Friday, August 28, 2015

SPA: Junior Masterchef


Pagi tadi sekolah Aliah ada
Student-Parents Activities (SPA).
Tema kalini tentang masak2,
Junior Masterchef gitu :)

Hantar Aliah dulu 8.30pagi
dorang ada wat Circle Time,
SPA start kul 9pagi.
Sementara tunggu kul 9
kami bertig gi breakfast.
Zara tu tergigit kulit dlm mulut tu,
tu yg pegang pipi dia
Kunyah laju sgt hihihi



Kul 9pagi masuk sekolah dia.
Teacher wat skit briefing.
Ada 4 menu yang dorang buat
mengikut group dan kelas masing2.
Buat Pizza, Cupcake, Ice Blended & Sandwich.

Sblom start amik gambar Aliah ngan kawan2nya.



Group Aliah kena buat Sandwich.



Parent yg sepatutnya jadi chef,
ada emergency tak dapat datang.
So ai la kena ganti tempatnya.
Nasib baik buat menda senang,
so takde masalahla kan.
Bahan2 pun teacher semua sediakan,
lagilah mudah keje ai :)



Bila teacher dia cakap dah bole mula.
Ai pun perkenalkan diri kat anak2 semua.
Pastu kita bgtau dorang
bahan2 apa yg diperlukan tuk buat sandwich.

Lepas dah tunjuk semua bahan2.
Ai pun mintak sesapa jadi assistant tuk
bantu chef ni buat sandwich.
Mula2 tu ada 3-4 orang je nak,
bila dah start pegang roti,
semua datang nak buat jugak hehehe
Mummy yg lain pun datang tolong
sesama buat sandwich.



Comel je tgk dorang semua seronok.
Ikut je dgr kata apa yg nak kena letak, bagus2.
Yang tak bestnya Aliah tak nak buat.
Dia kata I don't eat sandwich,
huhuhu tak makan so taknak buat.
Sabar je la.

Yey akhirnya semua dapat siapkan sandwich.
Sblom baca doa makan,
ai mintak dorang tunjukkan sandwich masing2.



Sandwich yg ai buat,
Ariq yg makan hihihi



Aliah tu sebenarnya dia nak cupcake.
Dari semalam cakap nak wat cupcake kat school,
tp group dia wat sandwich.
Kesian hehe
Tapi lepas buat settle sandwich tu,
semua org dapat gak makan yg lain,
pizza cupcake iceblended.
Sedap2 semua, kenyang makan kat sekolah harini :)

Sblom balik,
nyanyi lagu merdeka dan jalur gemilang.
Isnin nak merdeka dah kitakan.



Bergambar ngan Teacher Sha, Teacher Ell
& Teacher Yana.
Sebelah dia kawan kelas, Adam.



Thursday, August 27, 2015

Cuci Karpet Murah


Akhirnya basuh sudah karpet2ku ini.
Setelah 8 tahun lebih berkhidmat,
baru skang nak hantar basuh hahaha

Macam2 ada kat karpet tu,
sebelum ni ai penah kibas2 carpet ni,
keluar makanan, duit syiling, pensil
paku pun ada huhuhu
semua terselit dalam semak samun tu kan.

Aliah pernah muntah atas karpet tu,
terus lipat letak tepi.



Best dah wangi dan bersih.
Sangat puas hati.



Ai pakai khidmat Cuci Karpet Murah.
Lokasi kat Sentul.
Servis memang tip top,
respon pun cepat.



Pernah cuba dapatkan area Shah Alam,
tapi ya ampun,
lambatnya respon.
Cam nak taknak meniaga.
Ada tu siap whatsapp
lagi la dah baca tp tak reply.
Bukan rezeki mereka tuk ai bg basuh karpet2 ni.

Dengan Cuci Karpet Murah,
karpet ai siap basuh dan hantar dalam masa 7 hari.
Harga bergantung dengan size karpet.
Yang penting servis amik dan hantar baguskan.
Tak payah kita susah payah angkut bawak sendiri.

Sila search kat FB or click sini [link],
dan tgklah pagenya tuk lebih details.
Sekian :)

Wednesday, August 26, 2015

Bertemu Jodoh


Alhamdulillah Sabtu lepas
Abang ipar ai iaitu abang sulong Zaf
melangsungkan perkahwinannya.

Happy okey sbb Abg Long lama membujang.
Ni merupakan perkahwinannya kali ke-2.
Lama okey dia single rasanya lebih 10 tahun.
Sebabnya masa ai kawin ngan Zaf,
dia dah berpisah ngan bekas isteri.
Anak2 dia pun dah besar,
anak sulongnya final sem kat Uitm.
Tapi sedih sket sbb anak2 tak datang pun
time kenduri ni huhuhu

Sebelum start kenduri amik
gambar anak2 ni jap,
sblom dorang start comot haha



Pengantin lama pun nak bergambar.
Thanks Pak Su adik Zaf, Zepul,
amikkan gambar ni.



Majlis ni wat simple je.
Buat pun dekat je ngan umah mak,
kat Bakti Taman Tun Dr Ismail.
Akad nikah pukul 11 pagi.
Pastu tghari terus kenduri makan.
Takde pelamin apa.
Simple tapi meriah.

Bagi budak2 ni senyap tgh org nak nikah.



Alhamdulillah sekali lafaz,
selamat dah ke dua-dua pengantin.
Yey Abang Long dah berteman tido malam hehehe



Gambar keluarga beramai,
jauh datang dari Butterworth.
Itu pun tak semua dapat datang.
Tapi seronok Tok Putih (duduk wheelchair) datang :)
ni moyang anak2.



Ni pengantin perempuan.
Nora namanya.
Sama umur ngan ai.
Sblom kawin kami dah kenal dan berborak,
abang kawan ngan dia agak lama jugak.
Jodoh mereka panjang.



Officially dia jadi Kak Long ai ler :)

Tuesday, August 25, 2015

Program Lawatan Sambil Belajar


Pertama kali Zara gi school trip tuk tahun 2015 ni.
Program Lawatan Sambil Belajar ke Kidzania.
Anjuran Kidzania dan Majlis Guru Besar Daerah Petaling Utama.



Excited Zara ni nak pegi.
Dapat surat dari masa bulan puasa.
Siap countdown hari2 hihi
88 orang pelajar dari sekolah Zara
yg ikut trip ni.

Trip ni bukan saja tuk dorang main dalam Kidzania tu,
tapi ada English Workshop skali.
Kemain kecik2 dah ada bengkel bagai.
Pagi belajar, tghari baru praktikal gitu hihi

Berkumpul 7.30 pagi,
Daddy dia gi hantar.
Ai kena uruskan Aliah nak ke sekolah.
Habis trip ni kul 4.30petang.

Menanti dia balik,
ada 3 buah biji bas tuk trip ni.



Turun dari bas,
dorang tak leh terus balik.
Kena masuk sekolah dulu tuk cikgu
edarkan makan petang.



Sementara dorang masuk dalam,
sempat la ai snap gambar berdua ni.
Bestfriend baru dia Zahira.
Bestfriend dia sblom ni Sharifah pindah.
Sedih dia kawan sorang takde.



Tiap kali amik dia balik sekolah,
mesti sebut nama Zahira.
Main sama belajar sama makan sama,
bestfriend sungguh.
Tanya dia mana kawan lain lagi,
katanya Zahira the only one speak English Mummy hahaha
the rest tu campur2 malay katanya :p
Tapi ada la jugak nama kawan lain dia sebut,
Rihanna, Fatima, Sofea katanya semua baik2 ngan Zara.


Lepas amik dia,
singgah kedai Ustaz.



Kedai ni mmg famous oleh semua orang.
Kalau nak cari aksesori tuk phone ke,
tab ke ape2 la tuk gadget,
sila la terjah kedai Ustaz ni.
Sangat murah.
Ai tukar tampered glass kat phone
RM5 je okey.
Tuk Tab Lenovo yg baru beli tu
RM 10 aje.
Andai kata pecah takde la ralat sgt kan.

Monday, August 24, 2015

Inside Out Movie


Semalam gi tgk movie.
Dari hari Rabu Zara ajak
gi tgk inside out inside out.
Sampai kepala otak Mummy ni pun,
rewind ayat inside out dia byk kali huhu
cakap ngan dia tunggu weekend baru tgk.

Pakai tiket free,
dapat dari abang ipar adik ai Hana.
TQ Abang Long. :)



Konon suh anak2 pose buat watak
kesukaan ikut dalam poster tu.



Menanti Daddy dorang beli popcorn.



Aliah mintak botol air Inside Out,
memang tak dapat la.
Sbb harganya RM20 lebih hihihi
Macam biasa la tak dapat apa dia nak,
start la perangai dia yg mengada itu huhu



Nasib sekejap je,
masuk wayang Aliah dah okay.
Zara mmg excited all the way,
senyum je tak sabar nak tgk.



Ceritanya best lain dari lain.
Senang paham.
Ariq bole fokus tgk sampai habis,
kira okay sangat la tu.

Tak leh bayangkan kalau betul
ada makhluk2 halus ni dalam otak haha

Friday, August 21, 2015

Cerita Hari Minggu


Kami ikut Zaf gi main bola.
Sblom ke padang ajak gi makan kat Secret Recipe.




Terasa nak makan kek katanya.
Dia kalau main bola mmg tak leh makan menda berat.
Ai n anak2 dah makan kat umah siap2.



Zara nak makan spaghetti carbonara.
Ariq n Aliah makan sikit2 je.



Ai yg konon taknak makan,
tapi ter"order" plak.
Ter ok hahaha
sbb tengok ada menu baru.
Ipoh Hor Fun mari kita cuba!
Memang sedap,
boleh repeat lagi.



Tq Ariq amikkan gambar,
walaupun blur gambarnya.



Daddy & Ariq takde keje,
wefie berdua tgh ai makan.
Banyak plak tu snap kat phone ai :p



Habis makan terus ke Subang,
tempat Zaf nak main bola.
Tapi cuaca plak hujan rintik2.
Tak leh nak lepak keluar.
Hujan lama plak tu sampai habis game dia huhu,
ootd la dalam kete je :)



Nak bgtau pakai cincin merisik.
Sbb bole pakai nak bgtau dah kurus la tu kan
hahah uwekkk sila muntah darah.
Takde kurus pun,
dah umur gini,
susah nak turun berat badan huhuhuhu

Habis bola singgah Giant.
Dinner.
Zaf dah kelaparan bangat.



Aliah kalau masuk kopitiam
mesti nak order telur separuh masak.
Feveret dia.



Ai order ape ntah lupa nama kiri tu,
ngan roti bakar.



Zaf masih makan kuey teow,
xnak makan nasi malam2.
Tapi kami tetap tak kurus2 jugak :(



Thursday, August 20, 2015

Cerita Hari Isnin


Akhirnya kembali bersiaran di blog.
Rindu tak dapat update blog,
dan baca blog kawan2.
Modem kat umah rosak.
Tengahari tadi technician Maxis dtg
gantikan modem baru, yeyyy.

Ni kisah hari Isnin lepas.
Gi Hong Leong bank nak terminate credit card ai.
The one and only kad yg tinggal.



Sbb ape baru skang terminate.
Sbbnya sayang ngan credit limit yg ada haha
alasan tak munasabah langsungkan.
Credit limit card ni 25ribu.
Saja simpan lagi takut ada nak pakai
tuk emergency.
Sepanjang jadi housewife ni takde pun
emergency nak pakai.
Salah satunya pun langkah berjimat cermat.
Nak beli apa2 pun pakai cash je,
lagi pun skang dah ada debit card,
cash less lagi la senang.

So ai decide dari simpan tak pakai,
tiap2 tahun tetap kena bayar yearly fees,
baik tutup aje.
Kang mau ai guna wat shopping
sangat bahaya.
Terima kasih pd kad kredit ni
yg telah berkhidmat dari tahun 2008 :)

Settle kat bank,
jalan2 dalam Giza jap.
Singgah beli buah mata kucing.
Pastu terus ke Giant.
Zaf nak trade-in iPad 1 dgn gadget lain.



Beli Lenovo ape tak tau haha
menda2 gadget ni serahkan pada Zaf aje.



Ganti iPad kiranya ni Tab la kan :p
Aliah dah wat harta cam dia yg punya.



Petang sblom amik Zara kat sekolah,
singgah deli cafe pekena asam laksa.
Cuaca hujan2 renyai mmg umph hihi



Monday, August 17, 2015

Hari Terakhir Syawal


Ingat nak letak title Syawal Terakhir.
Seram plak bunyinya.
Macam tak jumpa Syawal akan dtg plak nanti huhu.
Terus tukar tajuk lain ;)

Ape lagi misi kira duit raya anak2 la.
Alhamdulillah rezeki tuk anak2.
Dapat la Mummy beli handbag seketul eh.
Mau kena sekeh kepala ngan enZaf haha
Seperti biasa la,
duit2 ni masuk dlm tabung dorang.
Rasanya cukup umur 21 nanti,
kaya raya dah dorang ni semua hahaha



Ingatkan hari terakhir Syawal ni
takde dah beraya.
Sekali pagi Sabtu
Zaf bgtau siap2 la nak gi open house.
Umah kawan dia kat Gombak.

Dapat la makan lagi lemang dan rendang.
Dan pasti tambah lagi duit raya anak2 hihi



Tengah makan hujan turun ngan lebat.
Nak balik pun tak bole.
Lepak la tepi umah kawan tu.

Zara plak jumpa tali skipping.
Dia kata kat sekolah ada main.
Cuba nak skip,
satu kali je lepas.
Lepas tu tak bole buat muka dah marah2 stress haha



Aliah plak,
kaki dia penuh ngan gigit nyamuk.
Nak Daddy dia tolong gosokkan.
Manja ke mengada :p
Terpaksa la Daddy dia take 5 jap
borak ngan kawan2 dia.



Ariq tgh sibuk tgk semut.
Masa dia tgh kusyuk tu,
ai suh dia posing nak amik gambar,
Skali tgk jari dia pandai wat peace.
Meleret senyum anak bujang ni.



Pandai wat tangan kanan je,
tgn kiri dia tak reti buat,
suh ai tolong adjustkan jari haha

Alhamdulillah habis dah Syawal kita,
jadi habis jua la sesi makan2 hujung minggu.
Berat kita jgn timbang.
Sbb nombor tu akan mengecewakan diri sendiri haha.
Moga kita bertemu lagi Syawal akan datang.
Assalamualaikum Zulkaedah :)

Thursday, August 13, 2015

Bersama Cousins


Sabtu lepas Mak Teh ai buat open house.
Lupa plak nak amik gambar makanan.
Gambar bwh ni ai cilok kat FB MakTeh hihi



Kami tak makan kat luar,
makan kat dalam je la.
Sejuk ada aircond :)

Time ai sampai yang ada Mak Su n Mak Lang family je.
Mak Ngah dah balik sbb ada open house lain plak.



Bergambar adik beradik.



Tak cukup sorang.
Adik ai Nani sampai ai dah balik.
Dia gi shopping brg tuk hiking ujung bulan ni.
Kami semua kenit2 je.
Takde yg tinggi lebih, kembang je hahaha



Sblom balik ai ajak cousin2 bergambar.
Punya la seksa nak panggil sorang2.
Ada je sorang ke sana sorang ke sini.



Kaklong kawasan amik gambar ngan adik2 :)
Ini pun tak cukup corum.
Anak Mak Ngah & Mak Chik takde.
Kira dalam 15 org lagi takde dlm gambar ni.
Bila agaknya nak merasa semua ada huhu



Semua ni masih belajar,
kecuali 2 orang lelaki kat tepi dan sorang lelaki blakang ai tu.
2 doctor, sorang engineer.
Yang 2 kanan perempuan tu study kat UK.
Sorang amik medic kat Manchester
sorang lagi amik economy kat London.
Balik bercuti sebulan.


Masa dorang nak bergambar,
tetiba ai datang menyelit.
Sempat gitu :)



Blakang ai tu Nadiah,
nak gi India bulan 10 ni,
amik medic.
Kiri Mira UM, kanan skali Fatin UTM Skudai.
Nasib la jadi cousin sulong.
Pitam bagi duit raya kat semua haha