Kami hantar akak Zahra dan Aliah ke GSC untuk tengok Barbie Movies bersama kawan-kawannya. Sebelum itu Aliah pernah ajak ai tengok cerita Barbie ini tapi ai tak nak. Entah kenapa tak ada rasa nak tengok, padahal masa kecil Mummy dia antara pengumpul tegar koleksi patung Barbie. Memang banyak pun dari patung sampai lah kepada pakaiannya, paling ai suka kumpul kasut. Kasut Barbie tu macam-macam bentuk dan warna ada :) Sementara menunggu mereka habis wayang, enZaf ajak cuba makan Oden Table yang bersebelahan dengan GSC.
Saja tanya Ariq, tak nak join ke kakak-kakak dia tengok cerita Barbie. Katanya tak nak sebab itu cerita perempuan hihi... Qaireen pula sebenarnya dia merajuk sebab nak ikut tengok masuk wayang sama. Dia tahu nak tengok cerita Barbie tapi itulah Mummy dia tak ada jadi tak masuklah. Itu pun lama juga dia merajuk, Daddy dia pancing dengan makanan terus mood dah baik :)
Jika ditanya kesedapan Oden ini dengan yang lain, ai pilih Oden dari Family Mart. Tapi tak adalah sampai tak boleh makan. Habis je hehehe.. Qaireen makan paling banyak. Selesai makan kami berjalan-jalan sekejap sampai lah tak tahu nak buat apa. Gambar kasut pun ada :p
enZaf ajak makan lagi, kami singgah Chizu pula. Tak pernah lagi makan sini, selalu lalu depan kedai saja.
Minum Cheese Nutty Cocoa Latte, pertama kali jua minum air letak cheese. Ya ampun tak kena dengan tekak ai. Katanya air itu antara favourite tapi maaf bukan untuk ai huhuhu.. Kalau nak minum kena order tanpa cheese.
Thank you abang Ariq ambil gambar Mummy. Kembang semangkuk nampak pakai tudung dan baju ni. Boleh bungkus dan ikat tepi dan jangan pakai lagi hahaha.. Nampak gemuk je kita banned, hakikatnya memang gemuk pun :p Muka nampak sembab betul. Lama juga lepak dalam Chizu ini, nak jalan tempat lain dah malas. Dekat nak habis waktu wayang barulah kami gerak ke GSC semula. Lepas ambil dorang kami minum lagi, pergh dah tiga tempat makan minum saja. Kali ini ke mamak pula di Restoran Faizul Maju. Balik sebelum masuk waktu Maghrib. Tanya akak Zahra dan Aliah ada ambil gambar dengan kawan-kawan ke tidak, sorang pun tak ambil gambar. Sabar je lah.
Ada orang sempat tidur tu, penat sangat menunggu anak-anak habis tengok wayang ya ;) Tajuk entry ini patut letak 3 makanan, yang sebetulnya dari Oden ke Croissants ke Roti Canai. Sebabkan gambar Roti Canai tu tak ada jadi kita tak letak hahaha..
Perkara paling seronok bagi diri ai apabila enZaf ajak keluar ikut dia buat kerja. Walaupun dia buat kerja tu ai kena duduk dalam kereta pun sudah menggembirakan hati ini hahaha.. begitulah kehidupan seorang suri rumahkan. Apa entah lagi bila keluar tu dapat selit dengan makan-makan. Kami ke Ikano dan makan di Ah Cheng Laksa.
Ya ampun, dah banyak uban pada rambut dia. Selalu keluar pakai topi, tak adalah nampak sangat. Suruh enZaf warnakan rambutnya tapi dia tak nak. Katanya terimalah kenyataan dah tak muda ;) Abang Ariq makan Nasi Lemak Ayam Goreng.
Qaireen pula makan Pan Mee Soup. Boleh pula ternampak jari pada atas gambar tu huhuhu..
Lepas makan enZaf selesaikan kerjanya. Bila semua dah setel, dia ajak ke Segambut. Sempat katanya nak ke sana sebelum orang balik kerja, kalau lambat nanti sangkut jem pula. Rupanya enZaf nak ke kedai peralatan sukan yang menjual kayu hoki. Sebelum ini dia dah tengok dalam online, tapi tak syok sebab tak dapat nak pegang dan belek. Ni dia terus ajak ke kedai.
Untunglah akak Zahra, Daddy dia nak belikan kayu hoki yang baru. Sebagai pemangkin semangat untuk perlawanan peringkat Kebangsaan. Itu pun masa dia dah tengok kat online dia dah pilih dan tahu nak beli yang mana satu, sampai kedai dia dah berbelah bagi antara dua model kayu hoki tu hahaha..
Macam-macam kategori kayu hoki, harganya ada dari murah hingga ke mahal. Telan air liur bila harga kayu hoki itu beribu. Pilih lah ikut kemampuan dan level kita bermain :p Dalam kedai itu juga ada jual kayu Kriket. Berat ya kayu tu.
Kedai ini juga ada menjual pelbagai jenis peralatan dan pakaian sukan lain seperti bola, ragbi, bola jaring dan macam-macam lagi. Boleh singgah laman webnya pada link ini. Akak Zahra tak tahu kami beli kayu hoki untuk dia. Nanti dia balik PB kami buat surprise padanya. Ai nak ikat riben kat kayu tu hihihi... :)
Selesai sahaja hari hujung minggu yang memenatkan, minggu seterusnya sekolah Ariq anjurkan Road Run. Seminggu sebelum itu, sekolahnya sudah membuat pengenalan Road Run, kiranya test laluan berlari dulu la kan. Pada pagi hari anak-anak buat larian pengenalan, ai dapat Whatsapp dari English teachernya. Agak saspen juga lah kan bila kita dapat Whatsapp dari cikgu secara personal. Rupa-rupanya teacher hantar gambar Ariq tengah berlari hehehe..
Ariq beritahu ai untuk test ini nak jalan-jalan sahaja. Bukan main nampak berpeluh dan tak ada rupa gaya berjalan pun. Ye ye saja abang Ariq tu :p Jadi untuk minggu ini, barulah Road Run sebenar diadakan. Ariq cakap dia nak buat lebih baik dari tahun lepas. Eh bila cakap pasal tahun lepas, tak ingat pula ada buat entry ke tidak larian ini. Terus ai search dalam blog dan ternyata tidak dimasukkan lagi huhuhu.. entah ada lagi ke tidak gambar tahun lepas itu :(
Masa ai menunggu abang Ariq balik dari sekolah, dari jauh ai dah nampak medal yang disangkut dilehernya :) Sama macam tahun lepas. Wah! tahniah abang Ariq. Dia berjaya juga dapat kekalkan medal.
Tahun ini kedudukan rankingnya lebih baik. Tahun lepas dia dapat nombor 24, tahun ini dapat nombor 18 pula. Itu pun masa masuk kereta dia cakap kawannya potong barisan masa nak menulis nama, sepatutnya dia nombor 17 hahaha.. tak apa lah abang Ariq, nombor berapa pun Mummy tetap bangga juga. Dan dia cakap lagi tahun depan nak dapat bawah 10 pula :) Semua gambar-gambar sepanjang event berlangsung pihak sekolah masukkan di dalam aplikasi Telegram. Seperti biasa jugalah, memang susah nak nampak muka Ariq dalam mana-mana gambar. Ada satu je itu pun jauh di belakang. Ariq ni kan memang hilang dari radar bab bergambar di sekolah, geram betul ai.
Cikgu kelas rakam video pun sipi-sipi je muka dia. Sakit jiwa :p Mujurlah dapat medal, jadinya adalah gambar dia atas stage tu hihi..
Makan malam kami mencuba di tempat baru, Damansara Class. Dekat sahaja dengan rumah. Kedainya berkonsepkan stall dari pelbagai vendor makanan. Boleh search di Instagram kalau nak tahu dengan lebih lanjut ;)
Aliah dan enZaf makan Kuey Teow Goreng dan Ariq makan Bihun Sup.
Ai makan Satay sahaja, sebelum keluar rumah dah mengunyah macam-macam. Perut masih kenyang lagi. Qaireen makan makanan kami semua, sikit-sikit suap kat dia hihihi..
Oh ya! petang tu ai joging, setelah dua minggu lebih berjalan sahaja atas threadmill. Kali ini cubalah joging pula. Ha amik kau, sakit semula di bahagian bawah perut. Masa joging tu tak rasa sakit apa pun, lepas dah selesai itu barulah terasa sakitnya. Ingatkan dah okay la kot joging ni, rupanya tak boleh juga. Sakit tu rasa macam cramp dan nak berjalan pun agak sakit. Pergerakan jadi terbatas macam orang tengah berpantang, begitulah. Nampak gaya kena stop lah joging ini sampai betul-betul hilang sakit dan sembuh :(
**Updated**
Punyalah semangat ai mencari semula gambar Ariq berlari Road Run tahun 2022. Gambar dalam handphone tu sudahlah beribu sampai naik juling mata mencari hahaha.. Akhirnya berjaya juga membuat satu entry untuk tahun lepas. Cerita pun tak berapa nak ingat sangat. Tak apalah asalkan ada gambar sudah memadai. Simpan sebagai kenangan gitu. Untuk membaca ceritanya klik sini [link].
Ahad lepas merupakan game terakhir bagi Ariq dan kawan-kawan untuk Liga Suparimau Season B. Fuh! akhirnya hahaha... almaklumlah hampir tiga bulan melayan setiap gamenya pada hari Ahad pagi :) Cuaca pagi tu ya ampun, panas lit lit. Rasa macam tak boleh buka mata, masa hari Sabtu cuaca mendung hujan sepanjang hari. Hari Ahad ni terus terang benderang bahang dan terik.
Keputusan seri dalam perlawanan terakhirnya. Pertama kali Ariq masuk liga bawah U12, saiz padang pun dah besar kalau nak dibandingkan dengan U10 tahun lepas. Semoga Ariq dan kawan-kawannya dapat belajar dan timba pengalaman baru. InsyaAllah lepas ini buat lebih baik lagi. Selalunya kalau Ariq ada game kami jarang bawa Qaireen dan Aliah tetapi kali ini kena bawa semua sebab lepas game Ariq terus nak tengok game kakak Zahra pula di Kuala Selangor.
Sebelum balik sempatlah ambil gambar sebagai kenangan. Kali ini tak dapat medal untuk U12, mereka hanya dapat sijil sahaja. Kalau menang baru dapat medal dan trofi. Apa jua keputusan Mummy tetap bangga dengan Ariq dan kawan-kawan. Yang penting semangat juang yang ditunjukkan, sentiasa berusaha dan tidak putus asa. Menang atau kalah itu adat pertandingan.
Kebanyakkan semuanya berumur 11 tahun. Yang 12 tahun hanya 3 orang sahaja, oh! 10 tahun pun join juga. Itu pun tak semua ada dalam gambar ini kerana tak sihat dan ada urusan keluarga.
Sejak liga ini bermula kami parents tak ada berpiknik seperti sebelum ini, keadaan tempat itu sendiri menyukarkan untuk bersantai dan satu lagi sebab masa. Waktu dorang main pukul 11 pagi. Matahari dah tinggi dan panas. Habis game je terus masing-masing balik hihi..
Ai dan enZaf pun bukanlah nak Ariq jadi pemain bola profesional. Sekadar untuk aktiviti sosial dia dalam membina jati diri dari terperap dalam rumah main gajet sajakan. Bagi keras dan gelap sikit kulit tu hahaha... Nak suruh dia tendang batang pinang la, bagi kaki tu keras. Masih lembik lagi huhu... Dah gambar beramai-ramai, haruslah ada gambar kami sekeluarga. Thank you Amy sudi ambilkan gambar.
Sebelum nak ke Kuala Selangor, singgah makan dahulu. Kami mencuba di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar di Eco Ardence. Makan Nasi Kukus Ayam dan Nasi Kukus Kambing, Sotong Besar tak order :p
Oh! baru teringat, lepas makan kami sempat balik rumah sekejap. Bagi Ariq mandi dan salin baju, enZaf cakap masih sempat sampai sebelum game akak Zahra bermula. Takkan nak bagi Ariq badan melekit lama-lamakan.
Sabtu lepas akak Zahra ada Kejohanan Hoki Inter-SBP peringkat Zon Tengah. SM Sains Kuala Selangor (KUSES) menjadi tuan rumah untuk kejohanan tahun 2023. Kejohanan ini berlangsung selama tiga hari bermula pada hari Jumaat hingga Ahad. Teacher Lin sebagai guru pengiring kepada pasukan Hoki Semashur berkongsi gambar anak-anak di Whatsapp group sebelum bertolak ke Kuala Selangor pada pagi Jumaat.
Bukan main ceria muka masing-masing. Sebelum ini akak Zahra tak berapa sihat, dia batuk dan selsema. Alhamdulillah nak berlawan ni dia dah sembuh.
Dua gambar di bawah pula diambil dari Instagram KUSES.
Masa ai lihat ketibaan pasukan hoki dari SBP lain, rata-rata murid perempuan mesti membawa "bantal busuk" mereka bersama ketika turun dari bas. Termasuklah anak daraku sorang ini, tak tinggal Bunnynya hahaha..
Terima kasih Dato' Mirnawan beri kata-kata semangat untuk anak-anak Semashur Hockey Thunders :)
Pasukan lelaki ada game pada hari yang sama mereka sampai kecuali pasukan perempuan. Perlawanan pertama mereka bermula pada hari Sabtu. Alhamdulillah dapat lah kami semua pergi tengok dia. Kalau hari Jumaat memang tak sempat sebab hari bersekolahkan. Hari sebelum bertolak tu akak Zahra ada call bertanyakan samaada ai datang atau tidak masa kejohanan tu. Mummy dia hanya bagi jawapan insyaAllah, tak janji datang atau tidak. Takut berjanji datang nanti dia berharap pulakan. Padahal kami memang nak datang tengok dia pun ;) Sabtu pagi waktu Subuh hujan turun dengan lebatnya, ada parents yang dah sampai awal update pada pukul 7.30 pagi pun hujan masih belum berhenti. Game pertama pun bermula agak lewat disebabkan hujan lebat. Sepatutnya bermula jam 8 pagi ditangguh sehingga pukul 9.30 pagi. Gambar di bawah ini pasukan perempuan tengah briefing, akak Zahra tak perasan pun Mummy dia dah sampai.
Habis briefing terus ai panggil dia dan agak terkejut, dia ingatkan kami tak datang hehehe.. surprise kakak!! Aduhai kakak baju besar, gelebeh nampak bahu tu. Orang kecik begitulah, sarung je lah kan. Sebelum itu ambil gambar dia sekeping sebelum dia comot nanti :p
Alahai tak nampak Ariq pula, Aliah pun nampak separuh muka je hihi.. Nak cepat-cepat sebab game dah nak bermula. Kami sampai ni ngam ngam saja dorang nak masuk padang dah.
Keadaan khemah pasukan yang berlumpur akibat hujan lebat. Kesian juga kat anak-anak habis kasut kotor berselut tanah bagai. Mereka bermain di padang hoki Sekolah Menengah Pengkalan Permatang, di sini tiada mini stadium. Jadi tengok sambil berdiri di tepi padang gitu. Ada mini stage tetapi itu tempat duduk VIP.
Alhamdulillah game pertama mereka menang, selesai sahaja game tersebut kami keluar breakfast sekejap sementara menunggu game yang ke-dua. Tak ingat pula nama kedai makan ini, Soto ini sedap. Berkongsi makan dengan Qaireen. Dia juga suka makan makanan yang bersup.
Aliah makan Mee Kari, Ariq pula makan nasi dengan ikan Keli hahaha.. dah makan tengah hari terus tu. enZaf makan Mee Goreng. Tapi tak ambil gambar pun. Sedap juga makanannya.
Tengah makan cuaca hujan kembali. Keadaan padang di khemah pun semakin teruk, kasut ai pun kena tempias dari lumpur huhuhu..
Disebabkan keadaan masih hujan rintik-rintik, hanya ai dan enZaf sahaja yang tengok game. Anak-anak yang lain duduk di dalam kereta. Jarak kereta dengan padang tidaklah berapa jauh, boleh jeling-jeling sambil tengok akak Zahra beraksi ;)
Thank you Aliah jagakan Ariq dan Qaireen. Nanti Mummy belanja beli buku anime ya :) Oh! petang tu pula Aliah ada seminar Bahasa Melayu secara online dari sekolahnya, mujurlah tak terlupa.
Game ke-dua pun menang, Alhamdulillah. Gap masa untuk game ke-tiga agak lama dan kami keluar sekali lagi untuk makan tengah hari dan solat Zohor. Anak-anak request nak makan di McDonalds sahaja. Keputusan perlawanan ke-tiga mereka adalah seri. Jam pun dah menunjuk hampir pukul 5 petang. Dari pagi sampai ke petang sokong akak Zahra dan kawan-kawannya, penat tak terkata walaupun berdiri sahaja. Penat bersorak ya, rasanya suara Mummy dia je yang kedengaran kuat tu hahaha... Tak banyak sangat gambar diambil sepanjang game, halus sangat sebab jauh. Ada la beberapa video yang sempat dirakam. Esok datang lagi untuk game yang ke-empat dalam kumpulan. Kalau ada rezeki mereka melangkah ke semi final dan final pula.