Tuesday, January 28, 2020

Rizky Cendol Durian


Tengok dalam group KD kat Facebook, asyik je keluar posting pasal cendol durian ni. Tengok-tengok gambar cendol durian tu buat ai terliur saje. Tak boleh jadi ni, terngiang-ngiang dalam kepala hahaha terus beritahu enZaf ajak cuba makan cendol durian.



Masa ai ajak tu, dah pastikan yang enZaf tak berapa sibuk dan lebih okay kalau dia ada dekat rumah. Memang kebetulan ajak tu pun dia dah habis keje. Maka elok sangatla timing tu kan. Terus kami menuju ke Seksyen 6, Rizky Cendol Durian. Sampai-sampai tu tengok dah orang beratur. Ada la dalamm 4 orang kat depan. Nasib la lau servisnya. Tak ada la menunggu lama.

Harga bagi cendol durian biasa ialah RM4. Cendol durian udang merah dan ioi RM13. Oh ada juga cendol durian musang king, tapi yang ni tak letak harga. Mungkin harganya bergantung pada pasaran hehe Kami order cendol durian udang merah.



Serius banyak betul ulas dalam tu. Yang pasti sedap okay cendolnya. Puas hati. Memang patut la selalu keluar dalam Facebook. :) Bagi ai satu mangkuk tu boleh share 2 orang. Anak-anak yang layan cendol durian ni Aliah & Ariq saje. Akak Zahra memang tak makan durian. Ai suruh dia cuba kalini dia try hirup sket kuahnya. Dia jawab suka sikit hehehe



Ariq hantu durian, dia pergi berlasah durian dulu lepas tu baru makan cendol. Macam-macam la nak oi.



Boleh repeat lagi ke sini. Tempat pun okay tak sempit mana dan selesa juga. Harga pun berpatutan. Cuma panas je la sebab cuaca sekarang ni panas lit lit. Durian pun memang keluar time panas pun kan. Elok sangat la cuaca panas-panas, makan pula cendol yang sejuk-sejuk tu... menyegarkan.

Monday, January 27, 2020

Jalan-jalan ke Central i-City


Kali ke-2 kami masuk i-City mall. First time masuk masa tu kebetulan lalu kat area situ. Sebelum tu kami pergi JPJ Padang Jawa, on the way nak balik ternampak mall baru. Tak berapa tahu sangat sebenarnya mall tu baru ke atau dah lama. Kami pun memang jarang lalu kat area Padang Jawa ni. Kalau tak sebabkan pergi JPJ tu, kami pun tak tau pun ada kewujudan mall di situ haha Bila dah nampak harusla kami jejak ke sana. Pergi musim nak raya Cina, harusla banyak deko CNY sana sini. Apa lagi ai pun ambil peluang la anak-anak bergambar.



Gambar bawah ni gambar yang ntah berapa kali ai snap. Lebih dari 5 kali, gara-gara tak semua pandang kamera. Mesti ada salah sorang yang spoiled huhu Dalam banyak gambar tu ai pilih gambar ni sebabnya Qaireen pandang dan stand still hihihi



Boleh dikatakan habis kami pusing dalam ni. Tak kesemua kedai buka. Ada yang masih dalam renovation dan ada masih kosong lagi. Sambil jalan-jalan tu ternampak banyak tempat nak bergambar. Anak-anak pula macam memahami Mummy dorang, tempat cantik je berhenti dan posing hehe Alah bila mood nak bergambar tu semuanya okay. Cuba time masing-masing malas.. ajak la bergambar seratus kali pun, tak layan juga.



Kami masuk kedai buku Popular. Anak-anak ada sebut masa dalam kereta, nak beli buku. Nak beli buku cerita feveret dorang. Tambah lagi koleksi. Kebetulan buku yg dipilih ada diskaun. Banyak pula tu diskaunnya. Macam Zahra buku dia dari RM40 lebih lepas diskaun jadi RM12 ringgit saje. Memang berbaloi la beli. Aliah pula buku dia kurang sikit diskaunnya. Tapi masih lagi dalam harga yang berbaloi untuk dibeli. Dekat tangan dia ada 2 buah buku, tengah fikir nak pilih mana satu. Dia nak 2-2 tapi Daddy dorang bagi syarat 1 buku je. :)



Oh buku cerita ni beli pakai duit saving dorang sendiri. Memang selalunya kalau nak beli sesuatu, kami suruh pakai duit sendiri. Biar tahu nakkan sesuatu mesti kena berusaha. Macamana ada duit sendiri, hasil dari baki duit belanja sekolah atau pun buat kerja rumah. Ye ai meang bagi dorang upah kalau buat kerja. Tak paksa pun, kalau sesiapa yang buat, rajin dan ai nampak buat keje tu dapat la satu ringgit hihihi

Dah puas pusing-pusing mall, kami berhenti dekat Chicken Plus. Makan petang kata enZaf.



Order ayam. Nama apa ai tak sure, tapi rasa honey gitu. Yang pasti tak pedas la sebab anak-anak nak makan.



Dan lagi satu pizza, Ariq yg request. Pizza tu nampak je macam pucat, tapi bila makan eh sedap pula. Laju semuanya ambil sampai licin.



Alhamdulillah kenyang makan petang kami. Next time boleh repeat lagi. Kami solat Asar dan lepas tu balik. On the way nak balik tu, ternampak Rollney.



Seminggu sebelum tu kami dah nampak Rollney ni kat IOI Mall. Tapi tak jadi nak beli sebabnya Qaireen meragam teruk. Mungkin dia kepenatan, buat apa pun tak kena. Kalau beli juga masa dia meragam tu, nanti mood ai nak makan jadi tak best. Tapi kalini mood Qaireen okay sangat, apa lagi terus la enZaf beli. Conenya pakai roti. Macam roti cinnabon tu.



Anak-anak yang pilih flavour ni. Ofkos la peminat oreo.



Beli satu je, enZaf kata try dulu. Sedap okay. Berebut makan dengan anak-anak. Semua kata sedap. Aiskrimnya besar memang boleh kongsi sangat dengan anak-anak ni. Puas hati la. Ada banyak juga pilihan aiskrimnya. Semua menarik dekat mata ai. Ada satu tu aiskrimya ada gold. Bling bling mata tengok emas hehe.. Kaya sangat ni makan emas. Nanti boleh cuba :)


Saturday, January 25, 2020

Nasi Arab Sedap


Selamat Tahun Baru Cina semua!!! Tahun ni tiada makan besar dari keluarga ai. Adik ai Hana pun tak balik, Nani pula kerja. Lepas dari graduate, dia kerja kat OU sementara menunggu kerja tetap. Minggu depan dia ada interview kat CIMB HQ, semoga ada rezeki dia kat sana. Adik ai Yusreena pula dia dapat kerja dengan Pos Malaysia. Pagi interview, petang tu dah panggilan bagitahu dia diterima berkerja kat sana. Alhamdulillah rezeki dia cepat betul. Walaupun dia belum buat majlis graduasi lagi hihi

Oh entry ni sambungan dari Johor, esoknya kami dah nak balik KL. Sebelum tu lunch dekat Selera Selatan dulu. Nama je selatan, tapi lauk yang ai pilih ikan patin tempoyak haha Dekat restoran tu sediakan macam-macam jenis lauk serata negeri.



Habis makan sempat juga kami singgah JPO. Ingatkan tak pergi, alih-alih enZaf drive ke sana. Dan kalau masuk JPO ni tak sah kalau tak membeli baju anak-anak. Itu je pun yang membeli. :)



On the way balik ya ampun, jem teruk kat highway. Naik sengal montot ai duduk dalam kereta lama sangat. Bayangkan dari tenghari keluar, sampai rumah dekat pukul 1 pagi. Pitamssss.... Sebelum sampai rumah, kami singgah Nilai untuk dinner kat sana. enZaf ajak makan nasi arab. Katanya sedap nasi arab kat situ. Ai pun tak pernah makan kat sana tu yang dia bawa. Nama kedainya Restoran Marhaban Bikum. Betul-betul dekat Dataran Nilai. Nak sampai ke situ enZaf boleh sesat tak jumpa lorong nak masuk haha.. Dah lapar la tu. :p



Nampak macam biasa je, tapi ya ampun sedap okay. Banyak gila ai makan. Menambah-nambah. Anak-anak pun sama naik juga, menambah makan. Konsep letak dalam dulang besar.



enZaf order murtabak pula. Katanya rugi tak makan. Dah la ai makan nasi banyak, makan murtabak lagi. Memang sedap pun. Dah kenyang pun sumbat juga. Lepas tu ai dah macam ular sawa, kenyang dan malas je nak bergerak :)



Anak-anak semua dah kepenatan sebenarnya, sengal dalam kereta lama sangat. Tu bila berhenti makan terus semua gembira haha



Lepas makan kami lepak kejap kat dataran. Boleh tahan besar juga padangnya. Luas dan seronok nak berpiknik. Tepi dataran tu pun penuh dengan orang jual mainan, belon semua. Meriah tapi ai tak ambil gambar pula.



Kuat betul angin malam tu, tak sure pula memang kawasan sini jenis berangin atau malam tu saja yang kuat anginnya. Bila dah berangin sejuk ya amat. Macam duduk tempat tinggi. Sejuk-sejuk pun ramai orang melepak. Ai tengok anak-anak pun seronok malam tu, siap tumpang main bubbles orang hahaha Kat situ ramai juga budak-budak main kereta mainan sewa, ada yang berbasikal, berrollerblade, boleh dikatakan aktiviti riadah la malam tu.








Nampak bubbles tu laju je pergi tanda betapa kuatnya angin malam tu. Sampai tak sempat si kenit tu nak kejar hihi. Eh.. tetiba teringat kat nasi arab ni. Nanti kalau pergi mana-mana lalu Nilai, boleh la ajak enZaf makan kat sini lagi.

Thursday, January 23, 2020

Dinner at Restoran Rawa


Masa ni kami nak pergi majlis tunang cousin enZaf. Ai tak ambil pun gambar dengan pengantin. Tak sempat nak pegang phone masa tu sebab melayan Qaireen yang sibuk nak ke sana sini masa majlis tu berjalan. Macam buat rumah sendiri pula. Kejap nak ke Daddy, kejap lagi nak ke Mummy huhu Sabar je la. Yang ai sempat hanya ambil gambar anak-anak dalam lif saje hihi Ni pun masa nak keluar dari rumah huhu



Dari rumah kami nak ke rumah pengantin dekat je. Alahai lupa pula nama taman perumahannya. Kata enZaf satu taman dengan kawan kerja Johornya juga. Simple majlisnya tapi meriah. Suka dengan mini pelamin. Zaman sekarang ni majlis tunang pun dah cantik. Berbeza masa ai tunang, tiada pelamin bagai ni. Sarung cincin ai bersimpuh kat lantai je haha. Sepupu enZaf ni ikat pertunangan kurang setahun insyaAllah tahun depan iaitu tahun ni la kalau takde aral melintang, bulan 8 nikah. Ai ni macam biasa la cerita asyik je baling ke belakang. Lambat betul nak update cerita. Selesai majlis kami terus balik rumah. Malam keluar untuk dinner pula, enZaf ajak makan kat Restoran Rawa. First time ai ke sini.



Kedainya kecik je. Tapi corner lot la. Boleh pilih makan kat dalam atau pun luar.



Kami ofkos la pilih dalam, ada aircond, selesa sikit makan tak berpeluh-peluh hehe Kat meja memang dah terhidang makanan untuk dikunyah-kunyah, apa perkataan yang sesuai untuk macam ni ai pun tak sure. Takkan condiments plakkan. Entah la.



Ada kacang merah rebus, kacang tanah dan apple hijau. Epal hijau tu ai sorang je makan. Sebab masam-masam. Kacang-kacang pula enZaf dan anak-anak yang habiskan. Dorang semua ni memang hantu kacang. Restoran Rawa ni menyediakan makanan steamboat. Macam-macam juga pilihan yang ada. Anak-anak paling eksaited sekali. Masing-masing rambang mata, semua makanan nak diambil huhu



Ai pula suka bahagian sayur. Pun rambang mata juga, semua nak diambil sebab segar-segar tengok sayur tu.



Snap tray pertama, kebanyakkan dalam ni pilihan akak Zahra. Banyak lagi tray menyusul tapi tak snap gambar dah hehe



Brokoli sayur wajib anak-anak, tak bosan-bosan dorang ni. Kat rumah memang ai masak brokoli sampai ai sendiri dah muak nak makan haha.. Makan lah nak oi. Kalau tak makan sayur kita pun susah hati juga kan. Kegembiraan yang tak boleh dijual beli. Nyawa-nyawaku...



Ada lagi enZaf order nasi goreng cina. Sedap sangat, lepas tu order sotong butter nestum, betul ke tak namanya. Lupa dah hihi..



Kat restoran ni ada menu ala carte juga kalau nak. Ikutla nak steamboat ke taknak ke, yang pasti makanannya sedap-sedap semua. Suka sup steamboat tu. Terbaik!!! Susah ai nak suka sup steamboat tempat lain selain dari Johny's.

Saturday, January 18, 2020

Aktiviti Cuti Sekolah


Masa cuti sekolah yang lepas, kami pergi ke Johor. Tujuan utama ke sana untuk menyertai rombongan pihak lelaki untuk cousin enZaf bertunang. Dah alang-alang ke Johor kami pun pergi ke Legoland sekali. Majlis pertunangan sepupu enZaf hari Sabtu, tapi kami bertolak awal sehari semata-mata untuk bawa anak-anak bermain kat Legoland.

Lepas solat Subuh terus ke tingkap nak tengok suasana pukul 7 pagi kat rumah. Terus capai handphone ambil gambar sebab nampak cantik hehe



Anak-anak dah tahu nak pergi Legoland sebelum tidur, harusla semua pun bangun awal, semangat gitu. Tak payah nak kejut bangun pagi. Masing-masing terus pergi mandi dan bersiap.Sebelum masuk Legoland, kami singgah breakfast dulu kat Selera Larkin. Semestinya ai makan mee rebus, cuma kali ni amik yang kosong saje. Itu pun dah sedap.



Dan kacang pool tidak dilupakan. Banyak ai makan pagi tu. Simpan tenaga nak berjalan banyak kat Legoland nanti hehe



Ariq adalah peminat tegar kacang pool. Asal ke Johor je memang tak sah makan menda ni. Itu pertama yang dia minta. Tak pandang dah makanan lain. Muka kegembiraan di situ :p Kacang pool haji ni memang sedap. Dia tak pedas. Itu yang Ariq suka.



Dah kenyang terus kami menuju ke destinasi. Cuaca hari tu agak mendung. Macam nak hujan tapi tak juga hujan turun.



Ambil gambar berdua ni sementara tunggu Aliah ke toilet. Abang Ariq memang rajin layan Qaireen.



Lama tak datang sini, masuk-masuk je dah banyak menda baru Lego buat. Dan harusla ambil gambar dorang. Gajah ni ada nama tapi ai dah lupa. Cantik warna-warni. Ceria je bila tengok.



Pergi masa nak Krismas, harus la ada santa sleigh.



Nasib baik mood Qaireen okay nak bergambar walaupun kebanyakkan gambar dia tak pandang, tapi dia tak bergerak tu dah kira baik haha



Masa tengah berjalan nak ke dalam, ada staff Lego tu bagi borang untuk join contest mencari Elf. Katanya hadiah nanti buat macam lucky draw bila dah hujung petang masa Legoland nak tutup. Itu pun kalau jawapan dalam borang betul semua :) Disebabkan kami takde la rushing apa pun, ai pun setuju nak buat dan bagi anak-anak jawab contest tu. Kami kena mencari Elf-elf yang ada dekat area miniland. Rupanya banyak Elf yang nak tulis dalam borang, berpusing-pusing juga nak mencari Elf tu dengan cuaca panas. Berpeluh-peluh semua orang hahaha



Nasib baik lah anak-anak okay je. Walaupun panas tapi tengok muka sorang-sorang tu happy je. Panas pun panas la. Gigih masing-masing mencari. Ini antara contoh Elf macam kat arrow seperti gambar di bawah ini. Setiap Elf tu ada namanya. Kena catit dalam borang.



Dah dapat semua jawapan kami terus hantar borang tu kat tempat borang tu diambil. Lepas hantar masing-masing dpt topi krismas, bagi free hehe Penat juga cari Elf tu, tak rehat pun. Kami terus sambung jalan ke ride yang anak-anak nak main. Tengah-tengah jalan tu tetiba enZaf ajak bergambar. Nak bergambar berlatarbelakangkan kipas besar. Unik katanya. Kita layankan aje la.



Sepanjang dalam Legoland, ai kurang ambil gambar. Satu malas satu lagi kebanyakkannya dah ambil gambar masa pergi Legoland sebelum-sebelum ni. Banyak kali dah kot masuk Legoland. Sampai dah muak pun ada. Itu ai la, bagi anak-anak tetap seronok. Datang la banyak kali pun. Hoorey saja dorang tu hihi. Masa ni kami tengah tunggu Zahra, Aliah dan Ariq masuk 4D movies.



Lepas dorang bertiga habis tengok movie, kami lepak dalam Pizza Mania. Kelaparan dan isi perut dulu sebelum sambung main lain pula. Masa tengah duduk kat meja tetiba staf situ, ajak anak-anak buat pizza. Memang rezeki anak-anak la. Paling gembira Aliah sebab dia memang cita-cita nak jadi chef haha



Aliah dan Ariq je join, akak Zahra dia tak nak sebab tak makan pizza huhu



Masa buat pizza ni anak kawan enZaf pun ada, kebetulan terjumpa dalam restoran ni. Geng golf dia, sebelum ni kami pernah bercuti bersama kat Forest City tahun 2018... pergh cepat betul masa. Rasa macam baru je cuti kat situ. Dah setahun lebih rupanya.




Sedikit video masa Aliah dan Ariq tengah buat pizza.





Siap sudah pizza dorang.



Ariq cakap sedap.



Kenyang kami makan pizza dorang berdua ni. Qaireen pun suka sama.

Naik tower pula.




Sepuluh kali naik pun tak jemu-jemu dorang ni.






Yang ni video masa anak-anak naik roller coaster. Suara Aliah yang paling kuat sekali menjerit haha Ai sampai boleh cam suara anak sendiri. Bila tanya dorang betul ke suara Aliah yang menjerit, akak Zahra cakap ye Mummy. Aliah jerit kuat sangat. :p


Akhirnya hujan turun dengan lebat. Mujur la banyak dah ride anak-anak dah main.



Masa ni hanya tinggal ai dengan Qaireen saja. Yang lain semua pergi masuk dalam NinjaGo. Qaireen okay je janji ada Mummy dan makanan. Diam la dia :) Yang lain takde dia tak kisah.



Hujan lebat tapi sekejap aje. Lepas tu hujan mula turun balik secara on off. Ada sesetengah ride boleh naik ketika hujan rintik-rintik, suka la dorang dapat main dalam hujan. Cuma kereta je tak sempat main, hujan agak lebat masa tu. Semua permainan ditangguhkan. Sebelum balik sempat tengok persembahan dan parade sempena Krismas. Tak ambil gambar hanya video.

Sebelum persembahan tu dijalankan ada buat lucky draw, tapi ai tak sempat nak pergi sebab masa tu kami kat surau. Andai kata nama anak-anak naik nampak gaya bukan rezeki kami. Tapi takpe la main kat dalam ni pun dah gembira buat mereka. Keluar dari Legoland, singgah Starbucks. Alas perut sebelum dinner kata enZaf.



My santa claus :)



Masa ni ai dah terasa kepenatan. Banyak berjalan okay dalam ni. Terasa lenguh kaki-kaki ni. Ke faktor umur yang dah tak larat :p Terima kasih enZaf sudi bawa anak-anak berjalan dan layan mereka main dalam Legoland ni. Selagi tak expired kad selagi tu la kita masuk banyak kali pun.