Saturday, July 31, 2021

Rezeki Makanan


Musim buah-buahan sekarangkan. Lama dah beli buahnya tapi baru sekarang nak cerita. Macam biasalah kan cerita ai banyak baling kebelakang :p Tak ingat dah tarikh bila, enZaf ada bawa balik buah untuk ai. Memang selalu je dia beli buah (epal dan pisang) cuma kali ini buah lain pula sebab tengah musim. Buah Manggis, buah Rambutan dan buah Durian (tiada dalam gambar).



Anak-anak terkejut dan tanya kenapa Mummy letak buah dalam bekas kaca hehe.. selalunya letak dalam bekas plastik saja. Saja letak sebab jarang sangat pakai. Dari terperap dalam kabinet, bawa keluar letak buah haha.. gasak la di situ, nak cantik depan mata kita saja pun kan.



Kalau beli buah, selalunya tugas ai la untuk mengupas atau mengopek kulit. Kalau ai tak buat macam tu, memang tak ada orang makan. Macam dalam gambar kat bawah ini. Ai akan kupas buah Rambutan ini dan letak ais bagi buah itu sentiasa sejuk. Nanti ada lah yang akan ambil bawa ke depan mengunyah sambil tengok tv :)



Dalam rumah ini hanya ai seorang je yang makan buah Manggis. Bahagianya rasa sebab tiada rebutan berlaku hihihi.. Aliah, Ariq dan Qaireen dah cuba rasa tapi dorang tak suka. Zahra macam biasa lah dia memang susah nak rasa makanan. Cantik isi buah Manggis ini, putih dan rasanya pun manis.



Gambar buah Durian yang enZaf beli ai tak ambil gambar. Dia beli Durian Musang King. enZaf ni agak cerewet sikit kalau nak makan buah Durian. Dia akan beli mana yang sedap untuk dia je, itu pun tak banyak sangatlah sebab durian sekarang pun boleh tahan mahal juga harganya. Cekik darah betul huhuhu.. Rasanya pihak berwajib atau kementerian mana yang berkenaan, kena buat sesuatu lah untuk mengawal harga Durian ini. Buah Durian ini buah dari negara kita sendiri, sepatutnya harga untuk rakyat adalah harga yang murah untuk kita beli. Melainkan untuk eksport barulah harganya berbezakan. Tapi itulah nak cakap lebih nanti kita bukan pakar, cuma ianya sekadar pandangan diri sendiri.

Minggu lepas, enZaf bawa balik buah Durian dan buah Manggis lagi. Kali ini bukan dia beli, dari pemberian Bapak (ayah Mertua). Dia tahu kami sekeluarga sukakan durian dan ai suka buah Manggis. Sayang kat menantunya kan hihihi.. terima kasih Bapak! Buah Durian yang Bapak bagi jenis Durian Kampung. enZaf minta ai buatkan Serawa Durian. Apa lagi laju je lah ai buat. Nak buat Serawa ini pun bukannya susah mana cuma tak letak daun pandan je sebab tak ada.



Memandangkan Bapak bagi Durian agak banyak, maka ai buat Serawa ini masukkan lebih Duriannya. Bila kita masukkan Durian banyak, kuahnya akan pekat dengan isi-isi Durian yang hancur dalam tu. Kami makan dengan pulut dan cicah roti juga. Esoknya ada lebihan Serawa lagi ai buat Roti Jala pula. Ai letak kat lantai je, makan depan tv sambil tengok sukan Olimpik :) Gambar kat bawah ini ai tak ingat sama ada minggu lepas atau pun dua minggu lepas. Adik ai Nani Whatsapp nak datang rumah hantar Donut. Drop by saja di lobby.



Beli donut dari JCo kegemaran anak-anak. Terima kasih Mak Teh beli untuk anak buahnya. Petang tadi pula dalam pukul 4 adik bongsu ai Yusreena Whatsapp kata nak datang rumah hantar buah. Tak sangka Abah pun ada ikut sama. Ya Allah, rindunya kat dia. Lama betul tak jumpa Abah sejak PKP 3.0. Kami jumpa di lobby sahaja. Dapat lah berbual dengan dia sekejap. Rasa macam nak peluk je dia rindu sangat.



Abah tahu anak Sulongnya suka buah Manggis. Siap hantarkan. Itu lah ibu bapakan, sentiasa ingat pada anak-anak walaupun anak-anaknya sudah berumah tangga. Sebak pula rasa. Mak bagi Kuih Bakar Pandan. Sedap kuihnya, tiba-tiba rindu dengan masakan Mak. Kali ini Abah bukan bagi buah Manggis sahaja, rupanya ada buah Mesta. Pertama kali ai dapat merasa buah Mesta ini. Sama seperti buah Manggis, yang berbeza pada bentuknya. Buah Mesta ini lonjong sedikit dan isinya lebih putih, sedap dan manis dari buah Manggis.



Sebelum ini ai ada perasan orang share pasal buah Mesta ini di Instagram, masa tu cuma tengok sahajalah. Tak sangka pula rezeki dapat buah Mesta ni. Memang betul sedap seperti yang dikata. Ai sebenarnyakan ada curi-curi ambil video masa Abah datang tu. Tadi masa belek semula video tu ai sebak dan nangis bila tengok muka Abah dan dengar suaranya. Betul-betul rindu. Sayang Mak tak ada ikut sama, hanya dua orang sahaja dalam satu kenderaankan. Rindu kat Mak juga huhuhu.. Walaupun selalu bervideo call dengan dorang, tetap tak sama dengan jumpa depan-depan. Ya Allah semoga Abah dan Mak sihat selalu dan sentiasa dalam lindunganMu. Oh ya, teringat lagi satu Abah ada bagi buah juga tapi masa awal tahun la lama dah. Mujur ada simpan lagi gambarnya hihi.. Abah bagi buah Kundang Madu.



Pertama kali ai makan buah Kundang Madu. Sedap ya amat, manis sangat-sangat. Kecil sahaja buahnya, nak makan tu sumbat je sebiji dalam mulut :p Buah ini pun ai seorang je yang makan. Yang lain tak nak cuba. Masa adik dan Abah datang hantar buah, tiba-tiba adik beritahu jangan masak atau order makan untuk malam ni. Dia nak belanja dinner. MasyaAllah rezeki lagi.



Bershell out kami makan malam tadi. Seronok semua ada kelainan sikit makan kali ini. Ariq tanya kenapa makan atas meja tiada pinggan hehehe.. Jarang makan macam ini tentulah tanyakan. Orang lain dah habis makan, tinggal dia seorang je. Mummy temankan dia makan, tengah sedap meratah ikan. Ariq memang suka makan ikan. Kalau ada ikan memang lama dia kat meja :p



Alhamdulillah kenyang kami satu keluarga. Adik-adik ai ni terutamanya Nani dan Yusreena, kalau dapat gaji je mesti dia belanja makan. Kalau tak banyak pun mesti ada sedikit. Banyak belanja anak-anak buahnya. Kak Longmu selalu berdoa agar rezeki kalian sentiasa mengalir seperti air Zam Zam. Aamiin. Dan malam tadi pun kita dapat satu lagi kegembiraan, bila tim Badminton memberi pingat pertama buat negara Malaysia di Sukan Olimpik.



Tahniah buat pasangan beregu lelaki kita, Soh Wooi Yik dan Aaron Chia meraih pingat Gangsa menumpaskan pasangan beregu Indonesia. Setiap kali tengok Badminton mesti berdebarkan, gugur jantung dibuatnya hahaha.. Sebelum ini pasangan beregu kita dah jumpa dengan pasangan Indonesia ini pada peringkat kumpulan tapi tewas. Mujur jumpa lagi sekali kita pula menang.. hebat! hebat! Bagi ai semua atlet yang mewakili negara ke Olimpik ini pun dah kira hebat. Menang atau kalah itu semua adat pertandingan.

Wednesday, July 28, 2021

Double Celebration in June


MasyaAllah nak masuk bulan Ogos dah kita baru sekarang ai nak buat entry berkenaan hari jadi Ariq. Hari jadi Ariq pada bulan Jun yang lepas, kebetulan tarikhnya 20hb tahun ini jatuh pada hari Ahad dimana hari itu juga Hari Bapa. Apa lagi bila dah sama harinya terus raikan bersama. Sebelum ini ai ada cerita berkenaan anak-anak membuat kad Hari Bapa untuk Daddy dorang [link]. Untuk sambutan ini, kebiasaannya kami hanyalah buat ala kadar sahaja. Jarang sangatlah nak buat preparations bagai. Kami raikan pada waktu malam lepas solat Maghrib. enZaf beli kek kegemaran Ariq iaitu Red Velvet di Secret Recipe dan untuk makan malam ai order KFC. Sebelum makan haruslah buat sesi bergambar dan ambil video.



Wajiblah ada gambar Birthday Boy. Selamat Hari Jadi yang ke-9 tahun anakku Ariq Firman! Semoga menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat.



Ariq dan Daddy bergambar berdua sempena hari mereka hihi.. Dua hero kesayangan ai. Selamat Hari Bapa buat enZaf, semoga menjadi Daddy yang terbaik buat anak-anak.



Ariqlah satu-satunya geng Daddy dia. Dorang berdua mempunyai minat yang sama terutamanya bola. Peminat Liverpool :) Ai dengar perbualan dorang bercerita pasal player itu, kelab ini entah siapa dan apa pun ai tak berapa faham hahaha... seronok tengok dorang berdua berborak. Selain bola, dorang berdua pun selalu main Mobile Legends. Waktu PKP ini banyaklah masa terluang bersama. Semoga berterusan hingga anak-anak ini membesar.



Ambil gambar adik beradik pula. Aliah dah kenapa berdiri tegak macam nak menyanyi lagu Negaraku je. Ariq pun lebih kurang sama :p Dan terakhir gambar kami satu keluarga. Qaireen seorang je yang tak pandang kamera. Dia kusyuk memerhati lilin pada kek itu. Tak sabar nak tiup.



enZaf ni peminat kek lapis. Masa dia beli kek untuk Ariq, dia beli satu lagi kek untuk dia hahaha.. Sendiri sambut sendiri beli kan :p Kali ini dia beli kek lapis dari Ambon. Kek lapis dari Indonesia. Ai juga peminat kek lapis tapi lebih suka kek lapis Sarawak :) Oh ya tiba-tiba teringat masa nak buat video kami nanyi lagu birthday. enZaf ada beli firework candle untuk diletakkan pada kek Ariq. enZaf pun pasang la firework candle tu dan kami menyanyi dengan semangatnya. Bila dah habis rupa-rupanya enZaf terlupa nak tekan rekod video tu huarghhhh... sudah la candle tu beli satu je dan pertama kali kot kami guna lilin jenis firework ni. Sekali tak rekod hahaha.. punya la semua gelak tak ingat dunia :p Terus ai teringat masa birthday Qaireen pun ai sama tak tekan rekod juga. Kali ini giliran enZaf pula terlupa tekan :p Elok sangat lah kan suami isteri sama perangai hihihi..

Jadinya kami terpaksa rekod semula menyanyi lagu birthday untuk Ariq tanpa firework candle. Mujur ada lilin nombor 9 itu hehehe.. Seperti biasa juga dalam video ini Qaireen paling eksaited nak tiup lilin.





Sekali lagi, Happy 9th Birthday Ariq Firman!! Besar dah anak bujang Mummy sorang ni.

Tuesday, July 27, 2021

Projek Seni: Keindahan Bunga Kekwa Tahun 5


Ingatkan seminggu cuti sekolah ai nak update hasil seni anak-anak dalam blog, tak menjadi rupanya hihi.. Maka hari ini gigihkan diri buat satu hasil seni Aliah. Lama sudah seni ini dibuat iaitu pada awal bulan Jun. Hari dia buat ini sama dengan Ariq buat seni juga pada hari Sabtu malam [link] Aliah kena buat satu tugasan dengan menggunakan teknik mozek dan catan.



Untuk memulakan seni ini, Aliah kena melukis bunga Kekwa dan pepatung. Masa dia tengah lukis tu ai tak tengok pun sebabnya tengah tolong Ariq buat kerja seni dia juga. Tahu-tahu je dah siap. Lepas itu Aliah kena warnakan bahagian bunga dan pepatung dengan menggunakan teknik kering atas basah. Dia tak faham apa teknik itu, ai pun faham tak faham juga. Rupanya kena basahkan sedikit pada kertas dan warnakan lukisan tersebut. Hasilnya warna itu macam kembang-kembang sikit hehehe... itu apa yang ai faham lah :p



Selesai warnakan bunga Kekwa dan pepatung, Aliah buat bahagian latar pada lukisan pula. Part ini ai tak tengok dia buat dan tak ambil gambar pun. Ai dah betul-betul fokus pada Ariq sahaja. Sampai la bahagian latar tu dah siap kena buat garisan mozek pula untuk gunting kertas itu. Sampai situ saja Aliah buat pada malam itu dan dia nak sambung buat pada keesokkan harinya pula. Dah penat katanya :) Hari silih berganti, yang kononnya kata nak buat keesokkan harinya, Aliah tak buat pun. Bertangguh sampai enam hari huhuhu.. apa lagi mak kau hijau terus hahaha.. Buat tu pun sebab esok tarikh akhir kena hantar huhu..

Dalam banyak-banyak teknik yang perlu dibuat, ada dua benda yang leceh ai tengok. Satu yang bahagian latar (warna biru hijau) yang mana perlu gunting dan lekat satu satu atas kertas lukisan mengikut susunan mozek. Sepatutnya perlu tampal atas kertas keras tapi tiada kertas keras warna putih, jadi ai suruh Aliah pakai kertas warna sahaja. Dah tampal susunan mozek itu barulah tampal bunga Kekwa dan pepatung. Oh bunga Kekwa dan pepatung yang kita lukis dan warna itu perlu digunting mengikut bentuk. Kemudian baru buat bahagian sayap pepatung pula. Ini ke dua leceh, perlu susun dan tampal kulit telur pada bahagian sayap pepatung. Tak pasal-pasal ai goreng telur hari tu sebab nak dapatkan kulitnya hahaha..



Serius bahagian sayap pepatung ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Kena ada 2 ton warna pula tu, atas warna coklat luar kulit telur dan yang bawah sayap itu warna putih dalam kulit telur itu pula. Bahagian ini ai tolong Aliah sama-sama buat. Kalau dia buat sorang, memang lambat la nak siap tu huhuhu.. Dia warna badan pepatung tu dengan mata-mata sekali hahaha..



Ikutkan pada buku teks Seni, daun pada bunga Kekwa itu perlu ditampal dengan bod impra. Memandangkan tak ada bod impra, Aliah guna kain felt sahaja hehe... hentam saja lah nak. Kita pakai apa yang ada saja. Harap-harap cikgu Seni dia terima :)



Gambar di bawah ini adalah hasilnya. Tapi ianya belum siap sepenuhnya lagi. Perlu buat hiasan pula pada keliling mozek itu.



Cadangan hiasan dalam buku teks Seni, menggunakan seashells. Mujur Aliah ada simpan seashells masa kami bercuti di pantai. Dari kecil lagi Aliah ini suka kumpul. Tak sangka dalam kumpul dia tu banyak juga. Penuh satu bekas plastik tu. Itu pun ada yang hilang katanya.



Masa Aliah tengah susun dan lekat seashells tu, dia tanya ai boleh tak nak lekat sikit je. Dia sayang dengan seashells nak lekat kat kertas tu banyak-banyak. Ai pun cakap boleh saja dan buatlah hiasan mengikut kesukaannya.



Alhamdulillah siap juga projek seni Aliah. Punyalah lama nak siapkan. Banyak kali berhenti, rehat dan sambung semula. Laju-laju ai ambil gambar dia dan lukisan itu dan terus submit dan turn-in dalam GC.



Monday, July 26, 2021

Suntikan Vaksin Dos Pertama


Alhamdulillah masuk seminggu dah ai mendapat suntikan vaksin. Ingatkan lama lagi nak dapat appointment, tiba-tiba hari Ahad ai dapat SMS minta semak aplikasi MySejahtera untuk tarikh temujanji. Tak sangka tarikh kena cucuk itu pada keesokkan harinya. Mujur dapat SMS, andai kata tiada mesej itu pasti ai tak tahu pun. Ai pula jenis jarang buka aplikasi MySejahtera ini. Bila dah dapat appointment tu bukan main gembira lagi. Bukan apa selain dari gembira dapat tarikh temujanji vaksin ai juga gembira sebab dapat keluar hahaha.. 73 hari tak keluar rumah :p Siap fikir esok nak pergi cucuk ni nak pakai baju apa. Ai mencari cardigan dalam wardrobe, lama tak pakai cardigan sampai tak ingat simpan bahagian mana :p



Bergambar dengan Qaireen sementara menunggu Daddy dia beli sedikit makanan dan minuman sebelum ai masuk dalam PPV. Tempat ai ambil vaksin ini di MSU, Shah Alam. Waktu appointment dalam pukul 1.30 petang. Panasnya la pada hari tu. enZaf dan Qaireen hanya tunggu ai di tempat letak kereta. Berjalan dari kereta nak masuk ke dalam bangunan MSU itu terasa bahangnya juga. Nak sangat keluar rumah kan, baru jalan sikit dah penat :p



Sampai saja di hadapan bangunan seperti biasa kena check-in dulu dengan aplikasi MySejahtera dan scan suhu badan. Kemudian setiap orang diberikan borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19 bagi yang pertama kali hendak cucuk vaksin. Dari situ ai ditempatkan di Stesen 1, sementara menunggu bolehlah isi borang tersebut. Jangan lupa bawa pen dari rumah :)



Saja ambil gambar suasana di Stesen 1 ini. Tempat ini diperkarangan luar jadi tiada penghawa dingin. Berkuap juga lah duduk situ hahaha..



Mujur depan ada skrin besar. Dapat lah hilang bosan sikit. Oh disitu pun ada kedai MyNEWS kalau lapar atau pun dahaga boleh la beli. Sebelum nak ambil vaksin memang digalakkan makan dahulu supaya dapat mengelakkan kesan sampingan seperti pening kepala atau muntah.



Tepat jam 1.30 petang, barulah proses untuk vaksinasi dijalankan. Tapi kena menunggu giliran, dibenarkan dua barisan masuk ke Stesen 2. Di Stesen 1 ini ada enam barisan, ai tak tahulah satu barisan ini ada berapa orang. Yang pastinya ai barisan terakhir hahaha.. lama jugalah menunggu giliran tu. Orang yang datang pun tak putus-putus. Elok barisan awal kosong, sekejap je dah tambah dengan orang lain pula. Begitulah prosesnya sampai la lewat petang. Gambar di bawah ini masa nak menuju ke Stesen 2.



On the way nak ke sana itu ada kedai mamak Q Bistro, lama tak makan Ayam Mawarnya dan ada Starbucks depan Q Bistro itu. Eh kalau tahu dari awal boleh ai singgah situ dulu. Di Stesen 2 barulah ada penghawa dingin dan senyum lebar terus :p Di sini menunggu giliran lagi untuk proses pendaftaran. Walaupun ramai tapi prosesnya agak laju.



Selesai pendaftaran terus menuju ke Stesen 3. Di situ Doktor akan datang untuk tandatangan sebagai saksi ke atas borang Persetujuan Vaksin Covid-19 tu. Sambil itu Doktor akan tanya sama ada kita ada alahan, penyakit lain atau pun mengandung atau menyusu anak. Doktor pun maklumkan jenis vaksin yang kita ambil hari tersebut.



Seterusnya barulah ke tempat vaksinasi. Masa ini ai berdebar sikit, entah kenapa tiba-tiba seram sejuk. Padahal ai bukan jenis takut cucuk pun hehehe.. Macam nak ambil exam kena tunggu giliran la agaknya tu yang berdebar. Tempat nak suntik itu tiada tirai pun tutup, halang pakai penghadang cubicle macam itu je huhuhu..



Sambil itu mata ai perhati sebalik papan D tu nak tengok Doktor/ Nurse yang nak cucuk ini lelaki atau perempuan. Sedikit kecewa bila dapat tahu yang nak cucuk ini lelaki. Tapi tak apalah redha sahaja sebab kita bukan boleh memilih pun. Masa giliran tiba, ai minta izin ambil video tapi tak dibenarkan. Hanya gambar sahaja, itu pun laju-laju ai nak ambil gambar. Cepat sangat tak sempat ai nak cakap tunggu, tahu tahu dah rasa jarum masuk kat lengan :)



Dapat jugalah ai snap 3 gambar dan setiap gambar itu dari mula cucuk, tengah cucuk dan lepas cucuk dengan syringe yang dah kosong. Masa sebelum suntik tu pun ai diminta lihat pada syringe dan amaun vaksin selesai cucuk tu pun suruh ai tengok lagi sekali pada syringe dah kosong dan buang. Sekarang YB KJ kata boleh ambil video masa proses vaksinasikan. Tak terfikir pula sampai ada kes cucuk kosong tu kan. Semoga tak terjadi dekat kita. Selesai suntikan vaksin terus menuju ke kaunter untuk pengesahan suntikan dos pertama. Di situ kita akan diberi Kad Vaksinasi dan tarikh temujanji untuk suntikan ke dua pula. Jangan lupa sahkan tarikh itu di aplikasi MySejahtera.



Masa dah selesai urusan di kaunter, tiada pula tempat untuk berehat seketika ke apa. Ai dengar lepas cucuk kena berehat sekejap untuk tengok sama ada ada tindak balas lepas cucuk ke tidakkan. Tengok ramai je orang terus balik, ke masa mendapat kad dan pengesahan vaksin serta tarikh appointment itu dah kira sebagai waktu pemerhatian. Apa pun, Alhamdulillah selesai sudah suntikan dos pertama di MSU ini. Di sini kami dapat vaksin Pfizer, dalam Kad Vaksinasi ditulis sebagai Comirnaty. Sebelum keluar dari bangunan MSU, ada photobooth di sediakan. Semua tempat vaksinasi adakan photobooth seperti ini. Rugi kalau tak bergambar sebabnya kenangan untuk di simpan. Terima kasih kat adik belakang ai tolong ambilkan gambar ini ketika beratur menunggu giliran hehe...



enZaf dah selesai dua dos vaksin 4 hari sebelum ai ambil vaksin ini. Dia dapat vaksin Sinovac. Alhamdulillah sepanjang dia cucuk tu tiada kesan sampingan seperti demam atau sakit-sakit, yang dia perasan selera makannya bertambah. Saja ai mengusik dia, kalau tak cucuk vaksin pun memang selera makan dia banyak je hehehe... InsyaAllah pada minggu depan temujanji untuk suntikan dos ke dua pula. Kali ini nak ambil video masa cucuk hehe..

Dah alang-alang ada di Shah Alam, kami singgah Restoran Temerloh Catering untuk beli lauk makan malam. Lama tak makan Tempoyak Ikan Patin dan Patin Goreng. Dah makan separuh baru teringat nak ambil gambar :p



Baca Twitter Menteri Kesihatan kita, ramai juga ambil vaksin pada hari itu seramai 14 ribu lebih. Semoga makin ramai lagi dapat suntikan vaksin ini dan cepat kita mencapai herd immunity. Tak sanggup tengok angka pada kes harian terutama sekali pada angka kematian. Bila dah ramai dapat vaksin harap-harap bilangan yang masuk ICU dan kematian menurun.



Ai selalu juga tengok berita negara lain, bukan Malaysia sahaja yang alami penularan wabak ini, di mana-mana negara pun turut sama dengan krisis yang melanda. Ditambah buruk lagi, rakyat di negara lain siap buat protes, perarakan secara besar-besaran dengan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Mana-mana kerajaan yang memegang negara pada waktu pandemik ini pun sukar nak kawal atau bendung. Ekonomi negara kena buka untuk memberi rakyat kelangsungan hidup cuma apa yang nampak kes kematian menurun walaupun kes positif itu banyak. Ditambah dengan varian Delta yang mudah tersebar. Eh dah macam pengulas berita pula. Diharap negara kita dapat bertahan dan kita rakyat juga bertahan dan sama-sama berdoa agar pandemik ini hilang dari muka bumi. Letak video masa cucuk vaksin ini sebagai kenangan :)




Friday, July 23, 2021

Opening Ceremony Sukan Olimpik Tokyo 2020


Siapa tengok Tokyo Opening Ceremony tadi? Kalau tengok high five sikit hehe.. Ai memang peminat dan pengikut temasya sukan-sukan yang besar sebegini. Orang kata berprestij tinggi seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan SEA. Bangga tengok kontinjen Malaysia masuk dalam stadium ni.



Cantik baju warna-warni sungguh nak nak bahagian sampin, tengkolok dan kain bawah tu. Ceria je tengok. Memandangkan Sukan Olimpik ni satu sukan terbesar, jadi banyak saingan kuat buat team Malaysia. Harap para atlet dapat buat yang terbaik dan mana tahu dapat satu pingat emaskan. Ayuh Malaysia!



Malang buat tuan rumah Jepun kali ini kan. Dapat hos Sukan Olimpik dalam keadaan pandemik melanda. Diikutkan tahun 2020 temasya ini berlangsung tetapi ditunda pada tahun ini. Itu pun pelbagai spekulasi dan halangan dari pelbagai pihak untuk negara Jepun menerus atau membatalkan sukan ini, akhirnya terjawab sudah persoalan dan ianya tetap diteruskan juga. Itu pun sudah ada beberapa atlet dari negara lain yang didapati positif Covid dan tidak dibenarkan bertanding. Simpati rasa, penat practice bertahun-tahun, tup tup tak dapat bertanding. Mesti kecewa. Apa pun diharap mereka dapat membendung penularan wabak ini dari menjadi lebih serius.



Buat majlis pembukaan pun sunyi je sebab tiada penonton. Apa nak buatkan. Oh ya, dalam banyak-banyak persembahan dalam majlis ini, ai tertarik dengan drone macam gambar di atas. Tak tahu macamana terbang rapat dan dekat sampai macam tu sekali tapi bagi ai canggih dan hebat hehehe.. Lagi satu ai suka betul dengan persembahan human pictograms seperti gambar di bawah.



Ai ada ambil sedikit video masa buat pictograms ini. Dorang buat macam satu rancangan tv kat Jepun tu kan, yang pakai baju hitam dan buat aksi menarik. Lupa dah apa nama show tu, famous satu ketika dulu kat tv kita selalu siar hehehe..



Tiba-tiba teringat masa kami pergi tengok Sukan SEA di Bukit Jalil [link] Rindunya nak berjalan-jalan keluar. Sebenarnya dari kelmarin lagi ai sudah mula membuka Siaran Olimpik di Astro. Jadinya siaran ini akan menjadi siaran rasmi di rumah selama dua minggu haha.. Paginya ai terlupa nak tengok acara Memanah dan InsyaAllah Hari Sabtu pukul 8 pagi bermula acara Badminton pula. Harap-harap tak tertidur di depan tv sebabnya meneman Qaireen sampai Subuh hehe..

Thursday, July 22, 2021

Hidangan Hari Raya Aidiladha 2021


Tajuk bukan main lagi, macam banyak je hidangan untuk hari raya kan hehehe.. Semua ini untuk simpanan dalam blog sebagai kenangan :) Pada awalnya memang ai nak masak rendang untuk hari raya dari permintaan anak-anak. Kemudian, enZaf pula request untuk ai masak Spaghetti Bolognese. Bila anak-anak ini dengar Daddy cakap Spaghetti, laju la dorang semua pun nak juga. Katanya lama ai tak masak Spaghetti. Ai okay sahaja asalkan ada bahan-bahan. Dah siap masak dan hidang, haruslah ambil gambarkan hehehe..



Kalau perhati gambar kat atas, air yang warna hijau itu adalah air Sirap. Cantikkan warna hijau. Kalau sebut air Sirap pasti otak kita tengok air itu warna merah. Tapi yang ini lain sebab warna hijau. Rare sangat. Dapat dari hamper enZaf menang dalam Golf Tournament. Lama dah sebelum PKP tapi baru sekarang buka hehehe.. Dan air tu enZaf tolong bancuhkan. Thank you Yang! Gambar bawah pula gambar Spaghetti Bolognese permintaan Daddy dan anak-anak.



Nampak merah menyala pula warna kuahnya.. tengok rupa macam pedas tapi tak pedas langsung pun hihi.. Satu je enZaf terlupa nak beli iaitu Parmesan Cheese.



Lemang yang dibeli dengan kawan enZaf. Alhamdulillah elok kejadian lemangnya. Makan dengan Rendang Ayam atau pun Rendang Daging. Hari ke dua lemang masih ada lagi kali ini makan dengan kari kambing. Dah kenyang jadi ular sawa hehehe.. Gambar-gambar kat bawah ini ai ambil gambar anak-anak sementara menunggu enZaf setting kamera untuk sesi pergambaran kami.



Serius je Ariq, suruh senyum pun susah. Lepas tu ambil gambar dia dengan Qaireen pula. Yang kecik ni pun susah juga, banyak sangat bergerak sanan sini dan tak nak pandang kamera huhu...



Gambar empat beradik.



Pejam celik sekejap je dah nak habis minggu ini. Tup tup sudah hari Isnin depan yang anak-anak akan kembali PdPR dan bersambung sehingga hujung bulan Ogos. Minggu ni ai kerah Aliah dan Ariq untuk menyiapkan segala homework dalam Google Classroom. Banyak pula kerja sekolah cikgu-cikgu beri. Nak suruh anak-anak ni buat satu homework pun bercintanya la hai.. sakit jantung dibuatnya. Ariq ada 3 ke 4 kerja sekolahnya yang perlu buat video. Part nak buat video itu lah ai paling malas sebab kena jadi tukang ambil video hahaha.. Ya Allah, moga kuatlah diriku nak hadap PdPR anak-anak ini.