Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Monday, January 16, 2017

Hari Terakhir 2016


Hari terakhir 2016 31hb Disember
kami pegi ke Ipoh tanpa dirancang.
Tetiba pagi tu Zaf cakap
jom la gi jejalan kat Ipoh.
Kita ape lagi okay je la.
Tapi idak le bertolak pagi tu jugak.
Lepas Zuhur baru keluar.

Sepanjang highway tu cuaca redup je,
kejap kejap hujan
tapi hujan rintik2 yg manja gitu.

Nak sampai Ipoh berkabus je kat gunung bukit semua.
Memang cuaca sejuk dan nyaman.



Dalam pukul 4 lebih kot sampai Ipoh,
Zaf terus bawak gi Restoran Nasi Vanggey.
Katanya yg ni cawangan.
Asal dia kat town tp situ sblm kul 4 dah habis.



Tak kisah la mana,
janji dapat jua la merasa yg org
dok kata nasi vanggey vanggey ni.
Padaku okay la sedap.



Kemain sengeh.



Zara Aliah tak makan,
dorang dah kenyang makan dalam kereta.
Macam2 Daddy dia beli tuk dorang ngunyah.

Aliah amikkan gambar ni.
Tq Adik!!



Habis makan kami terus ke rumah adikku Hana.
bersih2kan diri dan solat.
Lepas Maghrib Zaf ajak keluar.

Nak bergambar ngan Akid
tp tak dilayan huhuhuh.



Husband Hana takde sbb kena bertugas.
Malam New Year harusla polis sibuk.
Kami pegi Ipoh Parade.



Sempat kami berkaraoke.
First time anak2 ni nyanyi ngan Aira.



Kat karaoke ni giler sejuk okay biliknya.
Menggigil betul.
Ekonnya centralised..pastu takleh adjust.
Dorang bagi blanket pun tak cukup panas.
Bila makanan sampai ape lagi,
serbu la makan bagi badan tu panas sket.



Habis nyanyi kami terus keluar dari mall.



Masa tu dah kul 11 malam.
Depan Ipoh Parade ada dataran Majlis,
mmg situ jua la tempat sambut tahun baru.
Keluar2 dari situ harusla jem merata.

Jam nak dekat kul 12pagi pun kami masih sangkut kat jalan.
Nak dijadikan rezeki,
mmg tempat jem tu la,
ngam kami berdekatan ngan bunga api.
Rezeki anak2 tengok.



Aliah dah tido,
Daddy dia kejutkan..
dia bangun dengan mamai2.
Pastu sambung tido hahaha.
Nasib baik la Mummy ada amik video.
Esoknya dia tengok balik video tu.

Habis bunga api,
hantar adik ai balik umah.
Kami tak tido Ipoh,
balik hari je.

Sblm masuk highway
sempat tu kami makan dulu.
Time ni pukul 2pagi okay.
Makan nasi ngan tomyam ikan bagai.
hahaha



Anak2 semua tak makan,
dorang dah keletihan.
Hanya ai n zaf je gigih makan.
So azam nak kurus tuk 2017 tu abaikan je la.
Carry forward tuk next year :p


Saturday, June 4, 2016

Seharian di Ipoh


Sambungan dari entry laksa telur :) [link]
Lepas je dari makan laksa
kami terus ke Aeon.
Jalan2 pusing aeon
dan layan anak2 main.

Meriah giler bila semua naik bas ni.
Kecoh masing2.



Ntah bape kali round dah dorang ni.
Pun tak puas2 lagi.



MakSu ngan Akid.
Akid cuak sbb takut hihi



Dah rasa macam bawak
rombongan budak2 ke mall.
Nasib ada MakTeh control dorang.



Mari berdoa,
harap2 orang yg pegang baby tu
rasa nak baby lagi haha
Tiup tiup fuhhhh



Ikutkan Ariq sorang je
nak bergambar ngan Captain America.
Skali semua dtg menyibuk.



Ha yang ni dia dapat bergambar sorang.
Suka dia dapat gambar ngan hotwheels.



Pastu budak2 ni sambung lagi main game
yang pakai token2 tu
dalam Jusco.

Selfie ngan Akid plak.
Sblom ni dah selfie ngan Aira.
Kami warna sedondon. :)



Sebelum balik umah Angah,
sempat la singgah Chatime la,
Starbucks la menghilangkan haus.



Balik rehat solat.
Malam keluar balik
dinner dan terus balik kl.

Omar bawak makan kat Johan Classic
apentah nama penuhnya hihi.
Gambar kedai pun tak amik.
Tapi sedap2la lauk situ.



Seronok sekali sekala
berjalan2 pegi umah angah ramai2.
On the way balik kl takde jem
macam nak pegi paginya.
Dalam kul 12malam sampai umah.
Penat tapi seronok :)

Wednesday, June 1, 2016

Pekena Laksa Telur Goreng Bersarang


Sabtu lepas kami ke Ipoh.
Jalan2 gi umah adik.
Balik hari je.
Gi ngan family ai semua.

Pagi2 bertolak,
ya ampun jem giler okay atas highway.
Cuti sekolahkan..
plak tu semua nak bercuti sblm puasa.



Dah la cuti sekolah,
pastu atas highway pun byk accident,
lagi la sangkut teruk.
Kami berhenti breakfast kat Tapah.



Lepas Tapah baru jalan okay sampai la Ipoh.
Budak2 ni masuk2 umah,
terus la main.
Dalam kereta asyik je cakap
lambatnya nak sampai rumah MakNgah. :)



Seronok dorang dapat jumpa ngan Aira.



Ariq plak bukan kisah ngan Akid.



Dapat toys senyap la dia.
Nak plak penuh mainan kereta.
Tu PakNgah dia punya.
Giler kereta habis hotwheels semua dia beli.



Kami lepak umah Angah sampai la solat Zohor.
Lepas tu gerak keluar,
adik ai Nani ajak gi
makan Laksa Telur Goreng Bersarang.
Kebetulan dekat ngan umah Angah.



Fist time semua ke sini.
Angah pun tak pernah pegi walaupun dekat hihi
Cantik kedainya,
macam umah kat kampung.
Sampai2 kat dalam penuh,
so makan kat luar je.



Ini la rupa laksa telur goreng bersarang.
Selalukan laksa pakai telur rebus,
ni ganti ngan goreng bersarang ni la.



Not bad,
boleh tahan sedap laksanya.
Habis gak la makan.



Amik gambar dorang.
Seronok sbb semua ada.



Aliah pun sibuk nak menyelit lagi
bergambar ngan MakSu & MakTeh.

Wefie ngan Aira & Aliah.
Dorang dua ni citarasa sama.
Makan pun sama je.
Perangai jgn katala.
Sama gak hahaha
Degil kuasa 2.



Dari camera enZaf.
Sian mak ngan abah tak nampak,
tangan tak cukup panjang :p
Ada monopod tak bawah huhu



Tq PakNgah belanja kami makan laksa.
Lepas makan kami terus gi Aeon.
Nak jalan2 bersiar kat town Ipoh cuaca panas.
Jadi cari tempat ada aircond je la :)

Oh yer kalau nak rasa
Laksa Telur Goreng Bersarang ni,
ni alamatnya

No.1,
Jalan Margosa D/8,
Seri Margosa,
Taman Seri Botani.

Waktu Operasi
Jam 12.00 tengahari hingga jam 7.00 petang.
Tutup hanya pada hari Jumaat
.

Silalah waze :)

Monday, April 18, 2016

Ke Teluk Intan


Pergh lama giler tak pegi Teluk Intan.
Last pegi time bujang
holiday ngan kawan2 gi Pulau Pangkor.
Balik dari sana singgah Teluk Intan.

Kalini pegi sbb cousin Zaf kawin.
Kalau saja pegi mmg sampai sudah tak pegi2 hehe.
Cousinnya kawin kat Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Sblom nak sampai ke dewan tu,
nampak helikopter kat atas padang.
Sempat la enZaf benti tepi
bg anak2 tengok.
Nak nak si Ariq kemain la excited tgk helikopter.



Besar helinya.
Ada sorang makcik ke kakak bawah pokok tu,
terjatuh sbb angin heli tu kuat sgt.

Tak tau sape dlm tu,
yang pasti helicopter tu milik kerajaan :)
Ada tulisan dan bendera Malaysia kat situ.

Okay berbalik pada kenduri.
Ni la pengantin yg diraikan.
Cousin enZaf lelaki.
Comelnya je bagi ucapan tuk tetamu.



Anak2 ngan cousin dorang.



Masa ni dorang tengah main,
lari2 dalam dewan.
Dah buat macam umah okay.
Pastu ai stopkan dorang,
amik gambar jap.


we
kat photo booth.



haha tinggi sangat misai tu :p



Habis kenduri tu kami gerak nak balik.
Tapi seblom balik tu
harusla singgah kat Menara Condong.
Rugi la kan tak ke sana.



Ya ampun cuaca time ni
panas ya amat ok.
Pijar kulit semata nak amik gambar punya pasal.
Amik kejap je pastu berlari masuk
dlm kereta.



Sempat gak la lepak minum kejap kat
medan selera area menara tu.
Borak ngan makcik situ,
katanya lama dah kat Teluk Intan tak hujan.
Mmg panas ya amat.


Wednesday, February 25, 2015

Al Marzouq Chalet


Kami pergi ke Hutan Melintang untuk urusan sepupu ai yang nak bertunang. Kami bermalam di Al Marzouq Chalet yang diuruskan dari pihak keluarga perempuan. Sampai agak lewat juga dalam pukul 5 petang lebih.



Baru sahaja dalam beberapa minit kami di chalet ini Abah, Emak dan adik-adik pun sampai. Kami semua bertolak asing dari rumah hanya jumpa di sini sahaja. Kemudian keluarga Mak Lang dan keluarga Mak Teh pun turut sampai. Elok pula timing semua orang sampai serentak. Tapi tiada pula terserempak sepanjang perjalanan. Padahal banyak kali juga kami berhenti untuk makan dan minum hehehe..




Sempat snap sedikit sementara masing-masing menunggu kunci bilik.



Bilik kami untuk satu malam. Ada satu queen bed dan tambah tilam extra. Harga untuk satu tilam extra RM10.



Untuk makan malam kami disediakan di dalam kafe chalet ini juga. Semuanya diuruskan oleh pihak pengantin perempuan juga. Alhamdulillah keluarga pengantin perempuan sangat menjaga dan prihatin terhadap kami. Ruang kafe ini agak besar, sekiranya kita hendak membawa makanan sendiri dari luar untuk diletakkan dalam kafe ini dibenarkan. Hanya maklumkan sahaja pada pihak pengurusan. Selesai makan kita kena pastikan keadaan dalam kafe ini bersih dan tersusun seperti sedia kala :)



Anak-anak ni dah makan dan kenyang. Masa untuk main pula. Mujur lah ada "bibik" yang boleh jaga dan tengok-tengokkan. Azhar anak Mak Lang, dia memang suka dengan budak. Pandai melayan pula tu, elok sangat buat calon suami hehehe...



Banyak juga makanan yang disediakan untuk kami, tak terhabis semua tu. Memandangkan kafe tutup awal dalam pukul 9.30 malam, lebihan makanan terpaksa kami bawa keluar dan diletakkan diluar bilik Mak Lang. Nasib baik ada meja dan kerusi boleh la yang lelaki semua duduk lepak berborak di luar. Lagi pun ada 4 orang lagi cousins kami yang belum sampai. Bolehlah diberikan kepada mereka untuk makan bila dah sampai nanti.



Sementara menunggu yang lain kami yang perempuan ni menyiapkan sirih junjung dan beberapa hantaran yang perlu digubah sedikit seperti bakul buah dan sebagainya. Buatnya 2-3 orang sahaja, selebihnya hanya tengok sambil berborak termasukla ai hahahah...



Gambar kat bawah tu anak Azura, baby Ammar. Geram betul tengok dia, gebu dan padat. Pegang badan dia tu rasa tegap sangat. Hero ni memang kuat. Sepadat-padat baby Ammar tetap tak dapat kalahkan akak Zahra yang Michelin tu hihihi..



Keesokkan harinya sarapan kami pihak chalet uruskan. Kami semua makan nasi lemak. Sedap! Tak ambil gambar masa makan. Waktu ni baru selesai makan dan ai snap cuaca waktu pagi. Elok cuaca panas pagi waktu tu. Chalet ni ada satu bangunan sahaja dan ianya dua tingkat.



Untuk pertama kali duduk di Al Marzouq Chalet ini, Alhamdulillah ai puas hati. Biliknya bersih dan wangi. Nyamuk tu biasa la ada sedikit sebab duduk dalam kawasan kampung. Kalau nak rimas pun anak-anak je la. Anak bandar mana nak jumpa sangat. Itu yang ai dah standby bawa ubat nyamuk elektrik awal-awal lagi. Dah tahu mana tempat kita nak tuju dan tahu juga perangai anak-anak kita macamana. Senang plug in sahaja lah dalam bilik tu. Selesai masalah :) Gambar kat bawah ini harga untuk bilik di Al Marzouq Chalet. Untuk maklumat yang lebih details boleh tengok dalam Facebook. Search sahaja nama chalet. [link]



Lepas sarapan semua bersiap-siap untuk ke rumah bakal tunang cousin ai Azfar. Semoga urusan dipermudahkan untuk dia dan kami selaku rombongan wakil lelaki :)