Wednesday, August 30, 2023

Singgah Petang di Salon Du Chocolat


Pertama kali menjejakkan diri ke dalam Salon Du Chocolat di KLCC. Menunya lebih kurang sama dengan DipnDip dan Molten Chocolate Cafe.



enZaf order pun tak banyak mana sebab kami masih lagi kenyang dengan makan tengahari. Order ini pun sekadar nak merasa. Dan semestinya ada Crepe kesukaan semua orang.



Gambar di bawah ini ada buah Strawberi di dalamnya. Tak ada orang lain dah yang sukakan Strawberi, hanya Aliah :) Ai makan juga tapi kita bagi anak sajalah. Dah umur begini tak boleh masuk sangat makan buah dengan coklat hehehe..



Tak ingat apa nama kek ini, sedap juga. Ini pun ai tak boleh makan banyak. Sekadar rasa-rasa gitu sahaja.



enZaf buat muka tak kuasa melayan ai untuk bergambar.



Bagi anak-anak seronok lah sebab dapat makan coklat. Rasa coklatnya pun lebih kurang sama juga dengan kedai coklat yang lain. Yang berbeza hanyalah harga :) Sebelum balik kami singgah duduk di luar sekejap. Bagi anak-anak terutamanya Qaireen tengok air pancut. Itu pun tengok dari jarak jauh. Malas nak pergi dekat disebabkan ramainya orang.





Sempat lagi ai ambil gambar anak-anak masa turun dari escalator hihihi...



Kami balik sebelum waktu Maghrib. Esok pagi melayan akak Zahra pula ada friendly game di Gombak.

Tuesday, August 29, 2023

Makan di Kilang Kitchen


enZaf bawa kami makan malam di tempat lain yang belum kami pergi lagi. Tak pasti sama ada tempat ini baru atau dah lama. Kalau ikut pemerhatian ai mungkin sudah setahun lebih beroperasi. Nama tempat ini ialah Kilang Kitchen di Kuala Lumpur. Konsepnya seperti medan selera dan penuh dengan gerai yang menjual pelbagai jenis menu :)



Walaupun ada macam-macam tapi ai tak tahu nak makan apa hahaha... sebelum keluar rumah dah makan kuih pada lewat petang, jadi perut ni masih kenyang lagi. Memandangkan tak tahu nak makan apa, ai serahkan kepada enZaf order apa sajalah.







Akak Zahra dan pasta berpisah tiada. Dia kalau ada Spaghetti Carbonara memang lajulah dia nak makan. Dari kecil sampai besar tak berubah, sama je makanan kegemarannya itu :)



Ariq dia nak makan Macaroni & Cheese dan Burger. Wah! bukan main banyak dia makan tetapi kalau dia dah kenyang, faham-faham sajalah siapa yang kena habiskan tu :p



Gambar di bawah ini makanan Aliah. Dia pula sejenis yang suka makan nasi. Kalau nasi tu ada lauk sotong dan udang lagi lah dia suka.



Ai dan enZaf juga makan nasi, tak ingat pula nama menunya. Kalau di tengokkan seperti nasi paprik dengan pelbagai jenis bahan dalam tu. Yang pasti ada ayam, daging, udang, sotong, lala dan macam-macam lagi. Bawah lauk itu ada nasi, tak nampak huhuhu.. Portionnya besar bagi ai, cukup 2 atau 3 orang makan. Qaireen dia makan Spaghetti Carbonara dan semua makanan yang ada atas meja hihi.. Dia pun dah kenyang sebenarnya makan macam-macam dah sebelum keluar.





Suka tempat ini, dalamnya bersih dan kemas. Ada tempat mencuci kereta dihadapan Kilang Kitchen manakala sebelahnya pula ada pusat Gym dan Futsal. Eh! tercuci mata tengok orang kat gym masa pergi dan balik. Mujur enZaf tak perasan hahaha.. Oleh itu marilah ajak enZaf makan di situ lagi.

Monday, August 28, 2023

Santai Sabtu


Selalunya setiap hari minggu mesti sibuk dengan aktiviti anak-anak. Waktu siang akan kepenatan dengan kesibukan dan malam mulalah terbongkang kepenatan. Tapi bila tiba-tiba satu hari tak ada sebarang aktiviti anak terus ai rasa lost hahaha... dah biasa huru hara tiba tak ada macam pelik pula kan. enZaf pun ajak lah keluar petang sekejap. Itu pun pergi Ikea sebab nak mencari laundry bag, setelah 14 tahun baru laundry bag rosak disebabkan kaki besi patah.



Ada satu bahagian dalam Ikea itu ada dekorasi di dalam kafe. Laju saja Aliah masuk dalam tu. Dia memang minat sangat dengan kafe, nak pula kafe kek dan pastri. Bila tanya dia nak belajar mengenai yang dia minat ini jawapannya tak nak pula. Dia sendiri tak tahu lagi sambung belajar apa. Tapi kalau dia nak buka kafe macam ini ai pun suka, memang muka Mummy dia kot melepak kat dalam kedainya. Buat macam Kenny Hills Bakers kan. Tapi kalau orang yang gambar di bawah ini lain pula. Dia memang tak amik port hahaha..



Tak sangka pula Ariq ambil gambar Mummy dia masa kusyuk membelek barang. Masuk Ikea ini lah masalahnya, dari kita nak membeli satu barang akan keluar dengan macam-macam barang :p



Dah habis tawaf dalam Ikea kami singgah minum di The Coffee Bean & Tea Leaf. Anak-anak terutamanya Ariq kalau ke CBTL ini mesti nak makan Bagel.



Ai makan Mango Cheesecake.



Bergambar bersama anak-anak. Bila tengok gambar ini baru perasan memang dah lama tak bergambar dengan mereka bersama-sama. Terima kasih lah enZaf ambilkan gambar. Begitulah santai hari Sabtu kami, nak healing di pantai belum ada kesempatan lagi. Aishh.. rindu pula lama tak pijak pasir pantai dan mandi laut.



Oh ya! Akak Zahra balik pulang bermalam, esok dia ada latihan hoki bersama kelab hoki Coachnya di UIA. Maka dengan itu esok sambung balik huru hara hahaha..

Friday, August 25, 2023

Sambutan Merdeka di Sekolah


Pertama kali juga Qaireen menyambut Hari Merdeka di sekolah. Eh! sejak sekolah ini semuanya pertama kali lah bagi dia hihi.. Sebelum dia sekolah, sambut merdeka sekadar di rumah sahaja, kalau keluar pun malam Merdeka tengok bunga api. Itu pun kalau ada hehehe.. Nak keluar pagi tengok perbarisan memang tak lah. Ai bukan rajin sangat nak bersesak dengan orang ramai apa entah lagi enZaf. Okay berbalik pada cerita asal :p Pakaian Qaireen untuk Hari Merdeka di sekolahnya simple sahaja, ai pakaikan dia baju kurung cotton. Mummynya bukan rajin juga nak pakaikan anak-anak dengan pakaian Merdeka dengan hiasan bagai. Bila tengok gambar anak-anak kawan yang cantik dan segak dengan pakaian Merdeka masing-masing itu, sangat kagum okay. Tabik spring kat mak-mak yang sangat kreatif. Diri ini bagi anak pakai baju kurung dan baju melayu sahaja hahaha..



Budak tak ada mood nak bergambar sebelum masuk sekolah. Beginilah perangainya setiap hari, ada sahaja drama. Teacher dia beritahu di sekolah Qaireen okay tak ada masalah. Sajakan dia nak buat perangai dengan Mummy huhu.. Lepas hantar dia enZaf ajak breakfast, kami makan di Mc Donalds. Banyak pula dia order, burger dan pankek.



Gambar di bawah Qaireen habis sekolah. Klip rambut dah hilang, ai malas nak tanya teacher. Sedekah sahajalah pada sesiapa yang ambil.



Oh! lagi satu bendera dia pegang tu bukan dia punya. Entah dengan siapalah tertukar. Sabar ja lah. Di sekolah teachernya selalu pasangkan lagu Merdeka, selalu dengar Qaireen menyanyi lagu 31 Ogos. Bila dia menyanyi tu dengan kita-kita sekali terikut menyanyi bersama hihi.. Anak-anak ini ada berarak di luar sekolah. Seronok tengok bila teacher kongsi video mereka. Balik dari berarak, mereka bergambar pula dengan bercatwalk. Bukan main seronok ya hehehe..









Keesokkan harinya, Qaireen ada aktiviti membuat kain rentang Merdeka bersama kawan-kawannya. Gambar-gambar di bawah ambil dari Whatsapp Group.











Di sekolah Ariq juga sama ada sambutan Hari Merdeka. Banyak cikgu kongsikan gambar di Telegram tetapi tiada gambar Ariq dalam tu. Bab bergambar ini memang dia hilang dari radar. Itu pun ada satu gambar ai ambil bila dah balik hahaha.. jadi lah :p Mummy pinkan bendera kecil pada songkoknya. Senang kerja hahaha..





Sekolah Aliah awal dah sambut Hari Merdeka. Masuk sekolah menengah ini tiadalah pakaian beragam macam sekolah rendah. Mereka sambut pun pakai baju sekolah sahaja. Ada satu aktiviti mereka kena buat model bangunan sempena Hari Merdeka menggunakan bahan terpakai secara berkumpulan. Lima terbaik dipilih dan ai lupa kumpulannya dapat nombor berapa. Dua gambar di bawah ini ambil dari Telegram sekolahnya.





Tuesday, August 22, 2023

Makan Malam di Damansara Class


Kali ke dua makan di Damansara Class. Kami mencuba makanan lain pula. Makin lama makin ramai orang datang makan sini, kedainya boleh nampak dari jalan luar dengan dipenuhi dengan lampu. Salah satu attraction untuk orang datang mencuba :)



Makan malam kami selalunya simple sahaja, jarang nak makan berat macam nasi. Kalau ada nasi pun selalunya untuk Qaireen.







Oh! abang Ariq makan Dim Sum. Tak ambil pun gambar makanannya, tahu tahu dah nak habis hehe..



Gambar-gambar di bawah kejadian pada siang hari. enZaf kalau dia tak ada kerja sangat waktu pagi, dia akan ikut ai hantar Qaireen ke sekolah. Lepas itu kami berdua akan pergi breakfast. Waktu nak balik kalau ada terserempak dengan kucing, enZaf pasti akan bagi makanan pada kucing. Makanan kucing ini memang akan simpan dalam kereta, beli yang pek kecil.



Petang pula, lepas ambil Qaireen dan Ariq dari sekolah bawa pergi ke Giant. Mencari deko Hari Merdeka lagi. Sebelum ini dah beli tapi tak cukup, ai tambahkan lagi. Beli sekali untuk kelas Aliah juga. Nak balik ke kereta tu sempat ambil gambar abang Ariq pimpin Qaireen nak melintas jalan :)



Monday, August 21, 2023

GA Beep Beep Sports Day 2023


Pertama kali Qaireen menyertai sukan sekolahnya. Entah dia faham ke tidak sukan tu hehehe.. Dia pergi sekolahnya pun dah macam sukan juga, ada saja aktiviti dilakukan :p Tahun ini Genius Aulad (GA) menganjurkan sukan bersama dengan cawangan lain juga. Antara cawangan Genius Aulad yang turut bersama ialah Banting, Hillpark dan Saujana Utama. Masa akak Zahra dahulu pun pernah bergabung bersama cawangan lain juga. Sukan kali ini diadakan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

Sebelum sukan bermula, teacher bagi anak-anak ini makan dan minum dahulu. Jenuh ai panggil Qaireen tapi dia tak dengar. Nak jerit kuat-kuat nanti apa pula parents lain kata :p Berpuluh kali juga la panggil nama dia hahaha... Lagi pun dia bukan tahu ai ada dibelakang sebab masa dia masuk dalam dewan pun teacher yang bawa.











Maskot dan tema bagi keempat-empat GA. Banting bermaskot Starfish, Saujana Utama pula bertemakan Crab manakala Hillpark bertemakan Jellyfish dan Kota Damansara maskotnya Shark. Comel-comel semuanya dan masing-masing sangat kreatif dalam menyumbangkan idea dan rekaan.









Tak banyak gambar diambil sewaktu sukaneka berlangsung, terlalu jauh dan bila ai zoom pun gambar tak berapa cantik dan pecah. Ada lah rakam beberapa video itu pun macam nampak tak nampak sangat hihihi.. Gambar di bawah ini contoh dari kamera phone enZaf, jauh dan blur :p









Kalau kami duduk di sebelah sana mungkin nampak dekat dan lebih baik lagi tetapi tempat duduk di sana pun sudah tiada ruang nak menyelit. Pasrah dan redha sajalah tengok dari jauh huhuhu.. Bila tak ambil gambar Qaireen, ai ambil gambar kaki hahaha..



Gambar di bawah ini sudah selesai sukaneka, Aliah bawa Qaireen naik atas sekejap dan bergambar. Lepas itu terus ke bawah semula untuk ambil hadiah.





Beratur menanti giliran untuk mengambil hadiah.





Dalam sukan ini tiada siapa yang kalah, semua adalah pemenang. Dan semua dapat medal dan hadiah hehehe.. Anak-anak pun semua pulang dengan gembira. Banyak gambar Qaireen ai masukkan dalam entry ini ;)











Sanggup kami menunggu orang balik sebab nak bergambar di photo booth. Kesian kat abang Ariq sebab haritu dia tak berapa sihat sangat tapi sanggup bertahan.







Ambil gambar Qaireen lagi sebelum balik. Kenangan depan Kompleks Sukan Negara hihi..



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah buat semua teacher kerana berusaha gigih tanpa penat lelah dalam menjayakan sukan ini. Tabik spring melayan karenah anak-anak, struggle mereka nak handle. Kita yang jaga anak kecil sorang je pun tak menang tangan apa entah lagi yang ramai macam ini. Gambar-gambar di bawah ini pula dari teacher dan masukkan dalam blog sebagai simpanan. Oh! ada satu video yang sempat dirakam oleh class teacher Qaireen. Dia gayat tak boleh nak jalan atas titi, kena pimpin baru bergerak hahaha..