Gi melawat Nani dan baby Adraa Aisyah lg.
Kalini pegi beraya plak hihi
Anak2 zaman skang harusla
ngan gadget masing2kan. :(
Kebetulan Mak Nani ada masak
tuk besan2 dia nk dtg nanti.
Kira rezeki ai datang dpt makan skali.
Mak dia masak lontong, nasi lemak, pulut ngan serawa durian.
Perghh memang sedap2 semua.
Banyak plak tu makan hahaha
Sblm balik mestila bergambar ngan Adraa.
Makin bambam dan comel sangat.
Mummy sukaaaa
Lepas balik dari umah Nani,
terus gi sgbuloh umah mak.
Mak wat open house.
Takde la buat besar2an.
Sederhana aje.
Yg nak buat makan2 ni pun
sebenarnya adik2 ai Nani ngan Reena.
Dorang tu masih belajar,
ofkosla kawan bersepah2 lagi.
Buatnya petang sampai malam.
Tak putus2 kawan2 dorang ni dtg.
Giler ramai.
Dah alang2 wat makan tu,
mak pun jemputla sedara mara ngan jiran2 sket.
Ai pun sama tumpang menyelit haha
sbbkan makan tu kat umah mak,
ai panggil sikit kawan2 sekolah
yg dekat2.
Last minit ajak tu,
alhamdulillah ada yg dapat datang.
Ada gak ajak kawan universiti,
tapi semua ada hal.
Kawan ai yg awal datang Fidd ngan Reez.
Lama borak ngan dorang.
Tp sayang lupa nak amik gambar sblm balik.
Cuaca plak Sabtu tu hujan.
Sblm Asar hujan lebat sgt,
dok pikir mesti ramai tak dpt datang.
Lepas Asar alhamdulillah hujan dah makin reda.
Start tu la org ramai sampai.
Elok je Fidd n Reez balik.
TB sampai dgn anak buahnya.
Borak lagi sampai Maghrib.
Lastly malam kawan2 baik ai,
Nowwa and Anis datang.
Sayang tak cukup corum.
Nani pantang, Elin beraya umah sedara.
Lar semua buat peace rupanya.
Macam2 style :p
Walaupun bukan open house umah sendiri,
tapi tetap penat.
Bukan je melayan kawan2,
itu pun bukan ramai kawan datangkan.
Sedara mara pun ramai gak datang.
Terharu yg jauh2 dari Johor pun sampai gak.
Cuma Tok ai je tak dpt datang,
sbb tak sihat.
Ikutkan perancangan kami nak bawa anak-anak pergi ke Zoo Negara. Tapi sebelum tu waktu tengahari kami hantar Zahra dulu ke kelas Eye Levelnya. Tak sangka pula kelasnya tutup, rupa-rupanya tutup sempena cuti raya. Minggu sebelum itu Zahra tak pergi kelas, itu yang tak dapat makluman. Memandangkan kelasnya tiada jadi kami terus ke Zoo Negara. Dah sampai tapi cuaca pula tak mengizinkan, hujan rintik-rintik dengan awan yang gelap. Jadi enZaf cakap cancel masuk Zoo Negara. Rugi pula masuk waktu cuaca hujankan. Masa ini Zahra dah muka sedih. Semua menda buat semua tak jadikan. Akhirnya enZaf ajak pergi ke Kota Kemuning. Nak ambil kayu golf katanya. Lama juga kami kat situ tapi menunggu dalam kereta saja. Selesai dia dalam kedai golf tu, kami ke AmCorp Mall pula. Nak ambil handphone enZaf yang hantar repair. Handphonenya rosak pada bahagian tempat charge, masuk air. Bawa handphone dalam toilet, itula akibatnya. Mujur handphone dia under warranty lagi. Huawei gantikan dengan handphone yang baru.
enZaf ni dari dahulu lagi, dia jarang sangat beli handphone. Sebab handphone yang dia dapat ini kebanyakkannya dari company yang bagi atau pun dari supplier. Tak silap ai rasanya dua kali je kot dia beli handphone sendiri. Itu pun beli buat backup. Handphone Huawei ini dari supplier yang bagi. Kalau beli pun untuk handphone wifenya. Sebab itu wife dia paw telefon mahal sikit hahaha.. Thank you Yang! Selesai di Huawei enZaf singgah surau sekejap untuk solat Zohor. Sementara ai dan anak-anak menunggu, apa lagi, ambil lah gambar setiap seorang.
Satu-satunya anak bujang kami. Banyak cikadak dah budak ni. Dah pandai meminta macam-macam.
Yang ini jangan ditanya, serba serbi pandai dan pantas haha.. Kalau pergi beraya di rumah orang dengan selamba badak buat macam rumah sendiri huhuhu.. dengan tak tahu malu terus ambil toys orang dan main. Dengan dia ni ai kena cepat bertindak. Kalau leka naya.
Yang seorang ni pula, Mummy rasa dia macam dah besar sangat. Sifat keanak-anakkan tu macam dah berkurangan huhu.. Tapi dah banyak menyenangkan juga sebabnya dah pandai buat sendiri. Boleh harap gitu.
Sebelum balik rumah, kami singgah minum di Gloria Jeans Coffee.
Kalau ke sini tak ada benda lain lah nak makan kalau bukan donut. Donut kedai ni nak makan tapi donut kat pasar malam tak nak pula. Memilih sangat.
Muka berdua ni happy sebab Daddy belikan setiap seorang toys. Kami singgah Giza pula. Disebabkan tak dapat pergi Zoo Negara itu yang Daddy dorang belikan mainan sebagai ganti. First time ni beli mainan bukan original hehehe.. Aliah minta pony, Zahra pula nak dinosaur. Haiwan kegemaran dia sejak kecil lagi. Entah apa yang suka pada dinosaur pun ai tak tahu.
Mainan Ariq ai tak ambil gambar pula. Dia beli train Thomas and friends. Rehat dan solat Maghrib sekejap di rumah lepas tu kami bersiap-siap untuk pergi beraya rumah Mak Lang kat PJ. Banyak betul tempat kami pergi dalam satu hari tu. Dari rumah > OU > Zoo Negara > Kota Kemuning > AmCorp Mall > Giza > Rumah > Rumah Mak Lang. Balik rumah kesemuanya terbongkang kepenatan.
Balik terbongkang kepenatan hihi