Wednesday, November 29, 2023

Hantar Akak Zahra ke KLIA


Lama betul tak pergi KLIA. Itu juga menandakan kami pun dah lama tak berjalan menaiki kapal terbang hihi.. Tak silap kali terakhir masa Ariq 3 atau 4 tahun. Punya lama dah tu. Kali ini kami ke KLIA untuk menghantar akak Zahra pergi ke Taiwan. Bukan dia seorang tetapi bersama kawan-kawan yang lain di bawah anjuran Inovasi sekolahnya. Dalam pukul 5.30 pagi kami sampai di airport, Daddynya drop off kami dahulu kemudian dia mencari parking.



Tak banyak sangat barang yang di bawa, satu beg luggage, satu beg hand carry dan satu backpack. Semua tu Mummynya yang packingkan hehehe.. takut dia buat sendiri, nanti ada pula yang tertinggal :p kalau tertinggal nanti bukan boleh hantar, jauh sangat. Lainlah macam balik asrama, Daddy dia dah macam rumah ke dua dok ulang alik ke sana hahaha..



Tak lama menunggu, terus ada sesi briefing sekejap. Penyerahan tiket, tag dan macam-macam lagi. Oh ya terus isi borang secara online siap-siap, apa benda namanya itu ai dah lupa. Lama tak naik kapal terbangkan, gitulah. Yang ai ingat dulu isi borang atas kertas masa dalam kapal terbang, sekarang ini dah boleh online. Senang dan mudah betul kan.



Gambar di atas adalah Travel Agency (TA) yang membawa anak-anak ini. Oh ya, rombongan ke Taiwan ini bukan satu sekolah sahaja, ada lagi sekolah lain yang turut bersama menyertai inovasi ini. Iaitu SBPI Intergomb (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak). Gambar di bawah, saja ai snap tag beg yang TA bagi. Kesian nama Daddy salah pada tag tu hihihi...



Ambil gambar akak Zahra bersama bestfriendnya Amal. Pada mulanya akak Zahra nak pergi Taiwan ini seorang, lepas tu ai saja minta dia tanya Amal. Mana lah tahu nak join sama pergi Taiwan ini. Tak sangka Amal jawab okay. Apa lagi lajulah dua orang berdua ini register dengan Teacher Liez.



Mereka berdua sama kelas cuma berbeza homeroom dan mula rapat dari Form 1 sampai la sekarang. Duduk dalam kelas pun meja sebelah menyebelah, minat anime, suka melukis dan macam-macam lah... dah nama bestfriendkan. Jadi, haruslah ambil gambar mereka ini. Ini merupakan kali pertama kami lepaskan akak Zahra pergi jauh.





Sementara menunggu lagi, bagi anak-anak makan. Alas perut masing-masing. Ariq dan Qaireen sahaja yang tak pergi sekolah, Aliah sempat ke sekolah sebab dia sesi petang.



Sempat lagi ambil gambar anak-anak ini di kawasan sekeliling balai perlepasan. Ada deko Krismas.





Sebelum mereka masuk, ada lagi sedikit briefing yang dibuat oleh TA. Selesai semua tu sempatlah minta tolong Amal ambilkan gambar satu keluarga. Cantik sangat gambar, cahaya semua cukup terang. Thank you Amal!



Hanya lima orang sahaja murid perempuan yang sertai inovasi ke Taiwan ini. Tiga orang dari Tingkatan 3 dan dua orang dari Tingkatan 2.



Sebelah kanan akak Zahra tu dormmate dia. Zara juga namanya dan dia Tingkatan 2. Anak ai ni kat sekolah kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil Qas, di rumah saja panggil Zahra :)









Bye bye kakak!! Mummy, Daddy dan semua doakan akak, kawan-kawan, cikgu dan semua selamat pergi dan pulang serta dijauhi dari segala musibah dan bencana. Semua perasaan bercampur baur, jauh anak pergi dan lama pula tu iaitu tujuh hari. Ada banyak gambar lagi dalam Whatsapp Group tapi nanti ai masukkan dalam entry lain. Belum ada kerajinan lagi nak belek gambar dalam Whatsapp tu huhu..

Tuesday, November 28, 2023

Tok Abah Belanja Makan


Bila Tok Abah call ajak makan, laju je ai cakap okay hihihi.. Kebiasaannya kalau Tok Abah ajak makan, dia selalu nak ke Pizza Hut. Memandangkan Pizza Hut dah diboikot, jadi kenalah cari tempat lain. Bila Tok Abah tanya cucu-cucu nak makan apa, dorang minta makan di kedai mamak. Nak makan Roti Canai dan Cheese Naan saja. Alahai anak, untung betul orang belanja korang ni :p Gambar-gambar di bawah ini semua dari kamera phone Tok Abah.









Tok Abah dan Mak Tok nak jumpa dengan akak Zahra sebenarnya. Sejak dia Form 3 jarang jumpa cucu sulongnya ini. Dia sorang sahaja masuk asrama nak dibandingkan dengan lain memang selalu jumpa. Itu yang banyak ambil gambar dia tu hahaha... Lagi pun keesokkan harinya akak Zahra ni nak fly ke Taiwan. Ada expo di sana dan sekolahnya masuk dalam pertandingan inovasi. Terima kasih Tok Abah atas nasihat untuk akak Zahra, panjang berjela dia bagi hehe.. risau cucu pergi jauh. Siap bagi duit belanja pula tu. MasyaAllah terharu betul, walaupun dah tolak banyak kali tapi itulah perangai Abah. Dia memang pemurah dan baik hati. Sebab itu ramai orang sayang. Along doakan semoga Abah dan Mak sentiasa dilimpahi rezeki yang berterusan, diberi sihat tubuh badan dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T. Aish... tiba-tiba bergenang air mata.

Monday, November 27, 2023

Late Birthday Dinner


Tajuk bukan main Late Birthday, padahal tak adalah lambat mana sangat. Lewat tiga hari je pun, itu pun sebab menunggu akak Zahra PB barulah seronok semua ada. enZaf tanya ai nak makan mana, tekak rasa nak makan di Dolly Dim Sum. Terus enZaf kata okay dan kami ke Dolly Dim Sum, The Curve. Alhamdulillah dapat meja kosong, boleh dikatakan full house juga masa kami sampai.



Wajib lah ambil gambar "Banker bergerak" ini, terima kasih sudi melayan tekak wifenya. Dia kata sebab birthday, ikut sajalah :p





Terima kasih juga pada staf di situ tolong ambilkan gambar kami sekeluarga. Asalnya gambar ini senget jadi ai betulkan bagi elok. Bila tengok gambar senget macam nak jatuh makanan atas meja tu hahaha.. sampai macam tu sekali imaginasiku.





Ingatkan lepas makan malam nak pergi makan kek pula. Tapi tak jadi sebab perut dah kenyang sangat. Lain kali saja. Oh ya tudung ai pakai pemberian dari Tee B, tudung Ariani. Cantik sangat, kainnya lembut dan sejuk je bila pakai. Sebelum balik rumah, sempat singgah sekejap dalam kedai Miniso.



Berhantu ya masuk kedai ini, bagi ai lah. Comel-comel barang dalam kedai ini. Semua benda rasa nak beli. Dah berapa kali masuk bila keluar mesti tanpa tangan kosong walaupun sekadar beli satu barang :p

Wednesday, November 22, 2023

Kad dan Ucapan Birthday


Tahun ini harijadi jatuh pada hari biasa. Orang pertama yang wish dari enZaf pada pukul 12 pagi. Awal sebab dia tak tidur lagi, tengah gigih main game untuk habiskan mission dia hihihi.. Paginya masa ai tengah nak siapkan Qaireen untuk ke sekolah, dapat panggilan telefon dari Mak. Mak memang tak pernah lupa birthday anak-anaknya. Begitulah juga dengan kitakan, mak mak jarang sangat nak lupa tarikh penting ahli keluarga :) Kebetulan Mak ada checkup pada hari yang sama, dia ajak breakfast lepas selesai urusan di KKM. Terlupa pula nak ambil gambar masa kami makan, yang ada Mak, Abah dan adik bongsu.



Lepas Asar dapat panggilan dari anakku Zahra pula. Dia call lepas habis prep. Thank you kakak atas doa dan ingatan. Gambar di bawah dari Aliah dan Ariq. Aliah bagi awal sedikit, Ariq pula bagi malam rasanya, atak berapa ingat pula... hahaha dah tua :p





Comel je kotak yang Aliah buat tu. Bila buka ada bunga di tengah, gambar serta wish yang ditulis. Bab-bab sebegini memang serah pada dia. Suka buat origami macam-macam bentuk. Ariq pula dalam proses untuk menjadi kreatif juga hehehe.. Terima kasih juga pada ahli keluarga, sahabat handai dan saudara mara yang hantar birthday wish dari Whatsapp, Facebook dan media sosial yang lain, doa yang sama juga buat kalian. Semoga apa yang kita hajati diperkenankan oleh Allah S.W.T. Pada waktu malam, Aliah bagi ai Cheesekut yang dia buat sendiri. Katanya dia letak dalam bekas makanan je. Tak apalah nak oi, yang penting sedap ;)



Gambar di bawah ini cerita semalamnya, kami singgah ke sekolah akak Zahra untuk hantar barang untuk digunapakai pada hari HOSCAR (Hostel Carnival). enZaf ada menyumbangkan beberapa air minuman dan air kotak untuk jualan Homeroomnya. Sambil tu jumpalah dengan anak dara ini sekejap. Dia tahu Mummy nak datang, sempat pesan beli itu ini.



Terima kasih anak boys Homeroom tolong angkatkan kotak ke dalam bilik stor. Sempatlah berjumpa dengan teacher Zana, cikgu Homeroom yang menguruskan Hoscar ini. Kami berbual seketika dan tanya perkembangan anak serta pencapaian akademik masa trial SPM. Teacher Zana merupakan Upper Form teacher jadi banyak juga input yang diterima dan boleh dipertingkatkan kelak, insyaAllah.



Balik dari sekolah akak Zahra kami singgah makan, perut dah lapar sangat.



Di kawasan rumah kami sudah ada kedai gunting rambut. Alang-alang tu hantar Ariq potong rambut terus. Senangnya dah ada dekat dengan rumah, lepas ini Ariq boleh pergi sendiri je :)



Video di bawah ini ai saja rekod masa hantar Aliah ke sekolah sebelum ambil Ariq dan bergerak ke sekolah akak Zahra pula. Memang banyak video ai rakam bila dia ke sekolah. Aliah kalau nampak ai nak ambil gambar atau rekod video memang laju-laju dia berjalan atau pun tak nak pandang hehehe.. sejenis mak yang suka mengusik :p



Tuesday, November 21, 2023

Tea Time with Tee B


Lama tak jumpa dengan Tee B. Kali terakhir jumpa masa hari raya. Bila tiba-tiba dapat Whatsapp dari dia nak ajak berjumpa esoknya, laju ai jawab "ON" hahaha.. Pada mulanya kami nak lepak di Richiamo Coffee di Emporis, tapi bila sampai kedainya tutup pula. Terus kami ke Oh Apong saja. Situ pun okay juga sebab kami jumpa ini pun untuk makan petang.



Masing-masing berkongsi cerita, makan dan gelak ketawa. Mujur tak ramai orang, kalau tak bingit telinga dengar kami bising :) Tak sangka dalam borak-borak itu, Tee B beri hadiah birthday. Katanya awal dua hari sebab hari ini saja hari yang free untuk dia berjumpa. Alahai sweet sangat. Gambar di bawah ai minta Ariq ambilkan gambar.



Masa ini dah habis makan. Tutup segala pinggan, piring dan semua tu dengan paper bag hahaha.. cover kesepahan di atas meja :p Qaireen memang sengaja buat muka begitu. Bila ai suruh senyum, dia kata "Don't want!" huhuhuhu... suka hatilah nak oi. Gambar di bawah pula minta staf Oh Apong ambilkan gambar kami semua. Sedikit blur tapi jadilah dari tak ada kan hehehe..



Sebelum balik sempatlah bergambar sedikit di dalam Oh Apong ini. Kedainya cantik, rugilah tak bergambar.







Singgah Jaya Grocer sekejap, nak membeli sedikit barang dapur. Kalau ada dua ketul budak ini, dari beli sikit jadi banyak. Tahu-tahu macam-macam dalam troli :p



Terima kasih Tee B bagi hadiah birthday. First time ni ada tudung Ariani satin square. Semoga dilimpahi rezeki yang berpanjangan buat dirimu.



Terima kasih juga atas doanya dan semoga doa-doa ini juga berbalik pada dirimu. Love back



Monday, November 20, 2023

U11 di Karnival Denai Alam


Kelab bola Ariq join tournament bola di Denai Alam. Anjuran Seven Skies International School bersama Persatuan Penduduk Denai Alam. Jarang sangat ai pergi Denai Alam ini, kali terakhir 10 tahun lepas agaknya, itu pun pergi rumah kawan enZaf. Oh! baru teringat ada sekali je pergi ke sana baru-baru ini, itu pun sekejap sahaja sebab ikut enZaf hantar PS5 remote control untuk dibaiki. Tak masuk dalam mana, hanya kawasan shop lot. Pertama kali juga jejakkan kaki ke dalam sekolah Seven Skies ini. Tak dapat hantar anak dalam sekolah antarabangsa, dapat masuk jejak padang pun jadilah heheheh..



Bahagian dalam sekolah itu ada pelbagai jualan gerai tapi enZaf saja yang masuk. Dia beli air dan sedikit makanan sarapan pagi untuk kami mengisi perut. Ai kalau dah ramai-ramai begitu memang tengok dari jauh sajalah :p Perlawanan bola bermula jam 8 pagi. Dan team Ariq merupakan perlawanan pertama, maka gigihlah bangun awal supaya tak terlewat sampai :) Kami masuk kategori Under 11 dan ada 6 pasukan kesemuanya.







Nasib baiklah ada pokok tempat nak berteduh. Qaireen bagi handphone, makanan dan minuman senyaplah dia. Duduk lama kat kerusi itu pun tak apa hihi.. Itu pun dah lama sikit dia bosan agaknya mengadap handphone, berlari lah dia kat padang tu. Asalkan tak ganggu orang sudah :)









Alhamdulillah Ariq dan kawan-kawan dapat tempat ke-3. Awal-awal permainan saja mereka bersemangat, bila perlawanan itu masuk waktu tengahari nampak dah masing-masing kepenatan disebabkan cuaca panas. Mummy pun dah terbakar kulit berada di padang sokong anak-anak ni :) Lama juga kami di padang, hampir pukul 1 setengah tengahari.











Sebelum balik sempatlah ambil gambar bersama mommies, mak Haris dan mak Afiq. Itu pun mana yang ada saja, terlupa nak ambil gambar ramai-ramai. Masing-masing lepas ambil medal terus balik. Cuaca dah terik memang dalam otak tu nak terus ke kereta saja hahaha..





Perut pun dah lapar, kami makan di Restoran Ayam Kampung Subang 2. Banyak lauk sayur dah habis huhuhu... makan sajalah apa yang ada.