Thursday, January 30, 2014

DipnDip & CRS


Dari last week
tekak ni nak makan kat DipnDip.
Nak pegi weekend mmg xla,
konpem ramai orang.
2 hari lepas Zaf balik awal.
Ape lagi ajak dia ke sana.
Itu pun dia mcm malas,
tapi gunakan kuasa "projek memikat suami".
Ok la pastu hahaha

Ariq baru bangun,
sampai2 masih blur.



Si kakak2nya
nak Dip Crispies sbb ada marshmallow la
ape lagi kan.



Aliah tu ntah ape perangai,
x bagi akak dia makan.
xnak kongsi aduhai.

Kami suka brownies crepe.
Untung dapat suami pun suka cokelat.



Tambah lagi satu Fondant.
Sedappppppp



Chocolate overload,
kemuakan melanda.

Tak habis makan kat situ je,
sambung dinner plak,
kat Chicken Rice Shop.
Si Zara nak makan nasi ayam.



Kalini ai & Zaf xmakan chicken rice.
Kenyang makan coklat pun xhabis lagi.
Makan mee je.

Ai order Curry Chicken Noodle (dry).
Sedap sangat okeh.



Zaf makan BBQ Chicken Wantan Mee.
Ni pun sedap.



Anak2 pas makan,
dapat belon,
main lari2 dalam kedai.
Sugar high pas makan cokelat kan haha



Nasib la takde org,
gasak la korang berlari menjerit kat situ.
Mummy & Daddy sronok berborak
berborak pasal poligami bole haha.
Bukan kami
tapi kawan Zaf yg kawin lebih dari 1.
Cerita dr org pengalaman
senang ke susah lebih satu isteri ni. :p
Jawapan Zaf ada sorang pun dah pening haha

Wednesday, January 29, 2014

Jungle Jungle Giant KD


Kami jarang bawak anak2
gi tempat main2 game pakai token2 ni.
Kalau tgh berjalan tetiba nampak
kat depan ada menda2 camni,
sanggup patah balik or
pusing ikut jalan jauh.
Nak nak bila ada Aliah hahahahaa
MasyaAllah anak yg sorang ni kan.
Dia kalau nak bila tak dapat,
mengamuk berguling semua cukup.
Nangis jgn kata la,
satu blok bole dgr suara dia huhu
Sbb tu la selagi bole elak,
kami elak hihih

Tapi ada sekali ni xdapat nak elak,
sbb ai pegi pejabat pos Giant KD ni.
Sebelah dia mmg ada mainan2 mmg xleh nak elak.
Nak pegi pejabat pos ni pun,
pikir 100kali nak pegi ke tak haha

Itu pun masa menunggu giliran,
si Aliah dah xsabar nak ke sana.
Ariq pun sama naik gak,
dah bising2 huhu
Tabah la wahai hati.

Si kenit ni bila buh token bg gerak2
takut la plak.
Dah keras badan dia
mintak keluar.



Kalau tak gerak,
kemain lagi pusing2 stereng,
ngan bunyi hon siap :p



Ape ntah nama ni,
comel je tgk dorang main.



Budak paling seronok skali,
tercapai hajat dia main.
Tu pun kejap sana kejap sini.
Penat kejar dia.



Kakak dia tak menda lain,
suka main gendang ni.
Ape nama pun tak tau haha



Video Zara main game ni.



Lama gak la situ,
itu pun jenuh nak ajak balik.
Seperti biasa la,
Aliah akan nangis,
pastu mintak dukung.

Tuesday, January 28, 2014

Masterchef Malaysia All Stars Finale & Oh Abg Jebat


*update
Zamir menang All Stars!!!


Semalam lupa nak tgk Masterchef.
Harini finalkan?!


*pic from www.astrogempak.com.my

Tadi tgk iklan Zamir & Celina berentap berdua.
Malam ni harus tgk.

Oh yes, malam ni
Abg Jebat nikah ngan Mastura.
Hoyeyyy

Monday, January 27, 2014

Family Gathering


Susulan dari entry ini [link].
Berkumpul mana yg ada je.
Jumpa kat U-Cafe, Wangsa Walk.
First time ke sini, menarik jua tempatnya.



Ariq yg blom panas lagi,
heran sbb ramai sgt :)



Bila dah nama gathering,
konpem la riuh rendahkan.
Tapi best byk stori mori borak.

Ni antara makanan yg diorder.
Tak larat la nak snap semua.
Pitam haha

Tak buh nama sbb ada yg tak ingat :p



Layankan aje la gambar2 makan ni.
Local ada western ada.



Sedap jugak makanannya.



Dessert yg ada.



Cousinsku,
Aizad (kiri) dari Korea,
tgh cuti semester.
Ailis (tgh) keje O&G company
nak kawin bulan 2 ni.
Amir (kanan) Form 4.



Nadiah baru habis SPM,
9A+ target katanya.
Blakang tu adik ai xyah kenal haha



Lina (kiri) baru dpt offer dr LSE, London.
Bulan 7 fly ke sana.
Fatin (kanan) study kat UTM Skudai.



Ngan cousin pompuan.
yg lelaki kebanyakkannya xdpt join.



Sibuk je Ariq ni,
xleh nak join group anak dara
muda remaja hihi



Cousin tag kat IG,
ni je pic reramai yg ada.
Lupa plak nak snap pakai camera ai huhu

Friday, January 24, 2014

Patah Ranap Kad ATM


Bila dapat barang dekat anak-anak yang tak tahu duduk diam dan sememangnya panjang akal. Ini lah padahnya.



Kad ATM Hong Leong bank itu hasil dari Aliah manakala kad ATM Maybank pula dari Ariq :(( Nak marah pun tiada guna, benda dah jadi. Tarik nafas panjang-panjang je mampu haha Rasanya kebanyakan anak-anak kecil ini memang suka selongkar handbagkan. Rasa seronok kot bila tengok dalam beg tu macam-macam ada, kira magik la seluk-seluk tangan ada barang walaupun dalam beg tu penuh dengan tisu, kertas atau pun sampah sarap :p Nak pula bila dorang dapat purse. Lagi seronok, habis dipunggahnya segala isi perut purse tu. Mujur la kad ATM ini memang jarang pakai. Tapi walaupun tak pakai sangat, tetap kena buat baru juga. Mana la tahu ada emergency nak withdraw duit tiba-tibakan. Haishh... rasa malas betul nak pergi bank huhu

Thursday, January 23, 2014

Steamboat for Dinner


Bukan senang nak dinner
ngan enZaf time wikday.
Smlm dia balik awal & xde meeting malam.
Ape lagi otomatik malas masak
& laju2 ajak gi makan kat luar haha.

Dia tanya nak makan mana,
ai ckp ape2 je la,
janji tak masak :p

Dia bawak kami gi OU,
dinner kat Johny's Restaurant.
Lama okeh tak makan situ.



Aliah tu muka merajuk + marah,
dia xnak makan huhu



Ariq plak makan skang bising.
Menjerit2 kalau lambat.



Lama xmakan steamboat.
Slalu amik plain soup,
kalini amik tomyam soup plak.



Sblom ke Johny's tadi,
sempat masuk candylicious.
First time try
cekelat bar dari Hershey's.
Sedap jua.



Anna, tabahla ko dlm pantang yer.
Nanti dah habis ko
makan la macam2..
kejap je 44 hari tu :)
Tapi nak makan steamboat ni pun xde masalah.
Plain soup, ikan, daging, sawi, tauhu.
Buat kat umah k hihi

Tuesday, January 21, 2014

Mengecat bilik


Tak sampai setahun dah dua kali ai mengecat bilik anak-anak ini. Mata ai sejenis yang tak boleh tengok benda tak patut ada, contohnya dinding berconteng. Kalau nampak terasa sakitnya hati dan rimas. Setiap kali masuk bilik anak ini geram je rasa.



Nak dimarah pun tak guna. Tetap anak-anak ini conteng juga. Cakap lah berapa banyak kali pun, berbuih mulut membebel. Buat letih je :p Conteng ini pun bermula sejak Zahra bersekolah, bila pensel warna diletaknya bersepah. Jadi adik-adiknya apa lagi, yang bijak pandai tu gatal tangan. Terutamanya Aliah, bab "kreatif" ini serahkan pada dia. Dan sekarang Ariq mengikut dia pula, tengok Aliah lukis kat dinding, dia pun join sama. Bila dah tiap-tiap hari masuk bilik dorang ini, ai pun terus ke dapur ambil cat. Terus buat sendiri, kalau nak tunggu enZaf 10 tahun pun belum tentu buat hahaha.. Tapi ai tak la cat satu dinding, cat pada bahagian yang diconteng sahaja.



Cuba juga sebelum cat tu, ai lap dengan kain basah. Dengan wet wipes sampai ke pemadam pun ai cuba. Ada yang boleh hilang, ada juga yang susah nak hilang. Akhir sekali ai guna cat je lah, lagi senang tak perlu buang masa. Masa tengah mengecat tu nampak macam selekeh je dinding tu. Bila cat dah mula kering, barulah nampak elok dan cantik. Itu pun masih nampak contengan lagi kalau diperhatikan betul-betul. At least hati ai tak lah sakit sangat dari conteng yang sebelumnya hehe..



Dah elok ni ai nak tengok berapa lama kebersihan dinding ini boleh bertahan. Setakat ini asal conteng je ai tak banyak cakap, terus cat saja. Nak marah-marah pun buat sakit kepala sahaja, tak pasal-pasal pula dapat darah tinggi.

Monday, January 20, 2014

Family Karaoke


Sblom tu Zaf ajak gi A&W.
Teringin nak makan waffle katanya.
Lagi pun mmg lama xmakan situ.



Harusla ada float jugakkan.



Bab makan Daddy dorang ni,
semua main bagi.
Sumbat je kat anak huhu



Waffle sedap.
Makan anak beranak kecoh sungguh hihi



Nak tunjuk kat Has,
shawl baru pakai.
Cantik tak Kak Ton :p



Dah isi perut dan segarkan tekak.
Kami ke Firezone Famlily KTV.
Ape lagi karok time.



Ariq pun nak nyanyi
tapi letak mulut je.



Yg akak2 dia,
pegang tapi taknak nyanyi.
Lebihnya main berlari2 dlm bilik tu.
Dah mcm tmn permainan haha



Best sgt.
Lama kami tak menyanyi.
Nak nak lagi berduetkan.

Sunday, January 19, 2014

Melawat Baby & Dinner with 2 Heroes


Khamis baru ni kan,
kawanku Anna bersalin.
Bersalin kat Hospital Pusrawi
dah mmg dekat ngan umah.
Alang2 terus gi melawat dia pas amik Zara kat skool.

Comel giler Baby A.
xletak nama lagi,
so ai assume Baby A gak la
sbb abg2 dia
nama semua start dari A :)



Pipi jgn kata montel gebu,
geram okeh.
Nak pegang dia tp
si Ariq ni xmo lepas,
nak berkepit je.
Geram betul.
Akhirnya dapat gegirlkan Anna.
Congrats bebeh..
Selamat berpantang yer.
Nasib xkuar hari Jumaat.
Kalau tak jadi anak Thaipusam sudah hihi

Citer malam plak.
Dinner ngan hero2 ni aje.
Akak2 dia kat umah Mak Tok.
Makan kat Restoran Subaidah.
Tekak terasa nak makan cheese naan & ayam tanndoori.



Si kenit ni,
xnak dok dlm baby chair.
Berlagak mcm dah besar je kan.



Thursday, January 16, 2014

Pengalaman Menyusukan Ariq


Yey pagi2 dah dapat good news.
One of my closed friend Anna
baru je bersalin Subuh td.
Paling best dapat baby girl.
Akhirnya setelah 2 hero dah dpt girl.
Anna welcome to the club of mak anak 3 haha

Bila dgr pasal baby ni.
Mula la teringat mcm2
dan perasaan yg xbole digambarkan.
Antaranya perasaan menyusukan anak.
Sangat gembira, teruja, takut
dan macam2 lagi.

Pengalaman masa menyusukan Ariq
waktu dlm pantang.
Sgt tak bole dilupakan.
First time dapat anak lelaki.
Dan dia sangat kuat minum susu.
Sikit2 menempel je.

Dalam masa yg sama berapa kali
ai kena bengkak susu.
YaAllah azabnya.
Sape pernah kena tau la camne rasakan.
Tiap kali bengkak susu,
time tu jugak ai demam.
Menggigil sampai sakit tulang.
Bagi susu pam susu perah susu
semua cukup.
Tapi susu yg dipam dan perah,
kebanyakkan buang je,
Ariq taknak minum pakai botol langsung.

Lagi satu yg menyeramkan bila ingat,
tang nipple crack.
MasyaAllah nak nangis ok.
Eh bukan nak nangis
memang nangis dah.
Ariq kan tak nak botol.
Nak taknak suakan jugak la kat mulut dia.
Sambil dia minum
sambil tu la menitik air mata.
Kaki badan terangkat2 menahan sakit,
tiap kali dia sedut.
Masa tu takde rasa seronok menyusukan langsung.
Rasa nak dia cepat2 la habiskan minum tu
huarghhhh
Banyak kali gak crack,
memang cream Medela Purelan 100 tu
teman baik sepanjang berpantang.

Lagi satu pengalaman menyusukan Ariq,
ai xbole langsung menyusukan dia
dalam keadaan baring.
Kena duduk je.
Seyes ok sangat penat dan stress.
Nak nak time malam kita penat
nak tido.
Bila baring dia macam tak minum betul,
dan mula la bengkak susu balik.
Bape kali buat pun sama huhu.

Lepas tempoh pantang selesai,
segala proses penyusuan berjalan dgn baik.
Alhamdulillah dah 1 tahun 7bulan Ariq
masih menyusu badan.

Itu la setiap anak tak samakan.
Setiap mereka ada pengalaman tersendiri.
Ape pun semua tu membuatkan kita
semakin kasih dan sayang pada anak.
sanggup ape saja
yang terbaik demi anak2.

Wednesday, January 15, 2014

Terima kasih pada yang mengorder


Fuh berpeluh2 baru pas balik
dari Pejabat Pos Laju.

Pagi hantar Zara gi skolah,
pastu ke bank ada urusan.
Settle bank amik Zara,
gi lunch.
Habis makan gi bank lain.
Pastu balik umah,
bayar maintenance plak.
Last gi Pej. Pos Laju.
Jangan bayangkan,
heret anak2 ni mmg menguji kesabaran.

Terima kasih pada yg order
kerepek popia ini.
Nampaknya perisa kari menjadi rebutan.
Tracking no ai dah sms kat uols k.



Pada yang berminat,
bole je order.
Tempahan dibuat atas permintaan :)

Monday, January 13, 2014

Doa dan Cara Penyembuh Rabun Mata



*copy paste dr FB.

Rasa nak cuba pasni.
Nak pakai spek malas,
apentah lagi contact lens.

Tak salahkan kalau nak mencuba.
Sekurang2nya kita berusaha.
Mungkin doa dan usaha kita ini,
dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
Alhamdulillah.

p/s: nak gi beli baby carrot jap lagi :)


Saturday, January 11, 2014

Kerepek Popia Sedap


Seyes okey
sedap sangat.
Sekali mengunyah tak bole berhenti.
Leh mengunyah sambil tgk tv.
Sambil wat keje kat opis pun
okay sangat hihi

Adik ai yg buat.
RM8 sahaja tuk size sederhana.
Kalau nak size bekas besar RM13.
Tapi harga xtermasuk pos.

Apa lagi cepat2 order.

Oh yer ada macam2 perisa,
Kari, Nestum, Ayam, Black Pepper,
Cheese, Ikan Bilis & Sambal

Gambar bawah ni cth tuk
Kerepek Popia Perisa Kari.