Thursday, January 28, 2016

Episod Akhir Sha & Shah


Last dah harini.
Suka la citer ni.
citernya tak berat,
santai je.

Banyak wat ai gelak tgk gelagat dua org ni,
Syatilla Melvin & Kamal Adli.
Tapi episod semalam wat org nangis sedih.
Tak suka eh part gaduh2 ni.
Bila tengok Sha tu merajuk
sama weh ngan perangai ai,
degil keras kepala pun yer haha

Tp biasala kan hidup rumah tangga.
Gitu la kita.
Sape tak gaduh ngan pasangan tu korang mmg hebat.


pic credit to moviesinfobsyokv2.net

Malam ni kena tengok.
Sape yg tak tgk leh je tgk online.
Episod drama ni pun tak byk mana,
16 episod je.
Cerita Memori Cinta Suraya tu dh tak tertengok,
lama sgt jd bosan huhu

Nah ni link tuk drama Sha & Shah [link]
Selamat menonton.

From London


Hasil shopping enZaf kat London.



Yey tuk ai pun ada hehe..
Dapat handbag & kasut.



Ai suh beli ikut bajet dia je la,
xdemand nak brand ape.
Lagipun currency kita kan teruk skang ni.
Dah beli ni pun bersyukur sangat.
Suka dah dan tak sangka dpt kasut lagi.
2 bungkus tu lagi kasut2 Zaf.

Selain gi London tu dia gi Liverpool dulu.
Sempat okay tgk bola.
Liverpool vs Manchester United,
tp team dia kalah hahaha



Seronok la tu cita2 dia
tgk bola epl tercapai.

Kemain beli jersey daddy & son.
Yang dia buh nama Ariq,
Ariq plak buh nama dia.



Tq yang beli brg tuk ai n anak2.
Tuk anak sedara n kawan2 pun ada jua.
Kawan2 tu kawan2 dia pun huhu
Kawan kita tunggu enZaf bawak ai n anak2 gi London plak la.

Wednesday, January 27, 2016

Bikers Cafe


Adik ai ajak dinner kat Bikers Cafe.
First time ke sini.
Dekat ngan pasar Paya Jaras.



Makananku tuk malam ni
order steak.



Sedap bole tahan rasanya.
Pastu makan mushroom soup pun sedap jugak.
Pic lupa nak amik.

Anak2 makan spaghetti.
Habis makan sedap gak la tu.

Zaf takde sbb dia kat London masa ni.
Ngan adik ai Azie dia blom balik keje lagi.



Ariq suh mummy amik gambar kat moto.
Bila nak snap tu dia malu2 haha
Apa la hero ni pemalu.



Tq adikku Nani belanja makan.
First time belanja kaklong dia.
Nanti dpt gaji belanja lagi ok hehehe


3-4 hari lepas,
adik ai whatsapp gambar.
Sian kedai kena ribut.
Habis bumbung tercabut.



Moga urusan tuan kedai dipermudahkan.
Lepas ni leh ajak Zaf makan sini.

Tuesday, January 26, 2016

Supahiro Bear 7 Eleven


7E ada wat Supahiro Bear collection,
tuk pelanggan yg beli brg kat 7E ni la.

Setiap pembelian RM5 dapat 1 stiker.



Stiker tu lama dah kumpul,
tp baru skang ni nak lekat.



Kena ada 24 keping stiker
baru leh dapat bear tu free.
Ada lagi 6 stiker kurang.

Jumaat lepas gigih pegi 7E,
lagi pun mmg nak beli roti.
Masa amik balance duit,
dpt lagi stiker,
skali tgk eh mcm cukup je nak redeem.

Sempat tu snap sblm nak bg kat adik cashier :)



Aliah dah seronok dah nak dpt bear,
siap mintak Supergirl.
Tapi sedih sbb tak bole pilih apa kita nak.
Bear tu bungkus dlm plastik tak nampak dalamnya apa.
So nasib2 la dapat supahiro apa pun.

Muka pasrah dapat Catwoman.
Jadila ye Aliah,
dpt girl la jugak.



Ariq pun mintak gak nak.
Dah berebut ngan Aliah.
Bergaduh sekejap la,
pastu leh share dah fuhhh lega.

Promosi Supahiro Bear ni sampai 1hb Februari.
Harap2 sempat la redeem lagi satu bear tuk Ariq,
tu pun kalau nak menyopping kat 7E hehe

Friday, January 22, 2016

Hantar Zaf ke KLIA


Jumaat lepas hantar enZaf kat KLIA.
Lepas amik Zara kat sekolah
zasss terus ke airport.
Sblom tu singgah Mitsui tuk dinner n solat.

Lupa bawak selipar Zara,
pakaila kasut sekolah tu.
Nasib baik cun,
bersih lagi dan tak kotor ;)



First time makan kat Para Thai.



Wefie satu kali!!



Ice lemon tea tu wajib ada
tiap kali makan kat luar.
Aliah tu hantu lemon.



Makan kat kedai Thai tp
tak order pun tomyam.
Zaf order ikan je sbb dah ada sup.
Amik tomyam kang tak habis.



Bean curd masak ape ni lupa.



Hidangan telur pun nak jugak amik gambarkan.



Pulut Mangga feveretku.
Akhirnya dapat gak makan yg sedap.
Kat Kemaman haritu tak menepati selera.



Gambar satu kenangan ngan enSuami.



Slalu hantar Zaf kat airport drop je dia kat luar tu.
Tak kuasa nak parking dlm,
jarak parking ngan nak ke gate tu kan jauh,
mmg tak la nak bawak dorang ni.

So masa tuk babai Daddy dorang.
Aliah dah wat muka sedih,
Zara pun sedih gak.



Ariq je cm takde perasaan.
Dia bukan paham sgt pun hehehe
Aliah lepas je salam Daddy,
terus cakap i'm so sad.

Ni first time Daddy berjauhan lama.
Dia cakap why Daddy not bring us.
hehehe jgn Aliah je ckp cmtu,
Mummy pun cakap camtu gak tau.
Pandai Daddy ko pegi time korang dah sekolah.
Masa cuti sekolah tu takde plak pegi kan :p

InsyaAllah petang ni dia sampai KL dah.
Lepas amik Zara kt sekolah nanti,
kami terus gi airport.

Thursday, January 21, 2016

Quick Dinner at Ikea


Khamis lepas Zaf balik keje awal.
Kalau dia balik awal
mmg selalunya dia join skali
amik Zara kat sekolah.
Masa amik Zara terus dia ajak gi Ikea.
Bukan nak bgtau nak ke sana,
ai n anak2 pakai dah la selekeh je.
Selalu mcm ni huhu

Zaf nak dinner kat Ikea.
Sementara tunggu dia beli makanan,
harusla amik gambar anak2.
Trademark Aliah.
Byk dah gambar dia pose peace kat mata tu.



Nak amik gambar Ariq,
dia pun nak menyelit sama.



Gambar Zara pun dia nak juga huhu



Yey makanan dah sampai,
ai is lapar.



Datang sini hanya makan je.
Makan2 pastu gi surau,
balik.



Eh sebelum tu singgah beli ice cream.



Masing2 nak tunjuk ice creamnya.



Jadi layankan aje.



Suka la tu dapat ice creamkan.



Mummy pun nak jugak.
Takmo kalah ngan anak2 haha



Daddy dorang bole terjumpa kawan sekolah dia
kat Ikea tu,
kalau tau dia jumpa kawan tu lama,
ai masuk dlm Ikea tu tgk barang
ape2 kot berkenan ;)
Dalam Ikea tu ape yg tak berkenankan,
kalau masuk tu ada je membeli ape2,
walaupun kecik brgnya hehe

Zaf ada kat london skang ni.
Dia pegi ada keje dan lama 7 hari.
Tapi harini dia balik Malaysia,
sampainya esok petang.
Yeyyyy tak sabar nak jumpa,
first time berjauhan lama.
Sblm ni paling lama 5 hari.
Moga selamat dia dalam perjalanannya.

Wednesday, January 20, 2016

Nasi Kukus My Mama & Durian


Bercuti ke Kuantan kalini
tak makan ikan bakar pun kat Tanjung Lumpur.
Pegi sana ya ampun,
jem giler okay..
Nak masuk simpang nak gi ikan bakar pun
tak bole...
Cuti sekolah semua nak ke sana.
Dah tgk sesak camtu mmg tak masuk dah la,
kang order makanan ntah bape jam plak nak menunggu.

Ni kali ke-2 kami makan nasi kukus lagi.
Kali ni try Nasi Kukus My Mama.



Konsep sama ngan Dapur Mama.
Kat sini pun ramai manusia,
penuh meja.



Rupa nasi kukusnya,
Ada telur asin, kuah extra dan sambal asing.



Macam biasa la semua kusyuk makan,
ai je sibuk nak bergambar lagi hehe



Habis makan Maktok TokAbah singgah kedai runcit,
cucu2 semua paw beli bubbles.
Kemain lagi korangkan.



On the way nak balik kl,
sempat la Zaf benti kat bentong,
pekena durian 2-3 biji.



Musang king :)



Tuesday, January 19, 2016

Dapur Mama: Original Nasi Kukus


Skang ni bersepah2 jual
nasi kukuskan.
Nak plak pekena tengah panas2 tu kan.
Pergh memang terangkat.

Masa cuti kat Kuantan ni pun,
kami makan nasi kukus kat Dapur Mama.
Kedainya kat Indera Mahkota.



Designnya wat macam makan kat fast food.
Suka sbb cantik dan pasti ada ekon
sejuk nyaman je nak makan.



Kat sini dia bagi ayam seketul camtu,
beza ngan Warung Kita yg ai biasa makan,
ayam goreng ketul2 kecik.



Makanannya sedap hingga menjilat jari,
ke sbb dah lapar sgt hahaha.

Tengok memasing makan tak toleh kiri kanan dah.



Kemain lagi anak2 dara ni posing.



Monday, January 18, 2016

Ke Kemaman


Dah alang2 cuti kat Kuantan,
harusla ke Kemaman.
Misi utamaku semestinya la
makan sata n kopok lekor. :)



Semua menda order.



Pais ikan.
manis2 gak rasanya.



Try pulut mangga,
tapi tak bape nak sedap.
Mangganya pun tawar.
Tak kena ngan tekak sgt.



Captured by Aliah ;)



Zara tu nak balik,
nak sambung mandi kat laut & pool.