Tuesday, February 28, 2012

Apa Celop


image googled.

Sape tgk drama Apa Celop ni smalam?
Smalam baru episod ke-2
ai tgk hehehehe
kelakar citer ni, sangat santai.
Sesuai tuk ai yg hari2 stress ni :p

Kelakar bila 2 mat rempit ni dah insaf.
Comel je.. si Aman ngan Sawi.
Ai suka Sawi sbb dia chubby dan chomel.
Bercinta ngan anak Pak Haji,
panggilan manja mereka boboi dan gegirl hehehe

Pada yang otak kusut dan stress tgk la.

"Osem!!" bak kata Sawi

Ahad yg selebet

Ahad petang enZaf ajak kuar gi makan.
Jadinya ai pun bersiap la lebih kurang je.
Alih2 dah naik kete Zaf ckp,
nak gi KLCC la..
Aduhai, dah le ai selebet je ni,
leh plak nak gi sana huhu

Zaf nak gi beli barang golf katanya.
huhu maka nak taknak iyer kan aje kan.
Makin itam lakiku kat gambar ni.
Pagi tu dia main golf dulu sblom kami kuar ni.


Kena layan anak2 yg super duper hyper ni.
Berejam menunggu daddynya pilih barang.
Ngan nak test drive la ape la huh


Akhirnya, 2 barang dia beli.
Kasut and driver.
2 barang je dah RM1k.
Dapat kat ai duit tu leh beli handbag seketulkan hehe


Dinner kat Chili's, peberet ai sentiasa.


Sblom balik terpaksa layan anak2 naik ride ni.


Adik pun nak jugak.


Skang ni adik ada satu perangai yg ai sgt geram.
Kalau kuar gi jejalan,
dia takmo jalan, takmo duk dlm stroller,
nak ai dukung.. daddy dukung pun taknak.
Kalau tak dukung dia, punya mengamuk mcm ape.
Giler penat okeh,
nak bawak perut lagi, dukung dia lagi..
sampai sakit pinggang pastu cramp montot bole hihi
Yg pasti kat mall pasti ada huruhara huhuhu


Sunday, February 26, 2012

Lunch di Charm

Lunch kat Charm aje.
Sbb nak makan rojak.

Percayalah diriku makan ni je hihi
sedap sbb segar2 buahnya.
Kuah pun manis2 pedas.

Diriku adalah peminat rojak buah.
Asal dgr orang cakap sedap,
mesti nak pegi try...

Pastu curik sket enZafnya kuey teow.
Sedap.. cukup rasa dan byk bahan..


Order udang goreng tepung.
Sangat fresh udangnya.


Ayam goreng.
Biasa2 aje.

Wednesday, February 22, 2012

Diaper Cake

Masa bulan satu lagi dah terpikir,
nak try wat diaper cake,
tuk anak buah baru nanti.

Jadi wiken lepas ada beli sket.
Smalam pun ai gi cari barang lagi sket.
Kena pi beli sorang2.. kalau ngan anak2 harus tak dan nak beli huhu

Antara barang2 yg dishopping.


Baru prasan, ada barang lupa nak masukkan skali ehehe..

Dan inilah hasil dari air tangan kerasku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tada!!!!!!
Diaper cake tuk Danial :)

Bahagian hadapan.


Bahagian belakang.


Jadila kan, walaupun tak secantik
dan sekemas seperti orang lain.
Blajar dari youtube jer, camne nak buat.
Pastu bantai je la.. asal nampak
bentuk cakenya yer tak hehe

Buat pun kelam kabut,
tau la ada kenit2 tu..
bukannya leh lama nak belek. :(

Agak2 leh wat niaga tak haha...

Monday, February 20, 2012

Makan nasi dan sup

Membawa anak2 makan diluar
adalah sangat mencabar bagi diriku.
Terutamanya bila suami takde.
Time ni enZaf takde sbb dia gi
outstation ke Jakarta selama 4 hari.

Akak Zara tetiba ajak mummy nak makan
nasi and sup.
Kalau dia kata nasi and sup meaning
Chicken Rice Shop.
Jadinya ai bawa gi dekat kat Giant Kota Damansara.

Akak Zara yg boring menunggu makanan hihi


Adik cam biasa la..
main iphone..


Akak Zara kalau makan pai tee,
hanya makan kulitnya aje.
Isinya?? mummy yang makan :)


Kenapa Zara cakap makan nasi n sup.
Sbb dia tak makan ayam..
Memang nasi semata buh kuah sup.
Yer akak Zara mmg suka makan nasi kosong huhu


Pas makan terus balik,
ai tak kuasa la nak heret dorang berjalan sana sini.
Ngan nak bawak perut lagi.
Itu pun dah penat sangat rasanya.

p/s: lama tak terjah blog kekawan,
lewat malam sket baru nak gi ziarah..
skang anak2 dah memekik panggil mummynya huhu

Friday, February 17, 2012

Gie Empire

Bawak anak2 gi Empire, jumper Nurul skali.
Lunch kat Serai, kepingin nak makan Pavlova
then kami ke Kizsports & Gym.

First time ai ke kizsports ni.
Zara n Aliah tak sabar nak main..
sbb dah nampak slide.

Aliah plak berlari masuk dlm,
jenuh ai kejar sbb tak bukak kasut lagi,
dah melulu nak main huhuh

Anak2 bersama Yayang..


Aliah sronok berslide pastu masuk dlm ball pool.


Akak Zara layan slide besar..
nasib reti gi main sendiri..
jadi ai tgk dia dari jauh je la.


Takde orang.. harusla tempat ni jadi hak milik dia haha


Letih melayan dorang main..
berpeluh tak hingat..
ngan ai ai pun berpeluh sama.


Oooo mak buyung pun naik slide jugak yer.
Giler gayat rasa.. laju je turun..
Tapi tak leh kalahkan Nurul,
sbb dia lagi laju sampai nak terpelanting hehe

pic ni cilok dari twitter Nurul.
Sempat dia amik pic ai.. malu :p

Dah puas main n layan dorang..
Masuk kete Aliah terus tido..
Akaknya tak tido plak.
Tapi elok je sampai umah,
Aiah terus bangun.. sampai la malam.
Mereka masih bertenaga lagi huarghhh

Nurul sempat pass goodies kat ai.
Baju tuk Zara, cekelat ngan teh boh..
Dah le kamu blanjer kami main kat kizsports tu.
Maceh Nurul... moga murah rezeki kamu :)

Thursday, February 16, 2012

Skuter Cik Zahra

Mau tayang skuter cik Zara.
Comelkan.. colorful.. ai mmg suka warna-warni ni.

Daddynya belikan kat Kelantan,
masa dia outstation ke sana.
Murah katanya.. macam2 ada..



Adik pun sibuk nak naik
tapi jadi pembonceng je la.



Tekan paddle tak reti lagi.
Dok je diam2 atas skuter tu..



Zap cakap ada gak tuk kecik cam Aliah..
siap pakai remote.. so kita yg gerakkan tuk dia.
Tapi idak la dia beli..sabau je la
Baik jgn citerkan.. hehe

Zara suka sangat ngan skuter dia ni.
Hari2 cakap ngan mummy.
"Zara nak naik motorcycle, round and round lagi"
baiklah nak oi.

Wednesday, February 15, 2012

Ngidam Jus Alpukat

Tetiba mengidam nak jus alpukat.
Terus enZaf kata jom makan kat Restoran Sari Ratu.
Syoknya peknenkan.. ckp je nak itu ini
alasan baby nak hahaha
Cuba tak peknen... jgn harap.

Sian akak Zara,
kelaparan tu.. tgk sudu n garpu hehe


Avocado yg dinanti..
nyummeh


Zaf order jus jeruk
Sedap jua


Lauk lunch kami yg simple aje.



Lama tak gi makan kat Restoran Sari Ratu.
Last ingat pegi tu pun ngan kawan2 opis
masa kat Subang adalah setahun lebih kot.

Tuesday, February 14, 2012

Karokss

Ahad lepas ai gi karokss
bersama bffs zaman sekolah.
EnZaf jadi babysitter tuk 4jam ;)

Berkaroks di Loudspeaker kat Kota Damansara.
Firstime ke sini.. walaupun dekat ngan umah.
Not bad.. cantik tempatnya.
Price pun reasonable.


image googled

Sessi memilih lagu oleh cik Nowwa.


Time ni 2orang kawan ada ulser mulut dan demam.
Tapi gigih jua datang.
Yg berselubung tu demam, tp part makan tak demam..
Mulut mengunyah aje hehehe


Kalau lagu berduet,
serahkan pada Nani dan Nowwa..
Mereka memang serasi bersama hehehe


Puan blog tidak bergambar..
kerna sibuk menyanyi dan amik gambar kawan. :)

Thanks to Nowwa sbb blanjer kami karok..
moga murah rezeki kamu!!!

Monday, February 13, 2012

Newborn & 20Weeks

Jumaat lepas akak ipar
selamat melahirkan anak ke2.
Baby boy seberat 3.2kg.

Meet Daniel!!!

Rambut lebat, idung tinggi,
muka merah2..
Bestnya bau newborn..
perfume terbaik dlm duniakan..

Dan minggu ni, adalah minggu ke-20 mengandung.
Terasa badan sudah berat.
Bergerak byk sket dah terasa mengah..
plus sudah tua lagi pun hahaha

Berat naik tak banyak.
Dari minggu ke-6 sampai minggu ke-18..
naik 0.5kg aje..

Skang dah masuk trimester ke2.
Perut tetiba besar.. semua org dah pasan.



Ape pun bersyukur..
sudah separuh perjalanan.. lg 20minggu.
mudah2an semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Thursday, February 9, 2012

Gemersik Kalbu


pic googled.

Hari ni lastkan episode tuk drama
Gemersik Kalbu??!!
Drama ni ai suka watak Sufian.
Sangat nakal!!! tp sweet je.
nak2 part dia nak ngorat n amik hati Raihanakan.

Lirik yg kelakar lagu tu
"Ingin ku gigit-gigit cuping telinga kecilmu!"
hahaha aduhai :p

Wednesday, February 8, 2012

Takde besar lagi ke

Terkezut diriku melihat lighter
yang bapak besar kat bilik komputer.

Sah2 lighter ni enZaf yg punya.
Boleh nyalakan 20btg rokok skali gus ni.
Nape tak wat je rokok tu besar cam lighter ni kan haha

Monday, February 6, 2012

Mengintai orang mandi

Boleh plak ai dapat ketumbit atau org panggil tembel.
Rasa sakit tu sejak hari sabtu.
Tapi naik bengkak semalam.
Tak padan ngan sakit tapi ai tetap nak gi jejalan gak.
Tak kira, fedulikkan ape orang nak kata haha

Kenanya blah kiri.
Seksikan mata ku ahahaha
"sepet"


Ubat yg doc bagi.
Ubat titik je ai pakai.
Yang pil tu, doc kata kalau gatal.
Tapi tak rasa gatal pun.
Cuma sakit je bila pegang.



Zaf tanya u ngintai sape mandi ni.
Ai jawab ngintai u!! haha
Rasa loya tetiba buekkk :p

Cuti2 ni plak sakitkan.
tapi tak kira ai tetap nak kuar jalan. :)

Nak beli telibisyen

Siang tadi kami berjalan2 di Pavilion.
Pastu ke Harvey Norman.
Zaf sedang membuat kira2
tuk beli tv baru.
Ntah bape byk kali survey pun tak tahu..
beli pun idak jua hehehe

Daddy n Zara melayan tv berskrin 3D.



Rasanya kebanyakkan laki mmg sukakan,
nak beli tv...
Ai tak kisah la besar mana dia nak beli,
janji leh tengok ye tak :)


Saturday, February 4, 2012

Terpaksa di batalkan

*Updated
Syukur alhamdulillah..
enZaf hanya sakit perut akibat angin.
Pada yang bertanya dan berdoa thru
komen, wasap, ym, sms dan call tqqq sangat.
Semoga Allah membalas jasa baik korang.
I lap uols!!


Nampak gayanya kami terpaksa batalkan
percutian ke AFamosa.
Zaf tetiba tak berapa sihat.

Actually dari malam semalam
perut dia memulas,
dia ingatkan ceri beri..
tapi katanya stool dia takde plak tanda ceri.

Sian dia tak leh tido semalaman,
i assume macam orang pompuan kena sengugut..
pas je subuh,
dia gi klinik check sakit sbb ape..
Doc suspect dia kena APPENDIK!!
for the timing, doc bagi ubat angin n pain killer.

Katanya kalau sakit lagi,
datang lagi sekali tuk second checkup.

Petang tadi tanya dia,
okay ke tak.. dia kata takde la sakit sgt.
ada rasa sket..tapi tak teruk cam sblom.
ai cakap jgn makan ubat pain killer tu.
sbb kalau makan mana nak tau still sakit lagi ke takkan..

Harap2 malam ni okay la kot.
Tapi macam mana pun ai cakap,
better kita stay kat umah je.
Berehat tak yah kemana..
Len kali leh pegi bercuti lagi pun kan..

yan penting kesihatan kena jaga.
Ape pun harap2 idak la ada appendik.
Mudah2an angin je kot kan..aminnn

Friday, February 3, 2012

Cuti panjang lagi

Enzaf suka bgtau mengejut.
Suh packing sbb esok kami ke



Wohooooo!!!!

*both pic taken from
afamosa.com


Uols pun mesti macam2 plan nak wat cuti panjang ni kan.
Have a great holiday kawan2!!!

Thursday, February 2, 2012

Funfair

Kami ke funfair sabtu lepas,
bersama2 ngan mak, abah n adik2 ai.
Saje bawak Zara yang tak habis2
cakap nak gi funfair nak gi funfair huhu

Funfair ni dekat je ngan umah.
Hala nak keSg Buloh.


Zara nak main ball katanya.


Pastu nak naik ferris wheel.


Ai, Zaf n abah je tak naik.
yang lain semua naik layankan anak2 hehe


Aliah ngan MakTok.
Mak cakap mula2 je nangis sbb benti2.
Pastu bila dah pusing byk kali suka :)


Ajak Zara naik kete la ape la semua taknak okeh.
Dia kata takut huhuhu
Jadinya layan mak2 sedara dia main.



Pas dah puas main dan perabih duit hihi
Singgah kedai mamak dekat funfair tu.
Zaf tak sabar nak tgk bola.
time tu Liverpool vs Man U.

Adiah2 yg Zara main baling ball,
Tangkap duck macam2 la..
dapat adiah semua kecik2 je hihi

Tak kisah la nak oi janji ko happy kan.


Aliah suka dapat cekak Minnie Mouse tu.
Sampai umah pun tak mo tanggal.