Saturday, May 30, 2020

Rindu Nak Melepak


Selain rindu nak lepak mamak, ai juga rindu nak lepak dekat Secret Recipe (SR). SR ni antara salah satu tempat enZaf suka bawa terutamanya untuk minum petang. Bila dia takde kerja banyak atau pun kerja yang tak memerlukan masuk office atau ke mana, mesti ajak ai keluar minum. Gambar bawah ni masa bulan Februari yang lepas.



Waktu petang SR sentiasa ada buat promotion beli satu kek dapat satu cawan kopi atau teh secara percuma antara pukul 3-6 petang. Syaratnya mesti la makan di dalam restoran. Waktu itu la kami selalu nak pergi pun :) Ai order premium cakes, Hokaido Tripple Cheese Choclate Cake dan Salted Caramel Macadamia Cheese Cake. Ha ke dua-duanya bertemakan cheese hihi



Masa ni hanya bertiga je dengan Qaireen. Bukan main lagi anak dara ni makan kek, korek menggunakan jari.



Ada juga masa-masa kami lepak kat SR ni ada anak-anak lain yang join. Kalau ada dorang mesti nak makan shinjuku bake. Anak-anak ni pun dah terikut kami yang suka makan makanan desserts.



Dalam keadaan sekarang, nampak gayanya ai terpaksa lupakan seketika untuk melepak di mana-mana kedai makan. Mungkin tahun 2020 ni tahun untuk ai duduk dirumah. Memang cipta sejarah untuk diriku duduk rumah paling lama hahaha. Bila tengok gambar kawan-kawan yang pergi bekerja dan dapat singgah kejap minum kat kedai mamak pun ai dah rasa jeles hihi Untungla. Stay safe and stay at home kawan-kawan.

Friday, May 29, 2020

Resepi: Udang Butter Nestum Simple


Resepi ni simple sebab tak guna banyak bahan. Bahan-bahan pun yang jenis mudah dicari dan sentiasa ada dekat dapur. 2 hari lepas ai masak Udang Butter Nestum ni untuk berbuka puasa 6. Masak pun takde la banyak, cukup la untuk 2-3 orang makan.



Bahan-bahan

10 ekor udang
3 ulas bawang putih (ditumbuk/ didadu kecil)
1 tangkai cili merah (ditumbuk/ didadu kecil)
3 tangkai cili api (dihiris halus)
1 tangkai daun kari
4 sb nestum
2 sb mentega
Gula dan perasa


Cara Menyediakan

  • Lumurkan udang dengan tepung. Goreng hingga masak, angkat dan toskan. Ketepikan udang.
  • Guna kuali atau frying pan lain. Sebab nak guna mentega. Masukkan mentega dengan menggunakan api yang kecil. Masukkan daun kari tumis sampai naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk iaitu bawang putih dan cili merah. Tumis sehingga keperangan.
  • Masukkan udang goreng tepung tadi. Gaul hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan nestum, cili api, gula dan perasa secukup rasa. Garam tak perlu letak sebab dah guna mentega. Gaul kesemuanya sehingga sebati.



Dah separuh makan baru teringat tak ambil lagi gambar Udang Butter Nestum ni :p Tinggal sikit je, jadila haha



Mudahkan resepi ni. Tak perlu duduk lama-lama dekat dapur. Sedap pun sedap. Makan gitu tanpa nasi je pun best, buat kunyah-kunyah. Tapi jangan la melantak tak ingat dunia, udang tu kolestrol tinggi hehehe Oh, kalau nak bagi rasa lemak dan berkuah sikit, boleh masukkan susu cair sebelum letak udang. Jadila resepi Udang Butter Milk Nestum. Pun sedap :)


Thursday, May 28, 2020

1 Syawal


Disebabkan mood rajin datang, terus laju ai update blog hihi Lagi pun Qaireen masih tidur, senang sikit. Kalau tak jangan harap dapat taip dengan tenang. Nak update pasal perjalanan raya pertama. Ceh, macam panjang sangat nak cerita :p Simpan sini sebagai kenangan. Masa malam raya ai dah plan nak masak lontong atas permintaan anak-anak. Sambil tu ai nak tambah lauk sikit buat rendang ayam tapi enZaf kata tak payah buat rendang tu. Tak perlu masak banyak-banyak sebabnya kami nak balik beraya dengan mak dan abah serta mertua. enZaf kata masak raya ke-2 atau pun hari lain. Rayakan sebulan. Betul juga tu kan. Ai pun menurut perintah je lah.



Nak kata pagi sangat bangun tak juga. Masing-masingkan tengah nak adjust masa tidur. Itu pun susah juga ai kejut sorang-sorang bangun. Muka semua blur macam apa kengantukan hihi Ai masuk dapur masak dan hidang semua. Dalam pukul 9 pagi baru kami makan kalau tak silap. Alhamdulillah semua makan dengan seleranya. Yang penting licin nak nak akak Zahra tu. Dia memang suka lontong. Tapi satu pelik, lontong Mummy masak je dia makan, lontong kat kedai atau sesiapa pun buat dia tak makan. Pelik sungguh la anak ni. Lontong tu ada 2 bahan tak masukkan, tempe dan fucuk. Punya la merata enZaf cari habis semuanya. Jadinya ai masukkan udang, lala dan ikan fucuk goreng tambahan dalam tu. Sebenarnya lontong ni ai masuk bahan ikut apa nak. Tak ikut sangat pun resepi-resepi yang biasa orang buat. Sebab kita yang nak makankan. Kita letak la apa kita suka :)

Kuih raya tahun ni ai buat 3 jenis. Buat sendiri okay. Semuanya disebabkan PKPB ni haha. Kalau tak dia punya malas tu, memang kuih tunjuk-tunjuk je la. Buat pun yang anak-anak nak makan. Ai buat biskut cornflakes strawberry, biskut coklat cip dan popia nestum. Semua biskut-biskut ni sebenarnya dah banyak kali batch buat. Dari minggu ke-2 bulan puasa lagi dah start membakar. Asal buat je habis.. tak sempat bertahan sampai raya. Hinggalah tinggal 2 hari terakhir puasa, ai dah warning anak-anak jangan habiskan. Mummy dah letih nak buat lagi :p



Ni pun masuk raya ke-2 dah surut banyak kuih-kuih dalam balang. Laju betul dorang ni makan. Seronok mengunyah sambil tengok tv. Tapi takpelah memang buat untuk dorang makan pun kan. Siapa lagi nak habiskan kalau bukan orang dalam rumah ni. Keluar beraya pun hanya 1 hari je :) Lepas selesai semua dah makan dan kenyang, baru semua mandi dan bersiap-siap. Dah bersiap sesi bergambar pula. Setel semua baru kami keluar beraya ke Sg.Buloh dalam pukul 11.30 pagi. Kat rumah mak seperti biasa makanan raya wajib ada ketupat nasi makan bersama kuah lodeh. Kuah lodeh lebih kurang je dengan lontong. Bezanya hanya warna. Lontong ada kunyit, lodeh takde :) Bahan-bahan dalam tu, sama letak je apa yang kita nak makan. Tak ambil gambar pula makanan raya kat rumah mak. Adik ai rakam video Qaireen yang pantang nampak lilin, automatik dia akan menyanyi lagu birthday dan tiup lilin yang tidak kesampaian itu hahaha




Bila kami nak bergerak pulang, mak sempat bekalkan makanan untuk anak dia ni. MasyaAllah terima kasih mak.



Rendang tok mak bagi tu dari jiran depan rumah yang jual. Ai boleh terlupa nak order untuk tahun ni. Nasib mak beli lebih. Kalau uols suka makan rendang tok, ai rekemen sila beli. Sedap okay. Sejak tahun lepas ai dah beli rendang tok ni. Search je kat Facebook atau Instagram RendangTok MakNani. Details semua kat situ. enZaf pun suka. Rendang tok ni asalnya dari negeri Perak. Dia tak pernah merasa rendang tok sepanjang hidup dia. Sejak dia kahwin dengan ai baru dia makan. Sama la dengan lontong ke lodeh ke. Baru dia tahu sedap hehe

Dari rumah mak kami ke rumah mak dan bapak enZaf pula. Rumah sana makanan raya semestinya lemang dan rendang ayam. Tapi tahun ni takde lemang. Mak mertua buat pulut kuning makan dengan rendang. Lama gila ai tak makan pulut kuning. Akak Zahra makan paling banyak haha.. Ariq dan Aliah lebih makan kuih-kuih raya. Dorang berdua tu kenyang tak habis lagi dari rumah Tok Abah. Lepak sampai malam. Dalam kereta nak balik rumah, anak-anak bagitahu tak banyak duit raya kita dapat tahun ni. Ye lah setakat beraya 2 rumah je. Tradisi kami bulan raya sebelum-sebelum ni, kami akan ke ToysRUs untuk anak-anak beli mainan menggunakan duit raya. Nampak gayanya tahun ni beli online je la hihi.

Oh gambar bawah ni rendang ayam ai buat masa bulan puasa. Versi tak pedas sebab anak-anak nak makan. Tak ingat puasa hari ke berapa, tetiba ai nak makan rendang ayam. Masa tu pukul 2 pagi. Gigih okay masak pagi-pagi semata nak makan masa sahur hehe Daun kunyit takde masa masak ni, hanya masukkan daun limau je. Belasah je la sebab dah teringin sangat. Kalau ada daun kunyit lagi sedap bau rendang tu kan.



Dua hari sebelum raya, enZaf ada bawa balik kek lapis Sarawak. Kek lapis Masam Manis dari Asian Taste. Ya ampun sedapnya. Kek lapis premium ofkos la sedapkan. Nanti nak try perisa lain pula.




Wednesday, May 27, 2020

Gambar Raya 2020


Alhamdulillah selesai sudah kita semua menyambut 1 Syawal. Walaupun raya kita kali ini disambut dalam keadaan PKPB, bukan bermakna kita tak boleh beraya. Raya tetap raya :) tapi dalam keadaan normal baharu. Special tahun ni kan. Entry ni ai letak gambar keluarga beraya dahulu. Next entry baru tulis lebih details.. haha kalau rajin :p

Raya tahun ni kami yang perempuan je beli baju baru. Ai beli kat Poplook, senang ada matching-matching mak dan anak. Beli online saja dan nasib baik jugala saiz baju semua okay. enZaf dan Ariq hanya pakai balik baju yang sama masa adikku Nani bertunang. Dalam pukul 10 lebih kami baru bersiap-siap dan ambil gambar.



Tentulah kami nak bergambar mengikut tema sekarang :)



Mood Qaireen elok pula pagi tu. Nak ikutkan kami semua ni tak cukup tidur. Masa bulan puasa semua orang dalam rumah ini dah ikut US time zone. Siang tidur dan malam berjaga. Malam raya tu ai dah paksa anak-anak tidur awal, dengan harapan untuk betulkan semula waktu tidur kami hihi Huru hara semua nak bagi lelap, macam jetleg je rupa :p Oh gambar bawah ni, gambar dari kamera phone enZaf.



Okay la semua melayan bergambar banyak kali. Takde pun yang merungut. Tahun ni kira hebat sebab tiada aksi "ketibas" demi mendapat gambar yang elok hahaha



Boleh pula ai terlupa nak ambil gambar anak-anak sahaja. Gambar ai dengan enZaf berdua pun terlupa. Semuanya sebab ai tak sabar-sabar dah nak ke Sg. Buloh jumpa mak dan abah. Laju-laju keluar rumah hehe Akhirnya dapat bergambar bersama dengan keluargaku. Tak complete. Hana tak dapat balik sebab kat Ipoh. Azie pula keluar beraya rumah kawan. Apa pun yang penting ai dapat beraya dengan mak dan abah. Rindu sangat dengan dorang. Lama tak jumpa.



Gambar bawah ni pula beraya kat rumah mertua. Semua ada kecuali abang enZaf. Alhamdulillah semuanya sihat. Tak berapa cantik sangat gambar ni, dari kamera enZaf huhuhu. Sila tukar handphone yang oi :p



Tahun lepas kami tak dapat beraya dengan dorang sebab Danial anak kakak kena demam campak. Masa tu dorang tinggal dekat rumah mertua. Jadinya kami tak dapat nak balik. Semoga kami semua dapat beraya bersama lagi untuk Syawal yang akan datang :)

Saturday, May 23, 2020

Tarawih Terakhir


InsyaAllah esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maka hari ini adalah hari terakhir bagi bulan Ramadhan. Ya Allah cepatnya rasa masa berlalu. Rasa macam baru je kita mula berpuasa. Tahu-tahu nak habis dah. Alhamdulillah tahun ni nampak gayanya Zahra, Aliah dan Ariq berpuasa penuh. Tahun lepas Zahra dan Aliah memang puasa penuh dah, tinggal Ariq je dia tinggal satu hari tahun lepas kalau tak silap ai. Duduk rumah ni tak penat agaknya, itu yang Ariq boleh puasa penuh. Sepanjang bulan puasa ni, kita memang sedia maklum banyak berbuka puasa di rumah. Seminggu yang lepas enZaf tetiba ajak ai berbuka puasa dekat luar. Katanya lama sangat kami ni duduk dalam rumah. Keluar jalan ambil angin dan berbuka dalam kereta hahaha.. menarik juga rancangan itu kan. Selain itu, ai pun dapat berehat dari memasak :p

Kami bukan keluar awal pun, keluar dalam pukul 7 malam. Ngam-ngam sampai drive-thru McDonalds. Ingatkan tak ramai la, sekali sampai simpang nak masuk McD tu dah nampak banyak dah kereta queue. Tapi nasib baik la laju servisnya, takde lama sangat menunggu. Lepas dah order dapat makan semua, enZaf terus ke Shell sebelah mcD. Kami parking situ dan berbuka dalam kereta :)



Anak-anak okay je, seronok la dapat makanan kegemaran. Lama kami tak makan fast food. Hari-hari makan nasi je. Sampai muak dah dorang tu. Sebenarnya gambar kat atas tu, kali ke-2 kami berbuka kat dalam kereta. Kali ke-2 tu kelmari hari Khamis hehe lagi sekali makan mcD. Masa tu dapat call dari enZaf, katanya tak payah masak. Makan kat luar lagi. Jadi diriku menurut perintah saja. Lepas semua dah habis makan kami terus balik rumah. Nak kejarkan solat Maghrib. Memang keluar tu semata untuk berbuka sahaja.

Gambar bawah ni pula gambar minggu lepas. Ariq jadi imam untuk solat Isya'. Daddy dia takde sebab berbuka diluar. Solat tarawih lambat sikit tunggu enZaf balik, baru buat sekali.



Ariq yang offer diri sendiri nak jadi imam. Pada mula dia cakap tu ai macam tak percaya. Betul ke apa Mummy dengar. Dua kali dia ulang cakap dia nak jadi imam sebab Daddy takde. Bila dia cakap macam tu, ai pun terus la laju kata okay, suruh anak-anak pergi ambil wudhuk. MasyaAllah masa ambil gambar tu, sejuk perut tetiba hahaha.. Dah besar rupanya anak bujang ni. Ai tengok je dari jauh. Sambil tu boleh dengar bacaan dan tengok tertib solatnya. Awal-awal tu dia baca bukan main laju. Macam keretapi ekspress haha Lepas tegur baru slow sikit. :p Moga berterusan sampai besar ye nak. Nanti boleh jadi imam untuk Mummy pula.

Semalam adalah hari terakhir solat tarawih. Perasaan masa tu bercampur baur. Gembira ada sedih pun ada. Terima kasih Ya Allah kerana Ramadhan kali ini adalah ramadhan yang menggembirakan buat diriku. Dapat solat tarawih secara berjemaah.



Wajibla ambil gambar sebagai kenangan. Semoga amalan kita diterima Allah dan insyaAllah bertemu lagi pada Ramadhan akan datang. Harini nak masak lontong untuk berbuka malam raya. Anak-anak request nak makan lontong dan ai akan tambah rendang ayam dan kuah kacang. Lemang enZaf beli je macam tahun-tahun sebelum ni.

Thursday, May 21, 2020

Resepi: Rempeyek Kacang dan Ikan Bilis Menggunakan Kulit Popia


Sebelum puasa lagi ai ada minta enZaf belikan kulit popia. Tujuan ai suruh membeli tu sebab nak buat samosa. Bila masuk bulan puasa, enZaf suka makan samosa untuk berbuka. Memandangkan kita dalam PKPB ni, susahla nak beli samosa sebab bazaar ramadhan pun tak dibenarkan berniaga. Nak cari online tak tahu sedap ke tidak, tapi setakat hari ini tak nampak pula orang menjual online kat dalam group KD.

Eh entry kali ni bukan nak cerita pasal samosa hihi Disebabkan kulit popia ni ada banyak lagi lebihan, maka ai cuba buat rempeyek ikan bilis dan kacang. Tetiba teringin pula nak makan rempeyek bila dah dekat-dekat raya ni. Berbeza dengan rempeyek biasa, rempeyek ini menggunakan kulit popia. Buat semata nak habiskan kulit popia dalam freezer.



Bahan-bahan

6-10 keping kulit popia
2 sb tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 cawan kacang tanah
1 cawan ikan bilis
3 sb biji ketumbar
3 sb jintan manis


Cara Menyediakan

Mula-mula, goreng dahulu kacang tanah dan ikan bilis. Jangan terlampau garing. Tujuan goreng dulu untuk elakkan dari tak masak ketika goreng kulit popia nanti. Kulit popia ni jenis cepat masak, kalau lama sangat nanti kulit tu jadi hangit pula. Jadi jalan selamat kacang tanah dan ikan bilis digoreng siap-siap. Kemudian, potong atau guntingkan kulit popia kepada 3 bahagian secara melintang dan 3 bahagian secara menegak. Kiranya satu kulit popia itu boleh dapat 9 keping bersaiz kecil. Sapukan bancuhan tepung gandum di atas kulit popia, tujuan tepung gandum ini sebagai gam untuk letakkan ikan bilis dan kacang tanah. Jangan lupa tabur biji ketumbar dan jintan manis. Ai sapu lagi dengan tepung kat atas kacang, ikan bilis, biji ketumbar dan jintan manis tu. Takut tertanggal bila nak menggoreng :) Dah siap semuanya, mulalah menggoreng semua kulit popia tersebut. Agak-agak kulit popia dah kuning angkat dan toskan.




Rempeyek nak habis baru ai teringat nak ambil gambar. Satu perkara tak best bila pakai kulit popia ni, kulitnya terlalu berminyak. Pandai-pandai la lap-lap sikit dengan tisu. Ai buat dalam 50 keping rempeyek, ada balance lagi kulit popia tu. Tapi ai dah penat nak membuat haha Renyah sikit la buat menda ni. Ke sebab first time haha Rempeyek ni ai ada buat dua versi. Satu versi ni yang bersama biji ketumbar dan jintan, satu lagi hanya ikan bilis dan kacang sahaja. Semua anak suka pula makan rempeyek ni, sekali hadap habis okay. Saiz kulit popia itu bergantung kepada kehendak uols. Kalau nak besar boleh gunting pada 2 bahagian saja. Begitu juga dengan kacang tanah dan ikan bilis. Lagi banyak letak lagi sedapkan. Rempeyek ni ai suka buat kecil-kecil, senang sekali ngap je dalam mulut hehe Buat kudap-kudap memang sedap. Tahu-tahu dah habis. Selamat mencuba!

Wednesday, May 20, 2020

Aktiviti Ketika PKP


Dalam tak sedar, harini dah masuk hari ke-27 kita berpuasa dan lagi 3 hari kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Cepat betul masa. Ramadhan kalini paling gembira bagi ai. Mana taknya kita dapat solat tarawikh berjemaah bersama dengan keluarga tercinta. Selain itu, puasa kali ni ai rasa tenang dan tidak terkejar-kejar dengan duniawi sangat. Tiada sibuk dengan nak keluar rumah uruskan anak-anak ke sekolah. Memang duduk rumah sahaja. Mungkin itu hikmah virus Covid-19. Oh entry kalini ai nak cerita pasal aktiviti anak-anak dan suami dekat rumah sepanjang PKP. Ai bersyukur sangat sebab enZaf rajin melayan anak-anak, jadinya part tu ai biarkan saja dia handle :) Dalam rumah ni memang tersedia banyak board game. Rajin Daddy dorang ni beli. Ai rajin tengok je hahaha

Kalau dorang ni start main Saidina, memang lambat habis. Ai akan sediakan kudapan dan minuman tuk dorang. Main sambil makan, takde la boring sangatkan.



Chess ni anak-anak tak berapa pandai main sangat pada mulanya. Sekarang bila dah selalu main, pandai dah masing-masing. Ariq je tak berapa lagi. Kalau dia kalah mulalah menangis huhuhu. Sabar je la.



Selain itu, dorang ada main Sahibba. Yang tu ai tak ambil gambar sebab game Sahibba tu ai main. Game kesukaan ai, susah orang nak kalahkan haha. Ada main tiup batang aiskrim, batu seremban dan macam-macam lagi. Tapi semua tak ambil gambar. Kami juga ada main permainan perkataan tulis kat kertas. Contohnya, pilih satu abjad. Dan namakan negara, haiwan, buah-buahan atau sayur-sayuran, benda dan nama bermula dengan abjad tersebut. Masa kecik-kecik dulu selalu main permainan ni kan :) Gambar bawah ni, Daddy dorang ajar main bola sepak menggunakan kertas.



Main Xbox pun ada. Dah lama enZaf tu tak main Xbox ni sampai berabuk dah console tu. Dia selalu busy dengan kerja. Bila dah PKP, baru la keluarkan balik. Kalini ada geng main dengan Ariq.



Masa PKP Fasa 1,2 & 3 enZaf dan ai rajin jogging. Seminggu dalam 3-4 kali. Turun berat badan ai 1 kg. Jogging banyak kali turun sikit je haha Tapi sejak puasa, ai dah stop jogging. Dan dan terus naik balik berat 1 kg. Hampeh sungguh. Elok-elok bmi tu dah cantik tengah-tengah, terus bmi ai tu dah sipi-sipi nak masuk overweight :( Berat sekarang dalam lingkungan 47-48, kalau masuk 49 terus menerus overweight. Sedih betul. enZaf pun sama, dia pula asal masuk bulan puasa naik berat badan. Tak kira la makan banyak ke sikit, tetap naik. Lepas raya dia kata nak pulun exercise balik haha



Sejak PKP kelas mengaji anak-anak pun turut tertangguh. Oleh itu, ai pun mengambil alih mengajar anak-anak mengaji supaya mereka tidak lupa. Jangan ingat duduk rumah tu bercuti. Belajar tetap kena belajar. Alhamdulillah Ariq dah habis Iqra'. Nanti ai nak minta enZaf belikan al-Quran untuk Ariq.



Satu perkara ai seronok PKP ni, enZaf ada dirumah. Dan lebih menggembirakan bila dia dah mula membantu ai di dapur. Walaupun sikit je tapi dah cukup bermakna. Dapat la juga berehat sekejap bila enZaf sendiri volunteer masakkan. Selalunya dia prepare untuk makan malam. Kami pula jenis makan malam simple je. Ada masak burger, beef steak, pasta, buat sandwich dan kadang-kadang tu goreng nugget, fries dan keropok-keropok je pun kami dah okay. Gambar bawah ni dia nak masak macaroni & cheese. Syukur alhamdulillah.



Oh lagi satu dia rajin tolong ai basuh pinggan, mangkuk, periuk bagai. Mana taknya sejap PKP, dapur asyik je busy haha Duduk rumah ni anak-anak lapar memanjang. Dalam sinki pun asyik penuh je la.



Qaireen pun salah sorang yang kuat makan. Setakat ni apa ai masak semua dia makan. Mulut tu sentiasa mengunyah. Kuat makan pun iye. Tolong Mummy masak ke tu?! Bukan main Didi ada teman dia masak ;)



Itula antara aktiviti anak-anak dirumah. Nak main di luar tak boleh. Kami cuba sedaya upaya penuhkan masa anak-anak. Siang mereka dah sibuk dengan kerja sekolah, petang dan malam tu boleh la selit main pula. Kekadang ai ada bagi dorang bertiga gadjet. Tapi ada had masa diberikan. Tak lebih dari 4-5 jam sehari. Itu pun bukan la straight 4 jam mengadap skrin. Qaireen pernah 2-3 kali pergi kat pintu depan, suruh ai buka. Dia ajak keluar. Nangis-nangis suruh buka. Bukan kita je stress duduk rumah lama-lama, anak-anak pun stress juga. Nak tekan sangat belajar sepanjang masa pun tak boleh. Apa kita buat semua berpada-pada dan pandai-pandai la kita sebagai ibubapa uruskan.

Tuesday, May 19, 2020

Warong Che Senah Kampung Baru


Cerita pada 1hb Mac, kami sempat makan di Kampung Baru. enZaf ajak ke sana untuk support kawan dia yang ada buka gerai makan dalam Warong Che Senah. Ai tak sure berapa lama dah kawan dia berniaga dekat situ, yang pasti belum sampai setahun lagi. Lama tak masuk kawasan Kampung Baru ni. Malam-malam suasananya meriah. Nak nak kalau nak dekat raya macam sekarang ni. Tempat enZaf cari mercun hehehe Berbalik pada Warong Che Senah. Pertama kali ai ke sini. Elok tempatnya dan bersih. Cuma tempat parking kereta jauh sikit nak berjalan :p



Ai ambil gambar Aliah dan Qaireen berlatarbelakangkan Menara KL. Cantik cuaca malam tu. Tapi dalam gambar ni entah kenapa cahaya lampu jadi macam tu, ada jalur-jalur panjang pula. Petanda nak beli handphone baru ke ni hehehe



Sebabkan ni kali pertama ke sini, makan malam ai serahkan semuanya kat enZaf nak order apa. Yang ai tahu makanan dah sampai je ;) Sampai-sampai crepe ni tentulah laju anak-anak nak makan.



Kerang rebus untuk isteri tercinta katanya. Thank you Yang!



Bila sampai kacang pool ni, tau dah ni mesti untuk Ariq. Yang ni dia makan, susah nak jumpa dia suka selain dari Kacang Pool Haji kat Johor. Kata Ariq yang Johor lagi sedap. Ye nak, Mummy pun suka lagi yang kat sana. Belum ada lagi yang boleh lawan kesedapan Kacang Pool Haji.



Yang ni ai tak tahu pula nama apa. Tahu ianya pencuci mulut dari Indonesia. Nanti nak kena tanya enZaf balik. Eh ai cuba cari dalam Google mungkin betul la nama ni kot, Apam Balik Nusantara. Dalam tu ada choclate rice dan cheese.



Dan terakhir ialah Beef Steak. Inilah makanan yang dijual oleh kawan enZaf. Nama kawan tu ai tak ingat. Dia meniaga makanan western. Wagyu beef pun dia ada jua. Tapi malam tu kami tak order la haha Sedap okay. Daging lembut dan juicy. Makan macam tu tanpa gravy pun dah sedap.



Dorang berdua ni makan cokelat je pun dah kenyang.



Gambar satu keluarga.



Masa makan tu, terserempak dengan kawan enZaf yang makan kat situ juga. Bila dah ada kawan, makin lama la kami duduk melepak kat situ. Mujurla tempatnya elok dan bersihkan. Makanan-makanan kat situ pun banyak pilihan. Yang kami makan ni pun semuanya sedap-sedap. Kalau ada rezeki boleh la datang lagi. Nampak gaya buat masa sekarang ni memang lambat lagi la nak merasa kehidupan kita macam dulu. Sekarang kita kena biasa dengan keadaan "normal baharu". Stay safe & stay at home kawan2.

Monday, May 18, 2020

Nasi Ayam Mat Sup


Tiba-tiba teringat dekat Nasi Ayam Mat Sup. Kedainya tepi jalan sahaja dekat Seksyen 6. Nasi ayam dia simple tapi sedap. Dah la sedap murah pula tu. Cuba makan dalam restoran yang ada aircond, sudah tentulah harganya mahal lagi kan. Bulan puasa ni semua makanan ai dok teringat hehehe Gambar blur sebab snap dalam kereta yang tengah bergerak. :p



Makanan yang sedap dengan harga yang murah. Tak ingat berapa tapi tak silap dalam lingkungan RM5-RM7. Berbaloi lah. Nasi ayam melayu, nasi warna kuning. Kicap dan cilinya sedap, itu yang membuatkan keseluruhan nasi ayam tu jadi sedap.



Masa ni makan tengahari lepas Aliah habis sekolah. Akak Zahra tak balik lagi dia ada kelas tambahan. Ariq pula masuk sekolah sesi petang.



Tak rancang pun nak makan kat sini, sebenarnya kami nak makan Nasi Ahmad. Tapi disebabkan ramai sangat orang kat Nasi Ahmad, kami pun pusing-pusing area Seksyen 6. Ai pun ternampak nasi ayam ni, teringat pernah tengok ig story siapa entah kata nasi ayam Mat Sup ni sedap. Jadinya ai pun ajak la enZaf cuba makan kat sini pula. Sampai-sampai nampak ramai orang, datang masa orang office keluar lunch hour mesti la penuh. Dalam ramai-ramai tu ada satu meja kosong memang rezeki untuk kami. Qaireen dia geli duduk dalam baby chair jenis tali getah macam tu. Selalunya baby chair yang dia duduk semua yang jenis Ikea. Yang ni entah kenapa geli pun tak tau, sampai angkat kaki dia tak nak letak atas kerusi. Sabar je la perangai.



Bulan puasa ni tak sure Nasi Ayam Mat Sup ni berniaga ke tak. Oh gambar bawah ni beli tent untuk Qaireen. Tengok dia macam dah boring je main toys yang ada kat dalam rumah ni. Lama sangat duduk rumah kami tak keluarkan. Daddy dia pun beli la bagi dia seronok. Abang Ariq pun rajin melayan sama.



Kalau rumah landed, boleh beli pool. Tak pun boleh bagi anak-anak main kat luar rumah. Takde la rasa bosan sangat. Duduk rumah banyak tingkat ni la kekurangannya. Melainkan duduk kat pent house la kan hahaha Nak pergi playground tak boleh, bahaya la virus Covid-19 ni takde vaksin lagi. Bila dengar berita yang WHO mengatakan virus ni mungkin tidak akan hilang, lagi lah ai rasa susah hati. Bertabah dan bersabar la kita, dengan ujian yang Allah beri ini. Stay safe & stay at home!

Sunday, May 17, 2020

Ke Liverpool


Tajuk macam kita pula yang ke sana. Padahal yang ke Liverpool tu enZaf saja. Dia pergi dengan kawan officenya seramai 4 orang kesemuanya. Selain pergi tu disebabkan kerja, alang-alang tu dia pergi sekali tengok bola sekali. Pasukan feveret dia Liverpool, rugi la tak pergi tengok. Oh enZaf pergi ni masa awal bulan 3 yang lepas. Dia pergi tu virus Covid dah ada tapi belum banyak tersebar lagi. Ai takut juga masa dia nak pergi tu, banyak berdoa dan berserah kepada Allah semoga perjalanan dia dipermudahkan. Awal-awal lagi ai dah pesan dan sediakan face mask dan hand sanitizer. Kerap pakai nak nak part hand sanitizer tu kan, pegang lah apa pun lepas tu pakai. Virus berada di mana-mana.

Haritu ai kena hantar enZaf ke KLIA. Lama gila kot tak ke sana, lagi lama kami tak naik kapal terbang haha Flight enZaf malam dalam pukul 10 lebih kalau tak silap. Yang pasti kami gerak dari rumah lepas Asar. Kena sampai KLIA sebelum pukul 7 malam. Sebelum sampai Sepang, sempatla kami singgah RnR Dengkil makan A&W. Kira ai dan anak-anak dinner awal la. Gambar di bawah ni masa dah sampai kat KLIA, drop enZaf kat luar sahaja. Dan semestinya lah kena ambil gambar dulu sebelum pergi.



Anak-anak tu sebenarnya masing-masing muka dah sedih. Ai pun pelik entah kenapa sedih lain macam pula dorang ni. Padahal Daddy tu selalu je outstation. Mungkin yang ni Daddy outstation jauh dan kami hantar pula. Sebelum ni nak pergi outstation hanya bye bye dari rumah je. Takde terasa sangat la kot. Ai agak je la hihi Dah bergambar dengan anak-anak, ai pun nak bergambar jua. Ingatkan nak berdua tapi Qaireen tetap nak mengekor Mummy. Redha aje la. Thank you Aliah ambilkan gambar ni.



Elok je lepas ai bergambar dengan enZaf tetiba Ariq menangis. Ai tengok dah meleleh air mata dia. Daddy dia peluk terus meraung. Aloloooo anak bujang sorang ni.. sedih Daddy dia nak pergi. Sensitif sungguh anak bujang ni.



Aliah pun sama nangis juga. Meraung la dua orang tu kat situ. Nasib baik tak ramai orang hehe



Akak Zahra pandang ai, dia cakap Zahra sedih juga tapi takde keluar air mata. Dia kata tahan hahahaha macam-macam la anak-anakku ini. Bila ai tengok Ariq & Aliah nangis, ai pun rasa nak nangis juga. Bukan sedih kena tinggal, itu dah biasa. Tapi sedih sebab tengok anak-anak sedih. Bergenang je air mata. Sempat lap bagi tak jatuh :p On the way balik rumah, Ariq dan Aliah masih menangis lagi dalam kereta. Dorang berdua menangis sampai tertidur. Nasib baik perjalanan balik tu Qaireen tak meragam. Dah la nak sampai rumah dalam 40 minit. Mujur dia pun tidur dalam kereta. Lega ai boleh drive dengan tenang. Sejak enZaf kat sana, hari-hari lah bervideo call. Dia kat sana selama 10 hari. Anak-anak ni countdown tinggal berapa hari lagi Daddy nak balik.



Ai pun seperti kebiasaan hari-hari jua lah update perihal anak-anak. Anak-anak nak pergi sekolah. Masa ni pukul 6:45 pagi kami tengah tunggu van :)



Update anak-anak makan apa. Ariq request nak makan kat Mc Donalds.



Pergi 7 Eleven untuk redeem pinggan Hello Kitty. Aliah suruh ambil gambar tunjuk kat Daddy. Lepas tu kami terus lepak kat Subaidah. Minum petang. Uish lamanya tak lepak mamak sejak pkp ni. Rindu teh tarik Subaidah hehehe



Update anak-anak belajar. enZaf pergi masa Zahra dan Aliah nak Ujian 1. Gigih la Mummy monitor sorang-sorang nak exam ni. Penat sangat akak Zahra buat latihan sampai tertidur. Setiap hari balik lambat dari sekolah ada kelas tambahan. Kat rumah Mummy bagi lagi homework. Kesian dia tapi itu la studentkan, nak berjaya kena usaha lebih. :)



Si kenit ni pula makan lolipop. Ni semua kerja Aliah, bertuah betul budak tu bagi Qaireen makan lolipop. Sampai habis dia makan. Sugar rush terus haritu.



Begitu la hari ke hari, ai sentiasa update hal anak-anak sampai enZaf balik Malaysia. Ada banyak lagi tapi tak ambil gambar. Balik tu sama macam hantar, ai akan ambil enZaf kat KLIA. Flightnya sampai malam tapi dari pagi lagi anak-anak ni dah tak sabar. Minta ai keluar drive ke sana awal-awal. Tak kuasa ai nak pergi awal-awal nak kena menunggu dia pula. Kalau dah touchdown bukannya dapat keluar cepat pun, kena tunggu lagi nak ambil bag bagai. Dia dah sampai KLIA baru ai keluar rumah hahaha Ambil dia lepas tu kami singgah makan malam. Makan kat Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang di Shah Alam. Balik rumah enZaf punggah barang yang dibeli. Thank you enZaf!!



Sampai rumah terus enZaf kuarantin diri seminggu, mengelat lagi 7 hari. Walaupun masa tu Malaysia belum lagi buat PKP. Atas inisiatif diri sendiri duduk rumah diam-diam. Alhamdulillah dia sihat dan kawan officenya pun juga sihat.