Showing posts with label Zahra. Show all posts
Showing posts with label Zahra. Show all posts

Friday, June 5, 2026

Tawaran Belajar Selepas SPM 2026

Syukur Alhamdulillah, akak Zahra dapat tiga tawaran untuk menyambung pelajarannya selepas SPM. Pertama dia dapat tawaran di Tingkatan 6. Ai tak screenshot pun yang tingkatan 6 ni. Yang tahu dia dapat aliran Sains tetapi penempatan tiada. Kena pergi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk dapatkan tempat belajarnya.

Kemudian, akak Zahra dapat tawaran di Matrikulasi pula. Tak sangka dia dapat dekat saja, masih di dalam negeri Selangor. Masa dapat keputusan Matrikulasi ini keluar, ramai kawan-kawan sekolahnya berkongsi penempatan mereka. Rata-rata ramai dapat di Selangor dan Melaka. Ada juga yang dapat tempat lain seperti Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Bertambah seronok, ke dua-dua bestfriend Auni dan Tisya pun dapat sama juga di Selangor.



Akhir sekali, dia dapat tawaran melalui saluran UPU. Alhamdulillah, dia mendapat pilihan pertamanya. Bukan senang juga ya nak apply UPU ini. Banyak benda ai belajar, cara nak mengisi permohonan. Masa itu jugalah belajar pengiraan merit. Ya ai siap masuk taklimat secara online mengenai sistem UPU ini. Anak pertamakan, kena juga belajar. Tapi pada masa yang sama juga, akak Zahra pun belajar mengisi semua permohonan baik dari Matrikulasi hingga ke UPU. Akak Zahra sendiri yang menyusun program pengajian di dalam UPU. Di dalam UPU menyediakan 12 pilihan tetapi akak Zahra hanya letak 6 pilihan sahaja. Minimum enam, dia tak berani nak letak lebih takut dapat pilihan yang dia kurang minat. Ai hanya pastikan dia lengkap mengisi permohonan dan tidak tercicir satu pun 🧐😵‍💫📋.



Bab merit ini, boleh tahan juga pengiraannya. Walaupun ianya secara straight forward kita masukkan saja gred setiap subjek tapi strategi pemilihan bidang/atau program pengajian itu pun penting. Kena letak pilihan berdasarkan merit. Merit kita hendaklah sama atau lebih tinggi dari merit di dalam UPU. Peluang untuk mendapat program pengajian itu lebih tinggi atau sebaliknya. Boleh saja kita letak satu program itu jika merit kita rendah tetapi peluang untuk mendapat itu tipis, walaubagaimanapun peluang untuk dapat atau tidak kita hendaklah berserah kepada Allah Ta'ala. Sekarang ini ramai yang pandai-pandai. Mana-mana pun tetap ada saingannya, tidak kira program pengajian itu tinggi atau rendah. Berbalik kepada rezeki itu. Yang penting, usaha, doa dan tawakal 🤲.

Bila dapat tahu saja tawaran UPU, akak Zahra terus decide pilih asasi. Memang dia nak sangat belajar di sini. Jadinya ai siapkan segala dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan semula yuran pengajian Matrikulasi yang telah Daddy dia bayar sebelum ini. Ya! masa dapat Matrikulasi tu, semua dokumen kami dah siapkan dengan yuran kecuali bahagian perjanjian yang melibatkan bayaran stamping dengan LHDN. Tuntutan boleh hantar melalui secara terus ke pejabat atau pun melalui pos. Dan kami pilih pos saja, buat pos laju mudah dan selamat. Oh ya! bestfriendnya Auni dapat tawaran di UM dan Tisya di UIA, masing-masing dapat asasi juga.



Malam ai teman enZaf ke kedai ikan. Kedai ini buka sampai pukul 12 pagi. Dia nak beli ikan untuk akuarium kecil ai. Ikan-ikan kecil ini mudah mati, bila tinggal seekor dua nanti dia akan top-up ikan baru 🐠. Begitulah kerjanya ehhehehe.. Dalam menunggu dia memilih tu, ai pun ralit tengok ikan laga. Suka betul tengok warnanya, merah menyala.. cantik sangat ♥️. Nampak katak comel 🐸, laju-laju hantar gambar kat akak Zahra. Dia suka la haiwan-haiwan gini 😅.







Monday, May 4, 2026

MyKad 18 Tahun

Alhamdulillah selesai pertukaran MyKad akak Zahra untuk 18 tahun. Akhirnya dapat tukar dengan gambar terbaru hihihi.. Masa MyKad pertama dia yang berumur 12 tahun itu, ai tak puas hati sangat bahagian gambarnya. Sebab tak cantik hahahaha... Masa dia buat kad itu, Daddy dia yang uruskan. Ai hanya tunggu di luar saja. Berbeza masa ai uruskan MyKad Aliah dan Ariq. Siap tengok gambar yang pegawai JPN ambil di kaunter elok ke tidak. Kalau tak elok memang minta ambil gambar semula. Tapi bila enZaf yang diuruskan ai tak tahu la dia tengok ke tidakkan. Jadinya gambar tu tidak menarik di mata ai huhuhu.. Kali ini ai sendiri yang pergi tengok. Padahal bila buat penukaran MyKad ini tak perlu pun penjaga, almaklumlah dah besarkan. Tapi ai ikut sampai ke kaunter hahaha.. peduli lah orang nak kata apa kan 😜. Baru la senang hati ini bila gambar terbaru MyKad dia lebih baik dibandingkan sebelumnya 💕.

Oh ya! kami buat MyKad akak Zahra di UTC Shah Alam. JPN cawangan di rumah dah tutup huhuhuhu 😞... kalau tak mudah saja buat dekat dengan rumah. Kali ini jauh sikit. Sama tempat masa awal-awal akak Zahra buat MyKad umur 12 tahun. Masa itu kena buat di Shah Alam sebab musim Covid. Siap search semula entry masa dia buat MyKad tu dalam blog ni [link]. Kami datang kali ke dua sebenarnya masa ni. Pertama kali datang macam tu saja, tahu tahu nombor giliran dah habis. Pegawai situ maklumkan seawal jam 9 pagi nombor dah habis huhuhu 😮‍💨.. lebih mudah buat appointment melalui online di laman web JPN. Melalui online pun kena cepat ya, kalau pilih tarikh hari hujung minggu, sebulan akan datang dah fully booked. Yang ada pun hari biasa, itu pun kebanyakkan dah banyak yang penuh.



Walaupun dah buat appointment melalui online, tetap kena beratur juga. Panjang betul, setiap hari macam ini apa yang pegawai JPN itu maklumkan. Rasa macam dah banyak cawangan pun tetap ramai di mana-mana. Gambar di bawah nombor giliran untuk membuat pertukaran MyKad. Kami tunggu hampir 50 minit, tak berganjak ke mana takut terlepas nombor. Tunggu sampai nombor dipanggil.





Nombor di bawah adalah nombor giliran menunggu MyKad siap. Masa ini kami dah tak tunggu di hadapan JPN, pergi Food Court isi perut sikit. Jangkaan siap dalam 20 minit. Terasa sekejap saja menunggu itu. Akak Zahra ambil MyKad dia sendiri, ai tak teman dah hahaha..







Mudah saja buat penukaran atau gantian MyKad untuk 18 tahun ini. Tak ada dokumen melainkan ingin membuat pertukaran alamat. Boleh rujuk pada laman web JPN terus untuk maklumat lanjut. Bayaran RM10 dikenakan secara cashless. Ikutkan sebenarnya ai dan enZaf nak tukar surat beranak tapi tengok keadaan yang sentiasa penuh ini, lain kali sajalah 🫣 Semalam kami main badminton anak beranak. Lama betul tak main badminton. Main tak seberapa tapi bangun pagi terasa ketat peha dan tangan lenguh ya amat 🤣.



Tuesday, March 17, 2026

Kakak Zahra 18!

Yey dapat celebrate birthday akak Zahra tepat pada tarikhnya 🥳. Selalu lambat sebab menunggu dia balik dari asrama. Kami plan berbuka puasa di luar tetapi tak ada buat booking atau mana-mana kedai makan. Hanya mencari bila kami sampai dalam shopping mall saja. Oh ya! kami ke IOI Damansara Mall. Dekat dan senang dari rumah. Akhirnya kami memilih Giraffe Cafe & Restaurant. Memandangkan kedainya baru buka, jadi haruslah mencubakan.



















Happy birthday akak Zahra yang ke-18 tahun 🎂🍝🎉🎈🎁. Sudah boleh tukar MyKad dengan wajah terbaru hehehe.. Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T walau di mana pun akak berada. Aamiin 🤲💕.



Birthday girl suka sebab kedai ini nama haiwan. Siap ada replika Zirafah di situ. Kena lah dengan jiwanya yang pencinta haiwan 🦒😅.



Sedap makanan di sini, boleh repeat lagi.

Monday, November 3, 2025

Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Ceramah Motivasi

Hari Sabtu pagi 1hb, sekolah akak Zahra ada buat Solat Hajat, bacaan Yasin dan ceramah motivasi untuk Tingkatan 5. Dari sebulan lepas ai eksaited nak pergi solat hajat ini, tup tup pada hari kejadian "cuti" pula. Tak dapat nak bersama akak Zahra huhuhu.. Qaireen pula tak berapa sihat, dia demam. Jadi enZaf cakap, takut bawa virus pula kat anak-anak SPM nanti. Dah la tengah musim Influenza. Dua gambar di bawah ini ai ambil dalam Whatsapp group. Simpan sebagai kenangan 🥰.





Kami sampai sekolah, ceramah motivasi belum habis lagi. Masa menunggu akak Zahra tiba-tiba muncul dia dengan membawa sedikit makanan dari Dewan Makan. Selesai saja semua, kami parents boleh bawa anak outing. Akak Zahra laju ajak Daddynya pergi Popular. Nak membeli stationary katanya.



Alang-alang dah keluar bawa dia ke The Curve, kami terus bawa dia balik ke rumah sekejap. Boleh la dia melepaskan rindu kat katil setelah sekian lama terperap je kat sekolah hehehe.. Di Popular ingat dia nak beli sikit saja, tahu-tahu penuh kat tangan dah hahaha.. Padahal dua minggu sebelum dah beli sikit untuk dia. Memang berhantu kalau masuk bahagian stationary ni kan, dari nak beli satu jadi banyak. Mujur tak ambil bakul tu 😂.



Oh ya! baju kurung dia pakai tu pinjam dengan junior. Dia tak ada baju kurung warna biru 🫢. Petang sikit baru kami hantar dia semula. Wajiblah ambil gambar dia sebelum masuk aspuri. All the best kakak. Semoga dapat menjawab soalan dengan cemerlang, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya sepanjang SPM ini. InsyaAllah 🤲📝.





Terima kasih anakku Aliah ambilkan gambar ini. Dia snap dari dalam kereta saja, malas nak keluar la tu hihi..



Saturday, August 2, 2025

Demam dan Outing

Kelmarin akak Zahra call, beritahu dia demam dan batuk. Aduhai, terus luruh jantung Mummy. Tinggal beberapa hari lagi nak mula trial paper. Dia kata dah makan ubat dan maklumkan pada warden. Hari Sabtu ai pergi lawat akak Zahra. Sorang je sebab enZaf uruskan Aliah ada latihan ragbi. Sempat lagi tu ambil gambar Genting.. tu tandanya sekolah dah dekat.



Masa lawat tu ai bawa akak Zahra pergi klinik. Demamnya dah kebah tinggal batuk saja. Mujurlah tak ramai orang, sekejap saja selesai.



Alang-alang dah bawa keluar, kami ke NSK. Nak keluarkan duit dan beli barang makan sekali.



Tengah nak membayar, terserempak dengan Iena. Dia pun bawa anak bujang membeli barang. Apa lagi lajulah ambil gambar hehe.. ajak dia makan tapi dia ada nak mencari barang lain lagi.



Dari NSK kami ke Secret Recipe (SR). Sebenarnya ada kawan-kawan akak Zahra join sama masa keluar ni, Auni dan Tisya.



Dalam SR ramai anak-anak Semashur juga bersama keluarga masing-masing especially yang Form 5 sebab dorang je yang tak boleh balik. Bertabahla parents Form 5 ya. Habis makan, dorang bertiga ni ajak ke kedai stationary pula. Layankan sajalah sementara belum pukul 6 kan haha.. duduk sekolah lama sangat, tepu dah otak mereka. Selesai semua terus hantar anak-anak ke asrama. Seronok dapat bawa keluar, pergi beli barang dan makan-makan. Untuk akak Zahra, semoga cepat sembuh ya. Lagi dua hari bermula dah kertas percubaan SPM. InsyaAllah segala usaha yang dilakukan ini akan mendapat hasil yang setimpal.



Oh! Sebelum balik, duduk kejap kat depan aspurinya. Bersembang dengan dia sampailah dah tak ada apa nak diborakkan hahaha... Gonna miss u kakak!

Monday, March 17, 2025

Akak Zahra is 17th!

MasyaAllah, anak sulongku sudah mencapai umur 17 tahun. Besar dah dia walaupun saiz badan kecil macam Mummy juga hehehe... Tak apalah kak tak besar dari Mummy, yang penting kamu sentiasa sihat dan ceria selalu. Itu lagi pentingkan. Kami sambut birthday dia awal dua hari sebab hari jadinya jatuh pada hari Isnin. Dan hari Ahad dah kena hantar dia balik asrama pula. enZaf ajak keluar ke Paradigm Mall. Akak Zahra minta hadiah buku, jadi kami terus ke Popular dan singgah mana-mana kedai yang dia berkenan. Layankan saja birthday girl nak apa. Tapi ada sorang tu dia usha barang kat Padini. Tahu dah dia tengok apa, ada Kuromi di situ hehehe... Mummy tak layan dia nak apa, hanya tengok saja 😅 Ai berkenan dengan kasut sneakers My Melody tu 👟🤭







Kami berbuka puasa di Blackbixon.















Happy 17th Birthday akak Zahra!!! 🍰🎉 Tahun ini dia ambil peperiksaan SPM. Mummy doakan akak Zahra dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik, tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang 🤲.



Daddy dia cakap habis exam SPM boleh buat lesen kereta pula. Yey.. senanglah nanti Mummy ada driver lagi sorang. Oh balik dari Paradigm, dia terus buat bunganya itu. Akak Zahra memang suka lah benda melibatkan craft gini. Kusyuk dia buat sampai habis.



Monday, February 17, 2025

Hantar Balik Asrama

Hantar akak Zahra pulang ke sarangnya sebagai kakak senior. Tup tup Tingkatan 5 dah dia. Entah berapa banyak kali ulang alik pun dah tak terkira. Tingkatan 5 ini pun kami tetap kena ulang alik banyak kali juga cuma kali ini hanya melawat dia sajalah. Dah masuk Tingkatan 5 ini dah jarang balik, hanya balik bila Pulang Bermalam Wajib (PBW) sahaja. Banyak jugalah barang dia packing. Ingatkan dia tak nak bawa gitar, tup tup letak tepi hehehe..



Kali ini dia tak mainkan gitar untuk Mummy dia. Kalau tahun sebelum ini, dia ada mainkan satu lagu sebelum kami bertolak. Ai pun tak minta sebab dah lambat hehehe... Masa sampai sekolah, rezeki dapat berjumpa dengan Aida. Lama betul tak jumpa dengan dia. Kalau kami sampai dia dah nak balik, berselisih kereta saja 🤭. Dah berjumpa haruslah bergambar sekali dengan Tisya. Bestie forever dorang ini.



Ni lagi sorang bestienya juga Fatin. Fatin ini baik budaknya, sopan dan cakap pun soft spoken je. Selalu jugalah ai pesankan kat Fatin ini kalau nampak Zahra macam luar kawalan, tegur-tegur sikit hahaha.. anak dara aku sorang ni ganas sikit orangnya. Kasar pun ya entah ikut siapa pun tak tahu 😅.



Lagi sorang bestienya, Auni. Yang itu lagilah bijak orangnya, top 5 students. Haritu tak nampak pula dia, mungkin dah sampai awal. Sebelum balik, wajiblah ambil gambar dengan akak Zahra. Sama je besarnya masa dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 ni. Mummy dia je dah makin mengembang hahaha..



Selamat menjadi akak senior akak Zahra 🫡. Tahun ini mencabar anak bagi anak batch Covid ini, sebab ini ada pertama kali dorang akan melalui peperiksaan besar. Tak pernah merasa UPSR dan PT3. Semoga impian dia tercapai. Mummy dan Daddy sentiasa mendoakan kejayaan buatnya. Haish.. tiba-tiba rasa sebak pula. Macam tak percaya anak sulong dah besar 🥲.