Wednesday, October 21, 2026

Penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Sebelum ini ai pernah beritahu yang akak Zahra dapat panggilan PLKN 🪖 masa post bulan Ogos [link] Dapat tahu melalui SMS (Short Message Service). Lajulah ai forward mesej itu pada dia melalui Whatsapp. Bila dia tanya ai dapat dari mana, kita pun beritahu lah melalui SMS. Dia tanya SMS itu apa hahahaha.. 🤣 itu lah kan generasi sekarang mana pakai SMS dah. Semuanya Whatsapp atau pun Telegram. Lepas dari beritahu dia tu, ai cakap kita uruskan hal PLKN ini selepas dia selesai Test 1. Waktu itu dia minggu exam. Dalam masa yang sama dia gembira dan sedih bila tahu dia terpilih dalam program ini.



Selesai minggu exam, akak Zahra balik rumah. Masa di rumah lah dia tengok semula PLKN ini. Calon pelatih hendaklah melayari website ePLKN [link] untuk membuat semakan tawaran untuk menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)🪖🇲🇾 ini. Jika nama tersenarai, perlu mendaftarkan diri di dalam portal PLKN. Ada butang "Daftar" selepas kita semak melalui nombor kad pengenalan. Perlu daftar sebabnya dalam portal itu lah baru kita boleh buat penangguhan jika perlu. Hanya ikut saja arahan atau langkah yang diberi.



Di dalam sistem atau portal PLKN itu, perlu diisi beberapa butiran sebelum memilih penangguhan. Kiranya kita perlu lengkapkan segala butiran yang diperlukan, selesai semua barulah "Butang Penangguhan" akan diaktifkan. Tak banyak yang perlu diisi, dan ada beberapa dokumen seperti surat tawaran dan lain-lain yang perlu dimuat turun. Dalam bahagian Penangguhan, kita perlu upload beberapa dokumen sebagai bukti kenapa penangguhan itu dibuat. Masa ini lah akak Zahra masukkan surat tawaran belajarnya. Alasan penangguhan pun disebabkan dia sedang dalam pengajian di universiti. Dah isi maklumat dan muat naik dokumen barulah kita tekan butang "Hantar". Selepas itu di dashboard akan paparkan permohonan penangguhan sedang diproses. Selepas 14 hari bekerja, kita boleh masuk dalam portal semula untuk semak samaada permohonan penangguhan kita buat itu berjaya atau tidak. Senangkan, mudah saja sebenarnya. Tak perlu buat surat atau call. Semuanya melalui portal saja 👍.





Lepas dari itu ai terlupa nak check semula permohonan penangguhan akak Zahra ini. Dia pun sama terlupa juga disebabkan kesibukan belajarnya. Sampailah satu hari dia Whatsapp ai tanya status permohonan. Masa tu ai tengok tarikh pun dah lepas 18 hari dari tarikh lapor diri PLKN. Masaklah kalau tiba-tiba permohonan tak berjaya tapi tak sedar dah terlepas tarikh. Ai suruh dia check sendiri dalam portal, tup tup dia hantar gambar. Fuh! lega rupa-rupanya permohonan penangguhannya berjaya 😮‍💨. Alhamdulillah.



Penangguhan akak Zahra ini selama setahun, sebab penangguhan mengikut pada tarikh akhir pengajiannya. Pengajian Asasi setahun saja, lepas dari itu ai pun tak pasti sama ada PLKN akan hantar mesej lagi atau tidak. Kita tunggu sajalah bila habis setahun itu nanti. Kalau sampai lagi dan tiba-tiba waktu itu akak Zahra dah sambung belajar, kita buatlah penangguhan lagi melalui proses yang sama juga. Di bawah ini adalah carta alir untuk lebih jelas lagi bagaimana menggunakan portal PLKN.



Monday, September 14, 2026

Last Man Standing, Awie Rock King

Last minutes dapat tiket konsert Awie 🎫. Last Man Standing di Stadium Merdeka. Pertama kali juga pergi Stadium Merdeka tengok konsert. Sebelum ini tengok enZaf je main bola. Taip pasal Stadium Merdeka rupanya tak ada pun post pasal tengok bola enZaf main kat sini hahaha.. rasanya macam tak ambil gambar apa pun. Padahal banyak kali juga lah ikut dia. Kali terakhir tahun lepas lebih kurang bulan September juga. Okay berbalik pada konsert ini. Kami dapat tiket last minutes sebab kawan ai, Tee B tak jadi pergi. Ai pun sajalah beritahu enZaf nak pergi tak konsert Awie ini, terus dia kata "jomlah". Apa lagi lajulah ai reply kat kawan tu hehehe...

Masa ambil tiket dengan Tee B, dia bagi ai sekali dengan key scarf. Terus teringat zaman belajar weh, kami lima orang bestfriend ada key masing-masing 🥰. Ya Allah rindu pula zaman tu. Thanks Tee dari dulu sampai sekarang tak pernah kedekut atau berkira. Senang berkawan dengan dia 🥹.



Jauh betul stage dia tapi tak apalah kita nak enjoy enjoy saja. Jauh pun tak ada hal. Nasib baik skrinnya besar hihi.. Masa kami sampai ni cuaca mula nak mendung, nampak awan gelap. Ada masa terasa hujan menitik tapi sekejap saja. Macam lalu je. Mujur jugalah tak lebat dan sekejap saja, kalau tak lencun juga tu.



Belakang kami ada bangunan Merdeka 118, sekarang dah nama Merdeka Maybank Tower. Cantik betul. Siapa yang kerja dalam menara tu mesti dapat tengok konsert Awie ni kan. Dapat tumpang free tengok, best tu hihi..



Ambil gambar dengan menara waktu siang dan malam buat kenangan. Malam cantik dengan lampu warna-warninya 💕.











Puas hati ya konsert Awie kali ini. Dalam banyak konsert Awie kami pergi, yang ini paling lama. Tak silap ai 36 lagu dia nyanyi. Memang padu betul walaupun dia tak sihat, sakit tekak pun boleh tarik lagi nyanyi tu. Habis dekat pukul satu pagi. Gila tak gila hahaha... Dalam banyak konsert Awie yang kami pergi, hanya tahun 2017 [link] saja ai masukkan dalam blog hahaha.. aduhai. Nak cari balik gambar lain tu entah ada lagi ke tidak 😣.

Monday, August 31, 2026

Aktiviti Hari Merdeka

Hari Merdeka kami hanya ke One Utama (OU). Semuanya berkisarkan Qaireen pada hari Merdeka 🇲🇾 ini. Sebelum itu, masa nak keluar dari kereta tiba-tiba tali beg putus masa ai tarik huhuhu... Punya la terkejut sebab putus tu macam kena gunting pula. Elok je putus tegak macam tu 😔.



Nanti kena mencarilah kedai mana yang boleh baiki tali beg ini. Dah alang-alang tukar, gantikan semua strapskan barulah nampak macam baru. Okay berbalik ke OU, kami ke ToysRUs, mencari NeeDoh tapi misi gagal. Dah tiga kali mencari dan rasanya susah nak cari NeeDoh ni kat mana-mana. Nampak gayanya beli online sajalah. Kena beli kat distributornya. Kalau kat Shopee tu banyak yang tipu.



Dah masuk ToysRUs tidak lah keluar dengan tangan kosong. Qaireen nak beli dumpling tapi ini bukan squishy, yang squishy dia dah ada. Yang ini plastik tapi bila tekan keluar bubbles kat hidung, macam hingus. Qaireen bukan main suka, terhibur dia hahaha... Lepas itu kami minum petang di kedai roti Paris Baguette 🥖.



Dah kenyang sambung jalan-jalan lagi. Masuk kedai Crocs belikan Jibbitz untuk sliper Qaireen. Lama dah selipar dia tu kosong, tambah Jibbitz bagi ceria sikit. Dia pilih rainbow 🌈 dan Kuromi. Kami semua pakai Crocs kecuali enZaf dan akak Zahra, dorang tak minat. Tapi tak apa ai akan hasut sampai semua pakai 😈.



Masa masuk dalam OU ni ai dah nampak Haagen-Dazs 🍦 buat promo sempena Hari Merdeka. Punya la panjang barisan orang beratur jadi masa tu tak terasa sangat nak beli. Bila nak balik lalu semula Haagen-Dazs dan nampak macam dah kurang panjang barisan itu dan pergerakan pun agak laju. Apa lagi laju jugalah ai suruh anak-anak beratur hahaha..





Sunday, August 30, 2026

Hari Minggu Terakhir Bulan Ogos

Bawa mak pergi checkup di Klinik Kesihatan (KK) Sg. Buloh. Ai suka lagi kalau checkup di KK berbanding hospital. Sebab KK lagi cepat dan tempat kecil senang bergerak sana sini. Kalau abah selalunya checkup di Hospital Sg. Buloh (HSB). Parking pun susah sebab ramai lagi kan.



Tekanan darah mak sedikit tinggi, kata mak stress dengan abah ahhahaha.. Stress stress pun abah sentiasa teman dan bawa dia kemana-mana 🥰. Pergi checkup ni pun abah ikut. Dia mana boleh tinggalkan cinta hati dia keseorangan. Sampaikan masuk bilik doktor pun dia ikut 😆.



Eh! enZaf pun ada sama juga. Dia kalau abah atau mak nak checkup, takkan biarkan ai sorang drive. Katanya senang nak drop kalau dia ada. Kalau tak susah ai nak mencari parking. Thank you Yang! sentiasa ada bersama 💕. Alhamdulillah, selesai urusan mak di KK. Masa menunggu di farmasi saja lambat sedikit sebab ubat untuk mak tu tak ada stok pula di KK. Pergi ambil di HSB. Keluar dari KK, kami singgah makan dulu di kedai berdekatan dengan KK. Lupa pula nama kedai makan tu apa.



Esok harinya kami lunch di Nak Nak, IOI Mall Damansara sebelum hantar abang Ariq pergi training bola. Anak-anak ni semuanya suka makan di Nak Nak. Sebelum ini nampak Nak Nak di Elmina Lakeside Mall tapi tak rasa pun nak makan. Sejak buka di IOI ni barulah kami mencuba. Setakat ini dah makan empat lima kali jugalah. Kedainya tak putus customer masuk.





Lusanya teman enZaf pergi ke klinik. Telinganya sakit, terasa berdesing dan tak selesa. Buat dia sakit kepala. Ini klinik ke dua pergi, klinik mula-mula dia pergi tu sekadar bagi ubat tahan sakit.



Klinik ke dua ini ada alat scan dalam telinga. Kata doktor dalam telinganya ada air dan membengkak. Jadi dah sedut bawa keluar. Doktor bagi sekali ubat vertigo. Kena datang follow up selepas itu nak tengok keadaan dalam telinga semakin baik atau tidak. Lobi klinik ada lampu chandelier. Cantik tapi lupa nak ambil gambar 🤭.

Wednesday, August 26, 2026

Qaireen Merdeka



Baju Kurung Merdeka Qaireen pakai ini baju yang sama masa dia di Genius Aulad [link]. Singkat sedikit bajunya tetapi masih muat 😅. Ai hanya beli skirt merah sahaja sebab dah ketat dan singkat banyak. Selagi boleh berjimatkan. Diriku memang tak berbelanja sangat bab pakaian beragam di sekolah. Kalau ada pakai, kalau tak ada pakai baju sekolah atau pj sahaja hihi.. Mujurlah Qaireen sama macam kakak-kakak dan abangnya, sejenis tak kisah sangat 🤭.



Lepas ambil gambar di dalam rumah baru perasan terlupa pakaikan cekak. Ambil lagi sekali dalam kereta. Semoga bertahanlah cekak itu di atas kepalanya. Oh ya, merdeka tahun lepas pakai baju yang sama juga dan baru perasan tak masukkan pun cerita tu dalam blog. Entah ada ke tidak gambar kena check dalam galeri handphone ni 📱. 



Lepas hantar Qaireen, pergi lunch dengan enZaf. Aliah balik lambat sebab ada kelas tambahan. Setiap kali kelas tambahan Biologi, cikgunya mesti hantar gambar dalam parents group. Sukalah dengan cikgu yang rajin begini. Boleh simpan buat kenangan. Tapikan geram je tengok tudung dia. Tak pernah nak pakai elok-elok. Trend budak sekarangkan, sebelah lipat sebelah lagi biar gitu je. Lipat pula setinggi yang boleh 🙄. Haish...



Masa ambil Qaireen balik dari sekolah, tanya dia ada tak masuk pertandingan pakaian merdeka. Katanya tak sebab dia tak nak naik stage hahaha.. lagi pun semua baju nak sama je kan. Tiada kelainan sangat jadi tak perlu naik stage bagai. Sabar je lah dengar apa dia cakap.