Friday, April 29, 2016

Wedding & Movie


2 minggu lepas punya cerita hehe.
Pegi wedding cousin Zaf.
Tak ingat sangat nama tempat tu,
weddingnya kat One City, USJ.
First time ke sana.
Buat konsep garden wedding gitu.
Cantik tapi tak amik pun gambar.

Amik gambar Ariq je lepas wedding.
Singgah jalan2 dalam mall situ.
Tapi sayang tak de apa yg menarik.



Lepas tu Zaf terus ajak gi Subang Parade.
Nak tgk wayang.
Kami tgk citer Jungle Book.

Sblm tu sempat la makan lagi.
Lama tak makan 1901.



Ni 3 beradik bergambar masa Mummy kat surau.
Daddy dorang bukan nak amik gambar Jungle Book :p



Ariq pilih Captain America,
tapi bila bergambar nak Ironman.



Best la cerita Jungle Book tu.
Pandai betul budak laki tu berlakon.
Macam real je cakap ngan binatang tu semua.
Puas hati la citernya.

Gambar dalam entry ni
takde satu pun kait ngan tajuk hahaha
Gambar wedding takde,
gambar ngan Jungle Book pun tak de :p


Wednesday, April 27, 2016

Karipap Frozen Sedap


Sabtu lepas jumpa kawan lama,
lama tak lama, lama jugak la.
dekat 3 or 4 tahun lebih tak jumpa.
Last jumpa masa tu Haida pregnant.

Kalini jumpa sbb ai
beli karipap frozen kat dia.

Tgk tu tudung senget pun tak perasan.
Selebetnya akak :p
Tepi jalan pun jadila kan.
Tq akak Zara amikkan gambar ni.



Ai order 4 kotak.
Daging, sardin & crab cheese.
Tapi 2 kotak je ai punya.
Lagi 2 bagi Sg Buloh.



Dah siap digoreng.
Sedap okey karipapnya.
Zaf pun kata sedap.
Dia kata susah nak cari karipap sedap skang.
Pastu kulit dia pun sedap rangup.



Sesuai sangat wat stok kat umah,
wat minum petang ke
supper ke kan.
Ape2 aje la bila lapar goreng :p

Abah siap whatsapp kata sedap.
Dia pesan nanti nak order lagi sblm puasa.
Kemain abahku...baiklah kata anaknya yg menurut perintah haha

Okey sapa nak order karipap ni
gi kat fb search nama dia
Adelia Yanti or hyhaida.
Nak order thru ai pun bole.
Ape2 korang whatsapp (sapa ada no phone tu) or email.

Ai ni nak meniaga tak pandai,
jadi kita support kawan meniaga je sudah :)

Tuesday, April 26, 2016

For Sale: Shoes [SOLD]


Nak let go kasut anak2.
Semua cun lagi.
Cuma budak2 ni dah tak muat.
Dan semuanya ori ;)

Kotor2 tu nanti uols cuci la ek.

Converse infant Size 5UK SOLD



Adidas Size 7UK SOLD



Skechers Size 6UK.
Yang ni cantik ada lampu2 bila jalan.
SOLD



Skechers size 4UK.
Lawa blink blink.
SOLD



RM30 sepasang.
Kalau berminat email ek.

Monday, April 25, 2016

Sabar je la


Semangat harini nak puasa.
Dah la tadi tak bangun sahur..
tapi takpe la tetap teruskan puasa.

Lepas hantar Aliah,
terus siap2kan lauk tuk lunch.
Masa masak tu dah rasa
lain mcm pinggang ni.
Pastu rasa letih lain mcm.

Tup tup tup tghari tadi
keluar period.
Huarghhhh sabar je la.
Tp nasib kuar tghari
kalau petang lagi la sakit jiwakan.

Bukannya tak tau nak period.
Citernya macam ni.
Sebenarnya dah 3 minggu lebih
period tak datang.
Tak pregnant pun.
Ai mmg jenis period tak regular.
Ikut suka hati je nak dtg.

Smlm dah niat la konon nak puasa.
Dlm banyak2 hari kita tunggu period nak dtg
tapi tak datang2.
Time kita puasa tu dia datang
sabar je la.

Cakap pasal puasa ni,
tak lama lagikan kita nak sambut Ramadhan.
Skang ni byk dah kuar koleksi baju raya.
Ya ampun banyaknya cantik2..
serious okay semua berkenan rambang mata.
Tapi harga pun tak kalah jugak.
Nak telan air liur pun tak mampu hahahaha

Tahun ni tak tempah baju raya pun.
Plan nak pakai warna apa pun tak lagi.
Tgk la keadaan camne.
Kalau rasa nak beli kita beli.
Kalau tak recycle je apa yg ada.

Friday, April 22, 2016

Dating ngan Aida


Lama tak jumpa Aida ni.
Dia kawan sekolah.
Tapi time sekolah takde la kenal,
kenal dalam facebook hehehe.

Last jumpa dia 2 tahun lepas kot.
Time tu terserempak dlm Johny's
nak berbuka puasa.

Jumaat lepas dia ajak ai lepak borak.
Suh pilih tempat,
ai blur tak tau nak gi mana.
Cuaca panas ya amat kat luar.
Nak gi mamak tak kuasa.
Plan nak gi Wood & Steel
tp kedai tutup plak.
Maybe tutup nak solat Jumaat agaknya.

Last2 ai gi Big Brother je la.
Lama jugak tak ke sini.



Sementara tunggu si Aida ni datang,
amik la gambar anak2.





Padahal tengahari dah makan nasi,
sampai sini order lagi makan.
Hahaha dasar pelahap.

Kemain amik set lagi
dgn soup bagai.



Order lamb chop.



Aida ajak jumpa pun sbb dia halfday.
Babysitter anak dia cuti.
Anak bujang dia, Khalif tak nak bergambar.
Lari ke belakang sana.



Aida ni sama cam ai gak anak ada 3 orang.
Pun sama 2 girls 1 boy.
Tapi 2-2 girls dia sekolah petang.
So Khalif tu je la yg ikot.

Ini pun dapat berborak kejap je.
Dia balik sblom kul 4.30,
nanti jem.
Tau la hari Jumaat semua balik on time.

Thursday, April 21, 2016

Dengan Kawan-kawan Plak


Kemain pegi Dotty's sampai 2 kali.
Baru je pegi 2-3minggu lepas,
pegi lagi.
Kalini pegi ngan kawan2.
Sblm ni kan nak pegi Dotty's
tapi full giler kedai.
Kena tunggu lagi 1 jam [link].

Ini pun tak cukup corum.
Anis & Nowwa takde.
Sbb kami pegi opis hour.

Jumpa kul 3.
3 lebih baru sampai.
Susahnya dapat parking.

Ai makan roti je.
And of course la ada egg yolk cronuts.
Tapi takde dlm gambar ni hehe



Ni makanan Nani.
Dia ngan Tee B makan sandwiches.



Geng makan.
Sian Adraa ekon dlm kedai
tak rasa langsung.
Berpeluh dok dlm tu.



Time keje pun penuh ok kedai.
Tak penah kosong meja.
Redha la dapat duk kat kerusi tinggi.



Next time kita dating lagi.
Thanks Tee B bagi buku UAE.

Wednesday, April 20, 2016

Dinner with Kiddos


Lama tak makan teppanyaki.
Bawak anak2 makan kat sini
sblm hantar Zara gi Eye Level.

Akak Zara tu nampak letih,
bila tanya okay tak nak gi class,
dia cakap okay.
Kita ni risau dia tak larat je kan.
Tapi Alhamdulillah
dia tak pernah kata taknak pegi.
Kira seronok la class tu kan.



Yang budak tayang gigi sebelah tu,
bab jalan mmg laju je.
Super happy & super hyper.
Nak nak bab makan paling laju haha

Ariq ni pun bole tahan.
Suka kalau keluar rumah.
Pastu makan tak putus.
Tembam dah dia.



Ai & Ariq makan beef.
Zara & Aliah makan chicken.



Semalam Zara bagi surat dari cikgu kelasnya.
Dah keluar jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun
tuk bulan depan.
Yang pasti sblm cuti sekolah.
Macam biasa la ai yg nervous lebih.

Baru2 ni ai siap beli white board.
Gantung kat bilik budak2.
Wat tuition la kononnya.
Ajar mana yg mampu.
Takat sekolah rendah insyaAllah
bole la kot mengajar.
Tapi dah masuk sekolah menengah,
lebih baik serahkan pada yg pakar hahaha


Tuesday, April 19, 2016

Aroma Ikan Bakar, Jeram


Balik dari Teluk Intan [link],
kami ikut jalan lama.

Dah alang2 tu enZaf cakap,
gi makan seafood la kat Jeram.
Sampai pun dalam kul 6 lebih.

Tak ingat bila last makan kat sini.



Anak2 asal nampak laut,
laju la nak ke sana.
Tak heran pun nak makan.
Jadinya Mummy layan la budak2 ni kat pantai.



Yang Aliah ni plak,
asyik je tanya bole ke nak main sand.
Berpuluh2 kali tanya.



Zara suh Mummy amik gambar.
Sunset katanya.



Best dok tepi pantai,
angin kuat.



Ni apa yg enZaf order.
Ai tau makan je haha





Monday, April 18, 2016

Ke Teluk Intan


Pergh lama giler tak pegi Teluk Intan.
Last pegi time bujang
holiday ngan kawan2 gi Pulau Pangkor.
Balik dari sana singgah Teluk Intan.

Kalini pegi sbb cousin Zaf kawin.
Kalau saja pegi mmg sampai sudah tak pegi2 hehe.
Cousinnya kawin kat Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Sblom nak sampai ke dewan tu,
nampak helikopter kat atas padang.
Sempat la enZaf benti tepi
bg anak2 tengok.
Nak nak si Ariq kemain la excited tgk helikopter.



Besar helinya.
Ada sorang makcik ke kakak bawah pokok tu,
terjatuh sbb angin heli tu kuat sgt.

Tak tau sape dlm tu,
yang pasti helicopter tu milik kerajaan :)
Ada tulisan dan bendera Malaysia kat situ.

Okay berbalik pada kenduri.
Ni la pengantin yg diraikan.
Cousin enZaf lelaki.
Comelnya je bagi ucapan tuk tetamu.



Anak2 ngan cousin dorang.



Masa ni dorang tengah main,
lari2 dalam dewan.
Dah buat macam umah okay.
Pastu ai stopkan dorang,
amik gambar jap.


we
kat photo booth.



haha tinggi sangat misai tu :p



Habis kenduri tu kami gerak nak balik.
Tapi seblom balik tu
harusla singgah kat Menara Condong.
Rugi la kan tak ke sana.



Ya ampun cuaca time ni
panas ya amat ok.
Pijar kulit semata nak amik gambar punya pasal.
Amik kejap je pastu berlari masuk
dlm kereta.



Sempat gak la lepak minum kejap kat
medan selera area menara tu.
Borak ngan makcik situ,
katanya lama dah kat Teluk Intan tak hujan.
Mmg panas ya amat.


Thursday, April 14, 2016

Kompleks Sukan Lasak Putrajaya (Sukan Luncur)


Yey kalini bawak anak2
pegi main RB tempat lain plak.
But still dalam Putrajaya.

Yang ni kami pegi betul2
dalam Kompleks Sukan Lasak (Sukan Luncur)
Banyak Sukan Lasak lain tp
yg ni khas tuk sukan luncur,
cam main roller blades & skate boards.



Sampai lepas Magrib.
Orang dah ramai tp dlm gambar ni
tak nampak ramainya hehehe



Kawasan sini kecik la sikit
berbanding dari tempat kat
Dataran Putra sblom ni.
Dataran Putra tu open area,
yg ni tertutup khas tuk main menda2 ni la.

Kat area sini mmg sesuai tuk
sape2 yg baru nak belajar.
Tempatnya lebih santai.



Tapi kalau dah terror sangat,
sila la ke kawasan ni,
yg ada naik turun bukit lompat bagai.
Seronok giler okey tgk
budak2 yg terror main.
Rasa cam nak join je.
Tapi takut nanti kalau jatuh
tak bangun2 dah hahaha



Aliah blom apa2 lagi
nak main kat tempat naik turun bukit tu.
Bagi dia naik bukit kecik pun tak lepas,
kemain nak ke sana hehehe
Takpe nak cuba lagi okey.
Nanti dah terror Mummy okay je nak main situ.

Ramai gak budak2 besar cam budak2 sekolah menengah.
Banyak main situ la baru la thrill kan.
Yang kecik2 pun ada pandai dah,
comel je.

Ariq siap dapat kawan lagi main situ,
dia mmg suka geng ngan abang2 besar sikit dari dia.
Berani siap pegi kat 3-4 org abang tgh lepak,
hai hai abang tu siap high 5 bagai
hahahaha macam besar sangat dah kan :p



Oh kat luar kompleks ni
ada byk gerai jua.
Ada jual makan minum.
Zaf ada beli mee goreng,
sedap plak tu.

Pastu ada jugak sewa roller blades.
Sape yg takde rb nak
dtg main sini pun bole.
Byk pilihan tuk disewa.
Tapi ai tak tau harga sewa tu.

Zara Aliah request nak gi sini lagi.
Dorang suka main kat situ la tu.
Parents yg datang ada tempat duduk.
Tak perlu la nak bawak tikar mcm sblom ni
piknik atas simen hihi

Wednesday, April 13, 2016

Thomas Town at 1 Utama


Dapat tau pasal Thomas ni
kat dalam timeline Facebook.
Itu pun sbb ada orang shared ke like page tu.
Ape lagi terus la tunjuk kat enZaf.
Skali dia kata okay la bole bawak Ariq.
enZaf kata bole la pegi kejap,
sblm dia main bola petang tu.
Terus siap2 pegi OU.
Mentang2 umah dekatkan.


So entry kalini mmg byk gambar.
Muka Ariq yg banyak pun.
Giler excited la dia
dapat tgk feveret trains dia.
Dia punya teruja tu
sampai tak tau nak pegi mana satu.
hahaha kelakar la Ariq.



Ada macam2 jenis trains kat sini,
ada ikut tema macam2.
Ofkos la ada yang Classic punya.
Yang lain macam Superhero, Metallic, Chillin, Dino
dan macam2 lagi la
tak ingat nama dah.

Yang pasti mana koleksi trains yg Ariq ada
semua dia nak bergambar hahaha
So layan gambar je la.



























Ni kira roadtour Thomas seluruh Malaysia.
Tak tau la lepas ni ke mana plak.
Follow la Facebook Thomas kat link ni [here]