Wednesday, November 29, 2017

Ke Rumah Sewa


Cerita 17 Oktober.
Ntah bila nak habis cerita lama
pun tak tau la huhuhu

Ikut Zaf gi Johor.
Kejap je 2 hari.
First time nak gi umah sewa kt Johor.
Umah ni bukan Zaf sorang je duduk,
kawan2 opis dia yg lain jugak.
Bila ada keje duduk la situ.
Setelah setahun lebih dok hotel,
baru sekarang mencari rumah.

Sebelum ke rumah,
kami lunch dulu kat Selera Johor
Plaza Larkin.



Makanan kat situ sedap2
tp environment dia panas,
bahang kat dalam.
Kalau ada budak kecil mmg bole mengamuk dibuatnya.

Sampai rumah anak2 ni
dah berzikir nak mandi kolam.



Swimming pool tuk budak best,
ada slide.
Mmg itu la dituju..
naik 100 kali pun tak kisah.
Ai tak mandi lg,
cuaca dan air kat kolam tu sejuk sangat ok.



Lama sikit baru join mandi.
Swimming elok tuk pregnantkan.
Puas jua la dapat swimming 3-4 round.



Ni ke esokkan harinya.
Pegi Aeon Mall blah mana tak ingat hahaha
Nampak je terus masuk.



Mall baru rasanya,
sbb tgk cantik lagi.
Dan sgt besar.
Puas tawaf mall tu.



Anak2 ni nampak menda menarik je,
stop mintak amik gambar.
Kita layankan aje la kan.



Itu pun ada byk lagi gambar
tp tak masukkan...
nampak sangat Mummy kemalasan hahah



Yang ni plak kami makan ikan bakar
kat Serkam Melaka.



Mmg kalau ke Melaka makan kat sini,
tak pergi dah kat Umbai tu.
Zaf suka lagi kat sini.
Sbb sini dia suka makan ngan
nasi lemak dari nasi putih.
Sini pun tak byk sgt kedai dan tak ramai.
Tenang sikit.. dan
sedap lagi katanya. :)

Thursday, November 23, 2017

MATHAF: Malaysia Thailand Halal Food Festival


Dah sebulan lebih baru
nak cerita..
lama betul peram.
Kemalasan yang tak bole dibendung lagi.

Dapat tau ada mathaf ni pun
dari berita 1.30 kat TV3.
Rupanya dah seminggu lebih kot
makan2 ni buat.
Kat The Strand Mall.



Laju jua la ai whatsapp Tee B,
kot la dia free.
Ai nak pegi situ tujuan utamanya
mencari ni la...
pulut mangga :)



Ada byk jugak makanan tp
time tu tekak masih tak lalu sangat.
Tengok je la...

Ariq cakap Mummy is big.
Terus ai suh amik gambar.



Tengok air mangga float time tu
sedap sgt.
Tapi takde rasa nak beli huhu

Ada kerabu...
macam2 jenis tp
tak bape reti makan,
selain dari kerabu mangga
dan kerabu perut.



Ada yang cucuk2 macam steamboat tu..



Ada jua jeruk,
ha yg ni beli hehehe



Ariq mintak aiskrim...
panggil ape ntah aiskrim gini,
lupa plak namanya.



Mmg kena la makan sejuk2 ni,
cuaca time tu panas terik..
berpeluh jalan..



Dah habis pusing semua stall,
ape lagi benti makan.
Kat situ mmg sediakan meja kerusi,
senang kita bole makan terus.

Tengok tu mangganya..
kuning menyala..
yang pasti sgt manis.
Sedappppp



Hantar gambar kat Zaf,
dia pesan beli tuk dia
sblm balik hehehe

Wednesday, November 22, 2017

Dating with Friends


Cerita makan2 dengan kawan sekolah.
Semuanya tak dirancang.
Member whatsapp ajak makan
kebetulan kita pun free,
mmg laju la taip "okay" :)

Ni lunch ngan Tee B.
Nandos kat Sunway Giza.



Cerita ni masa bulan 10,
sblm dia nak pergi umrah.
Awal bulan 11.
Rasanya dia dah balik sini dah.
Seronoknya dah jejak kaki kat rumah Allah.
Semoga diriku pun ada rezeki ke sana jua.

Lepas makan cam biasa la,
jejalan dulu dalam mall.
Masuk MR DIY,
bole plak dia ternampak toys
yg sama ngan cousin dia Danial.



Muka mintak Mummy belikan,
ofkos la tak beli hihihi
Sbb sblm tu dah masuk kedai buku
beli buku tuk dia.

Lama jugak dgr dia berzikir nak menda tu,
tp ai tak layan.
Nasib baik la dia okay lepas tu.
Bukan taknak beli,
2 hari lepas tu tak silap,
Daddy dia dah belikan toys.
Takkan tiap kali keluar nak kena beli plakkan.
Mengada sangat.

Sempat la berwefie dulu
kat parking hehe



Yang ni dating ngan Fid plak.
3 minggu lepas.
Dia nak habiskan cuti katanya.
Kami jumpa kat OU.
Sampai2 terus ke Swatch,
Fid tengah tukar tali jam.



Pastu kami menuju ke kedai ape lupa,
Waffle World kalau tak silap.
Minum petang kat sana.



Lama borak masa makan.
Thank you Fid, belanja.
Thank you Ariq amikkan gambar.



Lepas makan harusla jalan2 kejap,
dapat la Ariq paw Mummy toy.
Sbb RM5 ai beli hehehe
Mainan dalam egg tp bukan egg surprise tu.
Yang takde brand biasa2 je.
Yg pasti jenis egg2 ni mmg berhantukan.
Ramai betul budak2 suka :(

Wednesday, November 15, 2017

Last F1 at Malaysia


Tak plan pun nak pergi tgk.
Sebabnya tiket pun dah habis.
Ada je tuk area lain tp
Zaf nak dekat grand stand.
Katanya mcm rugi tak tgk,
sbb ni last dah F1 buat kat Malaysia.
Ai jenis tak kisah..
kalau ada tengok kalau takde pun takpe hahaha

Zaf pun cuba la tgk tiket
kat Mudah.com kot kot ada org nak jual.
Dapat la sorang seller ni
dia pun pegi jumpa..
skali jumpa kawan dia hahaha
Yang advertise tu wife kawan dia.

Cuaca pada hari kejadian,
panas dan hujan.



Anak2 first time tgk F1.
Ai masuk ni 2 kali.
Sblm ada anak gitu.



Blom masuk dlm lagi,
dorang ni dah mengadu panas.
Mengada sangat...



Ariq sebenarnya eksaited pegi F1 ni.
Dari dlm kereta lagi nak tgk
racing car racing car.



Ada byk gak booth dalam tu,
tp kami tak masuk pun.



Bergambar sblm masuk gate.



Aliah rongak..
time ni satu je jatuh,
skang dah 2..
takde pagar dah haha



Ngam2 duduk kat grand stand ni,
hujan pun turun dengan lebatnya.
Elok je F1 nak start hujan pun berhenti.

Time kereta Petronas lalu,
meriah org bersorak dan kibar bendera :)



Ni masa racing start


Ada amik video lain
tp tak lepas plak nak transfer.

Bergambar sebelum balik,
Time ni kami dah kelaparan.



Thank You Malaysia!!



Buat kenangan tuk kami sekeluarga.




Tuesday, November 14, 2017

Uri di Bawah


Awal bulan haritu pegi check-up.
Kandungan dah 23 minggu.
Masa tu baru dpt tau gender baby.
Sblm ni baby tak tunjuk sbb
dalam posisi sujud.
Habis semua dia tutup hehe

Masa tgh buat ultrasound tu
gynea ckp,
uri ai rendah sket.
First time okay camni.
Risau juga gynea cakap camtu,
tp katanya harap2 next check-up
uri tu dah naik ke atas.
Mudah2an la kan.. doa byk2.

So ai pun google la pasal uri bawah ni.
Ia juga dikenali dgn nama Plasenta Previa.
Ni ai copy paste dari BabyCenter website.
Credit and thank you to BabyCenter.



Apa itu plasenta previa?

Plasenta terbentuk apabila telur yang telah disenyawakan melekat dalam uterus anda selepas melalui perjalanan sepanjang tiub falopian. Kadang-kadang, ia melekatkan dirinya di bahagian uterus yang rendah. Dalam kes ini, plasenta itu akan berkembang di kedudukan yang rendah.

Jika anda membuat imbasan ultrasound pada awal kehamilan dan plasenta dilihat berada hampir dengan serviks, jangan bimbang. Apabila bayi semakin membesar, uterus anda yang turut membesar secara semula jadinya akan menarik plasenta ke atas, jauh daripada serviks.

Jika plasenta masih lagi berada di kedudukan rendah dalam uterus selepas 20 minggu kehamilan, ini dipanggil plasenta previa. Walaupun sudah berada pada peringkat ini, plasenta masih boleh naik ke atas tepat pada masa bayi anda dilahirkan. Menjelang akhir kehamilan, kira-kira satu dalam 200 wanita mengalami plasenta previa pada tahap yang berlainan. Kebanyakan daripadanya adalah kes-kes ringan.

Jika plasenta itu menutup serviks anda pada akhir kehamilan, jalan keluar untuk bayi melalui faraj akan dihadang. Plasenta itu mungkin menutup sebahagian daripada serviks (partial placenta praevia) atau menutup keseluruhannya (major placenta praevia). Lihatlah imej di bawah. Tidak kira yang mana, bayi anda akan perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.




Adakah plasenta previa biasa berlaku?

Sesetengah wanita lebih berkemungkinan mengalami plasenta previa berbanding yang lain. Anda lebih berkemungkinan mengalaminya jika anda:
pernah melahirkan anak sebelum ini;
pernah menjalani pembedahan caesarean sebelum ini;
seorang perokok;
berusia lebih daripada 35 tahun.

Bagaimanakah plasenta berkedudukan rendah didiagnos?

Plasenta yang berkedudukan rendah mungkin dikesan semasa imbasan ultrasound pada trimester kedua. Jika plasenta itu mencecah atau menutupi sebahagian serviks anda, doktor akan terus memantaunya.

Dalam kira-kira separuh daripada jumlah kes ini, imbasan pada trimester ketiga akan menunjukkan bahawa plasenta itu telah bergerak ke atas dan tidak menghalang serviks. Jika tidak, masih ada masa untuk ini berlaku. Dalam kira-kira satu perempat kes, plasenta itu akan telah bergerak selepas 34 minggu dan bersedia untuk kelahiran.

Kadang-kadang, plasenta previa dikesan melalui cara lain:
Jika bayi anda dalam kedudukan songsang atau berbaring merentasi perut anda (posisi melintang). Ini mungkin tanda bahawa dia tidak dapat mencapai kedudukan kepala di bawah, kerana plasenta menghalangnya.
Jika anda mengalami pendarahan faraj yang tidak menyakitkan dalam trimester kedua atau ketiga. Hubungi doktor anda serta-merta jika ini berlaku. (Pendarahan faraj juga mungkin disebabkan oleh plasenta tercerai daripada dinding uterus anda. Ini dipanggil abrupsi plasenta, dan anda perlu mendapatkan bantuan perubatan segera.

Komplikasi apakah yang dikaitkan dengan plasenta previa?

Ingatlah bahawa hanya satu dalam 200 wanita mengalami plasenta previa, dan kebanyakan daripadanya pula adalah kes-kes ringan. Ini bermakna bahawa komplikasi jarang berlaku. Walau bagaimanapun, apabila komplikasi benar-benar berlaku, ia boleh jadi serius.

Satu komplikasi yang jarang berlaku ialah apabila plasenta itu tertanam terlalu dalam di dalam dinding uterus. Plasenta itu akan kekal melekat pada uterus dan tidak keluar seperti yang biasa berlaku selepas bayi dilahirkan. Ini dipanggil plasenta akreta, dan lebih berkemungkinan berlaku jika anda pernah menjalani pembedahan caesarean sebelum ini.

Jika anda mengalami plasenta previa, terdapat risiko anda mungkin mengalami pendarahan tiba-tiba namun tidak menyakitkan. Ini boleh berlaku semasa anda sedang hamil atau semasa dalam proses kelahiran. Anda akan memerlukan penjagaan perubatan kecemasan jika ini berlaku, terutamanya jika anda sakit hendak bersalin terlalu awal. Tanpa rawatan, pendarahan yang teruk (haemorrhage) boleh membahayakan nyawa anda dan juga bayi. Namun biasanya jika ini berlaku, pendarahan jenis ini boleh dirawat segera.

Kemungkinan yang anda akan kehilangan terlalu banyak darah sehingga membahayakan nyawa adalah sangat kecil. Namun kadang kala doktor perlu bertindak dengan cepat untuk menghalang perkara lebih buruk berlaku. Dalam situasi ini, mereka mungkin perlu melindungi kesihatan anda dengan menjalankan pembedahan untuk membuang uterus (histerektomi).

Bagaimanakah plasenta previa ditangani?

Menangani plasenta previa kadang kala cuba melibatkan tunggu dan lihat. Pasukan perubatan anda akan memantau kedudukan plasenta anda.

Penjagaan untuk diri anda juga berbeza bergantung kepada sama ada anda mengalami pendarahan ataupun tidak. Jika anda tidak mengalami pendarahan anda mungkin boleh duduk di rumah. Anda akan dinasihatkan supaya mengelakkan hubungan kelamin sepanjang kehamilan anda. Anda juga harus mempunyai seseorang untuk mebantu anda sepanjang masa dan memastikan anda boleh pergi ke hospital segera jika perlu.

Jika anda mengalami pendarahan atau anda mengalami plasenta akreta, anda akan diminta datang ke hospital apabila usia kehamilan 34 minggu. Biasanya, anda akan dicadangkan supaya menjalani pembedahan caesarean yang dirancang apabila berada di antara 37 minggu dan 38 minggu kehamilan. Memandangkan anda mungkin lebih berkemungkinan mengalami pendarahan semasa pembedahan, peralatan pemindahan darah akan disediakan sebagai langkah berjaga-jaga.

Jika anda mengalami pendarahan teruk sebelum anda dijadualkan pergi ke hospital, pergilah terus ke hospital supaya pendarahan itu boleh dipantau. Apabila pendarahan berhenti, anda mungkin diminta tinggal di hospital sehingga bayi anda bersedia untuk lahir. Jika pendarahan tidak berhenti, atau anda sakit hendak bersalin awal, bayi anda akan perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

Jika saya mengalami plasenta previa, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu diri sendiri?

Anda tidak boleh buat apa-apa untuk mengubah posisi plasenta. Tetapi anda boleh memastikan bahawa anda kekal sihat. Makanlah makanan yang berkhasiat terutamanya yang kaya dengan zat besi. Ini akan mengurangkan kebarangkalian anda mendapat anaemia. Jika tahap zat besi anda rendah, doktor mungkin mencadangkan anda mengambil suplemen zat besi.

Mengalami plasenta previa boleh jadi membimbangkan bagi anda, terutamanya jika anda sedang menunggu untuk melihat sama ada plasenta anda akan naik. Tetapi ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan anda dan bayi selamat dan sihat.






Monday, November 13, 2017

Baby Mysha


Pegi tengok baby Eddy & Lin.
Kalau tak silap Lin bersalin
lepas raya haji.
Dia berpantang kat Kelantan.
Bila dah habis pantang,
dia balik Shah Alam kejap.
Amik la kesempatan gi tgk baby.



Suruh Ariq bergambar ngan baby.
Kemain malu2 plak.



Padahal dalam kereta
asyik je nak tgk baby
nak tgk baby.
Bila baby depan mata..
buat tak tau plak huhuhu

Next two weeknya kami dtg lagi.
Ada majlis kesyukuran tuk baby.
Ntah bila masa ada muka Aliah ni.
Time majlis tu mmg ai tak pegang phone,
sampai la nak balik.
Tu pun nak bergambar.



Thank you Eddy & Lin jemput kami.
Tahniah dapat baby girl.



Semoga kehadiran baby Mysha Khadeeja,
menambahkan lagi kasih dan sayang
buat kalian :)

Wednesday, November 8, 2017

Rumah Makan Cibiuk


Baru buka kat Kota Damansara.
Harusla kami nak mencuba.
Restoran ni sajikan masakan Sunda

Masuk2 kedai rasa selesa sgt,
dgn lagu ape mcm duduk dlm spa tu.




Makan nasi ambeng



Sedap sambal tomato...
tgk gambar ni balik
buat terliur plak.



Kat situ ada juga
satu seksyen tuk sambal2.
Macam2 jenis ada..
ikut la selera kita nak mana.



Nanti bole repeat lagi ke sini.
Kedainya dekat dgn Kayu Nasi Kandar.

Gambar bawah ni plak
takde kena mengena ngan tajuk hehe



Pegi cari bahan2 seni
untuk akak Zahra.
Lepas tu minum petang ngan sape lagi
kalau tak dgn boifren yg setia tu :p


Tuesday, November 7, 2017

Kedai Botak


Zaf ajak makan kat kedai makan ni.
Namanya Botak hihihi
Katanya terkenal ngan asam pedas.
Yang pasti kedai tu sentiasa penuh.
Kena pegi awal.
Lambat mmg habis.



Nasib dapat anak2 jenis
mengikut je.
Aliah la sikit2 je cakap
makan lagi mummy.
hahaha



Kalau pegi jalan mesti la byk makan.
Tu mmg hobi kami :p



elain asam pedas,
Zaf order sotong.
Tak ingat masak ape.
Simple je rupa tp
ya ampun sedap.



Ikan goreng ni pun sama.
Kalau orang tgk ape
takat goreng je.
Tp bila makan.. tau tau dah licin.



Ada agi lauk lain cm sayur
tp tak amik gambar.
Sedap2 la lauk semuanya.
Memang kenyang makan...
alhamdulillah.
Ohhh order air teh bunga.
Yang tu mmg terbaik!

Lepas makan kami jejalan kat JPO.
Cuaca hujan time tu.



Hujan panas hujan panas.
Ingatkan nak pegi Legoland.
Next time la pegi,
tunggu cuaca best sikit.