Monday, November 30, 2015

Roti & Kek


Tak habis lagi citer birthday hehe
Balik dari Avenue K
singgah umah mak mertua jap.
Lepak sana sampai Maghrib.
Pastu balik umah.
Tapi sblom balik umah
Zaf ajak minum.

Kami minum kat Donutes Bakery kat Kota Damansara nih.
Dinner roti aje.
Kemain anak2 buat macam umah sendiri.



Beli kek kecik je,
simbolik birthday celebration.
Zaf mintak candle,
nasib baik ai takyah tiup.
Sebab anak2 dah volunteer tiup.
Kalau dorang tak yah disuruhkan.



Tiup lilin ni pun banyak kali,
sbb nak sorang2 tiup ikut turn.
Macam birthday dorang plak hahaha

Thank you enZaf!!



Muka sembab giler,
dgn lebam mata macam apa.
35 tahun dah weiiii!!!


Wefie beramai2.
Ariq takde,
dia dah hilang main berlari2.
Jumpa geng plak.



Masa makan situ,
ai order vietnamese tea mix berry.
Sedap rupanya :)
Kbhai!

Friday, November 27, 2015

35 Years Old!


Pada hari Ahad yang lepas, umur ai dah masuk 35 tahun. Macam tak percaya je umur dah pertengahan 30-an. Rasa macam 20-an je lagi hahaha... very the perasankan :p enZaf bawa ai dan anak-anak di Avenue K. Dia ajak kami makan kat Restoran Dolly Dim Sum.



Pertama kali ai makan di sini tapi macam biasa la dia dah banyak kali makan kat sini :p Boyfriendku yang berbaju hijau tu :)



My girls pula sibuk bermain toys My Little Pony.



Tak tahu enZaf order apa, ai ikutkan saja. Tahu makan je kan.



Antara makanan yang diorder dan ai masih ingat nama makanannya :) Har Gao, Roasted BBQ Bun, Crystal Prawn Dumpling dan Egg Custard Bun.



Bagi ai semua makanan atas meja ini sedap. Ai paling suka Egg Custard Bun.. tengah menaip ini pun terliur rasa nak makan lagi. Nampak macam sikit tapi membuatkan perut kita kekenyangan. enZaf ada juga order seafood Yee Mee. Sedap juga yang ini.



Lagi satu Royal Golden Fried Rice. Tak sempat nak snap gambar, yang ini Ariq begitu kusyuk makan sambil membebel tak tahu apa haha.. nak cakap sedap sangat agaknya.



Sempat juga ai mengintai meja orang lain, kebanyakkannya mesti ada order fried rice ni. Memang betul sedap la kan sebab ramai orang suka. Untuk pencuci mulut enZaf order Churros untuk ai. Sebelah restoran Dolly Dim Sum ini ada kedai makan namanya Fresca. Dibolehkan order menu dari Fresca ini di bawa makan dalam Dolly kalau nak. Bagus betul servisnya.



Rupa-rupanya sebelah meja kami ada sambut harijadi juga sama tarikh dengan ai. Yang meja itu siap menyanyi lagu birthday lagi hihihi.. Ai tengok birthday girl tu bergambar tengah pegang paper bag Prada. Apa lagi ai terus la main mata dengan enZaf suruh dia tengok apa birthday girl itu pegang. Bagi hint la konon mana lah tahu dapat juga kan. Laju je enZaf cakap tak ada duit hahaha... Lepas selesai makan, kami berjalan-jalan dalam dalam Avenue K ini. First time juga masuk dalam mall ini, kecil sahaja tempatnya tapi okay la bersih dan selesa. Shoplot tak ada yang menarik di mata ai. Kalau nak membeli barang lagi baik pergi KLCC sahaja, Avenue K ini terletak berhadapan dengan KLCC. Dah pusing habis satu mall terus kami keluar. Sempat lagi ajak anak-anak bergambar sementara menunggu Daddy dorang bawa kereta.



Hai la bila tengok gambar diri sendiri, dah kembang semangkuk. Lama tak berjoging. Badan pun dah seperti di pump-pump dengan jayanya. Untung la pada sesiapa yang tak exercise pun badan masih boleh selim melim :((



Okaylah, mari kita mengorek semula baju, seluar dan kasut joging. Bersawang dah agaknya hehe.. Kita korek bawa keluar je dulu, bila nak joging itu kita tunggu seru rajin tu datang sambil mulut mengunyah makanan tak habis-habis hahaha..

Thursday, November 26, 2015

Warung Kita lagi


Kami pergi makan lagi di Warung Kita setelah sekian lama. [link] Sebenarnya jarak nak ke Warung Kita ini bukanlah jauh mana pun dengan rumah, tetapi kedainya sentiasa penuh. Setiap kali kalau kami datang nak makan, tengok orang dah beratur panjang. Sudah dua kali kami datang pada waktu hujung minggu tapi tak jadi makan kat situ gara-gara tersangat penuh. Terpaksa fikir makan kat tempat lain pula hihihi... Kali ini kami datang pada hari biasa. Cerita ini masa hari Isnin lepas, akhirnya berjaya dapat makan hahaha.. memang kena datang weekday nampak gayanya. Weekend kirim salam hihihi.. Masa ini pun pukul 11.30 pagi orang dah mula ramai.



Nasi Manggey nama diberi. Makan dengan sambal dan ayam goreng yang masih panas memang terangkat. Cuma satu je kurang bagi ai, nasi ini tak ada sayur. Pada orang yang tak suka makan sayur macam enZaf tu, memang sukalah. Sebab itu dia suka sangat datang makan kat sini hahaha.. simple je makanannya tapi sedap sangat.



Sudah ada Nasi Manggey kena la minum dengan Coconut Shake. Terbaiklah Coconut Shake Warung Kita ini. Memang sedap. Buat entry ini dah terasa nak minum.



Waktu kami makan ini cuaca dah mendung. Cepat-cepat kami makan dan balik sebelum hujan turun. Sekarang ini pun cuaca hari-hari hujankan.



Alhamdulillah, hari-hari hujan sejuk muka bumi ini. Ai suka hujan sebabnya waktu ini lah kita boleh submit doa. Setiap kali hujan turun, cepat-cepat berdoa okay. Minta lah apa kita nak tanpa jemu dan henti, semoga permintaan kita dimakbulkan ;)

Wednesday, November 25, 2015

Lego at One Utama


Selasa lepas seperti biasa
rutin harian hantar Zara ke Eye Level.
Sebelum ke OU,
hantar Zaf ke service centre
amik kete dia hantar service.
Pastu dia follow ai terus
gi OU dinner kat sana.

Zara nak makan Auntie Anne's & Cinnabon.
Dia ni makan roti je 1 hari pun takde masalah,
sama la ngan Zaf.
Senang weh jaga laki :p
Tapi Mummy ko kalau sehari tak dapat nasi
esok gigil dah badan hahaha



Ai hantar Zara ke kelas,
on the way nak ke sana nampak ada lego.
Posing satu jap.
Nampak tinggi plak dia kat gambar ni.



Lepas hantar dia,
ai singgah Cold Storage beli brg sket.
Nah Anna sila la tgk kasut baru ku itu haha



Setel semua beli barang,
terus ke Teh Tarik Place.
Zaf ada keje, meeting jap (arrow merah).



Dia orderkan ai nasi lemak,
ha nampak tau wife dia nak makan nasi.
Mana tak gemukkan,
makan nasi lemak plak tu hihihi

Zaf masih tak habis lagi keje dia,
ai gi amik Zara pastu bawak dorang semua,
gi tengok lego2 tadi.



Ariq buat senyum sama cam lego tu.
Sama ke idakkkk :p



Tempat paling anak2 dara ni suka,
Lego Friends.
Abis semua nama keluar,
Mummy ingat Stephanie & Mia je.



Ada satu tempat lagi,
Zara suka sbb ada dinosaur.
Ada dragon la bagai.
Dia kan pencinta haiwan zaman batu haha



Ariq suka kat lego town sini,
sbb banyak kereta, lori, bas.
Dia plak pencinta kenderaan beroda.



Kalau datang siang,
ada macam2 aktiviti buat kat sini.
Tengok satu tempat tu
dorang letak hasil kanak2 yg bina lego
berdasarkan kreativiti dan tema.
Memang kreatif.. bagus sgt.



Sepanjang kat sini,
Ariq asyik je "berzikir" nak buy lego
nak buy lego huhuhu
Penat ulang byk kali cakap tak bole.
Nasib la Zara Aliah paham,
tapi Aliah tu nampak gak la muka nak beli jugak,
ai biasa la tak layankan sgt.
Beli yg clone punya udah,
lego ni mahal sgt. :)

Semalam datang OU lagi,
takde dah lego ni,
dorang dah prepare tuk wat christmas plak.

Tuesday, November 24, 2015

Texas Chicken


Ni kali ke-2 makan kat Texas Chicken.
Zaf suka makan kat sini.
Masa pertama kali makan kat Wangsa Walk tak silap.
Lepas kawanku Has nikah :)

Tak plan pun nak makan kat sini,
pegi uptown skali nampak TC,
terus Zaf ajak dinner situ.
Kita okay je la kan.



Tak sah kalau tak bawak train dia.
Yang kena bawak Mummy la.
Letak dalam bag dia pun,
Mummy gak kena pegang.
huhuhuhu



Try hot & spicy dia plak.
Sedap juga macam KFC.



Ape fingers tu,
Zaf suka.
dalam tu ada cheese pastu cili pedas.
Ai tak suka sbb pedas hahaha



Dorang blom ape2 lagi mintak nak makan eskrem.
Sedap juga eskremnya.
Macam IKEA tapi sananya punya lg sedap la.



Dah habis makan,
sambung lagi supper plak.
Kemain seronok dorangkan.
Mummy pun tumpang seronok gak hihi



Aliah bergambar nak macam2 gaya.
Sabornya la.

Suka dah kat anak bujang ni skang
bergambar pandai dah pandang camera.
Kalau tak nak suh pandang tu,
nan hado...



Monday, November 23, 2015

Azfar & Hakimah Wedding Reception (Part 2)


Cerita minggu lepas pun tak habis2 lagi huhuhu
Ni last reception kawin cousin ai Azfar.
Hari yg sama masa Zara Aliah ada majlis anugerah & showcase.
Kiranya Sabtu lepas tu mmg full day la.
Habis anak2nya event,
balik umah berehat.
Lepas Zuhur baru gerak gi wedding ni.
Mak Abah n adik2 ai tghari dah sampai,
nak kena sambut tetamu dan ahli keluargakan.

Pukul 2 lebih baru kitaorang sampai dewan.
Buat kat IAIS (International Institute of Advanced Islamic Studies kat PJ)
Dewannya tak besar sgt tapi cantik.



Seronok MakLong dapat jumpa Akid.
Besar dah dia.



Rambut dia senget benget tu
ai la potong hahaha
tak senonoh betulkan..
nasib la comel gak :p



Tahniah lagi sekali la wat pengantin.
Jangan lupa souvenir tuk kitaorg honeymoon nanti ok.



Ni gambar adik ai whatsapp,
seronok dapat main atas pelaminkan.
Adik2 ai tu tgk dah macam kembar okey.
Jeles ai... :p



Bak sini pinjam skirt. (muat ke tidak pinggang tu hahaha )

Bergambar ngan adik ai Hana,
terubat rindu walaupun dapat jumpa kejap.
Mak Teh ai pun menyelit tetiba hehe
Sorry Ariq, Mummy tak perasan awak kt sebelah.



Nak balik Ipoh n laki dia kena bertugas malam.
Sob sob sob.
Cuti ni ajak Zaf gi jejalan Ipoh la.
Tak puas nak borak2 dan bergosip ngan adikku ini.

Bangun pagi awal kul 6 pagi semua.
Balik umah kul 8.30malam budak2 ni semua
dah terbongkang kepenatan.
Daddy dia je tak,
sbb malam dia ada main bola plak.
Tak reti penat betul org tu.

Friday, November 20, 2015

Potluck Sekolah Aliah


Harini sekolah Aliah ada wat potluck.
Tuk kalini ai wat simple je.
Buat pun bahan2 yg memang dah ada kat umah.

Sekolahnya pagi so kita
buat yg ringkas dan secepat yg mungkin.
Idea dapat dari Lynnie kawanku :)
tau ko mesti baca blog ni,
thanks eh chik hihi
Oh harini birthdaymu..
Happy Birthday Achik Len!!

3 bahan je,
yang ni dengan biskut.





Ni plak ngan roti :)





Tak sabar okey dia nak gi school tadi.
Bab makan dia mmg laju,
ikut perangai sapa la tu hahaha



Thursday, November 19, 2015

Little Ihtifal & Showcase Stories From The Sea 2015


Sob sob sob..
masih bersedih sbb tak dpt tgk live show Aliah.
Dan lagi bertambah-tambah sedih,
bila tgk gambar2 yg enZaf amik kat sana.
Huarghhh byk gambar yg tak cantik,
blur, gelap mak pasrah & redha :((

Acara pertama tuk majlis ni,
graduasi anak2 6tahun tp tu
Zaf tak amik la gambarnya..
Pastu baru start show.

Bila tanya dia gambar ni cerita pasal apa,
jawab dia ntah...
huhuhuhu redha lagi.



Tanya apa pun semua dia tak tau la,
dia kata tangan dia sibuk,
amik gambar n record hihihi
Ape pun thank you la yang. :p



Jadi layan gambar je,
ai nak stori pun tak tau nak tulis apa haha



Untung jugak la kecik,
sbb dok depan.
Kalau yg size besar tinggi dok blakang,
tak nampak sangatkan.







Yang ni kita layan video je la.