Thursday, December 30, 2010

Perasan tak

Tak tau la orang lain rasa ke tak pe yg ku rasa.
Kalau ai suka pada sesuatu kenderaan,
bila atas jalan mesti nampak aje..
tak kisah la masa tgh drive ke, tgh lepak kat restoran ke..
pegi keje balik keje...pegi kedai pegi mana-mana la
ada je nampak kelibat2 kenderaan yg diminati tu.





Oh gambar di atas adalah kereta idaman.
Mampu tumpang je.. kalau bawak mesti orang kata kereta tu jalan sendiri.
Tak nampak drebar hahaha
Okey encik suami, sila beli satu.
Esok gak order hahaha
Kalau disuruh pilih, ai nak Q7 je cukup. :)

hmm, minat pada kereta kuda,
tapi idak pulak nampak kereta kuda atas jalan hihihi
Apa2 aje la aku ni huhu

Wednesday, December 29, 2010

Dating + Makan + Bola

Harini bermula balik Hari Dating Sedunia kami.
Sejak dari bersalin, sampai ke pantang dan sampai la skang.
Tak sempat2 nak berdating bedua..
sibuk uruskan anak2 huhuhu

Tapi dating kali ni tak kuar mana.
Dating kat umah je sambil tgk bola.
Anak-anak??!! cam biasa tinggal kat umah mak tok. hihi
Bila dah berdua nama pun dating sendiri mau ingatla hahah gelak setan jap.

Sblom start bola sesi menggoreng keropok dan nuggets,
kononnya tuk bahan mengunyah sambil tgk bola.
Tapi blom start game, habis licin sudah.




Terus Zaf order Domino's Pizza lak.
Lihat lah perut kami yg macam tong ni,
badan kecik tapi leh sumbat segala macam hahaha



Sronok giler tgk ke2-2 team, sangat agresif.
Yang pasti team Malaysia takde la defensive sangatkan, wah syok.
Syabas wat Harimau Malaya.
I Lap You Fahmi!! haha tetiba je kan

Owh terima kasih wat PM kita yg bagi cuti umum Jumaat ni.
Jimat dah satu hari cutiku, leh bawak gi next year..hehe
Hip hip Horeyy Hip hip Horeyy

pic semua dari en google.

Tuesday, December 28, 2010

Sepah giler

Nak share ngan korang.
Ribut taufan, tsunami, gempa bumi melanda kat workstationku.

Bencana ni melanda masa ai baru masuk keje
pas habis maternity.
MasyaAllah masa melangkah masuk tu,
mengucap panjang..pe nak jadi ngan tempat ai ni.

Tau la dok ngan lelaki2.. sangatla 'kemas'.
Berterabur skali, ngan macam segala menda :)




Monday, December 27, 2010

YES by Chomel Craft!!

Kalau korang ada anak perempuan
mesti korang meroyan tgk menda alah ni.
Eh takde lah, tetiba nak kata korangkan,
padahal ai yg meroyan.. korang je rilek takde menda hihi

Sape tak kenal ngan Chomel Craft daku hempuk kang.
Kalau tak tau, sila buat2 tahu hihi
Baru2 ni kat CC buat YES.. yer korang ingat shopping complex je ke wat sale.
Online shopping pun ada YES gak.

MasyaAllah cantik2 la hair clips ngan cekak dari CC ni oiiii
Macam2 kaler, macam2 bentuk ada.
Dan pasti ai mengorder stock tuk anak2 ai.
Pada sapa nak order korang pegi kat
Chomel Craft Facebook
http://www.facebook.com/chomelcraft






Sunday, December 26, 2010

Makan2 kat Ikano dan Ikea

Hari Khamis lepas, ai start cuti sampai la harini.
Esok keje balik huhuhu
Masa hari khamis tu, takde plan ke mana, rehat2 je kat umah.
Tetiba Zaf call jom lunch.
Dia dah habis meeting sambung balik keje mlm.
So ape lagi orang dah offer kuar kita ok je la kan.

Pegi dekat2 je, kat Ikano.
Lunch kat Teppanyaki. Pastu gi Alliance Bank uruskan hal opis jap.
Habis tu kat lobby Ikano ada ToysRus letak mainan,
ape lagi si Akak Zahra ni berlari kemain seronok lagi,
nampak castle.

Tunggu la ada landed house, bole beli menda alah ni kan.
Bole wat playground, huh macam2 idea dlm pale otak ni.



Nak jadi Rapunzel katanya..
camtu kena bela rambut panjang la nak oi.. ;)



Aliah tunggu besar, baru leh join akak main yer.




Dah puas Akaknya main, kami ke Ikea.
Jalan2 cuci mata tgk design baru.
Penat jalan, kami makan meatball ngan Daim cake..
Makan lagi hihi. Jadinya malam kami makan roti je. :)



Sorang satu okeh.. huh menggemokkan hihi



Oh Akak Zahra beli ape tau kat Ikea..


Crocky ijau tu dia nak sangat.
Panjang weh..lagi tinggi dariku.
Yang pasti tak girly langsung anak dara ni hihi
pastu masa nak bayar, awek cashier ni takut nak pegang,
dia geli katanya. :)

Saturday, December 25, 2010

Nak bergambar pun susah

Aduhai anak-anakku, susah betul nak amik gambar skali.
Ada je tak kena.
Nak kena ngan timing nak snap tu susah sangat.

Bila Akaknya ok, Aliah plak gerak.


Aliah dah tgk camera, Akaknya plak tak ready.


Pastu dua-dua dah tak tengok.


Letih nak amik gambar bedua ni.
Nak nak plak skang ni Akaknya tak suka pandang camera,
dah macam orang meroyan je mummy menjerit2 suh pandang camera
Muak dah kot asik bergambar je kan hihihi

Stress mak! hahaha
Nak amik gambar pun leh stress2 hihihi

Tak pun sebab camera tak canggih, hihi
alasan nak beli camera baru la tu kan :p

Thursday, December 23, 2010

Sian daku

Sedih tau Vincci dah tak kuarkan kasut size 3,
tuk kakiku yang kecil ini.
Why? why? why?
tell me whyyyy, ha kan daku dah menyanyi lagu BSB ni huhuhu

Disebabkan itu terusku menghantar email pada Padini,
tentang kesedihanku ini, haha poyos.
weh tapi seyes mmg ku hantar email.
dan tak sangka begitu pantas skali respond mereka.


Dear Nurhayati,

Greetings from Padini Holdings Berhad!

Thanks for the comment and the feedback.

Kindly be inform that the Vincci brand will reproducing size 3 back in next year but not all kind of shoes.

So sorry for the inconvenience caused.

Thank You & Have A Nice Day!



Regards,

Harvard Lee

Card & Customers Relations (CCR) Department, Padini Holdings Berhad, 21, Jalan Jurunilai U1/20, HICOM-Glenmarie Industrial Park, 40 000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
General Line: +603 5039 7188
Direct Line: +603 5569 1170 / 1171
Fax: +603 5569 1126
Website: www.padini.com
Stay Connected with us:
http://www.facebook.com/pages/Padini-Holdings/131149282087





dan terus hatiku berbunga2 riang, lalalalaaaa
Love u Padini!! ahaks
bertambah2 plak harini daku cuti sampai esok..
syoknya..

Wednesday, December 22, 2010

Patut la tak kurus

"Salad. Memang bunyinya menyihatkan tetapi
pernah lihat campuran yang anda masukkan ke dalam salad itu?
Kalau anda makan salad tetapi anda memasukkan mayonis,
sos "Thousand Island" dan sebagainya yang mengandungi
kadar lemak yang tinggi, ia tidak ada gunanya.
Perbuatan ini hanya akan
meningkatkan jumlah kalori
dan mencemarkan kualiti sihat
yang sepatutnya ada dalam makanan itu.

Gantikan dressing salad ini dengan yogurt bebas lemak,
sos barbeku, mustard atau sos tomato.
Perlu diingat, satu gram lemak mengandungi dua kali ganda kalori
berbanding satu gram protein atau karbohidrat."
-
sumber: majalah Rapi



huh pasal tu la badan ni tak mo gak kurus2x.
padahal thousand island tu yg buat sedap. :(

pic googled.

Mahu tukar beg

Nak beli beg patent leather ni



atau ini



yang pasti beg 2-2 atas tu tak lebih dari RM1k kan.

untuk gantikan beg yang fabric ini
sebabnya bag skang ni semakin lunyai.. usung kesana kemari
walaupun pakai baju tak matching langsung ngan beg haha




p/s: yang pasti nak kaler pink jugakkan.. :)


Sunday, December 19, 2010

Shopping free

Semalam kami ke One Utama,
gi redeem bonuslink point tuk Parkson voucher.
Biasa la nak ujung2 tahun baru nak gi wat, kalau tak burn point rugikan.

Punye la ramai manusia kat Customer Service..
lama giler menunggu.. si akak Zahra dah tak dok diam,
berlari sana sini, pening mummy.


Bonuslink ada wat contest.
Kalau korang jenis kaki shopping, pegi la beli barang2 kat outlet terpilih.
Mana tau rezeki menangkan.
More info klik sini.


Berjanggut tunggu daddy kat counter,
ni la hasil voucer yg kami terima..
dapat la ratus ratus, sape nak bagi ye dak, alhamdulillah.


Pada sesapa yg tak pernah redeem bonuslink point tuk Parkson voucher ni.
Firstly korang dapatkan pin no dulu.
pin no ni kena call bonuslink tuk dapatkan.
Pastu gi la customer service mana2 Parkson.
1,000 point = RM10
kami suka redeem voucher ni lagi dari barang2.
Sbb leh beli barang kita nakkan.

Voucher kalini kami pakai semua tuk Zahra.
Dari baju, seluar, kasut, pampers..etc
ha amik ko, dah macam nak raya dah, semua baru hihi
yang penting free ye tak :)

Friday, December 17, 2010

Pakcik Kayo!!

Kalau la senang sangat dapat duit macamni kan..
semua orang kaya kat dunia ni.

korang pernah dapat sms mengarut camni tak. :)

fuh 20ribu tu


campur ngan 17ribu..
woweee.. 37ribu..pakcik kayo hahahah
tak yah penat2 keje.. tunggu sms ni je sudah.
Cepat korang, call mamat Nasir ni ahaks

Thursday, December 16, 2010

3mos

Pejam celik pejam celik,
dah 3 bulan Aliah..cepat betul rasa.
penat letih suka duka semua ada
bila kita penat rasa cam cepat2 la besar.
tapi sebenarnya taknak dia besar cepat sangat.
lagi besar lagi byk karenah cam akak dia hihi

Dah 3 bulan ni, Aliah suka jelir lidah.



Suka tido meniarap



Suka main.. siang dia kurang tido.
jadi malam dia tido lama, subuh baru bgn nak susu



Suka makan tangan..nasib kaki blom lagi.
Kalau tak naya hehe



Dan paling suka senyum..sket2 senyum.
Murah ngan senyuman.
Pastu ajak borak.. jgn jadi joyah sudah ko ni :p



Wednesday, December 15, 2010

Wristlets

Dlm banyak2 brand, brand Coach la menjadi pujaan hati.
kalau nak cari writlets.
Suka sbb Coach ni byk design yang cantik..
Designnya ada yg ala2 formal, casual, ngan funky2 kan
Pastu kaler2 tu menarik dan tertarik hihi
Suka tgk wristlets tapi tak de la rasa nak beli.
Sbb tak tau nak letak ape dalam tu.

Sunday, December 12, 2010

Baby Tights

Time Zahra dulu, ai tak gilakan sangat tights.
tapi sejak ada Aliah ni, suka plak.
Tights ni sesuai tuk pakaikan romper ngan dress kan.
Comel je.



Borong tights kat Mothercare.
Ceh mcm la borong seguni kan.
padahal 5 helai je hihihi
Ada 10% discount.


Pasni nak order tights yang animal patern lak.
Tak pernah lagi beli camni, time zara dulu pun tak beli gak.
kalau tau kat mana beli online yang murah2 rogerkan padaku yer.


pic googled.

Saturday, December 11, 2010

Ke Muor

Pagi tadi kami ke muar.
cousinku bertunang..
Tahniah Azura!!
Sangat cantik temanya.. hitam putih & gold.

Ni gambar ai bersama2 cousin perempuan..
cousin lelaki semua ilang, ada yang study dan keje kat Korea,
yg study kat perak.. macam2 la.
tapi tau tau la bab2 tunang ni laki bukan amik port sangat.
Bertunang ni hal perempuan katanya hihihi

Owh yer, cousin2 ku ni semua masih belajar lagi.
Ai je yang paling tua dari dorang semua.. sb tu panggil kak long.
Anak pertama, anak saudara pertama, cucu pertama.. segala2 nya pertama.
hahaha
Bergambar ngan dorang ni terasa muda lak hihihihi



Tahun depan ada 2 kenduri la nampaknya.
Ni adikku yang akan kawin pertengahan tahun,
pastu cousinku tadi ujung tahun.
Haishh cepatla korang kawin, leh la anak2 aku ni ada geng.




Petang plak kami pekena Mee Bandung Muar kat Tanjung..
fuh terbaikkkk..



Thursday, December 9, 2010

Macam-macam

Ada la orang yang kita tak kenal
ntah sape, datang dari mana
tanya soalan,
“Tak kisah ke downgrade lifestyle ko tu?
Hidup mewah beli barang branded sana sini,
tetiba nak beli barang murah bole percaya ke?”

Baik betulkan tolong pikirkan hal orang.
Tak payah la aku nak explain, nanti beban otak ko tu hihi
Terima kasih la yer.
Dah dah jangan sibuk hal orang. Shoohh shoohh

Tuesday, December 7, 2010

Nak gak matching

Buat pertama kalinya, zahra n alia ada baju sedondon.
Bila anak2 rapat terasa nak belikan bedua ni baju sama.
Kalau ikutkan daddy tak kisah pun
Katanya pakai je la baju Zahra yang berlambak tu.
tapi tau la ai yang degil, nak gak belikan baru tuk Aliah..
sian dia kan takkan takde baru langsung, nak pakai secondhand je :)
diorang ni tak kisah pun, mummynya je yang over sebenarnya hahaha

Dresses ni beli tuk bedua ni pakai masa raya haji lepas.
Baru ada sepasang yang sama..





Sunday, December 5, 2010

Wallets

Ai dan Zaf pencinta wallets.
Sejak kawin sampai skang, ada la 3-4 ketul. :)
Itu kami la, taktau la korang ada lg bykkan.
Walaupun elok lagi wallet tu tetap nak beli gak, exspecially ai la kan.
Cantik lagi pun gatal nak beli.
Beza ngan Zaf, wallet dia betul2 lenjan habis,
mana taknya laki kan simpan wallet dlm seluar.
Naik jahanam, ada tu baru setengah tahun dah macam ape bentuk wallet dia tu dah hehe
Kita perempuan letak dlm handbag takde la rosak mana kan.

Ni dari wallet time kawin, suka Braun Buffel.
Dari bujang sampai la skang..
Tapi Braun Buffel ni pun dah mahal, nak compare 5 tahun lepas :)


pastu beli Coach plak.
Yang ai nya beli masa Valiram wat sale.
Actually tak de pun nak beli, tapi dah murah amik je la.


Beli Gucci plak.
Time ni ai dah minat pada long wallets.
Sbb leh letak byk kad.. alah kad point dan member card je. :p
Beli ni kat Singapore, tau la kalau pegi Orchard Rd. tu kan..
mmg la shopping aje.



Lepas dah beli Gucci, latest wallet ai pakai skang Prada.
Sampai la skang pakai tak tukar2 or beli baru.
Zaf tak beli wallet, dia beli sling bag Prada je.





Skang ni rasa nak beli baru, dah 2 tahun dah tak beli hihi
alasan alasan kan

tetiba minat pada Braun Buffel wallets ni.
Tapi tgk design nak sama cam Prada tu plak.



Tak pun amik yang ni la cantik gak..
wallet panjang kaler merah
Takde lagi kaler terang2 camni..
hmm menarik2 ni :)