Sunday, October 31, 2021

Cuci dan Cabut Gigi


Sepupu ai Yana baru buka klinik giginya pada awal bulan Oktober. Alang-alang dah buka tu, kami bawa akak Zahra untuk cuci giginya sebelum masuk asrama. Sambil tu kami datang tanda support sempena pembukaan kliniknya :) Nama klinik gigi ialah Lissa Dental Clinic.



Kami datang waktu petang lepas solat Asar. Cantik sebenarnya klinik dia tapi gambar ai yang buat tak nampak cantik hehehe.. Anak-anak yang sibuk mengadap handphone masing-masing huhu..



Kalau nak diikutkan, lama dah kami ni tak pergi klinik gigi. Tak ingat bila kali terakhirnya, bila ai search balik berkenaan klinik gigi di blog ini, entry yang terakhir pada tahun 2015 [link] hahaha.. aduhai memang lama sungguh. Sebab tak pergi klinik gigi dah, kebanyakkan gigi anak-anak ai cabutkan. Masing-masing gigi dorang memang dah longgar sangat, itu yang buat sendiri je. Lepas tu bila masuk sekolah, gigi dorang ni memang dah check kat sanakan setahun sekali. Jadi lagi lah ai tak hantar ke klinik. Sejak pandemik je tiada check gigi dibuat. Buat masa ini kami buat untuk akak Zahra dahulu, kemudian nanti giliran anak-anak yang lain pula.



Saja ai ambil gambar akak Zahra sebelum mula masuk bilik. Dia tu sebenarnya fobia bab gigi ni tapi macam biasalah, ai ni kan mak yang garang. Paksa rela la :p Masa Zahra tengah cuci gigi ai tak ambil pun gambar, tengah seronok berborak dengan Yana sebab kami lama tak jumpa sejak Covid ni. Akak Zahra bukan sahaja cuci gigi, dia pun ada cabut gigi juga. Ada giginya dah goyang, alang-alang tu ai suruh je la cabut. Yang buatkan gigi Zahra ni, suami Yana Dr. Adib. Suami isteri dentist, untungla buka klinik sendiri hehehe.. Ai ambil gambar akak Zahra bila dah selesai sahaja.



Dalam mulut ada kapas itu. Masa cabut ada berdarah sedikit. Alhamdulillah dah besar, okay sangat-sangat la kalau nak bandingkan masa dulu. Siap hidangkan air teh lagi, bertambah lama la kami dalam kliniknya. Berborak panjang tahu-tahu je nak masuk waktu Maghrib.



Terus kami solat dulu sebelum beransur pulang. Tak ada lah tergesa-gesa kejar masa nak solat nanti. Terima kasih buat Dr. Liyana dan Dr. Adib atas layanan yang diberikan. Semoga bisnes kalian terus berkembang dan maju jaya. InsyaAllah ada rezeki kami datang lagi.



Sekarang ini di klinik mereka ada buat promosi. Boleh la singgah di Instagram atau pun Facebook dengan search Lissa Dental Clinic. Kliniknya terletak di Shah Alam, bersebelahan dengan bangunan Jakel dan di atas Zus Coffee. Menarik sangatkan, minum kopi lepas tu cuci gigi. Tak pun lepas cuci gigi minum lepak di Zus Coffee hahaha.. mana-manalah yang korang suka :p



Tahniah sekali lagi buat sepupuku. Oh ya ni sepupu yang ke dua buka klinik gigi. Sorang lagi sepupu Dr. Khairul buka klinik gigi di Putrajaya. Tak pernah lagi ke sana. Tapi lama dah tak silap 5 tahun dah kot. Sorang lagi sepupu buka klinik biasa, Dr. Khairi. Yang ini lagi jauh kat Seremban 2. Oh ya, ada sorang lagi sepupu Dr. Nadiah tahun lepas habis belajar medik, dan sekarang dia di Hospital Taiping. Ramai sepupu ai belajar medik dan bakal menjadi doktor. Hebat-hebat mereka semua ini.

Monday, October 25, 2021

Santai Seketika di Pantai Remis


Alang-alang kami makan Mee Udang Banjir di Kuala Selangor [link], adik ai Yusreena ajak kami ke Pantar Remis pula. Jarak nak ke pantai ini pun tak berapa jauh. Memandangkan kami tak pernah pergi ke Pantai Remis, jadi apa salahnya singgah sekejap. Boleh tahan ramai juga orang nak ke pantai ini. Jem sekejap bila nak dekat sampai, mujur tempat letak kereta di kawasan ini agak besar.



Ai tak sure pantai ni boleh mandi ke tak sebenarnya, tapi tempat kami lepak ni memang tak boleh mandi. Persisiran pantai di sini telah ditambak dengan batu. Hanya boleh tengok air laut sahaja lah hehe... Mujur Qaireen tak minta mandi. Dia memang suka dengan pantai, asyik je cakap ocean ocean banyak kali hahaha.. Abang Ariq kusyuk melayan bunyi ombak. Akak Zahra pun sama tapi sambil dengar lagu :)



Aliah dah jauh ke depan, duduk dekat atas batu yang berhampiran dengan air laut. Mak Su dia pun ikut join sama. Lama juga dorang berdua lepak di situ. Bff ke tu hehe..





Eh ada juga gambar ai ya hihi.. gambar candid dari enZaf. Rasanya masa ni kami nak turun dari tempat batu ni. Cantik pula tengok gambar dia snap. Terus masukkan dalam Instagram. Gigih okay panjat batu-batu nak tengok air laut. Mujur tak tersadung dengan pakai skirt bagai. Nasib baik juga pakai ballerina shoes je. Kalau pakai wedges ke heels ke memang berkaki ayam la nak panjat :p



Mak Su belanja main bubbles. Aliah dan Ariq tukang kibas bubbles, Qaireen tukang tangkap bubbles tu terbang. Seronok tengok anak-anak main. Macam-macam juga ada kat Pantai Remis ni. Gerai makanan pun banyak. Oh ada trains lagi tapi tak tahu pusing mana. Kami tengok je. enZaf memang tak nak ajar anak-anak naik trains. Terutamanya trains dalam shopping mall tu kan. Sekali ajar nanti nak naik lagi :p







Masa anak-anak main bubbles ni, ada satu bahagian nampak ada ular. Boleh pegang dan bergambar dengan ular kalau nak. Bayarannya seikhlas hati. Saja ai tanya akak Zahra nak pegang ular tak. Sekali dia jawab nak. Daddy dia pun bawa la ke orang yang pegang ular tu. Bila Tok Abah nampak akak Zahra tengah pegang ular, cepat-cepat dia panggil ai suruh ambil gambar.





Seorang pencinta haiwan. Tak sangka dia berani pegang ular. Ai boleh pergi dekat dengan ular tapi tak boleh pegang. Geli dengan kulitnya. Kalau haiwan yang berkulit licin macam ni, memang ai takkan pegang. Pernah sentuh sekali je, tapi lama dah masa zaman bujang. Licin dan sejuk je rasa ular ni. Oh ya, dekat Pantai Remis ini ai nampak ada peniaga menjual ikan segar dan hasil laut lain seperti ketam, udang dan macam-macam lagi. Tapi kami tak singgah pun tengok. Penat dah nak hari dah gelap, nak cepat-cepat sampai rumah je hehe.. Apa pun seronok dapat berjalan dengan family.

Sunday, October 24, 2021

Mee Udang Banjir Kuala Selangor


Adik ai Yusreena ajak jalan-jalan cari makan Mee Udang Banjir pada waktu weekend. Disebabkan Abah asyik sahaja tunjuk gambar Mee Udang kat Adik hehe.. jadinya demi memenuhi impian dia nak makan Mee Udang Banjir, kami pun keluar beramai-ramai. Lama sangat pun Abah dan Mak ni duduk rumah, eloklah ambil angin di luar sekejap. Ai hanya ikut sahaja mana Adik nak bawa dan kami berhenti di Mee Udang Banjir di Kuala Selangor.



Terima kasih buat enZaf sudi berhentikan kereta sekejap semata untuk ambil gambar signage ni :p Nak ikutkan sebenarnya, gambar yang Abah tunjuk kat Adik Mee Udang tu terletak di Tanjung Karang, tapi Adik kata kat sini lebih ramai orang singgah. Katanya lebih sedap. Memandangkan kami tak tahu kesedapan Mee Udang Banjir yang lain, jadi tak salah kalau hendak mencubakan :)



Gambar di atas antara menu yang disediakan dalam kedai makanan ini. Ada 4 jenis Udang iaitu Udang Galah, Udang Laut, Udang Putih dan Udang Harimau. Kita ada pilihan jenis masakan yang dikehendaki. Disebabkan kedai ini laku keras Mee Udang Banjir jadi itulah pilihan kami di sini.



Zahra, Ariq dan Qaireen tak makan Mee, enZaf belikan mereka Nasi Goreng. Ada juga makanan sampingan yang dijual dalam kedai itu seperti Keropok Lekor, Sata, Udang Goreng Tepung, kuih-muih dan macam-macam lagi.



Dua jenis Mee Udang Banjir kami order iaitu Mee Udang Galah dan Mee Udang Laut. Ai sempat bertanyakan pada tukang ambil order kat situ yang mana sedap. Dia recommend Mee Udang Laut ini sebabnya lebih manis. Gambar kat bawah ini Mee Udang Laut.



Tak berapa nampak sangat Udang Lautnya tapi banyak ekor juga dalam tu. Sebab saiznya kecil nak dibandingkan dengan Udang Galah yang nampak besar atas mangkuk tu kan. Ternyata Mee Udang Laut ini lebih sedap dan manis. Tapi siapa yang suka makan kepala udang, memang ai suggestkan korang order Mee Udang Galah tu. Mee Udang Galah pun sedap juga. Suka supnya, kuahnya macam makan Mee Bandung pun ada juga. Masa mula-mula order, bukan main sorang satu mangkuk. Sekali tak boleh nak habiskan sebab Meenya banyak sangat, bagi ai boleh kongsi dua orang makan.



Ambil gambar Abah, Mak dan adik-adik ai sebelum makan. Meja kat sana tiada yang jenis panjang dan tidak boleh sambung. Jadinya terpaksa makan secara berasingan meja. Mujur dapat meja berdekatan. Adik ai Nani dan Fahmi sampai lambat sikit, mereka berdua dari Batang Kali. Nani akan bermalam di rumah Mertua pada hari minggu.



Gambar kami sekeluarga pula. Diambil dengan menggunakan handphone adik ai. Tak tahu kenapa warnanya lain sangat haha..



Masa pergi makan-makan Mee Banjir ni, kami baru sahaja balik dari Pulau Redang. Muka anak-anak kelihatan sunburn dalam gambar ini. Ai pun ada sunburn sikit tapi tak nampak sangat, mungkin disebabkan cahaya matahari buat nampak cerah sikit hihi... Oh ya Mee Udang Banjir kat Kuala Selangor ini sedap. Kedainya pun besar dan bersih. Servis pun agak laju walaupun orang ramai, tak putus-putus tengok pelanggan masuk. Oh ya, surau pun disediakan.

Tuesday, October 19, 2021

Bunga dan Table Runner dari Kaison


Masa pergi Kaison sebelum ini, ai ada beli bunga [link]. Beli je bunga sebabnya cantik tapi tak tahu nak letak kat mana hehe.. Sampai rumah baru la belek keliling tempat nak tengok mana sesuai bunga ini nak diletakkan. Mata ai nampak pasu di wall shelf atas tv. Keesokkan harinya ai minta enZaf bawa turun pasu bunga tu, nak buat sendiri kena ambil tangga sebab tak sampai hahaha..



Gambar kat atas ni, hasil tangan dari enZaf. Dia sendiri yang susun atur bunga dalam pasu tu. Semuanya dari Ikea. Lupa pula ai nak masukkan hasil dekorasi dia dalam blog ini. Masa PKP3.0 ke atau sebelum tu, dia ada pasang wall shelf atas tv. Siap dengan susun atur hiasan atas tu. Ai ada ambil gambar tapi nak kena cari semula dalam handphone ni ada lagi ke tak. Berbalik pada cerita bunga, gambar di bawah ini hasil tambahan dari tangan ai. Hanya satu tangkai bunga je ai bawa keluar sebab tak muat. Yang lain tu ai campurkan saja dengan bunga yang beli dari Kaison :)



Nampak lebih cantikkan sebab penuh hehe.. untuk mata ai lah cantik :p Bukan bunga je ai beli kat Kaison, table runner pun ada juga. Sempat ambil masa nak ke cashier. Laju je tangan tu kan. Sejak pasang stiker kat meja makan tu, tak pakai dah table cloth [link]. Bila tak pakai table cloth rasa macam kosong je meja tu. Itu yang beli table runner pula.



Terus nampak berseri. Bila tengok balik meja makan ni, terdetik pula hati nak beli bunga baru untuk meja tu hahaha.. ada je kan nak beli itu ini. Ikutkan hati dan nafsu macam-macam nak beli, janji ada duit. Tak gitu :p Oh ya, kerusi meja makan tu dah ada kusyen. Beli masa pergi Ikea awal-awal dibenarkan makan di luar satu keluarga [link]. Nampak cantik sudah meja dan kerusi makan. Niat nak beli meja makan baru tu pun dah tak ada. Selagi boleh pakai kita pakai je selama yang boleh :)

Friday, October 15, 2021

Decorate Kek Sendiri


Baru perasan lupa nak masukkan cerita kek Aliah. Itu pun sebab nak delete gambar lain ternampak gambar Aliah ni. Masa birthday Aliah bulan lepas, Mak Tehnya belikan kek untuk Aliah tapi kek tu perlu decorate sendiri.



Mak Tehnya beli kek di Petit Delicacies. Boleh search di Instagram untuk lebih lanjut. Bila buka kotak tu comel je dengan kek dan bahan-bahan yang disediakan. Macam surprise box pula kan. Jangan katakan anak-anak seronok, maknya yang tengok pun tersenyum gembira hehe..



First time Aliah buat jenis macam ni. Suka dia dapat deko. Awal-awal tu agak kekok nak buat, tak pandai nak pakai sugar icing sampai comot-comot tangan dan kek dia hahaha.. tak pe lah nak oi, memang nak bagi korang ni seronok-seronok.



Boleh tahan banyak juga bahan diberi. Kalau nak letak semua atas kek tu memang penuh. Aliah letak sikit-sikit je, yang lebihan tu dia nak makan macam gitu je. Gambar bawah ini adalah hasil deko kek birthdaynya sendiri hihihi..



Semestinya lah nak ambil gambar dia dengan kek. Suka dan puas hati dia.



Sambil tu kami nanyikan lagi lagu birthday buat Aliah. Seperti biasa Qaireen pun akan menyibuk sama juga. Kami pun menyanyikan lagi sekali lagu birthday untuk dia pula hahaha..



Dah selesai semua masa untuk makan. Dalam sekelip mata je kek ini habis.



Sebenarnya Mak Teh dorang ni beli 2 kotak kek di Petit Delicacies. Katanya ada promo kalau beli dua. Jadinya dia ambil dua kotak tu dan setiap kotak ada hiasan untuk girl dan satu lagi hiasan untuk boy. Untuk boy, giliran Ariq pula deko keknya. Ikutkan dia nak buat hari yang sama juga dengan Aliah. Ai minta dia buat keesokkan harinya. Kalau buat dua-dua kek sama hari, jenuh pula nak habiskan nanti.



Menarik sangat konsep jual kek macam ni. Keknya simple saja, jenis Butter Cake. Tapi keknya sedap dan lembut. Semua anak sukakannya. Berbaloi pun iya juga, ada aktiviti yang boleh dibuat sebelum makan hehe.. Kalau bukan harijadi pun ai rasa okay je nak beli :)

Thursday, October 14, 2021

Ke Kaison, Mr Diy dan Daiso


Cerita hujung bulan September. enZaf ajak keluar, tak pergi jauh mana pun. Setakat ke OU sahaja. Alang-alang dah keluar tu cari bahan-bahan seni untuk Aliah sekali. Sebelum mencari barang, kami lunch dahulu. Ai ingat nak makan di Madam Kwan's tapi anak-anak nak makan di Teppanyaki pula. Ikutkan sajalah selera anak-anak. Begitu lah kita mak-mak ni kan, asalkan anak suka kita pun turut suka jua :)



Selesai makan ai ajak pergi ke Kaison. Tak ada benda pun nak beli sebenarnya, tapi ai suka masuk dalam tu. Macam menarik je cuci mata. Eh cuci mata la sangatkan, tahu tahu je kat tangan dah ada barang :p Suka Kaison ni barangnya banyak menarik dan harganya pun berpatutan.



Bila dah masuk dalam Kaison ni, enZaf pun beritahu anak-anak ambillah barang apa nak. Akak Zahra dan Aliah ni ai tahu dah, dorang berdua mesti mecari notebook. Dorang ni suka melukis anime, baru-baru ini ai nampak akak Zahra suka lukis bunga. Kebanyakkan bunga dia lukis tu mesti tunjuk kat ai. Bukan setakat lukis bunga sahaja, dia akan tulis sekali info mengenai bunga itu :) Ariq seorang je tak ada nak beli apa di Kaison. Barang dalam Kaison ni kebanyakkannya barang perempuankan hihi... Dia minta nak beli coklat.



Daddy dia cakap, barang yang anak-anak ambil ini kira reward sekali untuk pencapaian mereka dapat Anugerah Murid Terbaik [link]. Mujurlah anak-anak ini pun sejenis yang tak meminta sangat. Kalau Daddy bagi certain amount untuk pilih barang pun dorang semua okay sahaja. enZaf ni sejenis yang tak mengajar anak-anak semua perkara boleh dapat dengan mudah atau senang. Kalau nak sesuatu kenalah tunjuk hasil ;) Tengah belek-belek bahagian bunga, ai berkenan dengan satu bunga ni. Bulat-bulat comel je kan, dengan warna pastel tu. Saja-saja tanya enZaf boleh tak nak beli satu dua, dia jawab okay. Laju-lajulah kita pilih haha..



Beli saja-saja je sebab cantik. Tapi tak tahu nak letak kat mana. Nanti kat rumah baru fikir :p Tapi cantikkan kalau letak banyak-banyak macamtu. Keluar dari Kaison, terus kami menuju Mr. DIY. Di situ nak mencari barang seni Aliah. Ada beberapa bahan lagi yang tak cukup dan ai sambung mencari di Daiso pula. Kat Daiso ai masuk seorang sahaja, kalau bawa semua lagi lama duduk dalam kedai. Ini pun kami masuk setiap kedai dengan cepat-cepat je, tak nak lama sangat duduk dalam shopping mall.



Sementara menunggu enZaf beratur dan bayar, sempat minta Ariq ambilkan gambar. Aliah tak ada sebab dia ikut Daddynya ke cashier. Bila enZaf keluar, ai bergambar pula dengan dia. "Banker" bergerak ai ni hihihi...



Barang-barang yang beli kat Kaison. Beli sikit macam ini pun dah buat ai gembira. Masa nak menuju ke cashier tu sempat tangan ai grab table runner hehehe..



Wednesday, October 13, 2021

Birthday in Advance Tiba-tiba


Tak tahu nak letak tajuk apa hehehe.. Masa hari birthday enZaf kami tak sempat nak sambut. Pada mulanya ai plan nak beli belon dan kek hari itu tapi bila enZaf Whatsapp beritahu yang dia balik lambat sangat sebab ada meeting, jadi terpaksalah ai batalkan niat nak surprise kan dia. Elok juga dia message, kalau tidak penat menunggu, kesian kat anak-anak nanti. Tapi gambar di bawah ini adalah gambar awal 2-3 hari sebelum birthdaynya kalau tak silap ai. enZaf ada order Pizza untuk dinner, makan sambil tengok badminton.



Dah kenapa menjelir lidah Qaireen oi.. terliur tengok pizza tu sebab lapar sangat ya hihi.. Lagi pun Qaireen memang suka makan pizza. Dia boleh makan dua keping sekali hadap. enZaf ada juga order satu dessert, ai tak ingat apa namanya tapi dalamnya macam custard. Masa ai tengok dessert tu laju meluru ke dapur ambil Happy Birthday stick dan cucuk atas dessert tu hahaha...



Terus auto birthday dia hari itu hahaha.. patutla buat awal, petanda tak dapat sambut pada hari birthday dia rupanya. Jadi ai pun ambil gambar dia. Happy Birthday in Advance enSuami!! Semoga sentiasa dalam limpah kurnia Allah S.W.T :) Ai ada belikan baju-baju untuk dia. Tshirt sahaja brand kegemaran dia. Sambil beli tu sempat lah selit sehelai untuk diri sendiri hahaha..



Bajunya sampai dah lepas birthday dia hehe.. Anak-anak pun tak ketinggalan bagi kad untuk Daddy dorang. Ambil gambar masukkan dalam blog sebagai kenangan. Anak-anak bagi kad ini pada waktu pagi sebelum Daddy dorang keluar kerja. Hanya kad-kad ini sahaja yang enZaf dapat pada hari harijadinya ;) Konon nak beli belon dan kek untuk surprisekan dia lepas balik kerja tu tak dapat buat. Okay berbalik pada kad. Kad di bawah ini dari akak Zahra.



Gambar kat bawah ini, kad dari Aliah. Dia malas nak warna. Nampak kusam je kad tu kan. Bila buka dalam kad tu, bukan main panjang ayatnya. Dia cakap dia ambil dari Internet hahaha.. Jadi lah nak oi, nampaklah ada effort di situ nak bagi wish dengan tulis tangan buat Daddynya kan.



Gambar terakhir ini kad dari Ariq. Terkejut ai sebab ini merupakan kali pertama dia lukis kad berbeza dengan kad-kad dia buat sebelum ini. Ariq pun sama macam Aliah, dia lukis ini cari di Google. Katanya ambil yang senang nak buat hehehe.. Nasib baik dia lukis pakai magic colour pen. Ceria la rupa kad tu kan :)



Berbeza anak lelaki dan anak perempuan tulis kad kan. Yang perempuan bukan main panjang berjela tulis. Lelaki short and simple je hihi..

Tuesday, October 12, 2021

Nasi Lemak Wanjo Kampung Bharu


Pertama kali ai datang makan kat kedai Nasi Lemak Wanjo ini. Sebelum ini enZaf hanya bungkus dan makan di rumah sahaja. Kalau dia ada kerja di KL, selalunya memang dia akan beli Nasi Lemak Wanjo ni. enZaf memang suka sangat. Ai suka pada nasinya, sedap dan berlemak. Sekarang ni susahkan nak cari nasi lemak yang nasinya tu sedap.



Suasana dalam kedai ni pun ai suka, bila masuk dalam luas rupanya. Dari luar tak perasan pun kedainya besar. Kedainya pun bersih sahaja, selesa la bagi ai. Surau pun disediakan, jadi tak ada masalah kalau nak solat. Meja di sini tak boleh sambung, jadi kami terpaksa makan berasingan. Satu meja hanya dibenarkan seramai 4 orang sahaja, bila "tentera" ramai ni kena lah bahagi satu meja 3 orang hehe..



Selalu juga kami makan secara berasingan meja sejak PKP ni. Mujur anak-anak jenis tak kisah. Ai pun okay saja asalkan meja kami berdekatan.



Ada pelbagai jenis lauk juga disediakan untuk dimakan bersama dengan Nasi Lemak. Boleh tahan sedap juga masakannya, bagi ai kena dengan tekak. Dan paling penting anak-anak suka makan, bila dorang semua suka kita pun rasa seronok dan puas hati.



Gambar kat atas ni, enZaf beli Bangpi Lekor Chips dengan kawannya. Support kawannya berniaga. Tak ingat pula nama kawan dia tu, dan dia minta bergambar dengan Lekor Chips ini, jadi Daddynya ambil Qaireen jadi model kopok :p Asalnya adalah Keropok Lekor yang dipotong ala chips dan digoreng. Dapat sekali dengan sosnya. Sedap, kudapan yang sesuai sangat bila kita tengok tv sambil mengunyah :) Know know je dah tinggal separuh hahaha.. bahaya sungguh.

Monday, October 11, 2021

Projek Sains: Aplikasi Ketumpatan Tahun 3


Cikgu Sains kelas Ariq beri tugasan untuk menghasilkan projek mengenai ketumpatan. Lama dah cikgunya bagi tugasan tu, dalam bulan September. Tak silap ai cikgunya beri tempoh selama 3 minggu untuk menghantar projek tersebut. Seperti biasalah anak-anak ai ni, suka buat last minutes. Esok due date, hari ini baru la huru hara nak buat huhuhu.. Tambah pula dengan ai pun malas sama. Kalau nak buat projek ni, bukan boleh lepaskan kat anak 100 peratus. Nak nak yang memerlukan rakaman video. Dah sah-sah la ai yang menjadi tukang rekod video tu. Belum masuk lagi dengan penyediaan bahan, persiapan wardrobe atau pun tempat, penulis skrip dan video editing hahaha.. boleh buka syarikat produksi macam ni. Walaupun tak berapa pandai sangat, tapi boleh la buat sikit-sikit. Asalkan videonya terang dan jelas, submit sajalah kerja tu kan :)



Cikgu Sainsnya dah beri cadangan projek untuk dibuat di dalam GC, murid-murid boleh memilih dari cadangan tersebut. Ai bagi Ariq pilih sendiri projek yang nak dibuat, dan dia memilih ujikaji dari ketulan ais dan minyak ke dalam air. Gambar di atas tu hasil dari ujikajinya. Di bawah ini adalah video projek tersebut. Simpan dalam blog sebagai kenangan.



Lupa nak ambil gambar satu satu perjalan videonya. Ai nak cepat-cepat siap je. Buatnya pada waktu malam dengan mata pun dah mengantuk. Harap-harap cikgunya puas hati lah dengan hasil kerja Ariq. Rambut Ariq tu bila lah nak potong, rimas tengok tebal dan panjang sudah hehe..