Ariq sampai2 rumah balik dari sekolah,
dah jerit2 bgtahu ai yg
cikgu pesan suruh buat dadu.
Dadu tu kena bawak esoknya plak.
Ya ampun...
balik dah malam tp esok nak kena bawak.
Bertuahnya la cikgu korang ni,
tak suka betul menda2 yg last minute.
Dah tu bila tanya Ariq
dadu macamana.. nak buat kat sekolah ke,
buat kat rumah siap2 ke.
Dia kata tak tahu hahaha
Lepas tu dia tunjuk ai buku Sains.
Cikgu suruh buat dadu mcm dalam buku katanya.
Lebih kurang macam Aliah sebelum ni.
Dia pun ada buat tuk Sains,
tp buat bentuk kipas [link].
Memandangkan nak buat dadu pun dah malam,
ai pun takde rasa nak buat,
fikir esok je la.
Malam tu ai cuma search je kat youtube,
macamana nak buat dadu hehehe
Esok paginya,
ai masuk dapur awal tuk masak.
Masak nasi dan lauk sup ayam je sbb nak cepat.
Lepas masak terus laju2 nak buat dadu Ariq.
Kalini ai tak involved kan Ariq,
buat sorang je sbb dah
tak sempat la nak ajar dia
dan tunggu dia buat, nanti lambat jadinya.
Dan nasib baik la pakai kertas je,
semua dah ada kat rumah.
Tadaaaa siap dah dadu.
Lepas tu ai potong siap2 kertas warna,
untuk Ariq tulis peraturan bilik Sains
dan lekatkan kat dadu nanti.
Balik dari sekolah petangnya,
Ariq bagitahu dia tak sempat nak siapkan.
Sabar je la ai,
padahal tinggal dia tulis kat kertas tu,
dan tampalkan je kat dadu.
Main2 la tu kat sekolah :(
Ai suruh Ariq siapkan kat rumah,
harini hantar semula kat cikgu.
Lupa plak nak snap dadu yg dah siap.
Kemudian la ai masukkan dalam blog.
Gitu la kisahnya projek dadu untuk subjek Sainsnya.
Ha yang ni takde kena mengena
dengan cerita dadu hehe
Sabtu lepas keluar pakai
cincin merisik.
Tak sangka masih muat.
Jari je maintain kurus,
badan ke laut perginya haha
Ooo masa keluar hari Sabtu tu,
cari barang seni tuk Aliah.
Tak habis2 cari barang dia,
byk betul kena buat.
Yang tu kita buat entry lain :)
Rasanya tahun ni banyak betul Aliah kena buat projek Sains. Dan seperti biasa, esok nak hantar harini baru terhegeh nak buat semua huhu Kali ini kena buat tentang struktur gigi. Aliah ada beritahu ai dari minggu lepas lagi pasal projek dia kena buat. Ai pula dari hari ke hari asyik terlupa, Aliah pun sama naik lupa juga beritahu sekali je ppffttt..
Semalam juga la ai keluar pergi beli tanah liat. Nasib baik la dekat dengan rumah je kedai stationary ni. Bahan-bahan lain semua dah ada kat umah. Malam baru mula buat projek Aliah, itu pun dah pukul 9 lebih malam. Terkebil-kebil dah biji mata mengantuk. Ai pula Qaireen nak menyusu dan masuk tidur. Suruh Aliah buat laju-laju huhu
Masa tengah nak potong botol plastik tu, enZaf balik.. apa lagi ai suruh dia potongkan la hehe
Aliah uli tanah liat. Pakai kayu letak tisu dapur je, kayu uli takde kat dalam rumah ni :p
Ariq pun sibuk nak buat bila tengok Aliah buat. Teringin la tu.
Masa nak masukkan tanah liat ke dalam bekas botol tu, tak cukup pula tanah liatnya. Tak tahu ai nak agak banyak mana tanah liat diperlukan. Dah kena buat balik tampal-tampal la apa yang patut. Dua kali kerja jadinya huhu
Tapi tu semua air tangan Aliah. Dah siap bentuk gigi tu, Kena belah dua pula. Baru nampak dalam gigi tu nanti. Nak potong ni pun bukan senang, pisau kena tajam. Kalau tumpul nanti lari bentuk gigi dan tak smooth nampak permukaan gigi nanti.
Lepas potong tu Aliah dah tak larat, mengantuk sangat katanya. Jadinya ai terpaksa sambung buat keje dia. Ai cuma buat saraf dengan letakkan benang kat gigi tu. Pastu labelkan. Yang label tu ai suruh Aliah tulis siap-siap kat kertas. Nanti ai potong dan lekat labelkan aje.
Esoknya iaitu hari ini, Aliah bangun pagi tengok gigi dia tu dah siap hehe
Walaupun tak kemas macam buku, jadila sekurang-kurangnya ada rupa gigi tu kan hahahaha
Agak cerewet juga buat kerja ni, nampak simple tapi remeh. Walau macamanapun ianya berbaloi. :)
Qaireen dah setahun sebulan pun
ai masih tak cerita lagi
pasal kelahiran anak bertuah ni.
Okay entry ni baru nak cerita pasal
hari nak bersalin.
Ai pun dah ingat2 lupa dah huhuhu
Ikutkan pengalaman bersalinkan 3 orang sebelum ni,
tanda2 dekat nak bersalin
semuanya keluar darah.
So masa pregnantkan Qaireen,
ai ada terdetik byk kali
macamana rasanya tanda nak bersalin
keluar air ketuban.
Allah tu Maha Mendengar,
rupa2nya dia makbulkan impian ai.
Tapi... ha ada tapi tu.
Apa yg ai imagine keluar air ketuban tu,
jenis keluar byk macam paip air bocor gitu
tak pun macam kencing.
Untuk kes ai takde pun mcm tu.
Dia keluar sikit2..
mcm bila kita batuk kuat tetiba terkencing
ha gitu la konsepnya.
First time ai perasan masa tu tengah malam.
Tak silap pukul 12.30pagi 21hb Februari 2018.
Ha amik tarikh penuh bagi hihi
Time tu tengah baring pun, nak tidur,
tapi tak bole nak tidur sgt sebabnya
ada rasa sikit2 contraction.
Pulak tu masa dah hujung2 nak bersalin
ai tak sihat.. batuk dah berminggu2.
Masa tengah2 baring tetiba rasa mcm keluar air,
kencing ke tak tp tak rasa macam kencing.
Pergi toilet check,
masa ni ai pakai panty liner.
Check kat panty liner mmg nampak kencing sikit,
org kata air ketuban warna jernih dan tak berbau.
Ai punya tak jernih pun warna kuning cair gitu
dan ada bau.. mcm bau ubat pun ada.
So dah rasa was2.. jadinya
ai assume takde apa la kot.
Sebabnya ai batuk kuat,
dan ada terkencing tiap kali batuk.
Itu yg takde fikir apa2.
Lama sikit dalam pukul 1 lebih pagi kot,
terasa lagi ada keluar air.
Sama juga macam first td
sikit sgt dan tak fikir apa pun.
Check lagi sekali ada darah sikit.
So ai rasa ni dah tanda dekat2 nak bersalin.
Bgtahu enZaf dia cakap nak pergi hospital ke tak.
Ai bgtahu tak lagi sebabnya
contraction takde rasa sgt.
Lagi pun dah mengantuk sgt nak tidur :)
Bangun Subuh, tetiba rasa keluar lg air,
tp byk sikit dari sebelum ni.
Contraction pun rasa kuat sikit,
uruskan akak Zahra sekolah,
lepas tu Ariq plak.
Tak ingat dah lepas setel Ariq buat ape
tp dalam pukul 10 pagi tu
ai cakap ngan enZaf nak pergi hospital.
Masa tu dah rasa mcm tak sedap hati.
Dah bersiap dan otw nak pergi kereta
tetiba rasa air keluar.
Ya kalini betul rasa banyak tp
takde la bocor sbb dah pakai pad.
Hantar Aliah kat rumah Maktok,
dia sekolah petang kira ponteng la haritu.
Zahra & Ariq masih kat sekolah.
Lepas hantar Aliah ckp ngan enZaf
pergi McD nak makan haha sempat lagi tu.
Isi perut siap2 dulu :p
Sampai2 hospital masa nak check-in
bgtahu nurse rasa macam keluar air ketuban.
Ha kau dah nak bersalin pun
tak sure lagi air ketuban ke tak.
Sebabnya air ketuban ai bukan jernih dan berbau.
Kita sendiri pun tak sure macamanakan.
Explain kat nurse pun nurse macam caya ke tak gitu haha
Terus tolak labour room,
sbb nak check contraction dan bukaan.
Contraction tu ada dah..
tp bukaan tu tak besar lagi.
Tak silap ai 2 ke 3 cm.
EnZaf uruskan kemasukan dan deposit bagai.
Tinggal la ai sorang dlm labour room.
Seram sejuk rasa.
Dan terus mengimbau kenangan bersalinkan
Aliah & Ariq hehehe
Masa gynea ai Doktor Fatima check
dia berseloroh malam ni la beranak :)
Tp masa dia seluk tu,
dia pun rasa air ketuban keluar.
Kes ni kira bocor sikit2
tak keluar sekali byk.
Tengok heart beat baby pun masih ok,
so takde masalah katanya.
Lama jugala kot ai duk dalam labour room
sementara menunggu bilik.
enZaf mintak bilik sorang tp penuh,
dapat bilik 2 orang.
Jadila kan.. itupun katil sebelah kosong.
Masuk bilik pun dah dekat pukul 1,
enZaf balik uruskan Zahra & Ariq balik dr sekolah,
pastu terus hantar dorang kat rumah mak.
Dia datang balik dlm pukul 3
sbb pesan bawak telekung tertinggal plak.
Sempat lagi selfie sblom beranak gitu haha
Padahal dah rasa sakit.
Panjang plak ceritanya,
sambung next entry la pula.
Sebenarnya lebih kepada nak
mengingatkan semula detik2 bersalin tu.
Lupa sudah..
anak 4 orang byk urat putus :p
>> Bersalinkan Qaireen [Part 2] click here
Dua beradik ni Ariq & Qaireen sama-sama lebam kat bahagian dahi. Tempat yang sama pula tu dua orang ni haha adoila sehati sejiwa ke :p Ariq ni dapat lebam kat sekolah.
Katanya dia jatuh dalam kelas. Kawan-kawan dia main berlari-lari lepas tu terlanggar dia. Terhantuk kepala kat kerusi huhuhu Kesian anak Mummy, mujur la takde luka apa. Yang pasti ai dah report kat guru kelasnya. Takut la dia ada kena buli ke, mana la nak tahu kan. Orangnya kecik je sasaran mudah nak kena buli huhu Tapi buat masa ni Ariq takde masalah dia tak nak ke sekolah ke apa. Tengok dia happy je nak ke sekolah. Bagi ai selagi dia tiada menangis atau takut-takut nak ke sekolah, ai assumed dia okay je la kat sekolahkan.
Selang sehari Qaireen pula lebam kat dahi jua. Tak berapa nampak sangat lebam tu dalam gambar ni tapi kalau tengok depan-depan memang jelas nampak.
Nak ambil gambar dia tapi tak reti dok diam plakkan. Dapat lebam tu akibat jatuh dari katil masa tidur. Silap ai sebab lupa nak hadang dengan bantal. Agaknya berguling-guling tu yang jatuh. Masa jatuh ai tengah rehat tengok tv huhu Dengar bunyi hentakan kuat dan terus menangis. Ai berlari macam tak cukup tanah ke bilik huhu. Check semua anggota badan dia kot ada lebam kat lain. Monitor dia dalam 30 minit kot ada muntah ke apa kan. Alhamdulillah takde apa-apa.
Selamat datang bulan April. Dah masuk bulan 4 dah kita ye.