Thursday, February 17, 2022

Kembali ke Eco Ardence setelah PKP


Entry ini adalah kesinambungan dari entry sebelum ini [link]. Ianya kejadian selepas kami makan Cinnamon Rolls di Artisan Bakery. Selesai sahaja makan petang di situ kami ke Eco Ardence, Setia Alam. Seperti biasa setiap kali kalau enZaf ada bermain bola di Eco Ardence mesti dia akan bawa kami sekali. Ai dan anak-anak pun suka pergi sana sebab di situ boleh beriadah, makan dan bersantai selain dari melihat enZaf bermain bola. Sementara menunggu enZaf habis bolanya, ai bawa anak-anak berjalan-jalan sekeliling kawasan Eco Ardence. Ini pun dah lama tak enZaf tak main bola sejak dari sekatan sesetengah permainankan ketika PKPkan. Bila dah ada kelonggaran ini, lajulah semuanya nak mulakan semula aktiviti masing-masing.











Selepas waktu Maghrib barulah ai bawa anak-anak ke padang bola. Penat sudah berjalan ke sana sini melayan anak-anak nak itu ini yang tiada kesudahan tu hehehe.. masa untuk berehat pula sambil mencuci mata melihat orang main bola :p



Ariq tiba-tiba datang bagi bunga. Lama dah Mummy tak dapat bunga dari Ariq. Bila dapat tu berbunga hati Mummy :) Thank you Abang Ariq!



Qaireen pun nak bunga juga, selitkan satu kat telinga dia yang comel itu. Susah betul nak ambil gambar dia yang tak tahu duduk diam, bergerak ke sana sini huhu..



Wednesday, February 16, 2022

Minum Petang di Kafe Kopi Mesin


Bila enZaf Whatsapp "siap", itu tandanya dia ajak keluar. Kalau dia habis kerja awal macam itu lah selalunya. Mesti nak bawa keluar lepak minum mana-mana. Macamanalah ai nak turun berat badan, asyik je mengopi hihi... Kadang-kadang tu ada je rasa malas nak keluar, tapi bila dah ajak itu.. gigih jugalah bersiap. Macam ai pernah mentioned dalam blog sebelum ini, kalau tak ikut nanti dia ajak orang lain pula. Jadinya jangan cari pasal dan buka ruang tu hehehe.. Kali ini kami nak mencuba makan ditempat baru iaitu Kafe Kopi Mesin.



Gambar di atas ini ai ambil waktu dah nak balik, baru sedar yang lupa nak snap gambar kedai :) Ambil gambar dari jauh saja. Kafe Kopi Mesin ini terletak di Bukit Jelutong. Kami sedar kafe ini bila makan di Homebaker at Clover tempoh hari. Kedai mereka bersebelahan sahaja selang satu kedai.



Bila berada di Kafe Kopi Mesin ini sudah tentulah kami order air kopi. Ai dah lupa nama-nama air dan makanannya, yang pasti air Kopi ini sedap. Air Teh Laici itu untuk Aliah, dia ni peminat teh. Makanan pula enZaf order kek. Ada dua jenis iaitu Biscoff Cake dan Salted Caramel Vanilla Crepe. Biscoff Cake tu sedap sangat tapi ai tak boleh makan banyak sebab manis. Manis untuk ai lah, orang lain makan laju je :p



Selain itu, enZaf order Popia dan Sweet Potato Fries. Popia tu boleh tahan sedapnya.



Yang lain-lain ada Croissant, ini favourite Ariq. Kalau kedai tu ada Croissant memang itulah dia minta. Chocolate Roll untuk Aliah dan ada Murtabak juga. Murtabak ni paling sedap sekali, bila cicah dengan air bawang tu lagi terangkat.





Gambar di atas dari handphone Aliah, tengah makan tu tiba-tiba Aliah panggil suruh tengok kamera. Serabainya lah rambut Qaireen, lupa nak ikat. Gambar di bawah ini pula dari handphone enZaf. Nampak bulat muka pakai tudung bawal ni, ditambah pula dengan tudung kemek kena angin kipas. enZaf dah adjust perlahan pun kuat juga anginnya hehe.. Tipu betul gambar ni, nampak cantik sangat.. eh cantik ke :p



Akak Zahra sorang sahaja yang tak makan, sebelum keluar rumah dia baru lepas makan macam-macam, kenyang katanya. Dia minum air saja. Akak Zahra sekarang tengah exam akhir tahun minggu ini. Boring betul ai tengok ambil exam secara online. Tapi apa boleh buat, dengan keadaan kes sekarang yang semakin meningkat. Nampak gaya macam PdPR lagi huhuhu..



Minggu depan minggu terakhir persekolahan, giliran Aliah dan Ariq pula bersekolah. Minggu ini direhatkan. Hujung minggu ni ai rancang nak beli hadiah untuk cikgu-cikgu dorang. Tak tahu lagi nak beli apa, masih tak ada idea. Tapi nampak gaya macam lebih kurang hadiah sebelum-sebelum ini, yang pasti bunga wajib ada :)

Monday, February 14, 2022

Cinnamon Rolls Sedap


Sebenarnya pada waktu kami keluar petang ini untuk mengikut enZaf bermain bola. Tapi sebelum itu dia ajak makan petang untuk mengalas perut dahulu. Tak ada perancangan pun nak makan di mana. Sampai di area Bukit Jelutong barulah kami mencari kedai. Dalam mencari-cari itu, kami tertarik dengan satu kafe ni. Terus enZaf berhenti parking di tepi jalan. Berhenti bersebelahan dengan bus stop, sempatlah ai ambil gambar anak-anak :)



Tempat hentian bas ni pun menarik dan ceria dengan warna-warni. Bukan selalu nak ke bus stop tiba-tiba kan hehehe.. Masa ambil gambar ni, Daddynya cakap geng bas sekolah ke :p Dah bergambar terus laju menuju ke kedai yang dipilih.



MasyaAllah terujanya ai tengok makanan yang dihidang tu. Banyak sangat Cinnamon Rolls dengan pelbagai flavours. Anak-anak pula memang peminat Cinnamon Rolls lagi lah sampai tak tahu nak pilih mana satu. Tak sempat nak snap awal gambar air, enZaf dah kacau air kopinya. Hilang dah corak bunga huhuhu...



Antara Cinnamon Rolls yang kami ambil, ada lagi tapi kat meja akak Zahra. Lebih kurang sama je. Yang pasti semuanya sedap-sedap.



Tak putus-putus orang keluar masuk ke dalam kafe ini. Kebanyakkannya membuat pembelian secara bungkusan. Nama kafe ini ialah Artisan Bakery. Menarik bagi ai kafe ini, kalau sekadar nak minum petang makan sikit-sikit gitu. Cuma jauh je kami nak datang ke semata ke sini huhu..



Nak selalu makan sini kena berdoalah enZaf main bola kat area Shah Alam. Boleh la mengikut tapi ikut sampai ke kafe ni je :p Dah selesai makan, on the way nak ke padang, ternampak pelangi. MasyaAllah cantik sangat. Laju-laju keluarkan handphone nak ambil gambar dan video :)





Wednesday, February 9, 2022

CNY di OU


Pada cuti Chinese New Year kami ke OU. Mall yang selalu kami pergi, kalau tak ke OU kami pergi The Curve. Dua itu je lah sebab utama ianya dekat dengan rumah :) Masuk dalam Parkson nak mencari sandal baru Qaireen. Punyalah susah nak beli kasutnya sebab apa yang Daddy dia tunjuk semuanya tak nak. Bila mood dia tak nak tu datang, tunjuk lah apa pun memang jawapan dia "NO" huhuhu... Tak silap ai ni dah kali ke dua dia cakap tak nak, tapi Daddy dia belikan juga haha.. Dalam kami mencari kasut dia tu, boleh pula dia nampak satu beg ini. Dan dia nak sangat.



Siap pakai terus dan bila Mummy nak keluarkan dia tak bagi. Beg trend sekarangkan Poppit. Sudahnya Daddy dia terpaksa bayar. Tiga kali dah kami mengelak dari beli bag itu sebenarnya, cuma kali ini kami tewas dan dia berjaya. Eh! Mummy nak cuba guna cara macam Qaireen ni lah. Kot berjaya dapat beg jugakan haha..

Setiap kali perayaan semestinyalah semua mall ada buat decoration. Dikesempatan itu ai pun ambillah gambar anak-anak bersama dengan haiwan tahun masing-masing. Ai cakap dengan anak-anak, ini sekadar suka-suka dan ianya adalah kepercayaan agama Budha :)



Tahun lahir Qaireen jatuh pada haiwan Anjing manakala akak Zahra pada tahun Tikus. Akak Zahra baca karakter tahunnya itu siap senyum-senyum kerana ada yang betul.. kebetulankan :)



Ariq pula pada tahun Naga. Haiwan kegemaran orang Budhakan. Dalam kesemua haiwan, haiwan Naga ini lah yang paling hebat sekali, bagi mereka pada siapa yang lahir tahun Naga ini membawa tuah.



Tahun lahir Aliah adalah tahun Harimau. Memandangkan tahun 2022 ini adalah tahun Harimau, patungnya paling besar dan tinggi sekali. Jauh pula nampak Aliah di situ hehe..



Mummy pun nak juga, itu pun sebab enZaf yang suruh bergambar :) enZaf cakap patutlah Mummy korang ni tak tahu duduk diam hahaha.. perangai macam monyet. Hampeh betul :p Tapi betul lah tu, walaupun kat dalam rumah ni, baru sahaja letak punggung terus kepala fikir eh ada tak buat tu lagi, kejap ke sana kejap ke sini.



Lepas penat berjalan sana sini kami singgah minum petang di Teh Tarik Place. Anak-anak semua nak makan Roti Canai. Bila ai nak ambil gambar Qaireen dengan beg barunya, bukan main gedik di situ :p



Sebelum balik sempatlah beli roti itu dibawa balik. Makan malam memang senang sangat dengan dorang ni, jarang makan nasi melainkan Nasi Lemak hihihi.. Dulu zaman kita Nasi Lemak untuk sarapan saja. Sekarang ni tiada waktu, bila-bila pun boleh.



Monday, February 7, 2022

Makan Steamboat dan Meneman Adikku


Lama tak makan di Johnny's Restaurant. Masa enZaf ajak keluar makan, saja je lah cakap yang ai terasa nak makan steamboat kat situ. Terus dia respon okay, apa lagi sengih lebar la kitakan hehehe..



Anak-anak ni bila dengar makan situ, dorang semua setuju saja. Asalkan makan dengan kuah sup, itu feveret mereka. Jarang sangat kami makan dengan kuah tomyam.



Pertama kali kami tengok Bellabot. Teruja bila yang hantar makanan dan minuman dari robot. Qaireen kalau nampak Bellabot ni lalu bukan main suka dia. Panggil cat..cat..cat.. banyak kali :)





Masa dalam kereta on the way nak ke OU, terima Whatsapp dari adik ai Nani bertanyakan samaada ai busy atau tidak harini. Dia nak ajak ai temankannya beli barang baby. Terus ai beritahu dia berjumpa di OU dalam satu jam lagi. Kebetulan Restoran Johnny's ini berhampiran dengan AEON. Selesai makan kami menuju ke bahagian baby. Perasaan teruja itu datang tiba-tiba bila ai nampak pakaian dan barang-barang baby, ralit tengok sampai tak toleh kiri kanan dah. Terlupa laki sekejap hahaha... Dah selesai membeli barang, baru teringat tak ada ambil gambar pun. Sibuk sangat memilih pakaian dan barang keperluan baby hihi.. Keluar dari AEON terus ai ajak bergambar. Anak-anak bersama Mak Su dan Mak Teh.



Qaireen tu sempat lagi beli mainan. Dia nampak mainan Mario laju je pegang dan tak nak lepas huhuhu... Dah bergambar semua tu, semestinyalah ai nak bergambar dengan Nani pula. Sebelum ini dah bergambar dengan adik bongsu. Nani adalah adik nombor empat. Bergambar kenangan bersama mak buyung. Tak sabar nak tunggu kelahiran baby FN, InsyaAllah pertengahan bulan April dijangka bersalin.



Oh ya, ai pakai tudung yang Nani bagi dari Naelofar. Warna dan coraknya ai suka dan cantik sangat :) Keluar dari AEON, ai dah janji dengan anak-anak nak membeli buku. Kami masuk dalam kedai Popular. Dah alang-alang mereka membeli novel, ai belikan sekali buku aktiviti. Macam biasalah, Mummy dorang ni tak boleh tengok mereka bersenang lenang dalam rumah tanpa bagi latihan :p



Sempat lah selfie dengan akak Zahra diluar Popular sementara menunggu enZaf membayar.

Friday, February 4, 2022

Bergambar di Bendang


Sambungan dari entry dari majlis bertandang sepupu ai [link]. Selepas sahaja kami beredar dari majlis itu, sempatlah ai ajak enZaf dan anak-anak bergambar di sawah padi. Macam rugi pula tak berhenti ambil gambar. Lagi pun bukan selalu datang area Tanjung Karang ini kan. Walaupun cuaca agak panas, gigih juga la semua bergambar. Berkerut muka pun berkerutlah hehehe..

















Thursday, February 3, 2022

Minum Petang Bersama Adik


Dalam ramai-ramai adik beradik, adik bongsu ai yang paling rapat sekali denganku. Beza umur kami 20 tahun. Dia juga rapat dengan anak-anak. Selalunya mak atau bapa saudara bongsu lah paling rajin melayan anak buahkan. Adik ai Yusreena ni akan Whatsapp ai sejam sebelum dari office kalau nak berjumpa. Kalau free jumpa kalau tak lain kali saja, jarang-jarang lah nak plan awal-awal. Dia pun rajin datang ke rumah samaada lepas waktu kerja ataupun waktu cuti. Selalu je kami melepak bersama tak kira di rumah ataupun di luar. Cuma kali ini ai sedikit rajin nak ambil gambar hehe..



Berjumpa di Starbuck Petronas. Ai suka ke sana sebab kurang orang. Tempat pun agak besar dan selesa. Adik ai ni hantu Green Tea. Ai pula jarang minum Green Tea selain dari Green Tea panas kat kedai Jepun. Bila try air dia sedap pula. Lain kali boleh cuba order yang ini pula :)



Gambar di atas tu "fortune" dari Fortune Cookies :) Yang perabiskan cookiesnya adalah sikenit di bawah hihi...



Macam tak complete pula minum air semata, mesti nak order makan sekali.



Agak lama juga lah kami berborak. Anak-anak pula memang jenis tak kisah lepak lama-lama. Dah biasa dari kecil lagi ai bawa dorang ke sana ke mari kan. Kalau duduk rumah lama-lama panas bontot :p Sebelum balik ambil gambar dengan adik ai, yang kecil tu pun nak menyelit sama.



Walaupun gambar di atas ini ai dan adik ai tak ready lagi tapi nak letak juga sebab suka tengok Qaireen lebar sengihnya seronok nak bergambar haha.. Gambar di bawah baru lah elok semua pandang kamera :)





Terima kasih Maksu rajin layan anak-anak buahnya. InsyaAllah bulan empat nanti bertambah lagi seorang anak buah. Tak sabar :)