Wednesday, November 30, 2016

Little Ihtifal Showcase 2016


Alhamdulillah selesai dah
Little Ihtifal sekolah Aliah.
Kalini buat kat Shah Alam plak.
First time jejak kaki
ke Kompleks Seni Islam Antarabangsa.
Cantik tempatnya.



Dewan pun tak berapa besar sgt.
Tapi sesuai la tuk GA Kota Damansara ni.
Yang penting selesa.



Amik gambar Aliah sblm
hantar dia masuk VIP room.
Suh dia breakfast dulu,
taknak makan minum
Eksaited nak jumpa kawan2.



Perangai gedik Ariq datang.
Suh bergambar tu la dia.



Sementara blom start lagi majlisnya,
sempat la ai gi VIP room
tuk jumpa Aliah.



Seronok dgn kawan2nya.
Jubah labuh sampai tak nampak kaki.
Orang kecik gitu la hahaha



Wefie :)



Buka majlis dgn bacaan doa
dari adik Adam.
Sama kelas Aliah.
Comel sangat.



Lepas tu ucapan dari Principal.
Persembahan pertama
tarian dari student 5 years.
Comel giler okay dorang menari2.
Ada amik video time ni.



Pastu start ngan convocation 6 years.
36 orang semuanya.



Laju ai berlari ke depan,
nak amik gambar Aliah hihihi



Ai amik video time Aliah amik scroll.
Leh tgk kat IG :)

Lepas konvo baru la start persembahan semua students.
Ada 5 scenes semuanya.
- Hospital, Restaurant, Farm, Supermarket dan By The Sea.
Ai tak amik gambar sgt time ni,
kebanyakkannya video.



Aliah tak byk sgt berlakon,
almaklumlah pemalu macam Mummy dia.
Skrip dia satu je "I'm sick!"
haha jadi la dr takde kan.
Dia jd patient time hospital scene.

Majlis habis tengahari dlm kul 12 lebih.
Habis dah pre-school dia.
Tahun depan Tahun 1.



Gambar adik beradik :)



Bergambar ngan Teacher Mira & Teacher Ain.



Video je tak masukkan lagi dalam ni.
Nanti update bila rajin hehe

Tuesday, November 29, 2016

Bye Maksu!!


Plannya mak abah nak tengok
Aliah masa konsert dan konvo.
Tapi tak dapat datang sbb
dorang nak kena hantar adik ai Yusreena belajar.
Tak sangka dia dapat tempat sama ngan Nani.
Poli Sabak Bernam.
Course je berlainan.

Nampaknya abah mak ada jodoh lagi
ngan Sabak Bernam hahaha..
Harusla dorang tu selalu jenguk
anak bongsu dia kat sana.
Nasib dekat,
kalau homesick pun leh balik
Sepanjang orientasi pun,
tak putus2 whatsapp masuk dari dia hihihi

Tahniah adikku..
moga berjaya dalam apa jua bidang.



Dorang datang umah malam,
kebetulan Zaf pun baru habis keje.
Dia order Dominos.
Tak tau plak malam tu ada ASK2016.
Jadi layan je la makan depan tv.

Esoknya kami jejalan kat Ikano.
Lunch kat sana.



Anak dara ni pantang nampak bunga.



Masa ni nak gi tgk tempat ice skating.
Nak tengok2 je,
yg budak2 ni eksaited nak main terus.
Kecik je tempatnya.
Tak macam kat Sunway Pyramid.
Tp boleh la nak cuba nanti.

Sambung jalan kat e-Curve.
Dapat la budak2 ni paw Daddynya.
Zara cekak rambut,
Aliah cekak ngan spek.
Ariq pun spek.



Tengok gaya tu..
ya ampun ikut sape tak tau.
Kebetulan terserempak ngan kawan Zaf.
Nampak Aliah terus cakap
"wow superstar ni" hahaha



Ni pun gedik sama.



Zara je taknak bergambar.
Mummy plak nak satu.
Tapi takleh berangan la nak sorang2.
Mesti ada yg nak menyelit.



Monday, November 28, 2016

Last Potluck at GA


Yeayyyy dah cuti sekolah...
dah yeay jugak sbb hari2
akan dengar anak2 main gaduh main gaduh hahaha

Kalau 3-3 ni ada kat umah,
mmg havoc habis.
Macam ada 20 orang budak.
Leh jadi nursery ni :p
Rumah jgn citer,
bersepah la dari dalam sampai ke luar.
Mula la nanti ai jadi naga,
tarzan, rimau dan seangkatan dgnnya.

Khamis lepas sekolah Aliah ada wat potluck.
Jamuan akhir tahun gitu.
Last jugak la tuk dia
berjumpa ngan kawan2nya.
Lepas ni masing2 dah ke sekolah lain2 huhu

Tanya Aliah potluck ni nak bawak ape.
Dia request nak bawah fruits.
Yey kali ke-3 senang keje mummy hahah.
Whatsapp enZaf beli buah2.
Ai potong2 masuk dlm bekas je sudah.

Ada 3 jenis buah,
apple, grape, dan orange.
Bekas princess tu khas tuk Aliah.



Muka budak bangun pagi.



Dia tiap kali bangun awal pagi,
mesti bersin byk kali.
Dekat 10kali gitu.
Sinus la tu kan.
Mata bengkak semua cukup.
Ai pun bersin gak tp takde la cam dia.
Mengikut MakNgahnya.

Kalau ada habuk lagi la.
Cukup runsing kalau dia pegi umah orang,
kebiasaannya dia akan bersin.
Udara kat umah sendiri tak sama ngan umah orang,
Nanti mata hidung semua bengkak huhu
Sensitif sungguh.



Esoknya Jumaat ada amik report card plak.
Hadiah tuk teacher tak beli lagi.
Kena pikir lagi nak bagi ape huhuhu

Friday, November 25, 2016

Masakan Kampung dan Mee Calong


Hari ke-3 di Kuantan.
Hari terakhir jua kat sini,
nak balik dah.

Tapi enZaf dgn kawan2nya
sempat lagi main golf lagi
kat tempat yg sama.
Tak puas main masa tournament agaknya.
Kata dia tempat tu cantik
rugi tak main 2 kali.
Ape2 aje la kan.

Dorang main pagi sampai petang.
Jadi ai dan anak2 keluar lunch.
Sue datang amik kat hotel.
Mak mertua dia bawak kami
makan kat Restoran Mabiq.



Banyak lauknya.
Yang pasti ai makan
tempoyak ikan patin.
Ada gulai daging ape ntah.
Macam2 la lauk orang Pahang ni.
Lauk kampung mmg sedap...
menambah2 makan.

Kat sini konsep layan diri.
Air pun kita amik sendiri.
Pilih je nak ape.

Si kenit ni sempat paw Mummy
mainan kat kedai tu.
Bole plak ada jual mainan kat kaunter.
Sabar je lah.



Gi hotel semula amik bag2.
Sebelum keluar tu ai dah checkout siap2.
Tinggalkan beg je kat lobi.
Memandangkan para suami tak habis lagi golfnya.
Ai lepak umah mak mertua Sue.

Sepanjang hari tu hujan renyai2,
takde pun tanda2 nak berhenti.
Budak2 ni mengendeng kat org yg ada gadget.
Kalau jejalan mmg ai tak bagi bawak :)



Lewat petang,
kami makan kat sini sblm balik KL.



Mee calong kat Berserah.
First time try.
Sedap jugak.
Buh sambal kicapnya lagi terangkat.



Wefie sementara tunggu enZaf solat Maghrib.



Sampai dalam pukul 9 lebih.
Masuk rumah terus bukak
plastik laundry,
basuh baju2 dan seluar2 golf dia.
Basah lencun main.
Busuk dah berkepam baunya.

Bag lain tolak tepi dulu.
Tunggu la bila rajin nak unpack semua tu haha

Thursday, November 24, 2016

Pekena Sata Kemaman


Bawak anak2 breakfast.
EnZaf takde,
dia breakfast kat golf club sblm start tournament.



Sebelah cafe tu ada swimming pool.
Sibuk ajak Mummy nak mandi
lepas makan.
Takde maknanya sbb
takleh handle 3 orang sorang2.
Tak cukup lg satu tangan haha

Ariq tak sampai.
Dok bawah je la.
Aliah pun ngam2 je nampak kepala.



Sibuk nak masuk dlm rumah tu.
Nasib tak bole.
Kalau tak dah berkampung dah kt dalam.



Lepas breakfast lepak je dlm bilik.
Sampai la kul 3 petang.
Makanan dah beli siap2 so makan je dlm bilik.

Kul 3 lebih Zaf call suh standby bawah.
Kami nak terus ke Kemaman,
pekena Sata.

Posing satu kali.
Dia dapat no11.
Katanya takde luck sbb tak dapat birdie.



Yang best tiap kali tournament,
mmg hadiah dpt kat ai.
Zaf ckp kt anak2 main tuk Mummy hahahaha

Mana taknya dapat hadiah,
blender la, steamer la,
rice cooker la semua brg2 dapur.
Untung okay tak yah nak beli.
Ada jugak dia dpt hadiah grand sikit,
cam shopping voucher 2k, tv
dan paling dia suka tu dia dapat Garmin watch.
Jam golf tu mmg berbaloi la dpt.

Tak kisah la kan dpt ape pun,
janji dia suka main sudah.
Yang penting kita dapat ikut sama hehehe

Sampai2 kat Kemaman kami terus tuju
warong Che Wan.
Tapi sayang sata dah habis.
Habis awal sbb ada 3 biji bas
datang makan dan borong sampai licin huhuhu
Takde rezeki makan kat situ.

Kami makan kat Warung Aziz Satar.
Situ pun ok jugak tp sata dia manis sket.
Sapa suka manis bole ke Aziz ni.



Aliah & Ariq sibuk nak makan nasi.



Pulut mangga.
Mangga tu kurang manisnya.
Kalau manis mesti lg sedap.
Yang santan dan pulut okay.



Sempat la bergambar dgn Sue,
sebelum masuk kereta.
Shawl pakai ni dr Syakirin.
Yang beli kat dia tu [link].
Motor tak tau sape punya.
Main naik je hahahaha



Dari Kemaman terus balik hotel.
Mandi solat Maghrib,
pastu keluar balik.
Gi Teluk Cempedak.



Happening dah kawasan ni.
Macam2 orang meniaga.
Seronok tengok.



Ada jugak fast food kalau nak.
McDonalds, KFC, Subway & Starbucks.
Kami jalan2 sambil beli makanan.
Pastu balik hantar ai & anak2.
Zaf keluar sambung jumpa kawan2 dia.

Wednesday, November 23, 2016

Ke Kuantan


Weehhuuuu dapat gi bercuti.
Sebenarnya ikut enZaf gi
golf tournament kat Kuantan.
Dah alang2 tu ikut je la kan.

Wefie sebelum bergerak.
Ala nampak muka Zara sekerat je.



Sepanjang perjalanan ada gak la hujan2 sekejap.
Tapi tak lebat.
Skangkan musim tengkujuh,
mmg cuaca mendung je la.
Tapi sampai Kuantan,
cuaca agak panas jugak.
Hujan rintik2 tu ada
tapi sekejap je mcm lalu gitu.

Sebelum check-in, singgah MGCC.
Nak beli bola katanya.
Ni la tempat Zaf nak main golf esoknya.
Cantik dalamnya.
Kata baru upgrade.



Sempat lagi anak2 ni wefie.
Belek2 gambar ada muka dorang hehe



Kemainkan.



Mummy pun nak jugak :p
Ni masa kat lobby hotel.



Kami tido kat MS Garden.
Suka brg toiletris ada sewing kit & comb.
Mmg itu yg akan ai amik dan simpan.



Ada cermin besar ape lagi.
Nasib mereka semua memahami,
dan pantang diajak haha



Rehat kat bilik jap setengah jam,
cuci2 bersih diri solat semua,
lepas tu keluar cari makan.

Benti kat Warong Paksu & Maksu
jalan hala nak ke Pekan.
Kita try sini sbb tgk byk kete benti
dan penuh kedai.



Nasi dagang.
Not bad, sedap jua.



Zaf amik kuih2 sikit n kopok lekor.



Ke mana2 saja bawak pony mereka.
Lebih elok dari hadap gadgetkan.



Lepas makan, sempat lagi
Zaf hantar basuh kereta.
Sebelah ngan hotel je.



Malam plak dinner ngan kawan2 Zaf.
Yang blah kanan tu join sama golf esok.
Kiri tu kawan2 yg dok Kuantan.
Dah alang2 sampai Kuantan dorang jumpa.



Bergambar ngan Azly.
Kawan baik Zaf time keje.
Sebelum kawin lagi ai kenal ngan dia ni.
12-13 tahun lebih dah la kot.



Maintain je sama tak berubah mana.