Thursday, September 30, 2010

The Birth Story

Ceritanya bermula pada hari Isnin yakni 4 Syawal :)
Hari isnin tu last checkup sebelum tibanya waktu edd 16hb tuk bersalin.
Hari tu gak cam biasa takde tanda2 nak beranak ke ape.
Masih larat lagi gi open house beraya sana sini, mencekik sebanyak yg bole.
Appointment ngan doc kul 2pm.
Cam biasa doc scan baby, dan semuanya dlm keadaan ok.
Pastu doc check ai dah bukak 3cm, so doc jangkakan kemungkinan esok pagi dah bole bersalin.

Memandangkan doc kata esok bersalin, pas checkup ajak zaf gi jalan2 the curve.
Ada hati lagi kan nak shopping.
Dah puas berjalan balik umah mak mertua lak, lepak2 makan2. :)
Tetiba dlm kul 5.30pm tu perut ni dah rasa sakit... terasa contraction dlm tiap 1/2 jam.
Tapi masih lagi bole bertahan.
Pas maghrib kami balik umah.

Masa kat umah tu sempat lagi nak berblog.. tu yg wat entry kul 8lebih tu.
Tgh wat entry tu, contraction dah kerap datang..
tapi dlm hati tu masih lagi pikir esok bersalin.
Elok2 je dah habis berblog bagai, contraction makin kuat.. kira2 dah dekat 3-4min sakit.
Cakap ngan Zaf dah tak tahan sangat. Tapi sempat gi mandi dulu.
Nak check kot bleeding ke, takde plak. Tapi mmg seyes dah tak tahan.
Terus ai call mak suh datang skang, sbb nak suh dorang jaga Zara kan.
Kang Zaf tak leh masuk labour room lak.
Mak abah sampai je terus kami gerak ke hospital.

Sampai2 hospital je, terus dorang tolak ai kat labour room.
Midwife check ai dah bukak 6cm.
Masa tu jantung ai dah berdebar2, takut ada suka ada.
Ai tgk jam masa tu kul 9.30pm.
Setelah bertungkus lumus meneran, tak ingat la bape byk, tapi byk kali gak la.
Mana tak nye tak sempat dinner lagi.
Perut pun kosong, takde tenaga, sampai gigil2 kaki ni push.
Akhirnya jam 10.45pm keluar la baby girl dengan selamatnya.
Secara normal, takde pain killer, epidural dan seangkatan dengannya.
Alhamdulillah syukur.

p/s: gambar baby next entry :)

Sunday, September 26, 2010

Raya

Lama giler tak update blog..
sampai tak tau nak story mana dulu.
citer pasal raya dulu la..pastu baru pasal baby lak.

Tahun ni raya takde la prepare ape sangat.
Bykkan prepare tuk si zara je..
belikan dia baju raya.
Tuk ai dan zaf takde beli pun, pakai je baju lama.
Sbb raya tahun ni lebih preparekan brg2 tuk baby yang kuar tak lama lagi.

Raya tahun ni macam biasa.
Balik TTDI (PIL) ngan Sg Buloh.
Bukan balik kampung, tapi balik taman ;)
Dari malam raya ai dah melantak makanan raya puas2.
Takut baby nak kuar 1st day raya, kang kempunan plakkan.
Alhamdulillah baby bagi can mummynya beraya selama 4hari.


Abaikan rambut dia yg kusut masai tu.
Pose istimewa raya dari Zara buat kawan2 semua.


Pada kawan2 blogku, jgn ingat ai lupakan korang.
Dlm berpantang ni ai tetap baca blog korang, cuma tak tinggalkan jejak je.
Almaklumlah, berukband kat sgbuloh ni hampeh giler.
Nak komen pun susah.. insyaAllah habis berpantang.
Daku akan active kembali :)

Monday, September 13, 2010

Its time

*updated
Pada kawan2 yg mendoakan kami, terima kasih byk.
Baby selamat dilahirkan pada 13/9 hari yg sama mummynye update entry ni.
Ingatkan sempat esok.. tapi baby tak sabar nak kuar hehe..
Details akan ai update next enrty..


Sudah 3cm dilated.

Tapi masih ada kat umah lagi, insyaAllah esok pagi baru ke spital,
kalau contraction ni tak kerap :)
Doakan saya dan baby selamat yer.

p/s: thank you baby, sempat bagi mummy beraya dulu hihi


Wednesday, September 8, 2010

MY BEST HARI RAYA STORY

harini masa sangat free, sbb keje dah setel.
tinggal nak beraya je..
badan je kat opis tapi pale otak dah ke langit.
disebabkan mood raya terlebih sudah, harini rajin nak join
contest dari LadyVerde. :)

Citernya dah lama.. seingatku masa ni umur 10tahun.
Ikutkan ramai dlm citer ni, tapi ai hanya citer watak utama je
dalam kejadian ni.


Ceritanya bermula pada malam raya kat umah atok.
Tau la zaman budak2. time malam la hari yang dinanti2kan
sebab kami tak sabar nak main mercun dan bunga api.
Siap berperang ngan kampung sebelah lagi.
Sepupu2 lelaki saya suka main mercun, standard la tukan.


Ntah camne, dalam tgh syok2 main tu,
salah satu mercun tak naik ke atas..
terus terbang hala ke arah atok.
time tu atok tgh sibuk membakar lemang.


Ape lagi, terus menerus mercun tu hala ke dia.
elok2 je meletop kat bahagian depan kain pelekatnya.
Nasib tak luka or melecur, cuma terkoyak je kainnye heheh
yng best tu, terus menampakkan keseksian atok, nampak peha nya yg halus kurus tu.
Nasib takat peha je, kalau atas sket. lain dah jadinye haha


Ape lagi, mengamok la atok.. terus dia sambar kayu api tuk bakar lemang tu,
kejar kami. dan tak pasal2 ku pun terlibat sama lari.
pusing satu umah. hehehe


Nasib atok tak pengsan or semput kejar kami.
Dan nasib jua la atok tak kena heart attack, sbb mercun tu.
Lepas dari kejadian tu, kami pegi main jauh2 sket.
Tapi tetap tak serik nak main bunga api atau mercun.
Itu la salah satu pengalaman hari raya yg menarik buatku pada zaman kanak2. :)
.
.
.
.
.
Jadi kesempatan ni, ai nak ucapkan selamat hari raya.
Bagi yg balik kg. berhati2 dijalan raya.
Moga kalian selamat pergi dan selamat kembali.
Ingat orang tersayang!!




Pada LadyVerde, terima lah cerita ai yang tak seberapa ni. :)

Monday, September 6, 2010

Sudah ke Belom?!



Blom bersalin lagi ;)
Kalau ikutkan EDD lagi 10 hari..
Tapi rasa cam dah tak larat sangat.
Tak larat pun kena la bawak jugakkan,
tapi satu je harapanku, bagi la mummy beraya dulu ye baby.
Malam raya pun jadi la.. nak makan makanan rayaaaaa!!! hehe



Tanda-tanda Hampir Bersalin

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran
kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.

Anda mungkin terasa:

- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
mmg rasa sakit kat kelengkang ni.
Nak jalan, baring, duduk.. adoi
Dah rasa cam King Kong berjalan.
Alhamdulillah, sembahyang tak sakit plak.
bole lagi sembahyang cam biasa.


- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
Yang ni jgn kata la, rasa nak buh toilet kat sebelah.

- sakit perut, memulas
bila baby mengeras dan menegang.. mmg sakit

- kerap buang air besar
1 hari ada la dekat 2-3 kali buang

- kerap terkentut
Hahaha yang ni ai dah jadi cam en.suami, kentut lepas je.
Tapi takde bau..nasib


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
Dah start kuar sket2.

Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka.
Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Yang ni blom lagi.

Sakit belakang

- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.

- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak
(tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas,
tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.

- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan.
Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.

- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda
dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Yang ni mmg mintak en suami urut belakang selalu.
Memang keje dia :)


Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau.
Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina.
Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.
Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"



Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam.
(datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
- keluar air ketuban.
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami.


Sumber:
When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
Labor Signs, webmd.com
Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my