Tuesday, July 25, 2023

Last Game Suparimau


Ahad lepas merupakan game terakhir bagi Ariq dan kawan-kawan untuk Liga Suparimau Season B. Fuh! akhirnya hahaha... almaklumlah hampir tiga bulan melayan setiap gamenya pada hari Ahad pagi :) Cuaca pagi tu ya ampun, panas lit lit. Rasa macam tak boleh buka mata, masa hari Sabtu cuaca mendung hujan sepanjang hari. Hari Ahad ni terus terang benderang bahang dan terik.



Keputusan seri dalam perlawanan terakhirnya. Pertama kali Ariq masuk liga bawah U12, saiz padang pun dah besar kalau nak dibandingkan dengan U10 tahun lepas. Semoga Ariq dan kawan-kawannya dapat belajar dan timba pengalaman baru. InsyaAllah lepas ini buat lebih baik lagi. Selalunya kalau Ariq ada game kami jarang bawa Qaireen dan Aliah tetapi kali ini kena bawa semua sebab lepas game Ariq terus nak tengok game kakak Zahra pula di Kuala Selangor.









Sebelum balik sempatlah ambil gambar sebagai kenangan. Kali ini tak dapat medal untuk U12, mereka hanya dapat sijil sahaja. Kalau menang baru dapat medal dan trofi. Apa jua keputusan Mummy tetap bangga dengan Ariq dan kawan-kawan. Yang penting semangat juang yang ditunjukkan, sentiasa berusaha dan tidak putus asa. Menang atau kalah itu adat pertandingan.



Kebanyakkan semuanya berumur 11 tahun. Yang 12 tahun hanya 3 orang sahaja, oh! 10 tahun pun join juga. Itu pun tak semua ada dalam gambar ini kerana tak sihat dan ada urusan keluarga.



Sejak liga ini bermula kami parents tak ada berpiknik seperti sebelum ini, keadaan tempat itu sendiri menyukarkan untuk bersantai dan satu lagi sebab masa. Waktu dorang main pukul 11 pagi. Matahari dah tinggi dan panas. Habis game je terus masing-masing balik hihi..



Ai dan enZaf pun bukanlah nak Ariq jadi pemain bola profesional. Sekadar untuk aktiviti sosial dia dalam membina jati diri dari terperap dalam rumah main gajet sajakan. Bagi keras dan gelap sikit kulit tu hahaha... Nak suruh dia tendang batang pinang la, bagi kaki tu keras. Masih lembik lagi huhu... Dah gambar beramai-ramai, haruslah ada gambar kami sekeluarga. Thank you Amy sudi ambilkan gambar.



Sebelum nak ke Kuala Selangor, singgah makan dahulu. Kami mencuba di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar di Eco Ardence. Makan Nasi Kukus Ayam dan Nasi Kukus Kambing, Sotong Besar tak order :p



Oh! baru teringat, lepas makan kami sempat balik rumah sekejap. Bagi Ariq mandi dan salin baju, enZaf cakap masih sempat sampai sebelum game akak Zahra bermula. Takkan nak bagi Ariq badan melekit lama-lamakan.

No comments: