Ini merupakan kali ke-3 kami makan di Kenny Hills. Kali pertama ai tak masukkan lagi dalam blog hehe.. manakala kali ke-2 kami datang tapi tak jadi makan disitu disebabkan ramai orang. Masa datang tu pun pada hari minggu. Sudah pasti kedai full house dan orang yang menunggu pun beratur panjang :)
Kali ke-3 ini pun sebenarnya penuh juga tapi enZaf nak juga tunggu. Yang ini kami datang pada hari biasa. Dia malas nak pergi ke tempat lain dah. Ai pun okay saja nak menunggu lagi pun tiada hal lain nak dibuat pun. Ambil gambar dua beranak ini sebabnya dorang pakai baju warna sama hihi..
Ai nak order Peach Strudel tapi dah habis pula. Sedihnya la. Dah la nak datang makan kat sini sebab nak Peach Strudel tu huhuhu.. Jadinya order sajalah apa yang ada.
Sebenarnya desserts kat sini semuanya manis-manis bagi ai. Sedap tu memang sedap tapi untuk ai manis dia sampai tahap tak boleh nak makan banyak. Bagi orang lain mungkin okay la kot. Akak Zahra seorang je makan lain. Dia nak makan Scrambled Eggs with Toasted Bread.
Waktu lunch dia tak nak makan sebab dah makan lambat, brunch. Bila dah petang baru dia rasa lapar dah. Salad tu Mummy dia tolong makankan hehe.. Wajiblah ambil gambar tukang bawa, tukang order dan tukang bayarkan ni.
Dia kalau kerja habis awal, tiada meeting, tiada main golf atau apa-apa sahajalah waktu petang, bila free mesti ajak keluar minum. Kadang-kadang tu ada je hari yang ai rasa malas nak keluar tapi paksa diri gagah bersiap keluar juga. Ikutlah dia ajak ke mana pun, anak-anak pun ku heret juga. Jangan sampai dia ajak orang lain pula kan :p Setakat ini kami datang ke sini untuk makan petang. Selain dari desserts dan pastry, ada pelbagai menu juga di sini antaranya pasta, pizza dan nasi. Lain kali boleh lah cuba makan makanan lain pula.
Malamnya ada taklimat berkenaan Pendaftaran dan Ujian Kendiri Covid-19 untuk Ibu Bapa Tingkatan 1 dan 2. Ai dan enZaf join taklimat sambil tengok bola JDT lawan Kedah. Yeay, JDT menang!!! :) InsyaAllah Ahad ini kami hantar Zahra balik asrama mengikut jadual yang ditetapkan. Masuk lambat, kalau kira-kira balik hanya 3 minggu sahaja lepas tu cuti sekolah. Mudah-mudahan perjalanan dan urusan kami dipermudahkan.
Pada pertengahan tahun lepas, ai ada berkongsi di dalam blog berkenaan persediaan anak mengalami akil baligh [link]. Dalam entry kali ini ai nak kongsi dengan kawan-kawan berkenaan Period Kit pula. Tahun ini Aliah telah mencapai akil baligh. Agak terkejut juga ai sebabnya dia lebih awal dari akaknya Zahra. Mujur sebelum ini ai dah berkongsi dengan anak-anak mengenai period, jadi Aliah tidak panik bila melihat darah di panties. Ada sedikit terkejut mungkin dia tak menyangka macam itu rupanya. Sebab kali pertamakan :) Terus dia maklum pada ai dan ai pun lihat ternyata dia sudah remaja hehehe.. Memandangkan persekolah sudah di buka, ai harus menyediakan Period Kit untuk dia. Dari tahun lepas lagi ai dah buat Period Kit ini untuk akak Zahra tapi lupa pula nak masukkan dalam blog.
Gambar di atas merupakan Period Kit yang telah ai sediakan. Kebanyakkan semua sudah ada dirumah. Hanya pouch bag dan botol sabun itu sahaja ai beli. Beli pun di Mr.DIY sahaja masa nak beli bahan seni sekolah anak-anak. Tengah mencari bahan seni tu ai baru teringat nak belikan sekali untuk penyediaan Period Kit ini. Masa kumpul barang-barang untuk beri pada Aliah, baru perasan tak beli tisu. Mujur ada satu tisu ai simpan masa derma pada orang datang kat kedai makan tu kan.
Bagi ai bagus sediakan Period Kit ini untuk anak perempuan. Period Kit ini anak-anak simpan di dalam beg sekolah mereka. Manalah tahu tiba-tiba period datang ketika di sekolahkan. Belum, tak atau pun sedang period pun sangat digalakkan bawa. Dulu masa ai sekolah tak ada pun buat macam ni hahaha.. untuk anak sendiri macam-macam pula kan. :p Dalam gambar nampak macam besar padahal kecil sahaja beg ini dan ringan. Boleh selit dalam beg sekolah anak-anak.
Awal bulan Oktober, kami menyambung kembali aktiviti berbasikal semula. Rasa lama tak keluarkan peluh. Eh macam banyak sangat je peluh tu kan, tapi jadi lah dari tak buat apa langsungkan. Dalam pukul 4 petang kami sampai ke Tasik Titiwangsa. Ingatkan tak ada orang, tapi boleh tahan ramai juga. Ramai beriadah dengan berpiknik tepi tasik :)
Masa bergambar ini, tengah menunggu Ariq dan Daddynya pergi isi angin pada tayar basikal Ariq. Lama sangat tak naik basikal sampai kempis tayarnya hehe.. sambil-sambil tu ambil gambar kat signage Taman Tasik Titiwangsa ini. Akak Zahra je tak nak join bergambar. Lepas selesai isi angin tayar basikal Ariq, kami pun sambung mengayuh kat taman ni.
Tak banyak gambar ai ambil masa berbasikal ni, gambar-gambar kat bawah ini pun semua dari handphone enZaf. Nampak muka siapa yang paling gembira sekali hehe.. dah semestinya Qaireen. Dia memang suka berbasikal ni, dia akan menyanyi sepanjang berbasikal. Paling tak penatkan :p
Anak-anak yang lain pun enjoy juga. Setakat ini tak pernah la nak membantah bila Daddy dorang ni ajak berbasikal. Duduk rumah saja pun kesian jugakan. Bagilah peluh sejam dua.
Zaman sekarang ini, nak bagi anak buat aktiviti kita pun kena ada sama juga. Tak macam kita dulukan. Keluar main petang pergi saja mana yang kita nak. Mak dan Abah pun tak risau apa, walaupun pada masa tu kita tak ada handphone. Sekarang ni, tak nampak depan mata pun ai dah runsing huhu.. itu ai lah. Orang lain mungkin berbeza.
Tengah cycling tu, tiba-tiba ai ternampak tayar basikal Ariq pancit lagi. Pancit kali ke dua dah ni, mesti tayarnya bocor. Terus Daddynya bawa Ariq pergi ke tempat sewa basikal. Di situ ada perkhidmatan isi angin dan juga tampal tayar bocor.
Kesian Ariq kena tolak basikalnya. Nak ke pintu keluar taman ini agak jauh juga masa ni. Yang lain tak ikut, enZaf suruh ai kayuh je basikal pusing-pusing bawa anak-anak yang lain sementara menunggu dorang berdua settle.
Boleh tahan lama juga ai menunggu enZaf selesai. Sampai ajak anak-anak duduk tepi tasik kejap, melayan tengok ikan dan turtles hehe.. terlupa pula kami nak bawa roti. Kalau tak setiap kali kalau ke sini mesti singgah berhenti bagi ikan dan turtles makan. Akhirnya Ariq dan Daddynya pun sampai, ai tengok Ariq bawa basikal lain.
enZaf kata dia sewa terus basikal untuk Ariq. Basikalnya tinggal untuk tampal tayar bocor. Suka Ariq dengan basikal sewa tu. Basikal itu pun saiznya besar sedikit dari dia punya. Terus minta Daddy dia belikan basikal baru nak besar macam itu juga. Daddy dia pun laju jawab kalau ada duit kita beli hahaha..
Sempat bergambar lagi sebelum balik.
Kali ini sekejap sahaja berbasikal. Masa banyak terbuang disebabkan tayar basikal Ariq bocor. Dua kali Daddy dia bawa isi angin. Nak ikutkan boleh saja tambah masa lagi tapi bila hari makin petang, makin bertambah ramai orang masuk dalam taman ni. Kami nak elak dari orang ramai itu yang balik terus. Apa pun kami semua tetap seronok :)
Dalam banyak-banyak tugasan seni, seni yang ini lah yang paling sukar bagi Aliah. Tugasan ini memerlukan jahitan iaitu menghasilkan seni tekat. Seni ini juga merupakan bab terakhir untuk Tahun 5. Bahan-bahan yang diperlukan juga banyak yang tiada di rumah dan perlu dicari. Masa nak mencari bahan ini pun agak mencabar juga bagi ai sebab tak jumpa terutamanya benang emas. Nak cari banyak kedai memang tak larat, jadinya beli apa yang ada sahaja. Nak pula anak-anak ai ni jenis yang last minutes memang la nak cari bahan masa tu juga bukannya mudah.
Kalau berpandukan kepada Buku Teks Seni, bahan-bahan yang diperlukan tak semua ai ikut. Ada je gantikan dengan bahan lain. Contohnya kad busa, ai gantikan dengan kad keras atau tebal sahaja. Benang emas tak jumpa jadi ai ambil saja warna seakan emas dan satu lagi warna putih tapi ada gliters sikit hehehe.. ikut suka hati je kan :p Mula-mula, Aliah lukis motif mempulur pada kad keras.
Lukis dalam 5 keping dan gunting motif mempulur tu. Kemudian, tampal mempulur di atas kain. Kalau pada Buku Teks, kain yang digunakan adalah kain baldu tapi ai beli kain crepe. Ini pun beli di Daiso. Mujur jumpa walaupun tak sama, sekurang-kurangnya ada dari tak ada kan. Lagi pun nak beli kain tu sikit je, bukannya nak buat baju :p Kain crepe tu tinggal warna hijau dan putih sahaja, ai ambil warna hijau.
Selepas dari ini lah bahagian yang paling mencabar untuk Aliah. Nak menjahit atas kertas tu. Punya la lama ai menunggu dia siapkan satu kelopak tu. Sampai dia penat dan mengeluh. Mengambil masa dua hari dia siapkan jahit tekat ini.
Akhirnya siap juga hasil seni tekatnya. Pandai dah dia menjahit hihihi.. Dia guna ke dua-dua warna benang yang ai beli. Dah siap jahit baru lekatkan dengan bahan hiasan pula. Cantik dah Bunga Kemboja Emas Aliah yang tak berapa emas dan bercampur warna itu hahaha..
Harap-harap cikgu Seninya itu sukalah dengan hasilnya. Bukan setakat siapkan jahitan tekat ini, cikgu minta murid-murid merakam video berkenaan hasil tersebut.