Lama tak lunch
ayam kg kat Shah Alam ni.
Restoran A. Hassan kat Seksyen 13.
Lauk kami haritu.
Alhamdulillah.
Lepas makan Zaf tanya nak pegi mana.
Ai cakap mana2 je la.
Pastu Zaf ckp lagi
boringnya la nak masuk shopping mall.
Dia kata nak keluar kl.
Mak ai tak agak2 lakiku ini.
Terus ai suggest Melaka hahahah
Dia taknak plak.
Last last kami ke sini.
Tadaaaaaa Genting Highlands.
Anak2 ni tak tau kami ke sini,
si Zara cakap nak pegi mana nak pegi mana.
Masa kat Karak tu,
dia dah nampak signboard ke Genting.
Dia tanya gi Genting ke kat Daddy.
Terus yeayyyyy heheheh
Nasib la Genting ni senang nak pegi.
Kalau gi Cameron jalan mcm ke Genting,
agaknya selalu la kami ke sana jua.
Kami kalau ke Genting selalu singgah
kat Balai Polis ni.
Belakangnya ada surau,
senang solat sini sbb tak ramai orang.
Habis solat baru parking.
Masuk dalam First World Hotel.
Rupa2nya hotel ni dah besarkan lagi.
Ada block baru panggil Tower 3.
Design lain sket ngan sblmnya.
Belakang Aliah tu ada view cantik sgt,
tp bila amik gambar tak nampak,
sbb cahaya terang..silau.
Trademark luar lobi First World
penuh ngan lampu bagai.
Kami jalan2 je kat dalam.
Tak de pun nak main ape2 dlm indoor.
Dah siap pesan kat anak2 kita tengok2
dan layan sejuk je hihih
Ada bangunan baru lagi sblh hotel ni,
tak sure sgt namanya
Star Avenue ke Star ape ntah.
Rupa2nya shopping mall.
Hahahah Zaf taknak masuk shopping mall,
ni masuk jugak P
Tp kedai dlm mallnya tak 100% bukak.
Baru sgt tgk rupa mall ni.
Dlm mall ni jugak ada cable car baru.
Awana ape ntah nama lagi lupa.
Gambar berdua wajib diambil.
Tq kakak!!
Kami jejalan dalam mall,
pastu Aliah request nak makan eskrem.
Ha duk Genting makan eskrem.
memang layan sejuk habis.
Lama kami lepak kat sini.
Gi beli muffin kat Kenny Rogers,
pastu sambung lagi lepak kat Starbucks.
Mummy & Daddy nak layan air panas.
Masing2 dah puas layan sejuk,
balik sblm Maghrib.
On the way balik,
selalu nampak cable car baru ni.
Yang lama dah tutup.
Bukak baru ni yg stop kat shopping mall star avenue tu.
Kata ngan Zaf next time datang,
nak naik cable car ni.
Dia mmg taknak la.
Last masa naik yg kat Langkawi tu.
Cable car tu tinggi gila
terpaksa naik sbb ai paksa.
Rasanya dia ni gayat kot,
tak de plak dia cakap gayat ke tak,
cakap taknak je.
Malu la tu nak mengaku hihihi
Cat dah dibeli. Apa nak ditunggu, tugas enZaf la mengecat dinding. Ai tengok saja :p Sebenarnya beli cat ni bukan nak cat satu rumah. Tapi nak cat dinding kat belakang tv tu je. Nak mengecat semula pun sebab ada tampalan simen kat sebelah aircond tu.
Bulan lepas, paip aircond ni bocor. Habis menitik air sampai masuk dalam master bedroom. Nak baiki paip tu kena pecahkan dinding untuk diganti dengan paip baru. Ikutkan enZaf dia memang berat hati nak pecahkan dinding, tapi nak buat macam mana kan. Kalau tak diganti sampai sudah menitik air tu masuk dalam bilik kami. Akhirnya buat juga la. Lepas dah selesai, simen balik pada dinding yang pecah tu. Terus la nampak tak cantik sebab dinding tu dah bercapuk bukan satu warna dah. enZaf cakap sakit mata dia tengok dinding buruk ;) Oh warna sebelum ni warna cream.
Bila enZaf cakap nak cat balik tu, ai pun request minta warna baru. Dah alang-alangkan hehehe Dah 10 tahun mengadap warna sama tu yang ai cadang warna lain pula hehe nasib baik enZaf pun kata okay. Itu yang dia beli cat yang kononnya warna yang beli tu warna yang ai pilih tapi sebenarnya warna tu warna yang dia pilih pfftt Ye ye je dia kata ai pilih. Tapi takpe la warna yang dia nak tu pun ai suka juga. Ai ni jenis tak kisah sangat, bab-bab rumah memang serah pada dia je. Sebelum nak cat warna pilihannya itu, cat warna putih dulu.
Tunggu cat putih kering. Baru lah cat dengan warna pilihan. Warna yang dibeli tu purple wine.
Kena blur badan enZaf yang tak berbaju tu :) Dah cat 1 layer, tunggu kering dan cat lagi sekali 1 layer. Kiranya 2 layer baru warna tu naik dan cantik. Masa dia cat tuk layer ke-2 ai dan anak-anak dah masuk tidur. Bila bangun Subuh ai tengok dah siap sepenuhnya. Tanya dia pukul berapa siap mengecat, katanya pukul 5 pagi :)
Pagi tu lepas breakfast, ai kemas dan bersihkan sisa-sisa dan lantai semua. Susun balik perabot dan TV. Nasib baikla barang sikit je, tapi itu pun berpeluh juga mengemas. Alhamdulillah siap sudah warna untuk feature wall kami. Eh muka Alif Satar pula kat situ :)
Yang penting enZaf dah tak sakit mata lagi tengok dinding yang comot kat sebelah aircond tu.
Harini Aliah dan Zahra dah start cuti. 1hb Februari nanti baru sekolah balik. Sekolah Ariq hanya cuti hari Isnin je. Ramai la orang plan bercuti. Kami pun pergi bercuti juga sebab cousin bertunang. Yeyyy suka suka.
Yey hantar Zara Aliah sekolah.
2 orang dah sekolah rendah.
cam tak percaya besar dah anak2.
Sebelum gi sekolah,
Daddy bawak dorang gi makan.
Pilihan Zara makan kat Chicken Rice Shop.
Anak2 je yang makan,
ai & Zaf tak lalu plak nak makan nasi.
Lepas makan terus ke sekolah.
Walaupun dekat je sekolahnya,
tapi nak sampai tu dah sangkut jem.
Maklumlah semua parents hantar anak2
tuk hari pertama.
Meriah sungguh luar kawasan sekolah.
Masuk2 je tempat perhimpunan,
Zara terus ke beratur kat kelas dia.
Tinggal la ai temankan Aliah.
Ariq & Zaf cari parking sbb penuh.
Tahun 2 & 3 dah masuk kelas,
tinggal Tahun 1 je masih beratur.
Cikgu ada bagi sikit penerangan.
Alhamdulillah takde masalah Aliah ke sekolah.
Nampak dia rileks je.
Dan ada geng lebih kurang saiznya.
Tp dia tetap paling kecik la hahaha
Ikutkan parents tak bole dah ikut ke kelas,
tp ai kan mmg degil.
Tetap nak naik gak.
Intai dia kat kelas.
Tu tempat sementara,
katanya dia dah tukar tak duduk situ.
Cikgu bagi dia kat depan.
Kecik mmg selalu kat depan :p
Kelas sama ngan Zara masa dia Tahun 1.
Dah puas hati tgk dia,
laju2 plak ai gi tgk Zara.
Ikutkan taknak..
tapi Zaf plak ajak gi tgk.
Aik dia plak beria.
Selalu benda gini mmg dia tak amik port sgt.
Sama bangunan ngan Aliah,
Tahun 3 tingkat atas skali.
Semput jua la ai memanjat tangga hehe
Ngintai dia cepat2 snap terus pergi.
Itu pun Zara cakap dia dah pindah tempat.
Tak kisah la nak
janji ko fokus time belajar :)
Setel dah semua masuk kelas,
terus Zaf ajak makan kat A&W.
Ai try menu baru,
ada tuna croisant.
Sikenit ni walaupun dah makan byk
nasi ayam tadi,
tetap nak makan lagi.
Gigih Zaf suh amik gambar.
Tertonggeng2 dia kat belakang,
angkat Ariq hahaha
Lepas makan ikut Zaf wat keje sikit,
pastu patah balik ke sekolah.
Tengok anak dara tu rehat.
Tanya Aliah camne
dia kata okay je.
Semua okay.
Lepak la ngan dorang sampai habis waktu rehat.
Habis tu kami pun balik rumah.
Rehat solat nanti kul 6 lebih
nak amik dorang balik.
Alhamdulillah..
hari pertama selesai dengan jayanya.