Wednesday, August 31, 2011

MerdekaRaya & Birthday


Alhamdulillah berlalu 1Syawal.
Kejap je kan.. tup tup dah masuk raya ke2 la ni.
Mesti uols semua sedang bergumbira dan
sakan makan macam2 sampai senak perut.

For me, this year sangat gembira spt tahun2 sblom ni.
dapat meraikan bersama suami, anak2 dan kuarga tersayang.
Alhamdulillah....

Yang pasti semalam satu hari suntuk saudara mara, jiran
datang umah tak henti2 dari pagi sampai ke malam.
Especially umah my mom..
MasyaAllah penat tak terkata, tp happy dapat jumpa
dorang semua.

Harini kami semua terbongkang kepenatan.
Anak2 masih lagi beradu,
eh daddy dorang pun sama.
Tak bangun2 lagi bole.
Macam la penat sgt layan orang hihi

Owh hari ni hari kemerdekaan buat negara kita.
SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA!!!


*pic googled

Dan paling best, tiap kali hari medeka,
hari tu jugak la merupakan birthday my sis.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN YANG KE-29 ANGAH!!!
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki
dan diberkati oleh Allah SWT.



Seperti biasa pic cilok dari FB dia hihi

Monday, August 29, 2011

Esok hari raya

Fuh penat baru balik dari Sg Buloh n Taman Tun.
Makan2 malam raya kat 2-2 blah.
ha amik ko nak meletops perut.

Semua org dah tau kan esok kita akan menyambut
kedatangan Syawal iaitu Hari Raya!!
Adik2 ku kemain seronok dgr pengumuman raya.
Budak2 biasala lompat seronok..
macam kita dulu2 tak macam tu kan :p
Pastu ape lagi, main bunga api.



Harini kami berbuka puasa kat SgBuloh.
Sbb siangnya kami masak2 makanan raya.
Part paling best semestinya la menganyam ketupat.

Macam biasa Abah adalah ketua projek hihihi
Bg Abah enterframe kat dlm blog ni :)



Buat 50biji ketupat nasi.



Pastu masak rendang daging, kuah lodeh,
kuah kacang, ayam goreng.. bla bla bla
fuhhh sedap hingga menjilat jari.
Memang terbaiklah.

Tiba2 rindu nak beraya kat Johor.
huarghhh lama gila dah tak balik sana.
Rindu dengan suasana kampung huhuhu

Ape pun Selamat Hari Raya kawan2!!!

Saturday, August 27, 2011

Makan & Wayang

En suami ajak berbuka kat Shogun.
Sblom ni pegi weekend,
tp x jadi sbb ramai sangat org.
Makanya pegi weekday.
Aman sketkan.
Tak ingat bape tapi RM50+ per pax.



Banyak giler makanannya.
Kat area main course iaitu
nasi dan lauk pauk..
ai amik nasi sket je,
ratah lauk lebih.

Gambar bawah ni area sushi.
Sangat banyak, tp rasa agak kureng sket.



Ada dimsum, ha ni kebanyakkan semuanya sedap.
Blah kanan yg banyak periuk tanah tu,
area sup2.. cam shark fin soup, tomyam, porridge...



Area steamboat n tempura.
Ada ais kacang.



Desserts section.. cake & fruits
cheese cakenya sedap sangat.
dan mcm biasa mesti ada eskrem.



Muka orang kekenyangan.



Pas berbuka, kenyang bagai.
Kami gi tgk movie.
Bawak Zara tgk citer Zookeeper.



Akak Zahra bergambar pas habis movie.
Muka puas hati keseronokkan.



Friday, August 26, 2011

Mood harini


pic googled.

Mood rajin tuk kemas umah sudah mari..
sblom tu update blog jap hihihi

Plan harini nak:



* mop lantai kayu - enZaf sudah beli floor wax berbulan2 tp ai wat tak reti je :p
* bersihkan fridge - dah macam ape dlm fridge tu bersepah *checked
* lap tingkap - nasib tingkap umah ni sket.
* lap perabot - ni letih, asik berabuk je huh *checked
* vacuum carpet - nasib jua ada 2 ketul je carpet kat umah ni *checked
* kemas wardrobe - bersepah2 dan asingkan mana tak pakai. same goes to kids wardrobe
* kemas shoes cabinet - asingkan mana kasut yg dah tak pakai
* simpan toys - ni pun tak larat nak kemas *checked tp tak sampai 5min sepah balik
* lipat n iron baju - wahhhh yg ni part paling mencik



Mak ai banyaknya ko nak wat Yati oi..
ape ingat SuperMak ke
nak wat semua menda
dlm satu hari hehe
But don't worry
akan dibantu dengan
2 orang assistant kecik.
Ntah ape jadi nanti..
kemas ke makin sepah nanti hihihi

Thursday, August 25, 2011

E-card Raya Cutelildiary


Khas buat blogger semua.




Jika ada terkasar bahasa,
terguris hati dan perasaan kamu,
sepanjang ai berblog
Mohon ampun dan maaf
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Mungkin harini ada yang dah start bercuti
or balik kampung.
Berhati2 di jalan raya.

Raya jemput la ke umah.
Nak datang calling2 je,
umah memang sentiasa terbuka ;)

SELAMAT HARI RAYA KAWAN2!!!


Wednesday, August 24, 2011

Sudah turun tapi

Lama tak timbang berat badan bulan puasa ni.
Takut pun yer kot naik ke turun ke kan.
Tak leh terima hakikat kalau bertambah
hahahaha
Padahal diri sendiri bukannya nak
gi exercise ke ape2 ke tuk turun,
dan dan tak leh terima hakikat..
ceh

Okey ni berat terbaru lepas berbuka.
En Zaf suh timbang pas buka.
Katanya tak aci la kan timbang time puasa,
harus la turun berat tu.
Jadi ai yg menurut perintah. :p



*Lompat bintang*
Seronok dapat berat turun 3kg.
Tapi badan tetap camtu gak.
Takde pun nampak kempis tang mana2.
Jadi ai wat assume yg kurang tu
adalah berat air.

Tunggu la raya nanti,
harus naik 2kali ganda.
Kejap je bertahan turun tu.
huhuhuhu

Hmm tadi dapat call dari Nuffnang,
invite buka puasa esok,
tapi tak bestnya tak leh
bawak partner.
Terus tak jadi nak pegi huhuhu
tapi kalau ada kawan yg kenal bole gak pegi.
Ini tak kenai sape, malas la.
harus diriku suam je.
tak reti nak bersosialkan.
camni la huhuhu
Ape pun thanks yer Nuffnang sbb sudi nak jemput.

Okay mau bersiap gi umah PIL.
berbuka disana :)

Lagi brape hari je kita nak rayakan.
Mesti uols semua dah malas nak wat keje.
hihihi

Selamat berbuka yer kawan2.
Jgn lupa tarawikh :)




Monday, August 22, 2011

Geram betul



Geram betul kat kereta Wira Putih WGS 1172.
(tak sempat nak snap pic kete tu)
Bole ek dia langgar vontot kete EnZaf.
Time tu kat area Sg Wang,
dah sememangnya terkenal ngan jalan jem..
harusla semua kete bawak slowkan.
Alih2 je kitaorg rasa ada menda sondol dari belakang.
Aish..

Pastu elok je EnZaf bagi signal nak stop tepi,
Dan dan kete tu cepat2 tekan minyak
cabut lari..dalam sesak2 tu..
Grrrrr

Teruknya la perangai.
Nak raya la wei,
main langgar2 la plak.
Nasib tak pecah ke ape..
Calar je huhu
Calar pun, tetap kena kuar duit gakkan.



Saturday, August 20, 2011

Dapur puasa jua


pic googled.


Sejak dari Isnin lepas,
ai dah gantung kuali, periuk, senduk...
tuk masak berbuka..
Sebabnya EnZaf sibuk berbuka puasa kat luar,
ngan customer, supplier, blablabla
sampai la minggu depan.

Wiken plak kami berbuka
kat umah my parents, sedara mara, PIL...
wah begitu penuh jadualnya :p

Harini plan nak gi OU,
beli baju tuk anak2 kat Zara Kids.
Tentu uols pun sibuk gi shopping sana sinikan :)

Umah dah macam tongkang pecah,
sibuk nak kuar jalankan.
hmm mood rajin tak mari lagi huhuhuhu
Ada sesapa sudi wat parttime kemas umah
marila datang umahku :p



Friday, August 19, 2011

The Girls

Semalam kami buka puasa ngan company
EnZaf kat Tarbush KL buat kali ke-2.
Yang pertama berbuka kat Tropicana Golf.

Kat Tarbush kami makan buffet.
Gambar makanan tak sempat nak ambil.
Sbb mummynya huru hara ngan Aliah :p




Ni Akak Zahra and the geng.
Tak cukup corum ni,
ada 2 orang lagi gegirls takde.
Anak Nadiah & Azizie.



Yang best semua anak2 staff adalah
perempuan yerk.. kecuali anak bos ada lelaki sorang.
pastu nak sebaya je semua. :)
meriah je hihi

Pastu anakku yg jadi kepalanya.
Ajak kawan2 berlari keliling restoran ni.
Siap jerit bagai, malu mak huhu

Akak Zahra bergambar ngan Fatin.
Fatin ni usia setahun lebih tapi
saiz dah nak sama ngan akak Zahra yg cinonit ni.



Tuan tanah nak gak sibuk menyelit sama. :p


Thursday, August 18, 2011

For Sale: iPad 1

Ai nak jual iPad ni,
sebab nak beli iPad 2 :)
Kalau sape berkenan email kat ai ek.
nurhayatiyusof@gmail.com
Tq.






Used ipad 1 16GB 3G for sale.
Has installed phone module,
so it works
just like iPhone,call,sms in & out like normal phone.
Warranty till 15th
february 2011 by Apple.
IOS version 4.3.3 jailbrraked
but will reset to
default & jailbreak again
so that the new owner feels just like getting
a new ipad.
Item is complete package in box.
SOLD

Wednesday, August 17, 2011

Si Kecik ni demam

Badan Aliah panas dari pagi semalam.
Bila tak sihat ni mula la,
meragam bagai..
dukung tak kena, letak tak kena,
taknak main, bagi susu pun tak mau..
semua tak kena la.
merengek je dia..
letih giler.

Lama dah dia tak demam nih,
last demam tak silap masa Aliah 6bulan.

Bila dah malam baru nampak dia ada tenaga sket.
Dalam panas2 tu, nak jugak la dia main..
berlari memanjat sana sini,
start berpeluh2, dah nak kebah.
Pastu makan mengalahkan orang tak sakit.
Semua menda nak hihi

Cool fever baby dah habis,
makanya tempek children punya.
Besar dan penuh kat dahi,
bagi cepat sket sejuk badan tu hehehe
Nasib dia tak kisah menda alah tu
menempek kat dahi dia.



Tido pun kejap2 bangun.
Tak selesa agaknya kan.
Kita cam biasa la tak bole nak tido sama.
Subuh ni suhu badan dia masih panas sket.
Cepat la sembuh nak oi..



Tuesday, August 16, 2011

Tops for me

Raya tahun ni kami tak
tempah or beli baju kurung/melayu.
Kami plan pakai je baju masa
adikku kawin bulan 5 lepas.
Lagi pun baru pakai sekali, masa tu je kan.
Jadinya jimat dah ringgit kat situ.

Disebabkan itu jua,
En Zaf bg green light tuk beli baju jalan.

Ingat kali ni nak cari tops kaler itam.
Kononnya nak menutup lemak2 degil di badan,
tapi a big no for En Zaf,
dia tak suka kaler itam.
huhuhu

Macam biasa ai akan googled
tuk mencari idaman hati.
dan seperti biasa jua diriku suka pada
plain tops.








tetiba minat kat Polka Dot Top ni.



Harap2 ada la tops yang berkenan ni kat kedai :)
Idak la nak beli semua,
tapi kalau dpt kesemuanya lagi bestkan hihi




Monday, August 15, 2011

Tak settle lagi

Iyer.. masih blom settle lagi,
shopping baju anak2 huhu
Sabtu lepas, kami ke KLCC.
Mmg gerak lambat,
pas solat Asar baru kuar.

Jalan2 masuk Isetan, Parkson,
masih lagi tak jumpa baju yg berkenan.
Tgk jam pun dah nak dekat berbuka,
kami terus masuk SF ni.
Senang org tak ramai dan tak perlu
nak booking tempat bagai.



Lagi pun kami mmg selesa makan simple camni
je tuk berbuka.

En Zaf amik beef gourmet pie



Ai plak makan lasagna.



Itu pun sudah memadai dan cukup kenyang.
Sbb lepas tu kami nak sambung shopping lagi.

Muka baru Akak Zahra bangun tido.
Bangun2 terus makan coklat huh



Adik plak makan pretzel.



Pas buka n solat.
Sambung misi pencarian baju raya.
Tapi punya la tak best,
sbb Aliah sibuk nak jalan,
tak nak dukung.
Masalahnya bila dia jalan,
dia main menonong je ntahmana2 pegi.
Pastu bila dukung, dia mengamuk
cam ape.. marah nak turun.
Banyak kali plak tu.

Mula la ai pun naik tension,
terus takde mood nak shopping.
Tak aman rasanya huhu

Jadinya, ni je yg sempat beli tuk Akak Zahra,
lain yg kita plan nak beli,
lain plak di ambiknya hehehe



Kot sesapa nak shopping barang2 kat GAP,
bole la pakai member ID ai tuk dpt discount yer.



Saturday, August 13, 2011

Saya Anak Malaysia 2011 Music Video [Official]




Kalau Zahra & Aliah dgr lagu ni,
pasti dorang nari dan lompat bagai.
Pastu bila part "Saya Anak Malaysia"
si akak mesti nyanyi dan jerit sama sekuat hati.

p/s:
bukan anak2 je, mummy pun 2x5 gak.
tak leh bayangkan maknya melompat..
gegar umah hahaha

Friday, August 12, 2011

Baju raya untuk Zara

Wiken ni nak sambung misi mencari baju raya anak2.
especially Akak Zahra.
Adik Aliah pun ada gak tapi idak la nak cari byk sangat,
sbb bole pakai baju2 akak dia aje.
Sian pakai recycle je kan hihihi

Minggu lepas dah beli sket tuk dorang.
Beli dress kat Poney,
sebab sana bole dapat sedondon tuk akak adik.
Nak boria je kan mummy nih huhu.

Lepas solat subuh tadi,
saje la menggoogle website baju2 dorang ni.
Banyak giler berkenan..
kalau la byk duit rasa cam nak beli semuanya.
hahah tamak sungguh kan.

Pakaian tuk gegirl ni sangat la cantik.
Ai sanggup keluarkan duit tuk barang anak,
dari tuk diri sendiri. :-)
Kalau barang sendiri pikir banyak kali beli ke tak,
tapi kalau barang2 tuk anak,
yg dah berkenan tu, tak pikir byk,
terus bawak gi kaunter haha
Rasanya semua mak2 di dunia ni camtu kot kan.
Dulukan anak2.
Setuju tak??!! :p



Thursday, August 11, 2011

Pasti meriah

Raya tahun ni pasti meriah.
Sebabnya cousin2 ku 3 orang dari Korea,
akan balik beraya kat sini.
Hoyeyyyy...
Rindu bangat sama dorang.

p/s: mintak bawak balik bf korea ya.. :p



Pic2 semua ni cilok dari FB mereka hihi










Wednesday, August 10, 2011

For Sale: Eyeglasses & Scarves




Brand New & Pre-Loved
Visit my salesblog
My Cute Little Wardrobe



Tuesday, August 9, 2011

Sesat

Dapat email dari Liya.
Sangat2 terkejut bila baca email ni.
Sila click pada image tuk lebih details.


.................................................................................

nauzubillah..mintak dijaohkan kita n keturunan kita dari kesesatan ni.. Bnykkan la beristigfar kepada Allah..moga Allah mengampuni kesalahan kite



Assalamu alaikum... aku baru nak terlelap tiba tiba ternampak satu group yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Murtads in Malaysia and Singapore' ya'allah mengucap panjang aku baca komen komen dan post post kat situ, apa yang menyedihkan lagi sebilangan ahlinya ialah di kalangan warga melayu, yang berstatus islam..

hampir menitis airmata aku apabila manusia yang dahulunya beragama islam kini menghina dan mengkeji islam, pada pihak yang berkenaan sila ambil tindakan, sebelum ramai lagi bangsa bangsa kita yang me'murtadkan diri. ada jugak beberapa remaja perempuan melayu yang aktif, aku cukup sedih dan tak sangka, apa yang membuat mereka keliru dengan agama sendiri...

penghinaan terhadap agama bukan satu gurauan, dan tak kelakar langsung ok.

even kau tak percaya agama kau sendiri kau tak perlu nak hina agama kau! then kalau kau tak percaya agama kau! apa yang kau percaya !!! macam ni punya manusia pun ada.






Monday, August 8, 2011

Fening

Ayoyoooo
Perkataan feveret Zara sejak tgk Upin & Ipin tu (Rajoo)

Diriku fening betul baca satu email staff ni.
Dia tulis omputih, tapi ayatnya pusing2.
Bukan ke senang kalau tulis dalam Bahasa Melayu je.
Lagipun takde undang2 opis ke ape ke,
suh email atau memo atau sewaktu dgnnya nak berBahasa Inggeris.

Explain dalam Bahasa Melayu lagi mudahkan.
Takde la menunjukkan diri anda tu tak berapa cerdik sangat.
Dah kena call tuk tanye ape kebenda yg nak huhu

Peace 88x!!!

Friday, August 5, 2011

Darah Haid

Diriku masih blom start berpuasa lagi huhu
kerana cik P ni tak habih2..
tak sabar nak gi terawih ngan enZaf.

Jadi, ai nak share sket info pasal haid ni ngan uols.



Apakah warna darah haid?
Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu;

1.Hitam
2.Merah
3.Asyqar (warna antara
merah dan kuning)
4.Kuning
5.Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam).

Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Aisyah r.a. dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Bilakah warna kuning dan keruh dianggap haid dan bila pula tidak dianggap haid?

Warna kuning dan keruh hanya dianggap haid pada hari-hari kebiasaan haid. Ini berpandukan kepada hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; para wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid.
(*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”. (Riwayat Imam al-Bukhari)
Adapun selepas hari kebiasaan haid (yakni pada hari-hari suci), maka warna kedua-duanya tidak dianggap darah haid. Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menyebutkan; “Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haid) sebagai sesuatu (dari darah haid)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Abu Daud)

Berapa lamakah tempoh paling singkat berlakunya haid dan berapa pula tempoh paling panjang atau paling lama?

Dalam menentukan tempoh paling singkat dan tempoh paling panjang bagi haid, para ulamak berbeza pandangan;

1.Menurut Imam Syafi’ie, Atha dan Abu Thur; tempoh haid yang paling singkat ialah sehari semalam (yakni 24 jam) secara berterusan.[2] Tempoh kebiasaan wanita kedatangan haid ialah selama enam atau tujuh hari. Adapun tempoh paling panjang bagi haid ialah lima belas hari. Maka berdasarkan pandangan ini; jika darah yang datang kurang dari sehari semalam atau melebihi lima belas hari, maka ia bukan darah haid tetapi darah penyakit atau istihadhah.

2.Bagi Imam Abu Hanifah dan as-Sauri pula; tempoh haid paling singkat ialah tiga hari dan tempoh paling panjang ialah 10 hari.

3.Mengikut Imam Malik pula, tidak ada batasan bagi tempoh haid yang paling singkat, yakni ada kemungkinan haid datang sedetik sahaja. Adapun tempoh paling panjang, terdapat tiga riwayat dari beliau iaitu; 15 hari, 17 hari atau tiada batasan.

4.Menurut Imam Ibnu Taimiyyah; tidak perlu ditentukan tempoh paling singkat bagi haid dan juga tempoh paling lama baginya, akan tetapi dikira apa yang telah tetap menjadi kebiasaan bagi seorang wanita maka itulah tempoh haid baginya sekalipun tempoh itu kurang dari sehari atau lebih dari 15 hari atau 17 hari. Begitu juga tidak ada had bagi umur paling bawah untuk kedatangan haid dan juga umur paling lama/paling hujung. Sama juga, tidak ada had bagi sekurang-kurang masa suci antara dua haid. Menurut beliau lagi; bagi perempuan yang mula-mula kedatangan haid (مبتدأة), maka dikira/dihitung sebagai haid darah yang ia lihat selagi ia tidak menjadi mustahadhah (yakni perempuan yang kedatangan istihadhah iaitu darah yang keluar bukan pada masa yang sepatutnya). Begitu juga, perempuan yang berubah kebiasaan hari-hari haidnya (yakni hari-hari kebiasaan haidnya berubah sama ada bertambah atau berkurang atau bertukar pada hari-hari yang lain), maka perubahan itu adalah dikira haid sehinggalah ia mengetahui bahawa darah yang keluar itu bukan haid, tetapi istihadhah kerana darah yang keluar berterusan tanpa henti.


Apakah caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis?

Hendaklah dilakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid atau tidak. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah diharuskan mandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis.

Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid.
(*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).




Info dipetik dari IrfanIrsyad.

Sebelum ni ku ingat, bila dah takde darah merah
habis la haid tu,
rupa2nya silap selama ni,
keruh tu pun masih lagi dlm keadaan haid
paling lama 15hari.

Steamboat

Petang smalam dapat call dari enZaf,
ajak berbuka kat luar.
Teringin nak makan steamboat katanya.
Suh ai call Johny's masih ada tempat lagi ke tak.
Terus menerus ai kata ok je n call
nasib ada lagi.



Lama giler tak makan kat Johny's.
Dah berwajah baru kat OU ni.
Steamboat pot pun dah tukar canggih sket hihi


Kemain lagi EnZaf order,
semua menda dia nak.


15 bekas semuanya.
Amik ko, banyak giler tuk kami.
Mungkin tuk uols sikit kan.


Makan time


Zara peneman kami,
adik Aliah kat umah maktok.