Wah tajuk bukan main panjang. Apa yang tidak kesampaian tu kan hahaha... Ai sebenarnya teringin nak makan di Restoran Burger & Lobster. Sajalah mengajak enZaf ke Genting, amboi bukan main jauh nak makankan. Padahal ada sahaja dekat di KL tu hihi.. Bila enZaf jawab okay, haruslah laju-laju ai dan anak-anak bersiap. Dalam pukul 5 petang kami sampai di puncak.
Cuaca pun tidak berapa panas, masa nak sampai tu penuh dengan kabus tebal. Ariq siap cakap "Mummy, tingginya kita.. kita dah ada atas awan lah". Ai dan enZaf gelak je hehehe.. Lama tak layan sejuk di Genting, dia lupa lah tu :p Sebelum ini pun sampai setakat di GPO sahaja, tak naik sampai atas puncak.
Bila masuk mall, kebetulan ada persembahan di skrin, persembahan itu diiringi sekali dengan lampu-lampu. Ai tak pasti panggil apa. Agak teruja juga lah kami semua, ralit tengok sampai habis. Dari berdiri sampai duduk ai ambil video hahaha.. Punyalah tak pandang kiri kanan dah :)
Selesai sahaja persembahan itu kami tengok ke indoor theme park, Skytropolis. Tak main apa pun, sekadar tengok-tengok suasana meriah itu hihi.. anak-anak pun tak ada minta nak naik ride bagai. Lepas tu terus kami menuju ke Restoran Burger & Lobster. Ya ampun, dah dekat nak sampai punyalah panjang orang beratur nak makan situ juga. Kecewa terus hati ini, tak sanggup nak beratur menunggu giliran. enZaf pun sama malas juga. Terus kami beredar ke tempat lain. Kami sekadar jalan-jalan window shopping aje dalam mall. Penat dah kaki berjalan, berehat sekejap. enZaf pun kena buat panggilan kerja, urgent katanya. Sementara menunggu dia tu, ai pun ambillah gambar dan video bersama anak-anak :)
Dah selesai ai pun suruh lah Aliah ambil gambar Mummy & Daddy. Bertuah punya anak, dia ambil gambar masa kami belum bersedia lagi. Jadi letak aje lah dalam blog ini sebagai kenangan hehe.. Haish berat mata memandang tengok berat badan sendiri. Dah tahu kembang tetap malas nak joging semula huhuhu..
Gambar kami sekeluarga kecuali ketiadaan akak Zahra. Minggu ini tiada lawatan dan outing itu yang kami ke Genting ini. Selalunya setiap kali hujung minggu ada sahaja ke sanakan.
Sambung lagi perjalanan kami dalam mall, nampak tempat macam cantik saja terus minta enZaf ambilkan gambar :)
Penat dah berjalan, singgah minum di Starbucks. Sejuk-sejuk ini dapat air kopi panas-panas memang best. Tapi panas tu sekejap je, cepat betul sejuknya huhuhu... Ambil gambar si mamat bunga, walau pun dia jarang sangat bagi bunga :p
Sebelum balik kami sajalah nak berjalan di luar. Konon-konon nak ambil angin. Sekejap je kat luar, tak tahan dah sejuk. Sejuk tu sebab ada angin. Agak kuat juga anginnya. Laju-laju ambil gambar hahaha..
Dalam Instagram ai ada upload gambar di bawah ini. Letak caption "Apa beza bunga dengan cik abang?" Pickup line kononnya bagi enZaf jawab hahaha.. Sis baru sekarang nak belajar cia cia cia.. lambert :p
Bila enZaf tanya "apa bezanya" Ai pun jawablah "Bunga mekar di taman tapi cik abang mekar di hati i" Cia cia cia!!!! hahahaha.. begitulah kisah kami semata ke Genting tapi tidak kesampaian nak makan Lobster :)
Bila enZaf beritahu dia ada game bola di Genting Highlands, lajulah ai cakap nak ikut hahaha.. Masa dia beritahu tu, dua kali ai tanya dia betul ke main di Genting? Sebabnya sepanjang ai tahu tempat dia main bola tak pernah lagi main di Genting. Katanya lama dah ada padang kat Genting tu tapinya susah nak dapat slot. Mana taknya pasti ramai nak main di situ atas faktor cuacakan. Itu pun enZaf cakap agak lama juga padang tu ditutup sebab keadaan padangnya yang teruk, baru-baru ini sahaja management sana repair padang. Itu pun tak habis sepenuhnya. Bila tengok keadaan padang, masih penuh dengan pasir hitam bertaburan belum diratakan lagi. Tak siap habis pun tetap ada orang nak main juga... sabar je lah. Sepanjang permainan tu ai tak ada ambil gambar, sekadar beberapa video sahaja. Itu pun ai ambil dari dalam kereta, malas nak duduk luar.
Game enZaf pukul 11 pagi, lepas Ariq training kami terus ke Genting. Ariq pun masih berbaju bola tak tukar-tukar. Mujur sempat sampai sebelum game bermula.
Bila enZaf dah habis bola haruslah ai ajak dia ke GPO. Alang-alang dah sampai macam rugi pula tak ke sana kan hehehe.. baik punya alasan. enZaf dengan berseluar pendek bolanya. Malas nak tukar katanya, nasib baik jugalah pakai tights tak adalah rasa sejuk sangat.
Oh! sebelum ke GPO ini, sempatlah kami singgah toilet dulu di Petronas, tukarkan Ariq baju. Siap mandi lagi dengan air sejuk-sejuk, dia tak selesa pakai baju training dan seluar pendek nak berjalan. Ai memang standby baju dia siap-siap sebelum keluar rumah :) Qaireen pun sama juga mandi sejuk-sejuk, masa keluar rumah dia masih tidur bila Ariq pergi training. Biasa mandi dengan water heater, kali ini rasakan sejuk menggigil :p
Agak ramai juga keadaan di GPO, hari minggu mana-mana pun ramai orang kan. Nak makan pun susah juga semua kedai penuh, akhirnya kami makan di Starbucks saja. enZaf cakap makan alas perut dahulu, nanti baru kita makan berat sikit.
enZaf ajak pergi bercuti bila kami sekeluarga sudah sihat dari demam. Katanya ambil angin dan segarkan diri. Kalau ikutkan ai malas nak bercuti sebab masih bersedih lagi dengan kehilangan arwah Achik. Tapi enZaf paksa juga jadinya pergilah kami ke bercuti ke Kuantan. Sebelum sampai ke Kuantan, singgah di Temerloh untuk makan tengahari. enZaf bawa kami ke restoran yang belum pernah cuba lagi, katanya cuba je lah walau pun tak tahu sedap ke tak hihi.. Nama restorannya Go'Bang Maju Patin Tempoyak.
Konsep kat sini lebih kurang macam Ikea, ada troli. Dan kita ambil makanan yang dah siap terhidang. Tinggal pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Lauk sayur tak banyak, tak tahulah dah habis ke atau memang tak ada. Yang disediakan hanyalah ulam-ulaman.
Untuk air ianya terhad, tak silap ai ada lima jenis air sahaja yang disediakan. Tak berapa pasti pula betul ke tak huhu.. Ai ambil air Sirap Bandung Aiskrim, sedap :) Di kaunter bayarannya pula comel sangat, buat ala-ala tol. Kreatif sungguhla tuan kedai sini. Menarik sangat dengan signboard dan traffic lights tu.
Dah makan di restoran Ikan Patin Tempoyak, wajib lah ada lauk Tempoyak itu kan. Satu lagi enZaf ambil bakar.
Mango Cheesecake ini sedap. Kena makan sejuk-sejuk baru sedap. Laju je ai habiskan haha..
Besar juga restoran ini. Kedudukannya berdekatan dengan jalan besar, boleh nampak dari jalan. Kapasiti restoran ini sesuai sangat bila waktu cuti sekolah, macam dah sedia menerima pelanggan ramai gitu. Kedainya pun bersih dan selesa. Kesedapan makanan pula bagi ai biasa-biasa sahaja, kalau makan ikan tempoyak ni pastilah ai menantikan kuah yang pekat dan berlemak, ianya tiada disitu. Rasa "kick" tu belum cukup untuk ai. Tapi tetap ada rasa dan boleh dimakan, tak adalah tak sedap langsung. Lain orang lain citarasa :)
enZaf ajak ke Genting, katanya lama tak layan sejuk. Jadi ai pun terus jawab okay. Tenghari ajak tup tup lewat petang dah sampai hehehe.. Kami tak naik sampai puncak, hanya ke Genting Premium Outlets (GPO) sahaja. Bila dah sampai sana takkan lah nak cuci mata kan. Haruslah beli satu dua barang :p
Kami ke sini pada hari biasa, jadinya tak ramai orang sangat kat GPO ini. Seronok betul dapat jalan dengan tenang dan aman. Nak masuk setiap kedai pun tak perlu nak beratur panjang dan menunggu lama. Masa nak update entry ini baru perasan, rupa-rupanya banyak gambar Qaireen ai snap hehehe.. Gambar kat bawah ini tengah menunggu Daddynya shopping. Bukan senang nak dapat gambar Qaireen pandang kamera.
Akak Zahra dan Aliah bila nampak Typo lajulah dia minta masuk dalam. Dorang ni suka barang Typo terutamanya notebook. Entah berapa banyak buku beli untuk dorang berdua ini melukis. Akak Zahra sekarang tengah seronok melukis bunga. Setiap bunga yang dia lukis itu disertakan sekali dengan info mengenai bunga tersebut :)
Kami berehat sebentar di Krispy Kreme, anak-anak nak makan donut. Lepas tu sambung jalan-jalan lagi.
Haruslah ada gambar Mummy dan Daddy. Thank you akak Zahra snapkan gambar ini. Gambar kedua kami berdua pada tahun 2022, gambar pertama masa tengok wayang. Tahun ini ai nak ambil gambar dengan enZaf banyak-banyak haha..
Oh ya, dalam banyak-banyak kedai di GPO tu, Coach yang paling ramai. Beraturnya agak panjang sedikit. Ingatkan nak masuk, tapi bila tengok keadaan beratur tu, abaikan sahajalah. Ambil gambar kat air pancut berdekatan dengan Coach pun jadilah hahaha..
On the way balik sempat lagi ai ambil gambar.
Ambil gambar Aliah dengan Daddy. Yang ini enZaf sendiri yang request nak bergambar, katanya warna baju dia dengan sweater Aliah nak dekat sama. Tapi dalam gambar ini sweater Aliah tak nampak sangat pula hihihi..
Keluar dari GPO kami terus cari makan malam pula. Ingatkan nak makan area Genting itu juga, tapi tak ada yang menarik. Nak singgah Starbucks ramai orang pula melepak. Konon nak minum kopi sambil layan sejuk waktu malam haha.. Akhirnya kami restoran Arab di area Gombak.
Alhamdulillah sepanjang kami pergi dan balik dipermudahkan. Masa kami nak ke Genting tu, banyak kesan tanah runtuh. Agak menyeramkan jugalah. Rasanya kesan tu sama waktunya pada kejadian banjir teruk di Selangor ni. Hujan lebat bukan sahaja bahaya di kawasan rendah, kawasan tinggi pun sama jugakan.
On the way balik dari Marang, enZaf ajak singgah Kemaman dulu. Kita makan petang katanya, kalau dah ke Kemaman tak sah la tak singgah Warung Che Wan. Tapi sayang sampai-sampai kami kat sana kedainya tutup pula huhuhu Sedih tiba-tiba. Bila Che Wan tutup kami pun pergi ke Warung Aziz Satar. Tak tahu pula tempat asal Warung Aziz Satar tu tutup, rupa-rupanya dah buat kedai baru. Lagi cantik, bersih dan besar. Dari jauh boleh nampak kedainya sebab warna kuning :) Dan dah banyak nampak cawangan kedainya kat area situ. Alhamdulillah seronok tengok orang kita berniaga semakin maju, semoga berterusan hendaknya. Terubat rindu makan sata sedap, masa kat Marang tak dapat sata sedap hihi
Nasi ayam tu untuk Ariq dan Qaireen, share berdua. Mee tu ai tak ingat pula namanya. Untuk tekak ai biasa-biasa saja. Banyak sangat rasa black pepper tu buat ai kurang makan.
Last sekali order pulut mangga. Sayangnya pulut mangga ni kurang sedap kat tekak ai. Warna mangga tu dah menarik orennya tapi tu la tak manis. Kuah santan tu pun cair tak berapa pekat. Sedikit frust juga.
Lupa nak ambil sekeliling kedainya. Besar betul, selesa dan tak berapa panas. Qaireen ni dah makan dia main berlari pula dalam kedai. Nasib baik tak ramai orang huhu
Ambil gambar Aliah yang sunburn tu. Nak bandingkan dengan yang lain, dia sorang paling ketara. Muka tangan merah-merah terbakar hihi Yang kelakarnya dia pakai selipar Daddy yang besar tu haha Daddy dia nak beli selipar baru masa kat Marang tu dia taknak. Katanya nak beli kat tempat sama juga ganti selipar dia yang hilang tu.
Malu-malu dia bila Mummy ambil gambar dia dengan selipar besar tu. Mujur la Daddy dia memang simpan selipar dalam kereta. Selipar tu dia guna untuk pergi solat kat masjid :) Sebelum keluar, sempat la bungkuskan lagi sata yang dah dibakar untuk dibawa balik dan beli juga sata frozen :) Masa keluar dari Kemaman, tiba-tiba Qaireen cakap "Didi!! Didi" Rupa-rupanya dia nampak patung Didi kat kedai tepi jalan. Boleh pula dia perasan. Daddy dia pun terus berhenti tepi. Demi anak bongsukan sanggup okay. Bukan main manjakan, kalau Mummy dia jangan harap haha
enZaf cakap masa kat kedai tu, dia suruh Qaireen pilih salah satu antara Didi dan Nana. Sekali budak bertuah tu nak dua-dua. Dia pegang ketat tak nak lepaskan salah satu. Dah Daddy dia beli dua-dua patung tu. Bijak sungguh la kamu nak oi. Lain kali kalau Mummy nak beli handbag nak guna trick macam Qaireen juga la hahaha Agak-agak lepas ke tak tu :p
Sepanjang perjalan kami kat highway diselang-seli dengan cuaca hujan. Lori pun agak banyak jadi tak boleh bawa kereta laju. Berhenti sebentar kat R&R Temerloh untuk solat dan makan malam pula. Masa makan malam ni ai tak ambil gambar pun. Tak larat dah nak keluarkan handphone hehe. Penat pun ye juga. Dah ada kat Temerloh mesti lah makan lauk ikan patin tempoyak :) Tengah kami makan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Lama juga kami kat dalam R&R, dalam sejam juga la tak silap nak tunggu hujan reda. Dah reda baru sambung balik perjalanan, rasanya dalam pukul 11 malam lebih kami sampai rumah. Alhamdulillah sampai dengan selamat.
Fuh tamat sudah perjalanan kami ke Terengganu. Punya la lambat update cerita sebulan yang lepas hihi.. Semoga ada rezeki lagi kami berjalan ke tempat lain pula. Itu pun bergantung kepada keadaan Covid kita sekarang ni. Semoga kita dapat turunkan kembali angka jangkitan dan menjaga SOP bila berada di luar. Selagi tiada vaksin selagi itu kita perlu biasakan diri dengan norma baharu ini.