Monday, August 21, 2023

GA Beep Beep Sports Day 2023


Pertama kali Qaireen menyertai sukan sekolahnya. Entah dia faham ke tidak sukan tu hehehe.. Dia pergi sekolahnya pun dah macam sukan juga, ada saja aktiviti dilakukan :p Tahun ini Genius Aulad (GA) menganjurkan sukan bersama dengan cawangan lain juga. Antara cawangan Genius Aulad yang turut bersama ialah Banting, Hillpark dan Saujana Utama. Masa akak Zahra dahulu pun pernah bergabung bersama cawangan lain juga. Sukan kali ini diadakan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

Sebelum sukan bermula, teacher bagi anak-anak ini makan dan minum dahulu. Jenuh ai panggil Qaireen tapi dia tak dengar. Nak jerit kuat-kuat nanti apa pula parents lain kata :p Berpuluh kali juga la panggil nama dia hahaha... Lagi pun dia bukan tahu ai ada dibelakang sebab masa dia masuk dalam dewan pun teacher yang bawa.











Maskot dan tema bagi keempat-empat GA. Banting bermaskot Starfish, Saujana Utama pula bertemakan Crab manakala Hillpark bertemakan Jellyfish dan Kota Damansara maskotnya Shark. Comel-comel semuanya dan masing-masing sangat kreatif dalam menyumbangkan idea dan rekaan.









Tak banyak gambar diambil sewaktu sukaneka berlangsung, terlalu jauh dan bila ai zoom pun gambar tak berapa cantik dan pecah. Ada lah rakam beberapa video itu pun macam nampak tak nampak sangat hihihi.. Gambar di bawah ini contoh dari kamera phone enZaf, jauh dan blur :p









Kalau kami duduk di sebelah sana mungkin nampak dekat dan lebih baik lagi tetapi tempat duduk di sana pun sudah tiada ruang nak menyelit. Pasrah dan redha sajalah tengok dari jauh huhuhu.. Bila tak ambil gambar Qaireen, ai ambil gambar kaki hahaha..



Gambar di bawah ini sudah selesai sukaneka, Aliah bawa Qaireen naik atas sekejap dan bergambar. Lepas itu terus ke bawah semula untuk ambil hadiah.





Beratur menanti giliran untuk mengambil hadiah.





Dalam sukan ini tiada siapa yang kalah, semua adalah pemenang. Dan semua dapat medal dan hadiah hehehe.. Anak-anak pun semua pulang dengan gembira. Banyak gambar Qaireen ai masukkan dalam entry ini ;)











Sanggup kami menunggu orang balik sebab nak bergambar di photo booth. Kesian kat abang Ariq sebab haritu dia tak berapa sihat sangat tapi sanggup bertahan.







Ambil gambar Qaireen lagi sebelum balik. Kenangan depan Kompleks Sukan Negara hihi..



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah buat semua teacher kerana berusaha gigih tanpa penat lelah dalam menjayakan sukan ini. Tabik spring melayan karenah anak-anak, struggle mereka nak handle. Kita yang jaga anak kecil sorang je pun tak menang tangan apa entah lagi yang ramai macam ini. Gambar-gambar di bawah ini pula dari teacher dan masukkan dalam blog sebagai simpanan. Oh! ada satu video yang sempat dirakam oleh class teacher Qaireen. Dia gayat tak boleh nak jalan atas titi, kena pimpin baru bergerak hahaha..











Wednesday, August 16, 2023

Goodies dan Tidur Lambat


Qaireen balik dari sekolah, dia terus tunjuk dapat goodies bag. Adam, kawan kelasnya yang bagi untuk semua sempena birthdaynya. Terima kasih Adam! Semoga menjadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan di akhirat. Sebelum ini banyak juga goodies yang Qaireen bawa balik tapi ai tak ambil gambar. Kebanyakkannya bagi yang sama iaitu penuh dengan makanan dan minuman. Berbeza dengan Adam ini, dia bagi kawan-kawannya mewarna :)



Sampai-sampai rumah terus Qaireen nak mewarna. Dia memang suka tapi itulah, warna tu main ikut suka nak macam mana hahaha.. Hentam saja lah Qaireen oi. Asalkan dia suka Mummy pun suka juga :p



Beg itu sendiri pun boleh warna juga. Yang beg ini elok pula warna tak keluar sangat dari line. Yang pakai watercolor tu pejam mata Mummy tengok hehehe.. Tinggal satu lagi yang jenis pasir lekat pada kertas tu yang tak buat lagi. Bukan tak nak bagi tapi Mummy dia malas nak mengemas haha.. tunggu Aliah lah yang layan dia.



Aliah pun ada bawa balik goodies juga. Sekolahnya ada buat seminar untuk murid perempuan tentang penjagaan kulit dari Emina. Masing-masing dapat sampel dan ada photo booth juga nak bergambar. Seronok ni di sekolah ada pula dapat macam-macamkan. Masa Mummy sekolah tak ingat pula ada ke seminar macam ini, yang tahu sanitary pad ada lah :)



Gambar di bawah ini masa kami ikut enZaf pergi office. Dia ada kerja yang perlukan print dan binding. Anak-anak ni asal Daddy ajak pergi office, semuanya suka. Entah kenapa yang suka pun ai tak pasti. Qaireen berambut pendek. Ai sendiri yang potong rambut dia bulan lepas. Rimas betul tengok dah panjang sangat.



Boleh tahan lama juga menunggu Daddy dorang siap kerja. Tahu-tahu dah pukul 11 malam lebih. Seronok anak-anak ya dapat tengok phone lama sebab dah lepas waktu tidur. Esoknya nak sekolah huhuhu.. Mujur lah jarang-jarang begini, Mummy pun bagi lah chance.



Makan Juga di Five Guys


Sekarang ini enZaf rajin pula bawa kami berjalan ke KL. Katanya dia dah bosan masuk shopping mall dekat dengan rumah. Ai ni jenis tak kisah sangat sebab dia yang bawa kereta, kita ikutkan saja ke mana pun :) Masa dalam kereta, ai nampak Menara Merdeka cantik sangat ditutupi dengan awan. Eh! awan ke kabus tak pasti haha.. Siap ambil video tu, ambil gambar macam tak cantik sangat :p





Kami berjalan di Pavilion KL. Bila pergi Pavilion mesti kami lalu depan kedai Five Guys. Dan setiap kali lalu pasti ramai dan penuh. Kebetulan hari kami datang ini ada meja kosong, teruslah enZaf ajak makan. Padahal sebelum sampai Pavilion ini kami sudah pun makan tetapi disebabkan sebelum ini susah nak dapat tempat kita makan lagi sekali hehehe.. Taip ini pun dah keluar perkataan makan banyak kali :p



Ai tak tengok apa menu pun Five Guys ni ada, semuanya enZaf yang orderkan. Kebanyakkan orang kalau ke Five Guys ini mesti beli air Milkshakenya. Jadi haruslah kita mencuba juga. Biasa je rasa air Milkshake ini, tiadalah sedap sangat seperti orang kata. Tak tahulah tekak masing-masingkan.



Burger ni enZaf order untuk ai, katanya ini yang kecil. Kecilnya tak berapa kecil, boleh kongsi dua orang makan.



Anak-anak makan sama juga, burger. Daddy dorang je makan lain iaitu Hotdog.







Harga makanan dan minuman di Five Guys ini tak berapa murah ya, bila dah makan dalam Pavilion tahu-tahu sajalah. Jangan nak bandingkan dengan tempat lain huhuhu.. enZaf kata sekurang-kurangnya dah merasa, sekali pun jadilah hahaha.. Lepas makan kami sambung berjalan-jalan lagi, tup tup sampai ke Fahrenheit perginya :) Nampak Bath & Body Works (BBW) terus masuk sebab nak beli shower gel. Kebetulan BBW ada keluaran baru dan tengah buat promosi, jadi kita cuba bau lain pula.



Depan BBW ini ada diletakkan satu biji kereta, rupanya ia adalah Kereta Merdeka. Ambil gambar satu sebagai kenangan.



Maklumat berkenaan Kereta Merdeka boleh baca dalam gambar di bawah.



Keluar dari Fahrenheit kami berjalan di sepanjang Bintang Walk pula. Pergh memang betul berjalan, ke sana sini. Dekat Bintang Walk ini ada orang viralkan pasal makanan Arab tapi ai tak ada rasa berminat nak makan. Tengok sajalah dari jauh ramai orang beratur. Di Malaysia ini pantang menda viralkan, laju saja. Jalan dan jalan lagi sampai lah Lot 10 Bukit Bintang. Masuk sekejap dalam mall tu. Ambil gambar Qaireen dengan Lottie berhadapan dengan pintu masuk Lot 10.





Lepas bergambar terus patah balik ke Pavilion, masa ini ai dah tak larat nak berjalan. Bila pergi bukan main laju je kaki tu, bila nak balik semula penat dah hahaha.. seret je kaki sampai Pavilion. Berehat sekejap makan aiskrim untuk hilangkan lelah ;)



Sebelah kedai aiskrim Cold Stone ini ada kedai Bask Bear Coffee. enZaf beli satu kopi untuk dicuba. Ai tak ingat pula kopi apa tapi biasa-biasa saja rasanya. Dia cakap lagi sekurang-kurangnya dah cuba rasa macam kita makan di Five Guys tu :p



Balik rumah semua kepenatan sebab banyak berjalan, kaki ai pun dah rasa sengal-sengal hihihi..

Tuesday, August 15, 2023

Melawat Sekejap


Pergi jumpa akak Zahra sekejap di sekolahnya. Minggu tu sekolahnya ada outing tapi akak Zahra tak nak keluar sebab petangnya dia ada latihan hoki. Ingatkan tak perlu jumpa dia minggu tu, rupa-rupanya kena pergi juga. Dia call dua hari sebelum minta tolong hantar stok makanan dan duit belanja dah nak habis hahaha.. bertuah lah kan.



Beli KFC untuk dia dan kawan-kawannya. Auni saja yang ada, Tisya tidur. Lama sikit kawannya lagi seorang, Fatin datang. Fatin main hoki juga dan satu dorm dengan akak Zahra. Dia tengah menunggu maknya sampai tapi lambat disebabkan cuaca hujan lebat. Sementara menunggu tu ai suruh dia makan :)



Terserempak dengan Pang (Azlin), baru balik dari outing dengan anaknya. Tahun ni dia sibuk lah sebab anaknya nak SPM. Lama juga kami bersembang sampai terlupa nak ajak bergambar. Tahun depan tak dapat lah nak jumpa dia lagi kat Semashur ni huhu... Dalam pukul 3 petang lebih hujan turun dengan lebatnya tapi tiada kilat atau guruh. Kalau zaman kita kecil dulu dah keluar mandi hujan dah kan. Sekarang ini tak ada dah macam tu. Ai pun tak bagi mandi hujan sebab rasa hujan zaman sekarang ni hujan asid. Kena hujan sikit dah demam :( Tapi ada sorang budak ni teringin nak main hujan. Dia geram je tengok air bertakung kat rumput tu hihihi.. Sorry la ya nak, Mummy bagi tengok je lah.





Bila hujan dah reda kami pun gerak pulang. Lebih kurang dalam 10 minit perjalanan barulah sedar yang Daddy dia terlupa nak bagi duit belanja dekat akak Zahra. Terpaksalah berpatah balik ke sekolahnya. Masa sampai tu nampak dia baru nak joging dengan timnya, mujurlah sempat jumpa dia. Sempat juga lah ai bye-bye anak-anak semua masa tengah joging :)



Monday, August 14, 2023

Undi, Bola, Makan dan Hoki


Pada hari Sabtu lepas boleh dikatakan kami menghabiskan waktu di luar rumah agak lama. Bermula dengan enZaf mengundi. Ini pertama kali dia mengundi di Selangor, sebelum ini dia mengundi di Kuala Lumpur. Itu pun sebab ai tergerak hati nak check enZaf di mysprsemak. Katanya sebelum ini dia ada cuba tukar alamat secara online tetapi tidak pasti samaada penukaran alamat itu berjaya atau tidak. Bila ai dah semak, ternyata kawasan mengundi enZaf sudah bertukar. Mujur ai checkkan :)



Alhamdulillah dah selesai mengundi. Tempat mengundi di sekolah Ariq dan sekejap sahaja menunggu dia. Selesai semua kami pergi makan pula, habis makan barulah kami ke Bangi. Tengok enZaf main bola pula di Pusat Latihan Maybank. Lama betul tak ke sini. Tak ingat sangat bila kali terakhir tu, rasa macam anak sorang dua :p Sebelum ke padang, ai singgah sekejap bawa Qaireen main di playground.



Aliah dan Mummy naik jongkang jongket, dia saja bagi laju-laju sampai ai pening. Penuaan sungguh rasa diri ini :p





Hanya satu gambar diambil ketika di padang, itu pun gambar Ariq melayan Qaireen tendang bola.. Dan satu video sempat dirakam ketika enZaf dapat menjaringkan gol. Ada video lain juga tapi malas nak masukkan dalam blog haha.. Cukuplah satu je sebagai bukti ai tengok dia main bola :p Kalau dia ada gol, lepas game nanti mesti tanya nampak tak gol dia. Bila keluar soalan macam tu, teruslah ai tunjuk video. Senangkan hihi..





Sebelum balik rumah, enZaf ajak makan malam dekat dengan Universiti Malaya. Katanya dia perasan ada tempat makan berhadapan dengan UM itu, rupa-rupanya nama tempat makan itu Tapak. Nama lokasi yang betul adalah Tapak Evo @ Petaling Jaya. Konsepnya food truck and food park.



Ada pelbagai jenis makanan juga yang ada di Tapak ini. Kami memilih makan secara grill dia kedai Wagyou. Boleh tengok website untuk tahu secara details [link]



Pertama kali makan Wagyou ini, ai bagi 5 bintang. Sedap dan berpatutan harganya. Suka betul bila daging itu dicicah dengan sosnya. Tak ingat apa nama sos itu, tapi yang pedas :) Tengok gambar ni terasa nak makan pula hahaha.. Untung ada chef dua orang, ai hanya makan saja :p







Balik makan kami tengok perlawanan hoki pula di rumah. Final antara Malaysia dengan India untuk perlawanan Trofi Juara-juara Asia 2023. Hebat betul India. Tak ada rezeki kita Juara, apa pun tahniah pasukan hoki Malaysia mendapat Naib Juara.





Semangat dua orang penyokong cilik Malaysia ini. Rasa bangga kibar Jalur Gemilang :)