Monday, April 30, 2012

Semua nak manis


Skang ni mulut asik nak makan menda manis je.
Bahaya ni, kang mau ada diabetes ni kan.
Lusa ada checkup,
kena minum air masak banyak2
dgn harapan menyahkan segala manis2 yg ada dlm badan hehehe
Ni antara manisan yang orang lain tak bole usik kat umah.
Memang khas tuk mak buyung.

Eskrem tamak sampai nak 3 jenis.


Butter cookies ni enZaf slalu curik huhu

Friday, April 27, 2012

Cinta Hati


Malam ni nak gi amik cinta hati
kat airport.
Lambat betul nak tunggu malam hihi
EnZaf gi Jakarta bawak customer
main golf dari hari Selasa.

Ni gambar masa hantar dia kat KLIA.


Dan ini adalah cinta hati baru MakLong.
Airaa sudah 15hari.
Setakat ni MakLong blom miss datang tgk kamu.
Hoverkan... haha


Alah malam ni tak dapat tgk Super Spontan :(

Thursday, April 26, 2012

Breast Pump


Sedihnya sbb electric breast pump cap Aventku rosak.
Ai bagi kat adik pakai.
Katanya dia try on tak bole pump pun.
Dah cuba try test kat plug2 lain pun sama huhuhu.
Sian dia nak pump susu tak bole.

Banyak dah jasanya pada ai.
Dari akak Zara sampai la Aliah.

Maybe kepala motornya rosakkan.
Agak2 hantar repair bole ok ke tak huhu




EnZaf cakap kita beli baru.
Ai googled pastu rasa cam nak tukar brand lain plak.
Medela ke kan.



Ada sesapa pernah pakai n experience
pasal Medela product tak?
Kalau ada nak la tolong bg pendapat.
Okay ke tak ek..
Macehhh!!!
(All images googled)

Wednesday, April 25, 2012

Sling Bag

Ni je la satu2nya sling bag yang ada
sejak kawin sampai skang.
Tapi dah lama tak pakai beg ni, sbb ianya kecik.
Cik Britt

Tau la bila dah ada anak2 ni,
perlukan beg yg besar sket.
Sbb nak sumbat segala barang.
Bukan barang kita pun, barang anak yg lebih.
Bole sumbat botol susu dorang dlm ni.
Jadinya ai beli sling bag ke-2.
Kali ni besar dari cik Britt.
Cik Kristin

EnZaf kata pakai sampai lunyai.
Pilih kaler itam senangkan,
wat lasak kalau kotor tak nampak :p
Beli masa kat JPO.
Ha Annapeje.. aku sudah menjawab komen ko.
Beli satu barang ni je tuk diri sendiri.
Percayalah hihihi

Tuesday, April 24, 2012

Depan e@Curve

Ai mmg jenis panas montot yg tak leh dok diam kat umah.
Mesti nak keluar walaupun enZaf takde. :p

Bawak anak2 jalan kat Curve,
kononnya nak cari barang baby tapi
tau la ada budak2 ni..
Lebih melayan karenah dorang dari nak membeli barang.

Jadinya ai bawak dorang depan e@Curve tu,
kat situ ada air pancut..
ha main la korang kat situ sampai berpeluh bagai.

Akak Zara yg ai suh jagakan adik.
Akaknya bila jaga nak pegang tangan adik.
Tapi adiknya tau la,
bukan reti nak dok diam.
Jenuh la si Zara ni kejar hihi


Layan je la dorang nak wat ape.


Akak Zara yg berambut pendek sudah.
Ai potong sendiri.
Sbb rimas tgk rambut panjang dia.
Kalau dok umah bukan nak ikat.


Si Aliah ni lagi best.
Kat air pancut tukan ada letak bunga2 kat situ.
Selamba badak dia je pegi situ petik.
Anak2 orang ai tgk takde pun kaco.
Wat malu mummy je nak oi.


Kemain seronok dan vangga skali,
ko tayang bunga yang dipetik tu.
Dah penat dia usung bunga tu.
Dia kirainya bunga tu bertaburan atas lantai.
huhuhuhu

Sunday, April 22, 2012

For Sale: Hackett



EnZaf nak jual baju ni.
Katanya dah tak muat :p
sendat sudah haha
Harga asal RM375
Let go RM100
Masih elok lagi sbb jarang pakai.
100% Authentic yer kawan.
Cam biasa kalau nak sila email.

Diagnol Split Polo Shirt
Style #: M55490008
Size: XS
Color: Sky/Brown

Descriptions:
Hackett diagnol split polo shirt.
Hackett polo team logo and Hackett branding under collar.
Diagonal split front and back.
Twill number on right chest right sleeve and centre back.
Double white stripe ribbed collar with white neck and side vent split tape.
- 100% Cotton Single Pique.
- Hackett branded buttons (spare supplied)
- tailored fit.

Thursday, April 19, 2012

Anak buah baru lagi

Bulan 2 lepas dapat anak buah.
Anak akak ipar [sini].
Bulan ni anak adik sendiri plak.

Alhamdulillah adikku selamat bersalin,
baby girl berat 2.4kg (sama cam Aliah)
secara normal pada 13/4/2012

Perkenalkan Puteri Airaa Amani
Bulats sungguh pipi kamu.


Aliah mmg suka baby,
dok je sebelah tak mo gi mana2.


Siap amikkan diapers, handkerchief
letak sebelah baby.
Pastu bila nak sayang baby
cam biasa la bagi pipi :)


Akak Zara jgn ditanya.
Dia mmg tak kisah langsung baby.
Sama la cam bila dapat Aliah.
Tak heran pun dia huh

Aira adalah anak buah ai yang pertama.
Almaklumlah ai anak sulong.
Nak tunggu adik2 ni kawin,
mmg berjanggut la.

Dengan ini,
dimaklumkan secara rasminya
ai telah menjadi MAK LONG hehehe

Wednesday, April 18, 2012

House Cleaning Services

First time pakai khidmat cleaner.
Kali ni mmg perlukan dorang.
Sbb ai mmg dah tak larat sangat nak mengemas,
mengemop, mengelap bagai.





Habis semuanya ku suruh cuci.
Tingkap, kipas, lantai, toilet,
yg pasti segala habuk dan kotoran degil takde.
Abis tu nak harapkan ai skang ni,
nak panjat segala tingkap, kipas tu jgn harap la kan :p

Bilik anak2 yang macam tongkang pecah,
segala mainan bersepah pun dorang kemaskan.
Tapikan.. tak sampai 5minit dorang balik,
anak2 wat sepah sudah hahahaha

Ape pun ai sangat puas hati ngan servis yg dorang buat.
Sangat cekap dan pantas wat keje.
Ai amik 2 org cleaner.
Charge 2 org RM50 untuk 2 jam. :)
Nanti leh panggil lagi.
Sebulan sekali okay la kan.

Tuesday, April 17, 2012

Kepada pengumpul FM

Baru sat ni kemas laci,
tetiba jumpa ada extra fridge magnet
Sarawak punyer.

Terus wat entry.
Takut kang tangguh2, lupa lagi.
Kalau peram dapat emas takpe jugakkan hahaha
Ape la mengarut. :p

Ni ada 5 ketui, FM lebih nak bagi kat uols.
Sape nak roger ek.
Takde bayar2 ni,
nak bagi free jer.



Cam biasa email address
kat nurhayatiyusof@gmail.com.


Trimester ke3


Pic minggu lepas,
sudah masuk 7 bulan.
Tgk peha pun dah mengembang dgn jayanya :)

Skang ni ai rasa dah tak selesa sangat.
Berat tu jgn kata la.
Jalan dah mcm mengengkang je tgk.
Baby plak asik main tekan bawah.
Nak2 part area pundi kencing tu.
Bila jalan asik terbenti sbb tak tahan.
Rasa ngilu n perit sket.

Nak tido pun dah tak selesa,
letak la bantal segala atas bawah depan blakang,
still sakit pinggang.
Baby plak sangat la active,
ikut jejak daddy dia yg jenis tak tido malam.

Beza betul peknen ke3 ni.
Almaklumlah umur tahun ni 32..
Serba serbi rasa tak larat.
Cepat mengah, cepat letih.
Tak seactive cam peknen umur 20-an hihi.
Tak leh bayangkan org peknen umur 40 huh.

Aliah plak dah makin lama makin mengada.
Asik "ami, ami ami"
Nak kita hadap depan dia 24jam.
Nak gi toilet pun dia nangis okeh.
Kalau gi jalan jgn kata la,
nak suh dukung.
Daddynya dia taknak nak amiiiiii jugakk!!!

Nasib la Zara ni dah pandai dan memahami.
dah pandai berdikari.
Suh tolong watkan itu ini,
boleh la harap.
Syukurrrr..

Skang ni pun dah start cari barang sket2.
Tuk siapkan hospital bag.
Erk tetiba rasa takut nak beranak sudah.

Semoga diriku dapat bertahan.
Kekadang rasa dah tak mampu dah.
Nak suh baby kuar skang hihi
Sabar sabar.. Sket lagi.. ;)

Monday, April 16, 2012

Dave's Deli

Antara tempat makan kegemaran kami.
Dinner kat Dave's Deli One Utama.
First time dating,
dinner ngan enzaf kat Dave's Deli ler hihi
Tapi kat Mid Valley :)

Suka sangat makan kat sini,
sbb makanan2 semua sedap..
Sila cuba pada yg tak pernah try lagi.

EnZaf makan Beef Lasagne.
Dah separuh baru teringat nak snap makanan dia :)


Ai makan Chicken & Mushroom Pies


Anak2 makan Chicken Toast & Mushroom Carbonara.


Adik kalau makan habis dari atas sampai bawah bersepah huhu


Akak Zara ni mmg peminat pasta.
Bagi kosong pun dia suka gak.


Penutup haruslah
Bread & Banana Pudding.
Pergh sedap gilerss


Wat entry ni tetiba rasa nak makan kat sana skang.

Sunday, April 15, 2012

Bye bye cik Merah!

Dekat 6 tahun dah cik Merah ni berjasa ngan tuan.
Mula beli masa sblom kawin.
Berkhidmat sampai la ni.

Bermacam2 kenangan ngan cik Merah.
Tido ngan dia, main kat dia,
tumpah makan air tu jgn kata la..
bila ada sikenit2 ni kan.



Sekarang cik Merah sudah tamat perkhidmatan ngan tuan ini.
Berat hati dan sedih nak pisah dengannya.
Apa pun jasamu dikenang wahai cik Merah :((

Dan inilah pengganti cik Merah.
Cik Putih.


Tuan ini ingin bertukar citarasa baru.
Tiada lagi fabrik tetapi leather.
Dan tiada lagi kaler Merah tetapi Putih.
Semoga cik Putih pun akan memberi perkhidmatan
kepada tuan ini selama yg mungkin. :)

p/s: skang ni nampak la cantik dan kemas,
pasni sepah cam gambar cik Merah tu jua hehehe

Friday, April 13, 2012

Minnie Mouse KD house

Bukan Minnie Mouse Clubhouse.
Tapi Minnie Mouse Kota Damansara House hihi

Akak Zara dapat bday present
dari aunty Ina.
Giant Minnie House.


Memang besar gabak Minnie ni.
Nak letak atas katil Zara pun penuh.
Last2 dia letak atas katil mummy huhuhu

Aliah pun nak Minnie Mouse gak.
Green Minnie, comel tak. ;)

Wednesday, April 11, 2012

Johor Premium Outlets

Awal bulan haritu,
kami ikut enZaf gi JB.
Dia ada urusan keje kat sana.
Pastu sempat la singgah ke JPO.



Daddy & anak sulongnya.


enZaf mmg nak beli baju katanya.
Especially kat Ralph Lauren.
Best jua la outlet RL ni,
besar dan byk gak pilihan.
Rambang mata daddy nak pilih.


Baju kanak2 je tak banyak.
Tapi dapat la belikan tuk Zara & Aliah
sorang sehelai.

Letakkan dorang depan cermin.
Ha gasak, tgk la muka masing2 hihi


Lama gak kami dlm RL tu.
Sampai Aliah meragam jugak la.
Pastu kami jalan2 cuci mata,
tgk outlets lain plak.

Mujur la akak Zara ni rajin layan adik dia.


For me ok la not bad.
Not bad kalau ada duit la kan.
Kalau takde duit tgk aje la hahaha
Tempatnya pun selesa dan bersih.

Monday, April 9, 2012

New Lamp

Last year, ai ada wat entry pasal
Aliah jahanamkan lampu kat umah [sini].
Lampu tu kami biar je kat umah,
lama tak berganti2...

Smalam baru la beli lampu baru.
Sebenarnya smalam niat nak cari sofa baru.
Dalam cari2 tu,
ternampak lampu ni.
Terus ai berkenan dihati.

Ai panggil lampu ini,
bola-bola api hihihi


Bila bukak lampu,
bayang kat dinding tu mencantikkan lagi.
Sukaaaaa


Kalau korang rasa tak cantik,
sila cakap cantik jugak hihihi
Harap2 anak2 takle gatai tangan mengusik
lampu ni,
kalau tak ai is nangis huhuhu

Sunday, April 8, 2012

Quick Dinner Date

Jumaat lepas,
berdating ngan enZaf.
Lama giler tak mengedate ngan dia.
Almaklumlah bz mengalah PM :p
Itu pun dapat date sekejap je,
sbb dia ada miting yg tak pernah habis.

Susah nak amik gambar "pak menteri" ni.
Muka ngan tak cukup tido,
sembab mata dan segalanya.
Kesian tgk dia, tapi nak wat camne kan.
Dah mmg keje dia camtu.
Pasrah dan redha hehe


Mengedate kat Sunway Giza aje.
Fullhouse yang tak berapa full la malam tu :)


Ayaq tuk basahkan tekak.
Tembikai dan longan.


Brownies & icecream.


Percayalah, tu je kami makan.
Jumpa pun bukan nak makan sangat.
Tapi lebih berborak tuk masa depan.
haha kemain lagi kan.
Abis tu, bila ada anak2 nak borak secara serius pun susahkan.
Kiranya miting suami isteri la ni..hehehe

Uols pun mesti ada cara tersendiri bila bersama pasangankan?!

Wednesday, April 4, 2012

Aktiviti harian anak-anak

Gambar2 ni ambil bukan hari yg sama.
Ai amik pun secara rawak.
Tu pun rasa nak amik,
kekadang xamik pun.
Sebab rasa sakit hati tgk keadaannya huhu

Sejak Aliah pandai panjat kusi makan.
Suka sangat la main kat situ.
Sampai panjat atas meja.
Akak Zaranya ikut je bole.


Segala barang hiasan ai atas tu,
habis disepahkan.
Lagi menyedihkan pasu dan tray hiasan.
Telah dipecahkan oleh Aliah huhu


Feveret lagi satu suka benor la,
selongkar dalam rak kasut.
Segala2nya dibawak keluar.

Sebelom ni rajin gak la ai kemaskan balik.
Tapi skang tak dah..
ai xlarat :((

Dah ada bilik sendiri,
tetap gak nak main toys kat luar.
Semua diangkutnya kuarkan satu2..
Bila dah penat menyepahkan umah,
dua2 terbongkang kat sofa kepenatan.


Satu hari umah tak sepah tak sah.
Nak hias umah cantik2 pun susah.
Jgn kata ada anak pompuan umah cantik je.
Takde makna, sama je lasak dorang ni huhu

Tuesday, April 3, 2012

Water Purifier

Sblom ni nak wat air panas,
pakai hot water dispenser


pastu nak tapis air pakai
water filter murah ni je.


selamat tinggal kat 2-2 tu.
Sbb enZaf dah beli water purifier baru.
Beli brand
Coway.

Time ni enZaf tgh discuss ngan org sales,
nak pilih model mana skali ngan ongkosnya yg pasti :)


enZaf decide amik
Water Purifier Petit CHP-06D


Best sbb ada air panas, sejuk dan suam skali.
lama gak enZaf survey nak cari brand ape.
Kawan2 dia pun ramai pakai Coway nih.
Kat hospital pun tgk banyak pakai ni jua.
Tapi yg besarnya la tuk industry.