Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Monday, August 24, 2020

Recipe: Ayam Masak Lemon Madu


Rasanya lepas ni ai dah boleh buka kedai chinese muslim kot hahaha Seronok pula buat menu masakan dorang ni. Kalini ai mencuba ayam masak lemon madu. Tak sangka first time buat enZaf kata sedap. Itu yang paling pentingkan. Aliah pun suka, hanya dia je yang layan makanan-makanan yang ai masak try and error :p Zahra dan Ariq tu dorang berdua jenis makan lauk sama je berulang kali :)



Bahan-bahan

10 ketul isi ayam
3 sb tepung jagung*
1 biji telur*
1 sb kicap cair*
lada sulah*
garam*

Bahan-bahan untuk sos lemon madu
2 ulas bawang putih (dipotong dadu kecil)
1 kiub ayam
1 cawan air
3 sb perahan air lemon
3 sb madu
2 sk tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
5 tangkai cili padi
3 keping lemon


Cara Menyediakan

Perapkan ayam dahulu dengan semua bahan yang bertanda *. Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.

Dalam pan lain panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan air bersama kiub ayam sehingga mendidih. Masukkan pula perahan air lemon dan madu. Masukkan juga kepingan lemon buat seketika dan angkat bila sudah lembut. Tak perlu lama. Masa ini boleh la rasa dahulu mengikut citarasa. Masukkan cili padi dan bancuhan tepung jagung. Kepekatan kuah bergantung juga kepada kesukaan masing-masing. Akhir sekali masukkan ayam dan gaul hingga sebati. Siap dan boleh dihidang :)




Kebanyakkan orang masak Honey lemon Chicken ni kering, tapi ai suka berkuah. Tapi jangan masak lama sangat sebab ada lemon kan kalau lama nanti jadi pahit sikit. Lagi satu ai letak cili padi bagi rasa manis, masam dan pedas semua dalam satu lauk :) Oh masa kali ke-2 ai buat lauk ni, ayam tu ai pakai tepung ayam goreng brand Bestari je. Lagi mudah, cepat dan penting sedap hehe.

Thursday, July 23, 2020

Resepi: Sambal Tempe, Ikan Bilis dan Kacang


Mentang-mentang dah makan kat luar, jarang dah ai update pasal resepi hihi Padahal hari-hari masak nak nak pula sekarang semua dah bersekolah. Lagilah pukul 10 pagi dah memasak untuk lunch. Kalini nak share makanan kegemaran enZaf iaitu sambal tempe, ikan bilis dan kacang. Ianya juga boleh juga dijadikan sebagai kudapan. Sedap okay ratah macam tu je. Kalau enZaf keluar outstation terutamanya ke overseas macam London, dia memang suka kalau dibekalkan dengan lauk ni. Senang nak dibawa, sedap dan ringkas bila lapar makan dengan nasi atau pun roti. Bukan dia sahaja, kawan-kawan atau sesiapa yang pergi bersama dengan dia pun join makan juga hihihi Resepi ai bagi ni dalam anggaran untuk 4 orang makan.



Bahan-bahan

1 paket tempe (dihiris nipis) *
1 cawan ikan bilis *
1 cawan kacang *
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 sb cili kisar
1 tangkai daun kari
2 sb gula
sedikit garam

Cara Menyediakan

Mula-mula gorengkan bahan-bahan yang bertanda * satu persatu. Untuk tempe gaulkan dahulu dengan serbuk kunyit sebelum menggoreng. Ketepikan tempe, ikan bilis dan kacang yang telah digoreng.

Dalam kuali yang sama masukkan bawang merah dan daun kari tumiskan sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar masak sehingga pecah minyak. Masukkan pula gula dan kacau. Akhir sekali masukkan kesemua tempe, ikan bilis dan kacang gaul sehingga sebati. Tambahkan garam secukup rasa. Dah siap!




Seperti biasa kalau masak sambal enZaf suka manis-manis pedas. Terpulang pada uols boleh adjust nak pedas lebih atau manis lebih. Kalau takde ikan bilis atau kacang pun takpe, boleh digantikan dengan kentang. Kalau ada kentang, hiris nipis atau tebal ikut kesukaan dan goreng dahulu sama macam tempe, ikan bilis dan kacang. Masa masak ni kentang dah habis, kalau ada ai masukkan sekali dengan sambal tempe ni, sumbat semua lagi sedap. Buat stok banyak-banyak simpan dalam balang :)

Monday, June 29, 2020

Resepi: Buttermilk Chicken


Antara lauk kegemaran enZaf juga. Sekarang ni Aliah pun dah suka dengan lauk ayam buttermilk ni. Kat rumah ni hanya enZaf, ai dan Aliah je yang makan. Haritu enZaf beli ayam mentah ai asingkan siap-siap isi ayam yang takde tulang, potong kecil-kecil untuk simpan dalam freezer. Dapat la 2 kali masak. Satu bekas tu dalam 10 ketul. Kalau nak senang kerja, beli je ayam fillet kat kedai :)



Bahan-bahan

10 ketul isi ayam
4 biji bawang merah (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 tin susu cair
5 sb mentega
2 tangkai daun kari
5 tangkai cili api
1 cheddar cheese slice
1 biji telur
3 sb tepung gandum
1 sb serbuk kari
sedikit garam dan gula

Cara Menyediakan

Mula-mula perapkan ayam dahulu. Caranya celup kesemua ayam dengan telur dan sedikit garam. Masukkan tepung gandum dan serbuk kari, gaul sebati. Perapkan dalam 30 minit atau lebih. Selesai perap bolehla goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.

Dalam kuali lain masukkan mentega sehingga cair. Kemudian masukkan pula bawang putih, daun kari dan cili api, tumis sampai naik bau. Masukkan bawang merah, ayam yang telah digoreng dan susu cair. Susu cair ni ai hanya masukkan setengah tin lebih sikit. Gaul dan biarkan sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan cheddar cheese, garam dan gula.




Kalau ai masak Buttermilk Chicken ni ai suka masukkan cheddar cheese slice. Buat lauk kita lagi berlemak tapi kalau tak masukkan pun tak apa. Boleh je takde cheese pun. Ai ni sebab memang dah ada cheese dalam fridge, itu yang masukkan. Lagi satu kalau suka banyak kuah hanya tambahkan lagi susu cair tu. Ada setengah orang nak kuah lebih masukkan air. Tapi ai pula tak pakai air, kalau masukkan air jadi kuah tu cair tak rasa lemak-lemak susu. Itu bagi ai la. Jadi kalau nak kuah banyak masukkan saja susu cair tu banyak-banyak. Lepas tu biarkan mendidih sekejap bagi sedikit pekat :)

Tuesday, June 16, 2020

Resepi: Serawa Durian Cepat dan Sedap


Tengah musim duriankan. Dekat Facebook dalam Group KD tu hari-hari post jual durian. Macam-macam jenis ada. Ai yang pencinta durian ni memang geram je tengok orang post durian haha Tak sangka pula semalam petang enZaf bawa balik durian. Kalini dia bawa balik durian kampung. Katanya ada orang jual durian kampung perak. Itu yang dia laju beli. Kami ni kalau nak makan durian kampung mesti yang Perak. Negeri lain tu tak berapa sedap sangat. Banyak juga la dia beli. Ai pun terus laju buat serawa durian. Elok sangatlah buat untuk berbuka puasa terus. enZaf puasa 6 tak habis lagi. Tinggal sehari lagi dia. Oh serawa durian ai punya ni rasanya paling senang kot nak membuat. Dan yang penting sedap dan cepat dimasak. Ai tak suka duduk dapur lama-lama hehe



Bahan-bahan

10 ulas durian
1 kotak santan (saiz kecil 200ml)
1 1/2 cawan air
1 gula melaka saiz kecil
5 sudu gula pasir
2 daun pandan (disimpul)
sedikit garam

Cara Menyediakan

Masukkan air, gula melaka dan gula pasir dalam periuk. Kacau dan biar sehingga larut dengan menggunakan api sederhana. Kemudian masukkan daun pandan dan durian. Kacau dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan pula santan dan sedikit garam. Biarkan sehingga mendidih lagi. Tutup api dan hidang.



Senangkan buat serawa durian ni. Sedap pula tu.. bertambah-tambah enZaf dan anak-anak makan. Oh dalam rumah ni hanya sorang je yang tak makan durian, akak Zahra. Masa ai masak serawa ni dia pening kepala. Kesian dia tak boleh tahan dengan bau durian semerbak dalam satu rumah ni. Dah alang-alang buat serawa tu, terus ai buat pulut. Kalau makan serawa ni ai suka dengan pulut.



Berbeza pula dengan enZaf, dia kalau makan serawa lebih suka cicah dengan roti. Dengan roti pun dah sedap jugakan. Lagi satu serawa durian ni sesuai juga makan dengan roti jala. Semalam Aliah dah tanya, Mummy tak buat roti jala ke haha.. Nanti kalau buat serawa durian lagi Mummy buat roti jala pula ye nak. Sekarang ni habiskan pulut tu dulu :)

Thursday, June 11, 2020

Resepi: Daging Black Pepper


Bila Aliah beritahu kat ai yang dia dah muak makan ayam, terus ai bawa keluar daging dalam freezer. Ai pun sama dengan dia dah mula muak makan ayam. Memandangkan kat dapur ada sos black pepper, terus buat dalam masakan daging. enZaf beli sos black pepper tu masa dia masak steak. Dia bab-bab makanan western memang ai serah kat dia je. Bukan tak boleh buat tapi ai memilih untuk tidak masak haha Biar la dia yang masak pula kan. Okay kali ni ai nak share resepi daging black pepper.



Bahan-bahan

1/2 kg daging yang dihiris nipis
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inchi halia *
2 sb biji lada hitam *
3 sb sos tiram
3 sb sos cili
3 sb kicap manis
1 biji kentang (dipotong kecil)
1 batang cili merah (dihiris)
5 tangkai cili padi (dibelah dua)
1 bawang besar (dihiris bulat)
Gula, garam dan perasa


Bahan perapan daging

Sos black pepper


Cara Menyediakan

  • Lumurkan daging dengan sos black pepper. Perap seketika, sambil tu boleh sediakan bahan-bahan lain. Blendkan bahan-bahan yang bertanda *. Masa ai masak ni takde biji lada hitam. Hanya blend bawang merah, bawang putih dan halia sahaja. Kalau tiada lada hitam pun takpe sebab kita dah lumur daging dengan sos black pepper.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang terlebih dahulu. Ai memang suka goreng kentang bagi rasa garing-garing bila makan. Goreng dan ketepikan.
  • Dalam kuali yang sama, tumis bahan yang sudah diblend tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging yang sudah diperap dengan sos black pepper.
  • Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Gaul dengan daging sehingga sebati. Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga daging empuk.
  • Bila rasa daging dah empuk masukkan pula kentang yang dah digoreng tadi bersama dengan cili merah dan cili padi. Akhir sekali masukkan gula, garam dan perasa secukup rasa.







Masa hidang tu ai taburkan sedikit serbuk lada hitam atas daging. Bagi lagi uummpphhh haha tapi kalau uols rasa macam banyak sangat lada hitam tu, tak perlu la tambah lagi.. nanti panas pula badan tu tak pasal-pasal kena cirit birit :p Bila makan lauk black pepper ni terus teringat masa berpantang. Hari-hari makan masa pantangkan. Aliah suka lauk black pepper ni. Selalunya kalau ada daging ni ai masak kicap je. Kali ni buat lain sikit sebab dia dah mula makan pedas. Suka dia bertambah-tambah nasi :)

Monday, June 1, 2020

Resepi: Ayam Kam Heong Sangat Sedap


Kami sekeluarga adalah peminat makanan Chinese style. Asal ada kedai Chinese muslim mesti kami nak masuk. Antara restoran Chinese Muslim kegemaran kami ialah Mohd Chan, Muhibbah dan Homst. Sebab ke 3-3 restoran itu berhampiran dengan rumah :) Oh Mohd Chow pun ada juga kat Kota Damansara ni. Antara menu yang kami selalu order ialah ayam Kam Heong. Masa bulan puasa yang lepas, ai cuba masak lauk ni. Buka Google untuk dapatkan resepi, rupa-rupanya senang je buat masakan ni. Tengok pada bahan-bahan semua dah ada kat rumah, jadi nak tunggu apa lagi. Terus la masuk dapur.



Bahan-bahan

10 ketul ayam atau setengah ekor ayam
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (diketuk)
3 tangkai daun kari
5 tangkai cili api (dibelah dua)
2 tangkai cili merah (dihiris)
3 sb serbuk kari ayam
2 sb kicap
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
Gula, garam dan perasa


Bahan perapan ayam

Serbuk kunyit
Garam
Serbuk lada hitam


Cara Menyediakan

  • Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Perap seketika, sambil tu boleh sediakan bahan-bahan lain. Tapi kalau nak lagi sedap perap sekurang-kurangnya 1 jam. Kalau nak goreng terus pun takde masalah. Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.
  • Gunakan minyak yang sama. Kalau banyak sangat, keluarkan lebihan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili api sehingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga garing.
  • Kemudian, masukkan kicap, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng bersama cili merah. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan gula, garam dan perasa secukup rasa.







Ada sesetengah kedai masak ayam kam heong ni rasa pedas saja. Ada sesetengah kedai pula rasa pedas-pedas manis. Ikutkan selera enZaf dah tentulah dia lebih gemar pedas-pedas manis. Jadi ai tambahkan gula dalam tu. Pada yang tak suka manis, boleh skip masukkan gula. Dan kalau suka lagi pedas, tambahkan lagi cili padi dalam masakan. Ai punya lauk pedas sikit-sikit je untuk anak-anak nak makan. Walaupun ini pertama kali ai masak Ayam Kam Heong, bertambah-tambah enZaf makan. Sedap sangat la tu kan :)

Friday, May 29, 2020

Resepi: Udang Butter Nestum Simple


Resepi ni simple sebab tak guna banyak bahan. Bahan-bahan pun yang jenis mudah dicari dan sentiasa ada dekat dapur. 2 hari lepas ai masak Udang Butter Nestum ni untuk berbuka puasa 6. Masak pun takde la banyak, cukup la untuk 2-3 orang makan.



Bahan-bahan

10 ekor udang
3 ulas bawang putih (ditumbuk/ didadu kecil)
1 tangkai cili merah (ditumbuk/ didadu kecil)
3 tangkai cili api (dihiris halus)
1 tangkai daun kari
4 sb nestum
2 sb mentega
Gula dan perasa


Cara Menyediakan

  • Lumurkan udang dengan tepung. Goreng hingga masak, angkat dan toskan. Ketepikan udang.
  • Guna kuali atau frying pan lain. Sebab nak guna mentega. Masukkan mentega dengan menggunakan api yang kecil. Masukkan daun kari tumis sampai naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk iaitu bawang putih dan cili merah. Tumis sehingga keperangan.
  • Masukkan udang goreng tepung tadi. Gaul hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan nestum, cili api, gula dan perasa secukup rasa. Garam tak perlu letak sebab dah guna mentega. Gaul kesemuanya sehingga sebati.



Dah separuh makan baru teringat tak ambil lagi gambar Udang Butter Nestum ni :p Tinggal sikit je, jadila haha



Mudahkan resepi ni. Tak perlu duduk lama-lama dekat dapur. Sedap pun sedap. Makan gitu tanpa nasi je pun best, buat kunyah-kunyah. Tapi jangan la melantak tak ingat dunia, udang tu kolestrol tinggi hehehe Oh, kalau nak bagi rasa lemak dan berkuah sikit, boleh masukkan susu cair sebelum letak udang. Jadila resepi Udang Butter Milk Nestum. Pun sedap :)


Thursday, May 21, 2020

Resepi: Rempeyek Kacang dan Ikan Bilis Menggunakan Kulit Popia


Sebelum puasa lagi ai ada minta enZaf belikan kulit popia. Tujuan ai suruh membeli tu sebab nak buat samosa. Bila masuk bulan puasa, enZaf suka makan samosa untuk berbuka. Memandangkan kita dalam PKPB ni, susahla nak beli samosa sebab bazaar ramadhan pun tak dibenarkan berniaga. Nak cari online tak tahu sedap ke tidak, tapi setakat hari ini tak nampak pula orang menjual online kat dalam group KD.

Eh entry kali ni bukan nak cerita pasal samosa hihi Disebabkan kulit popia ni ada banyak lagi lebihan, maka ai cuba buat rempeyek ikan bilis dan kacang. Tetiba teringin pula nak makan rempeyek bila dah dekat-dekat raya ni. Berbeza dengan rempeyek biasa, rempeyek ini menggunakan kulit popia. Buat semata nak habiskan kulit popia dalam freezer.



Bahan-bahan

6-10 keping kulit popia
2 sb tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 cawan kacang tanah
1 cawan ikan bilis
3 sb biji ketumbar
3 sb jintan manis


Cara Menyediakan

Mula-mula, goreng dahulu kacang tanah dan ikan bilis. Jangan terlampau garing. Tujuan goreng dulu untuk elakkan dari tak masak ketika goreng kulit popia nanti. Kulit popia ni jenis cepat masak, kalau lama sangat nanti kulit tu jadi hangit pula. Jadi jalan selamat kacang tanah dan ikan bilis digoreng siap-siap. Kemudian, potong atau guntingkan kulit popia kepada 3 bahagian secara melintang dan 3 bahagian secara menegak. Kiranya satu kulit popia itu boleh dapat 9 keping bersaiz kecil. Sapukan bancuhan tepung gandum di atas kulit popia, tujuan tepung gandum ini sebagai gam untuk letakkan ikan bilis dan kacang tanah. Jangan lupa tabur biji ketumbar dan jintan manis. Ai sapu lagi dengan tepung kat atas kacang, ikan bilis, biji ketumbar dan jintan manis tu. Takut tertanggal bila nak menggoreng :) Dah siap semuanya, mulalah menggoreng semua kulit popia tersebut. Agak-agak kulit popia dah kuning angkat dan toskan.




Rempeyek nak habis baru ai teringat nak ambil gambar. Satu perkara tak best bila pakai kulit popia ni, kulitnya terlalu berminyak. Pandai-pandai la lap-lap sikit dengan tisu. Ai buat dalam 50 keping rempeyek, ada balance lagi kulit popia tu. Tapi ai dah penat nak membuat haha Renyah sikit la buat menda ni. Ke sebab first time haha Rempeyek ni ai ada buat dua versi. Satu versi ni yang bersama biji ketumbar dan jintan, satu lagi hanya ikan bilis dan kacang sahaja. Semua anak suka pula makan rempeyek ni, sekali hadap habis okay. Saiz kulit popia itu bergantung kepada kehendak uols. Kalau nak besar boleh gunting pada 2 bahagian saja. Begitu juga dengan kacang tanah dan ikan bilis. Lagi banyak letak lagi sedapkan. Rempeyek ni ai suka buat kecil-kecil, senang sekali ngap je dalam mulut hehe Buat kudap-kudap memang sedap. Tahu-tahu dah habis. Selamat mencuba!

Thursday, May 14, 2020

Resepi: Bread Pudding dan Sos Kastard Sedap


Bread Pudding atau Puding Roti adalah makanan kegemaran ai dari dulu lagi. Zaman muda mudi dulu ai tahu makan je. Dulu nak makan tunggu masa buka puasa kat hotel. Hotel punya bread pudding selalunya sedap-sedap. Memang tak lepaskan peluang keemasan hehe Sepanjang tu ai tak pernah terfikir pun nak buat sampai la dah kahwin anak 3 baru perasaan nak mencuba resepi bread pudding ni muncul :) Dan masa itu lah baru tahu, senang je rupanya nak buat. Resepi ai ni simple aje dan tak leceh. Dan semestinya sedap. Ai kalau makan bread pudding mesti kena ada sos kastard. Baru terangkat! Bawah ni adalah resepi bread pudding yang ai biasa guna.



Bahan-bahan untuk puding roti

1 bungkus roti (saiz kecil)
2 sb choclate chip
3 cawan fresh milk*
2 biji telur*
2 sb mentega*
4 sb gula*
1 sk esen vanila*

Bahan-bahan untuk sos kastard

1 tin susu cair
3/4 cawan air
2 sb tepung kastard
2 sb gula


Cara Menyediakan

Untuk Puding Roti:

Satukan semua bahan yang bertanda * dalam mangkuk. Pukul sampai semuanya sebati. Kemudian, ambil loyang dan koyakkan roti-roti dan masukkan ke dalam loyang tersebut. Bila dah habis kesemua roti masuk dalam loyang, tuangkan bahan-bahan yang sudah dipukul itu ke atas roti. Biarkan seketika bagi meresap ke dalam roti sepenuhnya. Akhir sekali taburkan choclate chip. Selalunya orang lain letak kismis. Tapi ai gantikan kismis dengan choclate chip sebab anak-anak tak makan kismis. Selain itu, kita juga boleh letak almond atau walnut atau apa-apa saja yang kita suka.

Masukkan ke dalam oven, bakar dalam 170°C selama 30 minit. Bergantung juga pada oven masing-masing. Sementara menunggu bread pudding tu siap, boleh la kita buat sos kastardnya pula.


Untuk Sos Kastard:

Mudah sahaja, satukan semua bahan dalam periuk. Gunakan api kecil dan sentiasa dikacau sehingga mendidih. Kepekatan sos mengikut citarasa masing-masing. Siap dan boleh dihidang :)





Gambar bread pudding kat atas ni hasil dari air tangan Aliah. Dia buat masa kita pkp fasa 3 kalau tak silap ai. Oh ada letak cashew nut tapi tak berapa perasan pula. Kena tengok betul-betul :p Aliah ni bab masuk dapur dia memang rajin. Ada je datang tanya ai masak apa. Dah alang-alang dia suka tu, ai pun ajar la dia buat bread pudding ni.



Ai sediakan semua bahan-bahan dan ajar dia satu persatu cara penyediaannya.



Sos kastard pun dia masak. Orang pendek kena panjat kerusi baru boleh nampak apa dia kacau tu :p



Bread pudding ni kegemaran semua orang jua kat dalam rumah ni kecuali Ariq. Dia makan tapi tak banyak sangat. Dan si kecik ni baru first time makan bread pudding. Dan dia pun suka, habis licin pinggan tu.



Masa minggu pertama puasa ai buat lagi bread pudding. Masa puasa roti tak laku, dari terbiar berkulat baik masuk dalam oven. Buat pencuci mulut terus, at least anak-anak ni makan. Tapi buat tu hanya tinggal 6 keping roti je. Bila sikit maka bahan-bahan yang kita guna tu pun separuh je la pakai. Tak perlu banyak sangat.

Wednesday, May 6, 2020

Resepi: Ayam Masak Bali


Sebelum ni ai berkongsi resepi lauk kegemaran anak-anak. Kali ini ai nak share pula lauk kegemaran ai iaitu Ayam Masak Bali. Dah 3 tahun masak lauk ni, baru sekarang tergerak hati nak masuk dalam blog. Ye la, takde cerita lain nak di update sejak pkp, walaupun sekarang dah jadi pkpb. Diriku dan anak-anak masih setia duduk dalam rumah, tak de nak ke mana-mana. Jadi, memang entry resepi la menjadi keutamaan dalam blog ni hehe

Resepi Ayam Masak Bali ni ai dapat dari blog Cik Epal (CE). Cuma ai ada olah sedikit mengikut tekak ahli keluarga yang nak makan :). Nak diikutkan resepi CE ni ada belacan, ai tak masukkan sebabnya lauk tu nanti pedas sangat. Kuantiti bahan pun kurangkan jua. Tidaklah masak sampai satu ekor ayam. Bahan-bahan ai ni cukup la sekadar untuk 4-5 orang makan. Apa pun terima kasih CE sudi berkongsi resepi ini.

Ai suka lauk yang melibatkan banyak batang serai dan daun kari. Semua ni membangkitkan bau masakan yang sedap. Macam ayam goreng berempah dan rendang. Baunya best-bestkan. Dan lagi satu resepi Ayam Masak Bali ni mudah sebab tak guna banyak bahan. Senang, cepat dan sedap gitu.



Bahan-bahan

10 ketul ayam
3 batang serai (diketuk)
1 tangkai daun kari (cuci dan tos)
serbuk kunyit
Kicap manis
Garam, gula dan perasa


Bahan dikisar

Senggenggam cili kering
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup


Cara Menyediakan

Perap ayam dengan kunyit dan garam. Kemudian, gorengkan separuh masak. Ketepikan. Dalam kuali yang sama, kurangkan minyak jika terlalu banyak. Masukkan batang serai, goreng sehingga garing. Masukkan daun kari pula. Daun kari dah agak layu masukkan pula kesemua bahan yang sudah dikisar sampai pecah minyak dan garing sedikit. Tambah gula dan masukkan ayam kacau sehingga sebati. Tuang kicap manis dalam 2 sudu besar. Biarkan seketika sehingga ayam empuk. Akhir sekali masukkan garam dan perasa secukup rasa.





Sebenarnya sukatan masakan ini bergantung kepada diri sendiri. Kalau nak rasa pedas, lebihkan cili. Nak rasa manis, lebihkan kicap atau pun sebaliknya. Tiada sukatan tetap. Yang penting bahan nak buat tu ada, on je hihi Oh lauk ni jenis tak berkuah sangat. Kalau korang nak kuah tambah la air dan kicap bagi pekat. Tapi nanti jadila lauk ayam masak kicap pedas. Sedap juga tu kan :)

Wednesday, April 29, 2020

Resepi: Ayam Masak Lemak Kuning


Lauk kegemaran anak-anak, terutamanya akak Zahra. Dia memang suka betul. Kalau ada lauk ni memang akan bertambah nasi. Ariq pun suka jua. Aliah suka tapi dia lagi suka kalau masak lemak cili padi. Dia memang suka makan pedas. Cuma dia belum pandai makan sambal belacan lagi. Nanti dah besar dan cuba, pasti dia akan suka :)

Selalunya kalau beli ayam ni memang minta potong kecil (ayam potong 16). Jadi ayam tu comel comel je, kami sekeluarga memang suka begitu. Okay ni cara ai masak lemak kuning.



Bahan-bahan

10 ketul ayam (saiz kecil)
1 biji kentang
1 kotak santan (200ml)
1 batang serai (diketuk)
1 1/2 cawan air
1 keping asam keping
1/2 sk serbuk kunyit
Garam dan perasa


Bahan dikisar

4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
senggenggam udang kering


Cara Menyediakan

Masukkan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar sehingga wangi. Masukkan ayam, gaul sebati dan tunggu sebentar. Kemudian masukkan sedikit air dan masukkan santan, kacau sehingga sebati. Tujuan masukkan air dulu untuk elakkan santan tu berketul. Kemudian, tambahkan air yang selebihnya. Seeloknya sukatan kuah tu melebihi ayam. Biarkan sehingga mendidih. Bila sudah mendidih, masukkan kentang, asam keping dan serbuk kunyit. Serbuk kunyit ni taknak letak pun boleh. Ia hanya untuk menaikkan warna kuning tu. Biar sehingga kentang empuk dan akhir sekali masukkan garam dan perasa secukup rasa.




Kalau nak kuah banyak boleh tambahkan air, tapi pastikan tambah juga santan. Kalau tidak nanti kurang rasa lemak sebab santan tu dah jadi cair. Oh ai masukkan cili. Hanya untuk menambahkan seri ada warna merah sedikit lauk tu hehehe.. kalau nak masak lemak cili padi, guna pakai bahan-bahan yang sama juga. Bezanya hanya tambah cili padi di bahagian bahan dikisar. Berapa banyak cili padi itu, bergantung pada diri sendiri nak pedas mana.

Tuesday, April 21, 2020

Resepi: Roti Pizza Mudah dan Sedap


Kalini akak Zahra buat makan malam untuk kami. Ye kami makan roti je. Jarang sebenarnya makan nasi waktu malam. Dorang ni memang suka makan ringan sikit waktu malam. Jadi mudah kerja Mummy. Tak perlu masak lauk banyak-banyak. Hanya masak nasi untuk makan tengahari aje.

Disebabkan roti pizza ni senang nak dibuat. Nak pula pakai roti Gardenia. Maka ai suruh akak Zahra je buat semua. Kebetulan bahan-bahan ni memang dah ada sebab ai masak spaghetti bolognese sehari sebelumnya. Tu yang bila dah ada bahan, apa lagi on aje la projek roti pizza :p


Bahan-bahan

Roti gardenia
Mozarella Cheese
Sosej (dicelur)
Chicken Ham (dicelur)
Cendawan butang (dicelur)
Bawang
Sos Prego atau Tomato Puree

Cara Penyediaan

Pastikan Sosej, Chicken Ham dan Cendawan dicelur ataupun direbus terlebih dahulu. Kemudian hiris nipis kesemuanya. Letakkan roti Gardenia di dalam loyang. Kalau ada tray nipis lagi bagus. Dah susun roti renjiskan dengan air bagi roti tu lembab sket bila bakar nanti. Sapukan roti dengan sos prego atau tomato puree. Letakkan bahan-bahan lain di atas roti mengikut kreativiti masing-masing. Jangan lupa taburkan cheese.

Masukkan dalam oven, bakar dalam 200°C selama 15 minit.





Serious anak dara ni masak. Ai ambil gambar pun dia tak sedar.



Sebenarnya bahan-bahan ni ikut kesukaan masing-masing. Kalau suka letak tomato sila la letak. Dan tiada sukatan. Lagi banyak bahan lagi sedap. Memandangkan akak Zahra first time buat. Dia agak berhati-hati sikit. Close up pizza dia buat.



Lepas ni kalau dia nak buat lagi, ai suruh dia letak banyak sikit. Nak nak cheese tu kan. Ada cheesedale lagi bagus. Bagi melimpah ruah. Ni sebab buat ikut apa yang ada aje. Alhamdulillah kenyang Mummy, Daddy dan adik-adik malam tu. Thank you akak Zahra :)

Tuesday, April 14, 2020

Resepi: Sambal Sotong Cepat dan Sedap


Apa lagi nak buat masa pkp. Nak keluar jejalan tak boleh. Sejak tu takde gambar nak ambil. Rindunya nak keluar makan, jalan-jalan cuci mata, lepak mamak. Oh rindu teh tarik Subaidah haha. Sekarang ni duduk rumah masak je la kerjanya, maka kita update resepi je la.

Sambal sotong ni feveret enZaf dari awal perkenalan lagi. Bila kita dah tahu feveret dia, tentulah kita akan belajar memasak lauk tersebut. Tapi ai jarang masak sambal sotong ni pun. Bila dia ada je baru keluarkan sotong dlm esbok haha... Dia jenis sibuk, jarang ada kat rumah nak nak outstation selalu. Buat apa nak masak kalau dia takde kan.

enZaf dia suka sambal yang manis2 pedas. Tak reti nak tulis resepi, kalau masak pun jenis main agak-agak aje letak berapa banyak. Yang ni ai masak untuk 2 orang makan. Jadi sis cuba :)



Bahan-bahan

3 ekor Sotong putih (saiz sederhana/besar)
2 sb bawang merah, bawang putih dan halia yang telah diblend
1/2 biji Bawang besar dihiris
4 sb Cili giling
1 ketul Gula melaka (saiz kecil)
1 sb gula pasir
Serbuk perasa dan garam secukup rasa


Cara Menyediakan.
- Sotong buang kulit, potong, cuci bersih dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali, minyak banyak baru best.
- Tumis bahan yg diblend sehingga wangi.
- Masukkan cili giling, biar sampai pecah minyak dan garing.
- Masukkan gula melaka dan gula pasir.
- Gula dah larut masukkan sotong, bawang besar dan masukkan garam dan serbuk perasa. Siap!






Sotong jgn masak terlalu lama nanti liat. Kalau suka berkuah, bole letak air. Jangan banyak sangat, kalau cair sgt kuahnya tak sedap plak. Lagi satu ai suka letak bawang banyak-banyak, sebab bawang tu kan manis. Tapi org dalam rumah ni tak suka bawang. Masak sambal ni tak pakai gula melaka pun boleh aje. Ikut citarasa masing-masing. Suka rasa masam-masam sikit letak air asam jawa ataupun asam keping. Kalau suka pedas lebihkan cili. Suka manis lebihkan gula. Jangan lupa lebihkan senyuman ehhh..haha

Bahan-bahan ni boleh guna pakai untuk masak lain juga. Udang ke ayam ke.. ikutla mana suka. :) Aliah sekarang dah start suka makan sambal sotong. Haritu dia la yg perabiskan lauk ni. Dia sorang je pandai makan pedas. Zahra & Ariq belum lagi.

Oh.. kalau ada petai, masukkan dalam sambal. Makan bersama dgn nasi putih panas2 ataupun nasi lemak. Terangkat gitu. :)

Monday, April 6, 2020

Resepi: Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Kukus dan Tak Bakar


Jarang ai ni buat entry resepi. Jadi surirumah memang banyak masa kita memang kat dapur. Masak pun selalunya menu yg selalu buat, jadi takde la rasa nak letak dalam blog. Menu biasa-biasa aje pun.

Tapi disebabkan pkp ni, keluar pun tak boleh, maka pepaham je la. Apa lagi nak buat.. masak makan masak makan hehe

Disebabkan buat puding karamel ni senang, jadi kita share je la kat blog. Resepi pun ambil kat dalam facebook dari kawan-kawan juga yang share kat situ.

Bahan-bahan

3 sudu gula pasir (untuk dijadikan gula hangus)
1 peket serbuk agar-agar (10g)
4 cawan air
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan

Taburkan gula pasir ke dalam loyang. Masak hingga keperangan. Kemudian, ratakan gula hangus tu sekeliling loyang. Letak 1 sudu air dalam gula tu bagi elak hangus. Dan ketepikan.

Di dalam bekas lain, masukkan susu cair, tepung kastard dan esen vanila. Kacau hingga tidak berketul.

Masukkan pula serbuk agar-agar, air, susu pekat manis dan gula ke dalam campuran tadi. Masakkan atas api sehingga mendidih. Kemudian tuangkan ke dalam loyang gula hangus.

Rehatkan sekejap bagi suam dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam.

Untuk menghidang, terbalikkan loyang ke atas pinggan hidangan.

Tadaaaaa






Siapa yang tak suka telur memang elokla buat resepi ni, sebab kalau tak pandai buat yang ada bahan telur tu, kita boleh rasa dan bau hanyirkan. Oh kalau pakai telur tak boleh la buat yang ini sebab telur kena la kukus.

Time pkp ni anak-anak dah macam piranha, letak apa pun habis licin. Sedap ke tak sedap ke telan aje haha Yang penting anak-anak gembira, kita mak lagilah gembira.

Stay safe and stay at home kawan2!