Monday, July 3, 2023

Ariq Sudah 11 Tahun


Sudah lepas dua minggu baru kami sambut harijadi Ariq. Lambat sambut sebab nak menunggu akak Zahra ada sama. Disebabkan keluar ini untuk birthday Ariq, Daddy dia bawa ke tempat makan pilihannya, Chili's. Kami pergi Chili's di Paradigm Mall.



Happy 11th Birthday Anakku Ariq!! Semoga menjadi anak yang cemerlang dan soleh di dunia dan di akhirat. Dia okay saja tak ada kek, asalkan dapat makan di tempat kegemarannya. Banyak betul dia makan hari tu Macaroni & Cheese, Burger dan Nachos.



Mummynya terasa nak makan Ayam dan paksa share dengan enZaf hihi... Sebenarnya waktu ini dah hampir pukul 4 petang. enZaf cakap kita keluar makan petang untuk birthday Ariq tapi bila kami order makan dia cakap ini bukan makan petang namanya hahaha..







Selepas makan kami singgah Uniqlo, enZaf beli baju. Alang-alang tu ai selit sekali satu seluar :) Sementara menunggu enZaf di kaunter pembayaran, haruslah ajak anak wefie di cermin besar. Macam satu kerugian tak ambil gambar bila ada cermin besar macam ini hehe..



Bila enZaf dah membayar terus ai ajak dia join bergambar bersama. Qaireen sampai sudah tak pandang kamera, dia pandang diri sendiri saja hahaha..



On the way nak balik kami singgah kiosk Childhood. Ai dah perasan banyak sudah cawangan Childhood ini di dalam shopping mall, antara kita perasan atau tidak sajakan. Leka sekejap bila ada di dalam ni, mengimbau kembali masa kita kecil dahulu. Contoh macam dalam gambar di bawah, roti krim tu mengimbau sangat :)



Qaireen tengah pujuk Daddy dia nak beli telur dalam mesin tu tapi Daddynya tak layan. Bagi alasan dengan beli kat tempat lain :)



Saja ai google pasal Childhood ni tak sangka ada websitenya, boleh klik pada [link] ini atau pun boleh search di Instagram childhoodmalaysia. Ia sebenarnya kedai biskut tapi ada juga yang bukan makanan seperti pensil, pemadam, gam, mainan kad dan banyak lagi masa zaman 80-an gitu :)

2 comments:

mummy_ayu said...

happy 11th birthday Ariq..moga jadi anak yg soleh, berjaya dunia & akhirat..aamiin

Nurhayati said...

aamiin.. terima kasih atas doanya.. semoga doa ini berbalik juga buat anak2 mummy Ayu :)