nak letak.



Akhir sekali barulah warna dengan warna hitam pula sebagai langkah terakhir. Sampai lembik kertas lukisan Aliah buat sebab banyak sangat air dia letak hehehe.. Kena tunggu kertas tu kering.



Dah kering kertas lukisan dia, Aliah perlu kikis lilin dengan menggunakan hujung pembaris. Ariq pun tolong Aliah sama-sama kikis lilin tersebut. Thank you Ariq!



Masa Aliah dan Ariq mengikis lilin ini ada bahagian-bahagian kertas yang terkoyak. Kikis ini kena perlahan-perlahan, tapi itu lah dorang berdua ni dah tak sabar nak siapkan cepat-cepat. Mujur koyak tu pun tak berapa nampak sangat. Kalau tak terpaksa buat semula huhuhu.. Dah selesai kikis, kertas itu perlu di lipat untuk menjadikan bingkai dan hasilkan pemegang gambar dengan bahagian bucu sampul duit. Yang bahagian lipat, bucu sampul duit dan bunga sebagai hiasan bingkai ai tak ambil gambar pun. Tahu-tahu je dah siap.



Itulah rupa bentuk bingkai gambar Aliah. Comot sedikit tapi jadilah. Gambar dia ai letak masa dia umur 5 tahun kalau tak silap. Sepatutnya kedua-dua sisi bingkai itu ada gambar tapi Aliah buat satu bahagian je. Belakang dia tak buat sebab dah penat dan mengantuk. Anak-anak itulah setiap kali tugasan seni mesti buat last minutes.



Apa pun Aliah suka dengan hasilnya. Terus dia letak frame itu kat katil.