Friday, April 28, 2017

Selepas Sukan


Habis dari sukan
kami balik rumah berehat.
Lepas Asar keluar balik.
Ke Paradigm Mall.

Kalau masuk myNEWS.com,
mesti anak2 terjah kat tempat ni dulu.



Skarang dah pandaikan jual toys
kecik2 dgn harga yg murah sket.
Tp bahaya tuk diriku..
ofkos anak2 nak beli.

Sebelum ni kalau ada pun,
Thomas & friends, My Little Pony or
Littlest Pet Shop.
Skarang dah macam2...
Terbaru Mini Mixies huhu
Tu seronok la semua dapat habuan masing2.



Early dinner,
makan kat Chili's



Nachos berpisah tiada hihi



Ni bergambar kat luar Uniqlo,
menunggu Daddy dorang beli seluar golf.
Isninnya nak pegi Bandung,
tak cukup seluar katanya.



Pastu jalan2 sambil cari bag.
Zaf nak cari hand carry tp
takde yg berkenan kat mata dia..

Jalan2 nampak kedai ice cream,
Zaf ajak cuba.



Anak2 semua pilih Oreo.
Ai pilih Ferrero Rocher.
Sedappppp!!




Thursday, April 27, 2017

Hari Sukan Sekolah 2017


Sabtu lepas,
sekolah Zahra Aliah ada hari sukan.
Cuaca pagi tu agak mendung,
sbb hujan sepanjang malam.
Pagi tu pun ada rintik2 sikit,
keadaan padang habis lecak.
Jadi perbarisan buat kat dataran je.



Tahun ni hampeh,
baju sukan tak sempat siap.
Tak tahu kenapa, malas nak tanya.

Aliah rumah kuning.
Ni first time sukan tuk dia :)



Zahra and the geng.
Tahun ni dia xmasuk apa2 acara pun.
Kesian hehehe



Aliah masuk satu game.



Ini budak menempel kat akak Zahra dia.
Sibuk nak main sama ngan kawan2 akak.



Lama jugak la kami kat sekolah tu,
nak menunggu acara Aliah tu
2nd last..huhuhu
sama cam kes tahun lepas [link].
Time Zahra pun sama lambat gamenya.



Aliah main acara tarik bola
dengan gelung.
Tak amik gambar time dia main,
ai amik video.
Nanti dah transfer buh dlm blog :p
Yang pasti laju kemain dia berlari.
Sbbkan dia rumah dia tu dpt,
pintas dari no 4 ke no 2.
Good job Aliah!!

Amik gambar Zahra dgn best friendnya
Zahira rumah hijau.
Tahun lepas dia xmasuk game,
tahun ni ada...
terbalik ngan Zahra :)



Rumah kuning dapat No. 2
Congratssss Aliahhhhh



Daddy suh Aliah gigit medal,
Ariq pun sibuk nak gigit jugak..
hahaha

Habis je dia main,
laju2 kami balik.
Zaf kata dia dah lapar.
Tahun ni ai tak sempat pun
nak join aktiviti tuk ibubapa
Sedih sbb kawan2 dah standby..
ape nak buat..
ikutla kata encik suami :(

On the way nak keluar tu,
laju2 ai suh Zaf bergambar.



Bergambar ngan Mummy plak.



Harini enZaf balik dari Jakarta.
Malam flightnya.
Dari hari Isnin dia pegi
ke Bandung 1 malam
Jakarta 2 malam.
Ariq smlm bising lambatnya Daddy,
rindu la tu :)

Wednesday, April 26, 2017

Cari Kasut Sukan


Jumaat lepas misi mencari
kasut sukan Zara.
Dekat sebulan Zara dok
remind mummy daddy pasal kasut dia.

Sabtunya sekolah dia ada sukan.
Yang hampehnya
dia takde pun masuk ape2 game.
Tp gedik nak kasut sukan jugak huhuhu

Mengenali Daddynya yg pasti akan
menunaikan permintaan
anak sulongnya,
harusla Zara mintak tu dapat.

Lepas dia habis sekolah balik umah
mandi solat Maghrib,
terus kami ke OU.
Zaf plak sibuk nak cari kat
kedai sports ape ntah nama.
Parking kat new wing
kedainya kat old wing,
jenuh menapak ke sana.
Sampai2..tengok kasut takde
yg berkenan kat mata Zaf tu.

Pusing lagi masuk 2-3 kedai.
Pun takde berkenan..
Last2 masuk Parksons.



Itu pun yg dia suka takde size Zara.
Amik la yg ada size dia.

Pas setel kasut sukan tu,
kami gi makan plak.
Makan kat food court.



Lama tak makan
hot plate sizzling mee.



Ni la kasut suka Zara
yang tak masuk sukan tu :p

Adidas Neo.


*pic from adidas website.

Cantik kasut tu warnanya terang.
Dari jauh bole nampak haha

Tuesday, April 25, 2017

Baby Anna No.4


Selasa lepas melawat baby Anna.
Sblm tu pegi Camy's cari hadiah.



Dah masuk dlm tu,
bukan aje beli hadiah tuk baby,
tuk Ariq pun ada jugak.
Seperti biasa la kena paw dulu.
Itu pun pesan ngan dia siap2,
xbole mahal2 hahaha

Dah beli laju2 ke Pusrawi.
Anna bersalin kat sana.
Nasib dekat ngan umah,
harusla laju jugak ai terjah.

Comelnya baby.



Lama jugak dok situ,
bukan senang nak jumpa.
Panjang borak hehehe
Itu pun tak berapa nak aman ai berborak,
sbbnya Ariq sibuk ajak jalan.
Nak pegi shopping pegi shopping...
geram betul.. ingat shopping
tu ngan air liur je ke..
padahal dah beli toy tuk dia
masa beli hadiah baby tu huhuhu

Sblm balik nak amik anak2 dara kat sekolah,
harusla bergambar ngan baby.
Ariq kalau ditanya nak adik ke tak..
jawapannya "tak nak"



Bergambar lagi ngan baby berdua.
Moga melekat la kat ai pasni.



Best dapat bau baby.
Rindu rasanya hahaha

Gambar ramai2 plak.



Tahniah Anna dapat baby boy.
Afrina untung the one and only
princess hehehe
Diriku pun tak bole nak geng
ngan ko yang mak anak 4 dah :p

Doakan ai plak yer...

Hari melawat baby tu
ai puasa ganti.
Paginya hantar Ariq accident.
Dugaan puasa gitu.



Terlanggar kereta Myvi masa reverse.
Kereta Myvi tu ok takde calar or pecah ape.
Alhamdulillah ai n Ariq okay.
Masa jadi tu Zaf takde,
dia outstation ke Johor.

Minggu ni pun dia takde...
ke Jakarta dari semalam sampai Khamis.
Minggu ni jugak sambung ganti puasa,
ada lagi 6 hari huhuhu


Friday, April 21, 2017

Valiram Friends & Family Sale


Jumaat lepas gi KL.
Tetiba lepas solat Jumaat
Zaf cakap jom ikut dia.



Rupanya nak pegi sales ni.
Lama dah tak mengikut
perkembangan sales2 kat Malaysia ni haha



Last pegi Valiram ni pun
lama giler dah.
Rasanya time blom ada Aliah lagi kot.
Tp tak update plak dlm
blog ni huhuhu

Motif dia nak pegi ni pun
sbb ada Tumi.
Masa dia kat London tu kan
kereta kena pecah,
habis luggage bag, hand carry bag
& toiletries bag tumi dia hilang :(

Tu nak tgk,
kot ada jual murah dan yg berkenan.



Tengah dia survey tu
ai pun pusing la tgk tempat lain.
Ada Victoria's Secret.
Semua menda ai test
amik bau..
best best semuanya



Gi tengok TWG..
Tak pernah lagi try minum.
Next time nak gi cafe dia minum petang.



Harusla cuci mata kat Michael Kors.



Kate Spade jua.



Zaf tanya ada tak yg berkenan
ai cakap takde hahaha
Kalau ikutkan nafsu syaitonnirajim ni
mesti la ada je nak belikan.
Tp dah dia baru je beli
barang masa kat London,
agak2 la nak mintak lagi kan.
Bersyukur dgn apa yg ada..
Alhamdulillah hihihihi

Balik dari sale tu,
sempat la Zaf ni menyinggah
tengok jam dia.
Katanya ada keluar model baru,
dia nak cuba try test.



Ni la barang yang dibeli.
End up barang yg Zaf cari takde pun dia berkenan.
Ai pun tak beli ape,
cuma beli brg ni tuk
adik2 ai dan sorang kawan :)



Tak complete brg gambar ni,
adik ai yg bongsu dah amik.
Masa balik tu tak sempat nak amik Zara Aliah,
sangkut jem teruk.
Paham la hari Jumaat merata jem.

Nasib baikla ada adik ai Yusreena balik cuti semester.
Dia la amikkan anak2 dara tu,
pastu terus kami jumpa kat
kedai makan tuk dinner sama2 terus.

Thursday, April 20, 2017

Ke Ikea Lagi


Mujur jugak la enZaf tak beli
meja komputer warna hitam.
Rupanya2 esok tu stok warna putih masuk.
Kebetulan ai check lagi
Ikea website...
kalini stok masuk banyak..
ada 44 pieces.
Ape lagi laju la enZaf ajak ke sana.
Itu pun kami pegi petang,
Zaf setel dulu keje apa yg patut.

Makan petang kami.



Budak ni pantang diajak jalan,
laju je macam maknya jugak haha



Gelang baru Swarvoski Zaf beli :)



Awal2 masuk Ikea
Ariq dah mintak ice cream.



Misi pencarian meja komputer
berakhir sudah hihihi..
Tunggu plak dia rajin nak pasang,
pastu slow2 kita kemas bilik tu.
Nak cat dinding, pasang aircond,
beli katil, wardrobe dan macam2 lagi la.
Nak buat skali gus mmg tak la.

Ni gambar keesokkan harinya.
Makan petang ngan Ariq.
Kemain makan petang makan nasi budak ni huhu



Ai makan cheesy wedges je.
Habis makan amik Zara Aliah kat sekolah.

Tuesday, April 18, 2017

Mencari Perabot


Bukan la cari perabot besar,
cari meja komputer sebenarnya.
Komputer yg ada skang kat bilik no.3,
kami nak jadikan bilik tu bilik tidur.
Meja komputer yg ada agak besar,
tu yg nak tukar cari meja yg kecil sedikit.

Sebelum ni dah tengok kat Ikea,
ada yang berkenan.
Tapi warnanya plak yang takde.
Lama jugak la menunggu,
tuk stok masuk balik.

Sambil2 tu kami cari gak la,
kat kedai perabot lain.
Kot la ada yg kecik dan berkenan,
tp sayang...
kebanyakkan yang ada semuanya besar.
Pastu warna pun hanya
warna brown & warna hitam.

Dua minggu lepas pegi area Puchong.
Pernah beli lampu & sofa kat
kawasan ni.



Sambil menunggu Zaf belek katalog,
ai pun belek jugak..
tengok meja makan.
Nak request kat enZaf beli baru.
Berkenan yg mejanya ada glass
or marble :)



Dari Puchong kami singgah Houz Depot.
Cari2 lagi kot ada.
Kat situ lagi hampeh,
meja komputer pun takde hahaha

Sempat selfie dalam bilik air,
menunggu Zara kat dalam.



Skang ni anak2 suka makan
ice cream sandwich dari wall's
yang baru tu.



Esoknya hari Isnin saja la ai
check balik kat Ikea website.
Kot stock dah masuk.
Katanya ada 1 je tinggal huhuhu..
Zaf kata jom la tgk
mana la tau ada rezeki ke.
Sampai2 dah takde, habis dah..
Perghh laju betul orang ni beli barang.

Masa tengok ai tunggu dlm kete je,
Zaf call kata yang ada warna hitam je,
nak beli ke tak?
Ai cakap kalau taknak tunggu,
beli je la..
cuma warna tu la nanti tak match ngan perabot lain.
Dah tak cantik.

Kesimpulannya tak beli pun,
kami tunggu je la stok lagi.


*pic from Ikea website

Ni la meja komputer yang nak tu.
Warna putih dan kecil.
Harga RM169.


Monday, April 17, 2017

Konsert Wings & Superfriends


Actually tak sangka pun nak pergi.
Sbbnya beli tiket pun last minutes kan.
Lagi pun Wings ni feveret band Zaf.
Sblm ni pun dia pernah pergi
masa Wings saja kat IB.
Yg tu dia pergi ngan abang dan adik dia.

Kalini dia bawak ai plak.
Dan konsert ni Wings bukan sorang je.
Ada dgn artis lain sbb tu ada
perkataan "& Superfriends" :)

Dan lagi satu dapat tgk pun,
sbb dia injured tak bole main bola.
This time injured dia teruk dan lama,
nak dekat sebulan dah.
Sedih dia wiken xde bola hihi
Dan hikmahnya dia bawak ai gi tgk konsert ;)

Sblm masuk kami makan dulu kat cafe
dalam IB ni.



Awie pun ada kopi gak.
Kopi Poyo!!! hahahaha
Mesti lepas minum jadi poyo kan.



Seat kami kat atas.
Yang bawah tu mahal sgt tiketnya.



Amik gambar tiket wat kenangan.



Diriku biasa2 je ngan Wings,
tp laki dah minat kita layankan aje la.
Sambil tu leh dating skalikan.



Lagu Wings pun best2..
cuma ai takde la hafal habis.
Tapi yang pasti
suara Awie ya ampun...
sedap sangat.



Artis2 lain ada macam
Syamel, Kristal, Liza Hanim, Maya Karin,
Jaclyn Victor, ramai lagi..
Dan konsert 2 hari sblmnya ada Siti Nurhaliza,
tp time kami dia takde, ada hal rasanya.
Ganti dgn Hattan, Nash & M.Nasir.
Pergh yg tu pun best... nak nak Nash,
mengimbau betul lagu Lefthanded dia tu..



Yeyyyy muka puas hati
dapat gi tgk Wings hihihi



Masa dah habis,
Awie nyanyi lagi satu lagu
bonus katanya sbb last day..
tapi kami dgr separuh je..
dah pukul 12 malam,
balik laju2 nak amik anak2.



Sempat lagi tu...



Ada amik video sikit,
tp blom transfer lagi kat pc,
tunggu la bila rajin :p

Kalau ada lagi konsert
tak kisah la sape pun,
harap enZaf sudi bawak diriku lagi :)

Last tgk konsert dulu
masa blom dapat Zara.
Tengok konsert Ungu hahaha