Monday, May 23, 2022

Hadiah untuk Cikgu-cikgu


ِPada 20hb Mei, sekolah Aliah dan Ariq mengadakan sambutan Hari Guru. Kalau nak diikutkan hari tu anak-anak tak pergi sekolah disebabkan baru empat hari kami kehilangan arwah Achik. Tapi Ariq nak sangat pergi sekolah, katanya dia dah janji dengan kawan-kawan tambahan pula ada jamuan makan-makan, lagilah dia nak pergi. Cuma Aliah je tak pergi sekolah sebab demam. Kalau tak demam tu dia pun nak pergi sekolah juga.

Bila Ariq cakap dia nak pergi sekolah masa Hari Guru itu, bergegas la ai mencari hadiah untuk cikgu-cikgunya. Beli dalam keadaan kelam kabut, dengan tak boleh nak fikir barang apa nak beli. Maka apa yang nampak depan mata sahajalah. Masa itu ai pergi di Giant Kota Damansara.



Beli pouch untuk cikgu-cikgunya adalah dalam 11 orang. Bila ai tengok balik pouch tu di rumah, terasa kosong pula bagi macam tu je. Ai masuk dapur dan tengok apa makanan yang boleh diberi. Dapatlah biskut, cokelat dan air 3in1 hihihi.. dan selitkan sekali dengan sekeping facemask.



Isikan semuanya di dalam dan masukkan dalam paperbag. Esoknya Ariq bawa dan beri pada cikgu-cikgu. Dia siap beritahu ai pouch yang warna ini untuk cikgu siapa dan siapa. Ikut sukalah nak, asalkan kamu happy sudah :p Harap-harap cikgu-cikgu sukalah dengan hadiah yang tak seberapa ini. Hanya ini je mampu beri dalam keadaan last minutes. Lupa nak suruh Ariq buat kad. Otak dah tepu huhu..



Gambar-gambar di bawah ni diambil dari cikgu kelasnya.







Oh ya ada satu video lupa nak dimasukkan. Kelas Ariq ada buat persembahan nyanyian sempena Hari Guru. Hari-hari sebelumnya mereka dah buat latihan tapi Ariq tak ada sebab cuti kecemasankan. Tak silap tiga hari praktis hafal lagu. Balik dari sekolah tu dia bercerita katanya dia terkejut bila kena naik stage menyanyi. Sudahlah tak hafal lagu berdiri dibahagian depan hujung, jenuh la dia buat-buat miming hahaha.. mujur menyanyi ramai-ramaikan jadi pandai-pandailah cover tapi Mummy boleh bayangkan perasaan nervous Ariq tu hihihi.. :)

Monday, May 16, 2022

Lawatan Pertama di Asrama


Buat pertama kalinya, sekolah akak Zahra membenarkan waktu lawatan di asrama. Sudah masuk Tingkatan 2 baru dapat jumpa dia ketika di asrama. Selama ini kalau ada barang untuk dihantar hanya sekadar drop di guard house sahaja dan dapat jumpa bila ada cuti panjang. Akak Zahra ni bila tahu Mummy Daddy datang, laju lah dia call dan pesan macam-macam hehehe.. terutamanya pesan untuk stok makanan. Lagi satu dia siap bagi senarai menu makanan untuk kami datang piknik nanti hahaha.. menu makanan tu ingatkan dia seorang saja, rupa-rupanya dengan kawan-kawan dia pun terselit sama. Ai dengan Zaf pun tak kisah, kongsi rezeki sekadar yang mampu kan. Yang penting bila anak-anak seronok kita pun seronok sama.



Bersebelahan dengan bangunan Aspuri ada terletak beberapa gazebo. Jadi kami pilih salah satu gazebo di situ untuk piknik beramai-ramai dengan kawan-kawannya. Parents kawan-kawan pun turut bersama dan dari situlah ai dan Zaf dapat berjumpa dan berkenalan secara face to face. Sebelum ini hanya bersembang dalam Whatsapp sahaja :)



Gambar di bawah ini dari kamera Mama Aida. Ibu kepada Tisya, BFF Zahra. Eh kawan-kawan dalam ni semua BFF dialah. Ke mana-mana bersama sahaja tapi dorang semua ini ada yang berlainan kelas dan dorm. Lupa pula nama mereka ni, yang ai ingat Amal dan Tisya sahaja hahaha...



Dekat nak balik tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Macam nak halau balik lah tu kan :p Waktu melawat pun nak habis sebenarnya pun, sampai pukul 6 petang sahaja. Nak balik tu ai baru teringat tak ambil gambar pun dengan akak Zahra. Laju-laju ambil gambar dengan Daddy dia.



Dengan Mummy wefie sahaja. Adik-adik tak sempat sebab semua dah masuk dalam kereta. Lebat sangat hujannya sampai habis lencun kasut dan seluar.



Kalau ikutkan pada jadual sekolah keluarkan, untuk waktu lawatan tak banyak dibuat. Tapi untuk pulang bermalam (PB) boleh dikatakan banyak juga. PB ini pun ada dua jenis iaitu PB wajib atau PB pilihan (PBP). PBP ini hanya pulang sekejap sahaja pada hujung minggu manakala yang wajib ini pada waktu cuti sekolah dan cuti perayaan. Bila sekolah dekat dengan rumah ini, nampak gayanya PBP pun nak balik juga :p

Tuesday, May 3, 2022

Selamat "Hurry" Raya Aidilfitri 2022


Tahun ini tahun mengejut buat kita semua apabila tarikh hari raya diumumkan pada keesokkan harinya. Waktu pengumuman dibuat ketika kita hendak berbuka puasakan. Punyalah terkejut sampai tengok banyak kali pengumuman dan buka media sosial untuk dapatkan kepastian samaada betul atau tidak. Kalau ianya prank naya kita semua hahaha.. Rupa-rupanya memang betul kita raya pada esok hari. Pasti semua orang terkejut dan kelam kabut dengan hendak pulang ke kampungkan :)

Gambar raya kami sekeluarga tahun ini tidak berapa cantik sangat. Qaireen tak ada mood nak bergambar kali ini. Pelbagai cara kami pujuk bagi dia good mood. Itu pun mujurlah dia nak pakai baju raya. Kalau tak memang lagi haru dibuatnya. Masa nak bergambar ini pun ai dah berpeluh dan stress disebabkan Qaireen huhuhu.. bertabahlah duhai hati. Disebabkan Qaireen bad mood jadi ada beberapa gambar yang tiada dia. Dua hari sebelum, Daddy dia dah plan nak buat outdoor photoshoot tapi Qaireen dah bad mood maka tak jadilah nak bergambar di luar.









Dalam berpuluh-puluh gambar yang ada, mujurlah ada satu yang elok sedikit dia pandang kamera cuma tak senyum saja. Jadilah dari tak ada kan. Kami lupa nak beli songkok Ariq, yang ada dah ketat.



Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga. Maaf ampun dipinta ikhlas dari ai andai penulisan di dalam blog ini ada terkasar bahasa dan terguris hati kepada yang membaca.