Tuesday, January 31, 2012

Sambungan boy or girl

Smalamkan ai nerbes pasal result gender tu kan.
Akhirnya terjawab sudah setelah discan.

Masa tgh2 scan tu,
doc pun citer cam biasa.
Ha ni kepala dia.. ukur kepala okay.
Tulang belakang.. ok
Kedua2 tangan pun ok.
Scan kaki plak.. syukur okay jugak.
Sampai part tengah2 tu,
doc tanya nak tgk tak boy ke girl.

Tanya ai tentulah nak tau kan.
Memang hati ni berdetik kalau boleh
kali ni biarlah boy plak sbb
dah ada dua gegirl.

Masa tu Zaf tengah sibuk melayan Aliah n Zara kat sofa.
Pastu doc tu pun panggil la
"daddynya mana? meh sini nak tgk tak baby ape?"
Cepat2 la Zaf datang tgk kat skrin.

Doc pun cakap la ha ni kaki dia
nampak tak nampak tak kat tgh tu ape.
Masa tu ai dah sengeh dah..
Alhamdulillah.. enZaf bakal mendapat geng.

Cakap ngan doc.. scan banyak kali doc.
kot la salah ke kan..
yer la ai mesti la excited.

Doc cakap 70% boy.
Kita tunggu next checkup tuk confirm kan balik.
Harap2 memang betul la kan.
Dapat Zaf Jr.

Ape pun ai sangat bersyukur.
Thanks jua pada Doa2 uols semua.

p/s: Anna, aku rasa pegang Arfa kot kenan ni :)

Monday, January 30, 2012

Boy or Girl

Pagi tadi perasaan nerbes datang tetiba.
Padahal sblom ni checkup, takde pun rasa ape.
Amik timbang, urine test, baby scan blablabla..

Tapi kali ni takut plak nak checkup.
sbb skang dah 18minggu,
gender baby pun dah leh tau.

Dup dap dup dap
boy ke girl :)
Tak kisah la ape pun kan,
yang penting baby sihat dan sempurna.
(ayat standard semua orang hehe)


thanx to shutterstock.com


Sunday, January 29, 2012

Candylicious

Smalam jejalan kat old wing One Utama.
Mata ni tertarik kat kedai Candilicious.
Sebabnya dalam kedai tu sangat ler kalerful.


Lollipop giant bergantung2 atas siling tu.
Comel jer tgk.. ceria suasana.



Dalam kedai ni penuh ngan candy,
gula2, coklat bagai..
Jangan kata budak2 suka,
mak budak ni pun suka jugak haha



Pastu bukan je menda makan,
merchandise cam baju, mug, pillow
macam2 lagi la dalam tu
pun ada jual gak.
Semua menarik la..

pastu ada menarik lagi dlm ni.
Adalah Garrett popcorn..
Hoyeyyy tak yah gi jauh2 kat kl nun nak beli.
OU sudah :)



Budak yang nak lollipop.
Beli sorang satu je.
Gula2 tak leh makan banyak hehehe



Dalam kedai ni tak leh amik gambar.
Terang2 ada letak notice kat setiap tempat.
Tapi ai wat derk je snap sket
tak kira :p


Friday, January 27, 2012

Anak paling nakal

Yer... ni la anak paling nakal
buat masa ni.



Kenakalannya nauzubillahhhhhhh
Memang buat mummynya semput.
kalau kita marah, tak makan samannyer.
Dia wat tak tau je..
Tau plak dia datang peluk kita ketat2.
Terus xjadi nak marah.

Aliah dilahir pd tahun Harimau.
Mummy pun hari2 jadi rimau.
Daddynya la selalu jd mangsa amukanku
tp bukan cakar harimau yer haha

Sape anaknya yg lahir tahun rimau..
atau pun kamu lahir tahun rimau.
Nak tanya korang ni mmg super duper hyper active kah??!!

Zara bila tgk mummnya marah,
dia cakap "Stress Mummy kan!" haha
Paham ke kamu stres tu ape nak oi.

Tahun Naga ni lahir lagi sorang.
Pasni mummynya jadi naga plak la kan.. :p



Thursday, January 26, 2012

Katil untuk Zara


Kami beli katil untuk Zahra. Alang-alang nak membeli katil untuk dia, Daddynya decide beli katil double-decker. Walaupun Aliah masih tidur dengan ai tapi lebih baik beli dua tingkat ini supaya tak perlu membeli katil lagi bila dia dah tidur sendiri. Kalau ikutkan hati ai, nak beli single bed saja, kemudian tambah untuk Aliah tapi keluasan bilik tidur ini tidak berapa besar. Kalau letak dua katil akan makan ruang dan menjadi sempit.



Jelas terpancar muka kegembiraan Zahra dengan katil barunya. Katil ini pilihan dia sendiri, Daddy dia yang minta Zahra sendiri yang pilih. Bila nak ambil gambarnya semestilah trademarknya yang 1 Malaysia itu hihi...



Tapi uols jangan terpedaya dengan kekemasan katilnya itu. Semua tu hanyalah sementara. Kemas tu dapat bertahan paling lama pun dalam 30 minit haha.. Kemas lah berapa kali pun tetap akan terjadi perkara yang sama seperti gambar di bawah. Menangis tak berlagu Mummy ni oi..



Itu belum tengok lagi yang atas lantai. Penuh dengan toys dorang yang bersepah sana sini. Begitulah rutin harian Mummy. Satu hari entah berapa kali perlu mengemas dari atas katil sampailah di lantai. Ai pula sejenis yang tidak boleh tengok barang bersepah, rasa sakit sangat mata. Kalau 10 kali sepah, 10 kali jugalah mengemas. Lagi satu, yang paling kuat menyepahkan barang bukanlah Zahra tetapi yang paling kecil tu, Aliah hehehe.. Dia lah ketuanya :p

Buat masa ini, Zahra belum lagi tidur sendiri sepenuhnya. Dia masih tidur lagi dengan ai. Ada masa-masa dia tertidur sendiri sebab penat sangat bermain dalam bilik tu.



Bilik tidur dia ni merangkap playroom juga sebab itu lah macam tongkang pecah dibuatnya. Walaupun dah letak toys dalam tu, tetap di bawa keluar main sana sini dari ruang tv sampailah ke dapur. Bertabahlah Mummy.

Wednesday, January 25, 2012

Kuih Piring


Lama mengidamkan Kuih Piring ini. Tapi tak tahu mana nak mencari. Dalam ingatan, kali terakhir makan masa zaman kanak-kanak. Setiap kali nak balik kampung mesti singgah beli di RnR highway. Masa teringin nak makan tu ai tak ingat nama makanan, jenuh explain kat enZaf cari makanan tu. Bila tak ingat nama lagi lah enZaf tu tak faham apa ai nak. Siap beritahu dia yang bentuk bulat, macam-macam warna. Bulat nipis la hahaha.. macam keropok pun enZaf tak tahu. Dia kata dia tak pernah makan. Rasa nak menangis dah masa tu.

Entah macam mana nak dikatakan rezeki, terjumpa Kuih Piring ni kat Kuantan. Masa tu kami singgah berhenti untuk beli stok air dan makanan untuk dalam bilik hotel nanti. Bila nampak Kuih Piring yang berwarna-warni tu terus ai seronok kegembiraan macam kanak-kanak dapat aiskrim. Masa itu la baru ai tahu apa nama makanan tu. Jadi simpan dalam kepala otak ni supaya ingat namanya ialah Kuih Piring hihihi... Nak diikutkan Kuih Piring ni tiada rasa apa pun, kosong je bila makan. Tapi dah mengidamkan. Apa pun tetap nak juga.



Itulah warna-warninya. Ada 3 warna Pink, Kuning dan Hijau. Rasa puas hati sangat dah dapat makan.



Rasanya sekarang ni macam susah pula nak nampak Kuih Piring ni. Kat Highway pun macam dah tiada. Mujur kali ini dapat juga. Alhamdulillah rezeki anak. Kalau la tak dapat Kuih Piring ni mahunya meleleh air liur baby hehehe..

Tuesday, January 24, 2012

Kepenatan tapi seronok


Kami baru balik dari bercuti di Teluk Cempedak siang tadi. Cuaca sangat elok sepanjang kami di sana. Langit pun cerah berwarna biru.



Kalau ada yang follow mesti tanya Teluk Cempedak lagi???!! Jawapannya Ya, kami ke sana lagi. Dah jadi tempat feveret kami sekarang ini. Rasa tak rugi spend duit pada tempat yang sama berulang kali. Jika tempat itu sememangnya cantik. Memang berbaloi sangat. Yang penting semua orang happy!!! Cuti sekolah ini uols pun mesti ada buat aktiviti menarikkan. Share la dengan ai :)

p/s: pergi holiday memanglah seronok. Tapi bila sampai rumah, malasnya nak unpack barang dengan laundry yang menimbun huhuhu...

Friday, January 20, 2012

Zoo Negara

Berjanggut baru updet gi zoo ni.
Zara la yg ajak,
nak sangat tgk animal katanya.
Daddy yang manjakan dia,
mmg ikut dan bagi ape dia nak.

Sblom ni ada cakap ngan Liya,
ajak gi sesama..
sori la beb, kami dah pegi dulu.
Zara nonstop kata nak zoo nak zoo huhu

Dan memandangkan ai ni tgh mood ke laut
nak wat entry..
Tempek gambar ni dari fon je.
Itu pun ada bape keping je :p
Dari camera malas nak tgk bole hehe

Akak Zara mmg suka giraffe,
selain tu dia suka Lion huh..



Pastu dia sibuk nak tgk elephant.
Bila dah sampai dekat, terus dia tak suka.
Katanya elephant busuk la mummy.
Ha tau takpe.. taik dia berketul2 kat depan tu mana tak busuk.



Pic ni last sblom balik.
Zara dah penat..
tapi ai paksa gak dia nak bergambar.
Dia bergambar la jugak tapi buat muka..
tak mo pandang camera langsung.
Marah kat mummy huhu



Seronok tgk Zara n Aliah kat zoo.
masing2 perak tak pernah tgk binatang.
Binatang2 semua yg ada semua active belaka,
takde plak nampak yg tido or malas.

Dlm zoo tu kami jalan je, tak naik pun train
giler penat menapak dlm tu
tapi kami semua enjoy..
cuma satu je makanan semua hampeh..
tak sedap langsung.

Wednesday, January 18, 2012

Mummy Buyung Seangkatan

Ni gara2 Liya twit kat ai,
bgtau bestnya kawan2 yg preggy tahun ni.
Ha ape lagi Liya, mari memeriahkan lagi suasana :)

Disebabkan twit tu jua,
ai listkan bakal2 mummy yg ai kenal,
dan pasti yg tgh pregnant dan bakal dapat baby
tahun 2012.. insyaAllah.



Pada semua kaum seangkatan,
semoga kamu dan baby selamat dan sihat hendaknya.
Amin amin amin..

Pada kekawan yg ai terlupa nak listkan,
mintak ampun yer..
ni pun pikir mana yg ingat je :)

Tak sabar nak bau newborn. bestkan!!

Monday, January 16, 2012

Nasi daun pisang

Nak makannya dari 2 minggu lepas,
tapi smlam baru dapat.

enZaf bawak gi Restoran Raju kat pj.
Lama dah tak pegi sini.
Last pegi time Zara pun takde lagi :)



Kul 2 baru sampai nak lunch.
Perut dah keroncong bagai nak ape.
Sampai2 sana nasib cuaca best,
tak panas sangat.




Ini budak mau makan maruku aje.
haishhh



Gambar makanan tak dan nak snap,
dah tak tahan sangat kebulurnya haha

Kul 3 pun masih ramai giler
orang makan.
Habis2 makan terus balik umah,
nak tgk badminton.
Rasanya time Datuk Lee Chong Wei lawan Chen
time separuh akhir lagi best.
Dah macam final.
Ape pun tahniah le Datuk,
menang wat kali ke-8!!

Saturday, January 14, 2012

Our Love Meter

Ni namanya mengada.
Bila takde keje ni la jadinya.

Merapu merapik meraban bagai hahaha

Tak leh sayang 100% kan!
hahahaha











Selamat berhujung minggu kawan-kawan!!!


Friday, January 13, 2012

Gigi Aliah

Akhirnya Aliah dah tumbuh gigi.
Setelah sekian lama ai menunggu.
1 tahun 3 bulan, keluar 2 batang gigi kat atas.
Lambat benar yer.
sblom ni makan,
mengalahkan orang ada gigi hihi
Beza ngan akaknya Zara,
8 bulan dah naik gigi

Skang ni gusi bawah dah nampak bengkak
insyaAllah dlm seminggu dua
keluar lagi 2 batang bahagian bawah plak

Seksa ai nak amik gambar
gigi Aliah ni.
Budak tak reti dok diam,
harusla semua gambar blur semuanya :)



si kenit yg hover


Thursday, January 12, 2012

Driving Range

Kemain sronok lagi EnZaf
bila dpt tahu ada tempat baru
dia nak memukul bola kat Kota Damansara ni.

Katanya tak yah dah pegi jauh2.
Itu maknanya slalu la dia pegi ke sanakan huh

Jadinya ai meneman enZaf gi driving range
pas habis keje.
Tempatnya kat ngan Sunway Damansara
hala nak gi Ikea, Curve semua tu.



Masih bersih dan baru.
Mana taknya baru 2-3minggu kot.
Tokei dia yg dok kat meja tu.



Tak start2 lagi walaupun dah 20min
terpacak kat situ.
Call asik masuk tak henti2..
mengalah kan PM la katakan :p



Tak kisah la lama ke idak ke.
Yang penting ada kudapan tuk mak buyung ni kan.
Kopok leko dan goreng pisang.



Pas dah memukul, balik umah maghrib dulu.
Pastu kami dinner kat uptown.
Giler lama tak kesana,
dah ada anak kecik tau la..
Ingat nak pekena rojak buah, tauhu bakar n sotong kangkung.
Ha amik ko nak macam2 plak tu..
tapi hampa sbb gerainya tutup huhuhu

Minggu ni enZaf outstation,
tunggu dia balik,
nak ajak lagi skali gi sana.
tapi nak makan kari kepala ikan.
slurrpppp meleleh sudah :)


Wednesday, January 11, 2012

Aliah dan Dora

Belek2 gambar kat fon,
baru prasan Aliah n Dora
tidak dapat dipisahkan.


pic googled.

Menan keciknya Dora



Nak minum susu pun ngan bantal Dora



Bola pun gambar Dora



Dan terbaru ai belikan dia
soft toy.
Usung kemana saja,
sampai gi jalan pun nak bawak. ;)
Kira jadi bantal busuk dia la kan hehehe



Akak Zara time setahun
dia suka Barney,
Aliah suka Dora :)

kawan2 Aliah pun mesti ada
feveret katun kan.



Thursday, January 5, 2012

Tadika dan Sekolah



Boleh dikatakan, kebanyakkan kawan2 sebaya Zara
sudah pun masuk tadika tahun ni.
Dan ada jua akak2 n abang2 yang dah masuk darjah 1.

Seronok ai tengok anak2 uols semua
cantik dan segak beruniform 1st day
nak gi school.
Yang pasti mak pak la paling teruja skalikan.
Best best best!!

Zara masih dok umah lagi.
Ai n Zaf decide hantar dia tahun depan.
Reasonnya, biar dia teman Aliah
main dan gaduh sepuas2nya hehehe
Sian plak Aliah nanti boring takde geng.

Tak sabarnya nak tunggu next year.
ish baru hari ke5 tahun ni, lambat lagi nak 2013.
hehehe excited lebih kan.
Nak merasa gak cam uols perasaan anak gi sekolah. :)

Tuesday, January 3, 2012

Penutup Tirai 2011

Si putih in the house!!



2 minggu tunggu stok putih ni.
EnZaf cakap kalau tak sabar amik la itam.
Tapi taknak, sanggup ku tunggu,
lama pun takpe.

iPhone lama bagi Aliah,
wat dia main game.

Maceh daddy!! I lap u lah :)