Thursday, May 27, 2021

Berbuka di Dolly Dim Sum


Cerita makan lagi pada bulan puasa. Dalam blog ini pun memang banyak cerita pasal makan hihi.. bila pkp ini tak dapat la kami keluar untuk jalan-jalan cari makan. Pada minggu pertama bulan puasa lagi kami dah berbuka puasa diluar. enZaf ajak berbuka pada minggu pertama untuk mengelakkan dari orang ramai sebabnya minggu pertama kebanyakkannya orang berbuka di rumahkan. Kami tak rancang pun nak makan ke mana, enZaf bawa ke The Curve dan dari situ baru pilih tempat. Dalam banyak-banyak kedai makan enZaf pilih Dolly Dim Sum.



Kami masuk dalam dahulu untuk order makanan. Sementara menunggu enZaf order makanan, ai ajak Aliah bergambar di satu tempat duduk belakang restoran. Cantik kat situ ada lampu dan tiang-tiang macam bentuk bakul rotan. Nak duduk di situ dah ada reserved. Jadi kita tumpang bergambar sahaja lah hehe..



Lama ai tak makan kat Dolly Dim Sum ini, kali terakhir makan pada tahun 2015 [link] tu dia punya dah lama hehe.. Nak pergi kat KL malas sebab jauh, bila dah ada kat The Curve ni boleh la datang lagikan. Itu pun dah lama buka baru kami masuk. Setiap kali datang Dolly Dim Sum di The Curve ni sentiasa penuh. Alhamdulillah bulan puasa ini, rezeki kami dapat makan di sini pula.



Selesai sahaja enZaf order dan bayar makanan terus kami keluar sementara menunggu waktu berbuka. Ai ajak enZaf masuk Uniqlo. Tiba-tiba berkenan satu skirt kat situ. Tanya enZaf nak beli sehelai dia bagi green light :) Thank you Yang! Tak sempat nak masuk kedai lain sebab dah nak masuk waktu berbuka. Tengah duduk dalam restoran terjumpa pula kawan enZaf berbuka di situ jua. Sempat ai ambil gambar anak-anak, Ariq muka keletihan berpuasa. Tak sabar dia nak makan, lapar katanya.



Qaireen pula orang sahur dia pun sahur sama, orang berbuka dia pun berbuka juga hehe.. Tapi waktu siang tetap makan macam biasa :p



Ai tak tahu apa yang enZaf order. Makan apa saja. Yang pasti banyak betul makanannya. Jenuh juga ai nak habiskan. Nama makanan pun ai dah lupa hihihi.. kita letak gambar sahajalah.









Beli pin tudung. Kat rumah banyak batu pin tudung tu dah tertanggal, kalau pin ni terjatuh atas lantai mesti tercabut satu dua batu. Kalau batu tu dah tak ada ai memang tak pakai dah pin tu. Walaupun pakai pin di bawah dagu yang tak berapa nampak sangat tu kan hehe.. Pin-pin ini Aliah yang tolong pilihkan, bayar RM10 untuk 15 butang pin.



Selang empat hari dari makan kat Dolly Dim Sum ini, kami berbuka di McDonalds pula. Aliah dan Ariq minta nak makan fast food. Layankan sajalah dan ai order Foldover Ayam.



Bila makan kat McDonalds ini ai teringat kat akak Zahra. Kalau ke McD mesti order Filet-O-Fish Burger. Apa khabar dia di asrama tu, pertama kali berpuasa dan berbuka sendiri berjauhan dari keluarga. Sekarang dia ada kat rumah rasa seronok dapat tengok anak depan mata. Tapi sekejap je dia duduk kat asrama dah balik rumah semula.

Sunday, May 23, 2021

Supper at Ras Balouch Restaurant


Ini cerita pada bulan puasa. enZaf ajak supper di tengah KL. Ai ikutkan saja bila orang dah ajak. Tak silap ai kami keluar dalam pukul 10 malam. Perancangan enZaf nak pergi Kampung Baru. Bila kami nak dekat sampai sana, jalan jem penuh kereta nak masuk dalam tu juga. Terus enZaf patah balik tak jadi makan situ. Kampung Baru tu kalau bulan puasa memang happening, macam nak raya dah meriahnya. Eh tak puasa pun happening jugakan :) Pusing punya pusing akhirnya dia bawa kami makan di Restoran Ras Balouch, makanan Pakistan.



Masa ini dah pukul 11 malam, masih segar mata semua orang. Masing-masing dengan gadget, Aliah dan Ariq dengan Daddy dorang main Mobile Legends (ML). Kalau akak Zahra ada pasti join sama. Bila dorang main game ML tu memang terpinga-pinga la Mummy dia sorang-sorang huhuhu... Qaireen pun sibuk dengan tengok Youtube.



enZaf suruh ai minum Chai Tea. Katanya sedap. Susunya guna susu kambing. Airnya dihidangkan tanpa gula. Gula itu letak asing, kita sendiri masukkan gula mengikut kemanisan yang kita inginkan. Bagi ai yang pertama kali minum ni, memang sedap air Chai Tea ni.



Makanan supper kami ialah Cheese Naan dan satu lauk ayam. Lauk tu ai tak tahu nama apa, tanya enZaf pun dia lupa hahaha... :p Serius sedap, rasanya macam lebih kurang rendang ayam pun ada juga. Yang pasti anak-anak pun suka. Laju je masing-masing makan.



Lepas makan kami singgah semula ke Kampung Baru. enZaf nak bungkus Nasi Lemak untuk buat sahur. Masih ramai juga orang kat sini walaupun dah tengah malam cuma tak ada dah jem, kalau jem mungkin patah balik sekali lagi. Hanya enZaf saja yang keluar untuk membeli makanan, ai dan anak-anak tunggu dalam kereta sahaja. Balik dari membeli tiba-tiba enZaf hulur satu plastik. Rupa-rupanya dia beli ikan Laga hahaha..



Katanya dia nak tengok je orang jual, tup tup beli satu. Memandangkan kat rumah memang ada satu akuarium kecil yang kosong, itu yang dia beli juga tu.



Tengok pada warnanya lebih kurang sama dengan ikan Laga kami yang dulu [link]. Sedih ikan tu dah mati, ai pun tak ingat dah macamana boleh mati. Tapi warna ikan Laga yang mati itu lagi cantik dari yang ini. Yang ini lebih kepada warna biru, warna merah tu sikit-sikit saja. Tak kisah la yang pasti ikan Laga baru ini tetap cantik juga. Cuma kali ini letak dalam akuarium berasingan dengan akuarium besar.

Friday, May 21, 2021

Berbuka Puasa bersama Staf


Alhamdulillah tahun ini ada rezeki berbuka puasa bersama dengan staf company enZaf. Tahun lepas tak berpeluang berbuka bersama sebab kita semua kena duduk dirumah PKP 1.0 kan. Tempat berbuka puasa tahun ini di Tropicana Golf & Country Resort.



Sementara menunggu waktu berbuka puasa, ai umpan Qaireen dengan makanan. Alasannya untuk dia duduk diam tapi rancangan gagal hahaha.. Dia dah buat dalam dewan ni macam rumah dia. Berlari ke sana ke sini huhuhu.. Mujurlah hanya kami-kami je memang dah kenal. Kalau ada join orang luar atau company lain mana pula Mummy dia nak letak muka :p



Antara makanan yang dihidangkan yang ai sempat ambil gambar. Itu pun laju-laju sebab malu orang tengok nanti. Banyak betul salad, tiba-tiba rasa kurus makan sayur hihihi..



Kuih-muih pun ada penjarakkan sosial. Nampak sikit je tapi bila habis akan ada staf Tropicana top-upkan.



Makanan yang ai nantikan kalau berbuka puasa secara buffet. Lemang, ketupat palas dan rendang ayam. Blur pula gambarnya.



Hidangan nasi putih, nasi minyak dan lauk pauk pun ada juga.



Di luar dewan ini ada juga stall untuk makanan lain seperti satay, mee kari dan abc. Tapi kat luar ai tak ambil gambar. Seronok dapat berjumpa lagi dengan staf dan ahli keluarga masing-masing. Banyak cerita dikongsikan. Kali terakhir jumpa mereka semua ini masa Family Day di Janda Baik [link]. Sebelum balik dah semestinya la bergambar beramai-ramai.



MasyaAllah.. anak-anak semua dah semakin besar. Setiap kali jumpa mesti ada new addition (baby) dalam extended family ni :) Itu pun ada isteri salah seorang tak dapat datang kerana berpantang. Dan ada juga yang tak bawa ahli keluarga sebab dari tempat kerja terus ke Tropicana. Semoga makin ramai dan ramai lagi baru meriah hehe.. Alhamdulillah tahun ini juga semua staf dapat duit raya. Walaupun tak dapat balik kampung, harap-harap duit raya tu mengubatlah sedikit hati yang duka lara :) Dan semoga company bertambah maju jaya hendakNya, InsyaAllah.



Gambar kat atas ini tak ada kena mengena dengan berbuka puasa dengan staf hahaha.. esoknya enZaf ada berbuka puasa di luar. Jadinya ai malas nak masak, order KFC. Aliah dan Ariq pun menurut saja, akak Zahra masa ni belum balik lagi dari asrama. Terasa sunyi je bila berbuka hanya kami bertiga.

Thursday, May 20, 2021

Main Bunga Api dan Hari Ibu


Pada dua minggu lepas, kami ke Sg. Buloh untuk berbuka puasa di sana iaitu empat hari sebelum Hari Raya. Itu kali terakhir kami berbuka di sana sebelum PKP 3.0 bermula. Alhamdulillah anak-anak dapat bermain bunga api walaupun cuaca malam itu hujan rintik-rintik. Rasanya minggu terakhir bulan Ramadhan setiap malam cuaca hujan. Disebabkan anak-anak nak juga bermain bunga api, jadinya mereka main dekat hujung-hujung pagar sahajalah :)



Tak sangka Qaireen berani main bunga api. Tapi dia main sekejap je, selebihnya dia suka tengok lagi dari main huhu...



Akak Zahra pun dah kurang main bunga api. Dia seronok main mercun, terbaru dia pertama kali main mercun das. Pak Teh dia lah ajak dia pegang mercun das tu. Lupa pula ai nak ambil gambar dia. Ai pun tak banyak ambil gambar sangat malam tu. Ambil gambar mercun bunga ni tak nampak sangat, terang sangat silau sampai tak nampak rupa mercun haha ;)



Masukkan video dari adik ai Nani. Dia ada ambil sikit anak-anak tengah main bunga api.



Lama juga la adik-adik ai melayan anak-anak bermain bunga api, dalam pukul 11 lebih baru masuk rumah. Bila semua dah masuk dalam rumah, adik ai Nani ajak makan kek. Rupanya dia ada belikan kek sempena Hari Ibu buat Mak dan ai. MasyaAllah ai memang lupa pasal Hari Ibu ni, anak-anak pun tak ingat, kalau tak pasti ai dapat kad macam tahun lepas hehehe...



Kesian mak dia dah mengantuk nak masuk tidur kena paksa dengan adik-adik untuk bergambar hehe.. ai pun dah kepenatan, berlengas dan satu badan berbau asap dek penangan bunga api.



Bergambar sekeping dua dan terus potong kek. Terima kasih adikku Nani belanja kek. Semoga melimpah ruah rezeki dan tahun hadapan join sambut Hari Ibu bersama pula hehe.. tak sabar Kak Long dia nak dapat anak buah lagi.

Tuesday, May 18, 2021

Gambar Raya 2021


Lama tak bersiaran, hari ini baru ada mood rajin nak update blog. Ini pun masukkan dulu gambar masa Hari Raya Pertama. Susah betul nak ambil gambar terutamanya yang kecil sekali tu, Qaireen. Tak tahu duduk diam, ada sahaja nak bergerak ke sana sini. Bila tak bergerak, dia tak nak pandang kamera pula huhuhu..







Blur pula gambar kami berdua. Masa ini minta tolong Aliah ambilkan gambar. Ai tengok sekali lalu je gambar yang disnap, tak perasan pula tak jelas. Ada 4 gambar kesemuanya blur, ini je la pun yang paling elok hahaha.. jadi lah dari tak ada langsung :p



Mujur lah masa ambil gambar ramai-ramai ini Qaireen pandang kamera, elok pula tu.



Ingatkan lepas bergambar tu dah last, saja lah ai ajak enZaf bergambar berdiri pula. Dan dia pun ikutkan saje :p Dah tu apa lagi nak buat, nak keluar beraya pun tak boleh kan. Memenuhi waktu raya pertama dengan bergambar sahaja lah :)



Oh ada video sekali kami buat. Pertama kali ni buat video wish Selamat Hari Raya :)



Sunday, May 2, 2021

Projek Sains: Melakar Laluan Peredaran Darah Tahun 5


Seperti biasa lah anak-anak ini kalau ada projek sekolah kena buat, mesti nak beritahu ai last minutes huhuhu... Dah kemas beg untuk sekolah esok baru ingat. Cuba kemas bag sebelum nak pergi sekolah, memang jawabnya tak buatlah kan. Dan dah banyak kali ai tanya ada kerja sekolah ke tidak setiap kali balik sekolah. Dan jawapannya sama je "tak ada". Haish bertuah betul anak-anak ini, macam mana la Mummy dia tak jadi naga hahaha... Kali ini Aliah kena buat satu projek subjek Sains berkenaan laluan peredaran darah manusia. Mujurlah projek ini tidak memerlukan bahan yang banyak, hanya print gambar dari Internet dan straw. Gambar-gambar yang perlu di print ai suruh Aliah buat carian sendiri kemudian baru ai tengok sesuai atau tidak. Takut gambar dia pilih itu saiznya kecil tak sesuai pula nak dilekatkan atas kad manila. Cuba juga cari gambar sama macam dalam Buku Teks tapi tak jumpa-jumpa pula. Lagi pun dah malam masa tu, print sahajalah gambar mana yang ada. Sepanjang dia buat itu, ai tak ambil gambar pun. Tak tahu sebab apa lupa pula. Sibuk sangat la tu agaknya, kalau tak confirm ai akan ambil sekeping dua.



Dah siap wajiblah ambil gambar dia. Dalam pukul 10.30 malam selesai. Part lekat straw itu ai ada bantu Aliah sedikit. Dia tak tahu macamana nak buat straw itu bersambung dengan kemas. Close-up sedikit hasil projeknya.



Balik dari sekolah, Aliah beritahu hanya dia seorang sahaja yang buat besar pakai kad manila. Kawan-kawan kelasnya kebanyakkan buat kecil ada juga yang terlupa nak buat. Cikgu Sains ambil hasil projek Aliah itu untuk diletakkan dalam makmal. Seronok dia.