Tuesday, July 11, 2023

Pankek di Gram


Sambungan dari entry sebelum ini [link]. Ketika abang Ariq dan kawan-kawannya bersuka ria di dalam 6Fundays, kami singgah dalam Kafe Gram. Kedainya betul-betul berada di bawah 6Fundays ini.



Keadaan di dalam kafe ini cantik dan bersih. Walaupun masa ini kami baru sahaja selesai makan tengahari tapi tetap nak makan lagi sebab nak merasa punya pasal hehehe.. enZaf pula pantang kalau ajak makan dessert, memang laju saja dia tu. Sementara menunggu makanan sampai seperti biasa ai akan ambil gambar.







Disebabkan pankek yang diorder agak lambat nak siap, kafe ini berikan kami fries secara percuma.



Bukan lambat sebab servis tetapi penyediaan pankek itu sendiri memakan masa agak lama, tak ingat pula dalam berapa minit. Kebetulan kami pun tak kisah sebab perut masih kenyang lagi :) Gambar di bawah inilah pankek yang dinantikan hihihi.. Souffle Pancake.





Dalam kekenyangan itu, enZaf order dua pankek yang lagi satu pankek ada buah-buahan. Sedap dan lembut je pankeknya. Nampak sahaja macam kecil dan sedikit tapi jenuh juga lah nak menghabiskan. Penuh perut dibuatnya :)



Aliah peminat buah Strawberi, tiba-tiba teringat masa sekolah rendah hari-hari dia bawa bekal buah Strawberi ni. Daddy dia cakap mujur dia sorang sahaja yang suka hahaha...



enZaf lepas makan dia terus keluar pergi jumpa orang, tinggallah ai, Aliah dan Qaireen sahaja di kafe ni. Nak balik rumah rasa malas, jadi tunggulah lagi sejam dalam kedai sementara menunggu Ariq habis. Qaireen dah buat macam rumah sendiri melompat dan menari, nasib baik tak ada orang dah.



Tepat pukul 6 petang kami tunggu Ariq di luar tangga masuk 6Fundays dan sempatlah ai rakam video pendek masa dia dan kawan-kawannya turun tangga :)



No comments: