Friday, February 28, 2014

Sblom Daddy Outstation


Kelmarin ai nak bawak anak2
gi makan petang kat Giant.
Dah siap2 baru nak keluar,
Zaf balik.

Ai bgtau dia ai nak keluar,
dia nak join gak.
Tunggu dia mandi n solat.

Masa dlm kete ckp nak gi Giant je.
Tetiba Zaf kata kita gi OU la,
dia nak beli bola golf.

Dah le ai ni pakai selekeh je bertshirt.
Anak2 pun pakai baju umah je.
Nak gi OU huhuhu

Sblom beli bola dia tu
gi makan dulu,
Zaf kata dinner terus la.

Kat Pizza Hut.
Dgn2 Zaf skali pakai selekeh
tshirt umah & selipar jamban je hihi



Tgh mood baik,
semangat berpeace sambil ckp kuat2 peace :)



Dah makan
gi beli bola golf dia,
pastu ajak karoks.



Nyanyi sampai kul 10,
nasib la anak2 tak meragam.



Teruk tul Mummy Daddy dorang ni kan.
Heret anak2 kemana saja haha
Takpela kita enjoy pun ngan anak2.

Zaf outstation ke Jakarta
ada golf tournament.
Ngan customer2 dia masukkan skali.
Tanya bila balik.
Dia kata tak sure hari Ahad ke Isnin.
Bole tak sure.. huhu


Thursday, February 27, 2014

Lunch dgn Anak2


Lama xlunch kat luar ngan anak2.
Slalunya pas amik Zara,
makat kat umah je.
Sbb cuaca skang panaskan,
jadi mcm malas je nak ke sana sini.

Tapi kelmarin bawak dorang makan.
Sbb utama tak masak haha
Macam biasa la Giant tu umah ke-2 dah skang.

Akak2 ajak makan kat CRS.



Ariq pun skang dah pandai
demand nak makan ape.



Order meal set tuk sorang makan,
dan tambah satu nasi.



Lunch pun dah lambat.
Dekat pukul 3 baru nak makan haha



Tapi time ni ramai gak
mak2 yg bawak anak2 dorang makan.
Anak2 yg masih pakai uniform sekolah,
baju sukan la.
Tetiba rasa macam
"hari mak bersama anak sedunia" je.

Wednesday, February 26, 2014

Tahniah Sepupuku!


Alhamdulillah akhirnya cousinku [link]
dah selamat diijabkabulkan hari Sabtu lepas.
Tapi sayang ai xdapat pegi nikah dia pagi tu.
Tetiba perutku memulas ceri beri.
Sampai time bersanding je.
So sesi bergambar ngan dia n
sedara mara lain time nikah xde uhuhu

Kawin ngan orang Ipoh.
Dok ipoh la kome yer.



Kalau kawin ngan org Johor harus la ada
acara tuk anak2.



Berebut2 budak2 ni kutip gula.
Tapi xde plak duit syiling,
kalau ada ngan ai2 skali join haha



Tahniah Ailis dan suaminya.
Selamat menempuh alam perkahwinan :)



Aliah buat perangai tetiba menangis xnak bergambar huhu

Tuesday, February 25, 2014

Shoping kat FashionValet


First time shopping kat FV.



Dorang ni asal parcel sampai,
gigih la nak bukak.
Seronok mcm bukak present gitu.



Beli shawl je pun.
Berkenan sbb glitter.
Pastu glitternya xde la nampak sgt.
Kalau kena cahaya nampak la berkilat2 cantik je rasa.



Suka ngan materialnya.
Pasni bole beli warna lain plak.


*from FV website

Bole gak beli direct kat
HijabersCentral website [link]
Byk lagi warna yg xde kat FV.

Oh first time gak beli
shawl mahal.
Sblom ni shawlku semua harga 10hengget haha

Monday, February 24, 2014

Taknak Pegi Hospital


Khamis lepas ai baru dpt tahu
abah tak sihat.
Petang Khamis tu,
ai balik Sg Buloh.
Tgk Abah terbaring je lemah badan.
Rupa2nya dia xsihat dr Ahad lepas.
Ape lagi bebel la ai ngan adik2.

Dia demam, cirit birit, sakit badan.
Dari hari Ahad, hari Rabu baru gi klinik.
Bertambah lagi la bebel ai.
Doc suspect food poisoning.
Makan pun xnak ,
ai paksa dia makan.
Tanya dia dah minum air ape tu
mcm serbuk oren bg tenaga.
Dia kata tak minum.
Terus ai cakap dah makan sket
pastu gi hospital.
Dan dan dia minum air tu ok huhu

Tapi ai suh mak siap nak hantar Abah.
Yg Abah plak buat2 lambat,
pastu ckp mcm dah ok sket pas minum,
hahaha alasan lagi xnak pegi.

Ai cakap tak kira,
ok ke tak ke pegi jugak.
Check atleast kita tau sakit ape n
xsusah hati pasal diakan.

Kul 10mlm gak le baru keluar dr umah.
Terus gi bhgn kecemasan Hospital Sg Buloh.
Mcm biasa menunggu.



Kami dok luar layan anak2.
Makan eskrem la berlari la.
Time ni ai tak kira dah heret semua,
ngantuk ke tak ngantuk xfedulik.
Abah sakit lagi penting buat masa tu.



Buat blood test,
pastu gi register ape ntah.
Sementara tunggu result.



Alhamdulillah
hasil dari blood test doc kata xde ape.
Abah terus muka senyum,
dia mmg xnak kena admit :p

Tapi pallet darah menurun.
Normal 150 result 80.
Doc ckp kalau 50 dah kena tahan.
So doc adviced minum air banyak2 dan berehat.

Mujurla dorang dua ni xmeragam.



Doc cakap lagi esok (Jumaat) wat checkup
takut2 pallet tu turun lagi.
Bole esoknya Abah xnak pegi.
Puas la pujuk bebel pun xnak.
Jawapannya mmg xpegi.
Beli 100plus berbotol bagi dia minum.
Sup ketam bagai.
Hari sabtu tgk dia,
lega sbb nampak dia ok sket.
Makan pun dah lalu baru badan tu kuatkan.
Taknak pegi hospital punya pasal huhuhu

Tuesday, February 18, 2014

Sabotaj dari Suami


Kalau bgtau kat enZaf ai nak diet,
mesti dia senyum sinis.
Sbb dia tau,
cakap nak diet tp mulut kunyah je
hahaha

Tapi bila ai mmg betul2
serious nk diet,
mula la dia buat projek sabotaj kat ai.
Ada la beli itu ini.
Byk kali dah sblm2 ni pun sama.
Camne misi nak berjayakan.

Kalau dia dah bawak balik,
harusla ai makan :p



Buh dlm fridge letak dalam2
bagi tak nampak sgt :p



Eskrem magnum baru makan mlm tadi.



Tapi yg ni bukan dari dia.
Dari adik ai,
pun sabotaj ai jugak.



Anak2 makan 4 ketul je,
so selebihnya ha sendiri tau dah sapekan.

Monday, February 17, 2014

Festival Kucing Putrajaya 2014


Smlm ikut Zaf gi main bola kt Bangi,
sblm tu ajak dia gi
Putrajaya dulu nak tgk kucing.



Punya la ramai manusia.
Dah masuk Freekan.
Pepaham je la.
Ngan sesak,
nak tgk kucing pun susah.
Almaklumlah tuan badan ni "tinggi" sgt,
lagi la jenuh nak tgk kucing.

Antara kucing yg sempat di snap.



Dah mcm rimau.
Si Ariq tgk kucing ni,
terus bunyi roarrr
bukannya miaw hahaha



Ni pun dah mcm leopard.
Cantik betul spotnya.



Ada jugak kat situ,
kucing yg kita leh bergambar.
Tapi org berderet semua nak bergambar gak,
jd abaikan je la nak bagi anak2 pegang.



Kucing yg xde bulu,
tapi meremang bulu romaku tgk kucing ni.
Geli ok..
xcomel langsung huhu



Disebabkan kat dlm ramai sgt org,
nak bergambar ngan kucing pun xdpt.
Gambar kat luar je la hehehe



Yours truly pun nak jugak.
Jgn muntah :p


Thursday, February 13, 2014

Keistimewaan Puasa Sunat


Lagi 4 bulan kita nak sambut Ramadhankan.
Kejap betul masa.
Slalunya bila nak dekat puasa ni,
baru la terhegeh2 nak ganti puasa.
Tapi kalini Alhamdulillah,
ai xde ganti puasa.
Ramadhan lepas dapat puasa penuh.
Terima kasih pada Ariq
sbb menyusu badan :)

Walaupun tak puasa ganti,
ai akan buat puasa sunat.
Terutamanya Isnin & Khamis.

Jom baca ape kelebihan puasa sunat.


* Petikan dari BH online.

Amalan boleh pelihara kesihatan jasmani dan rohani

Amalan puasa sunat sangat dituntut dalam Islam dan dilaksanakan kerana Allah untuk mengharapkan keredaan, keampunan serta mendekatkan diri kepada-Nya. Puasa sunat boleh dilakukan pada bila-bila masa jika seseorang itu berkemampuan kecuali pada hari diharamkan atau makruh untuk berpuasa.

Puasa sunat amalan yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW khususnya pada hari Isnin dan Khamis. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah) pada tiap-tiap hari Isnin dan Khamis. Oleh itu, aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” (Hadis Hasan Gharib, riwayat Tirmizi)

“Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat.” Sabda baginda lagi: “Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit.”

Hari Isnin dan Khamis adalah hari istimewa bagi Rasulullah SAW. Keistimewaan hari itu ialah hari Rasulullah SAW di lahirkan dan di turunkan wahyu kepadanya.

Sabda Baginda: “Hari itu (hari yang bersejarah) kerana padanya aku dilahirkan dan padanya aku di utuskan menjadi Rasul, pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Quran kepada aku.” (Riwayat Muslim)

Kelebihan puasa sunat

Puasa sunat mempunyai banyak hikmah dan kelebihan antaranya, tanda bersyukur kepada Allah atas rezeki serta kurniaan nikmat yang diberikan kepada hamba-Nya. Berpuasa juga membantu memelihara kesihatan jasmani dan rohani.
Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat.” Sabda baginda lagi: “Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit.”

Berpuasa juga dapat mendidik nafsu amarah supaya berubah menjadi nafsu lawwamah, seterusnya meningkatkan kepada nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang tenang tenteram.

Puasa juga akan menyucikan diri daripada sifat mazmumah seperti tamak, sombong, hasad dengki dan sebagainya. Apabila seseorang itu berpuasa ia akan membersihkan jiwa yang kotor dan secara tidak langsung merasa rendah diri terhadap orang lain.

Di samping itu, ia juga melatih dan mendidik jiwa dengan sifat belas kasihan terhadap orang lain yang hidup susah atau menderita. Dengan ini, kita akan merasai penderitaan hidup mereka yang kurang bernasib baik dan merasai keadaan hidup serba kekurangan.

Puasa sunat dapat membantu kita memperoleh kecerdasan akal dan fikiran seperti disebut dalam satu riwayat: “Orang yang berlapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya.”

Latih jiwa tanggung kesusahan

Puasa sunat sangat dituntut bertujuan untuk menampung ibadah fardu. Puasa sunat adalah latihan jiwa yang luar biasa supaya kita bersedia menanggung segala kesusahan serta pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.

Abu Said al-Khudri berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan Allah akan jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Setiap orang yang berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan yang ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan.

Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh meskipun sedikit tetap ada ganjarannya dan dinilai oleh Allah SWT. Ia menjadi saham yang boleh membantu manusia di akhirat kelak.

Aisyah berkata, bersabda Rasulullah SAW kepadaku pada suatu hari: “Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )? Aisyah berkata: Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan). Baginda bersabda: (Jika begitu) maka aku berpuasa.” (Riwayat Muslim)

Latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah doanya mudah diperkenankan. Sebab itulah orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa.

Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas. Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah SWT. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dan ikhlas dalam diri sendiri dan kepada Allah.

Puasa sunat lebih-lebih lagi puasa di bulan Rejab dan Syaaban banyak sekali kelebihannya di samping dapat membantu meningkatkan kekuatan serta persediaan dalaman sebelum tibanya puasa wajib di bulan Ramadan.

Wednesday, February 12, 2014

Abah Dah 60


Semalam birthday Abah tersayangku.
Yang ke-60 tahun sudah.
Tetiba rasa sedih hati,
tua dah Abah huhu

Kami sambut birthday Abah awal 4 hari,
sbb adik ai Nani nak balik Poli.
Cuma Hana kat Ipoh je tak dpt join huhu
Makan kat Pizza Hut Kota Damansara.



Aliah ni kalau dpt tembikai,
mmg xmakan menda lain dah.
Dia leh hadap menda tu je.
Zara plak xlayan buah
sedihhhh la ko kakak



Antara makanan di pesan.



Snap sket je
sbb Ariq meragam :p



Sbbkan baju belang2 tu la,
sambut awal :)



Kek untuk Abah.
Order choclate indulgence
sbb Abah suka kek ni.



Macam biasa la,
birthday orang birthday anakku jua.
Dia la tiup
dia la potong.



Sama je ngan Zara hehehe



Happy Birthday Abah!
Moga dipanjangkan usia dan
diberi kesihatan yg baik



Oh Abahku jua dah xkeje.
Cukup umur 60 pencen sudah.
Pasni hantar anak2 slalu
bagi dia main ngan cucu2nya hahaha

Tuesday, February 11, 2014

Nestle Milo: Institute of Champions


Gi OU skali nampak ada Milo wat event.
Ajak Zara join, sementara Zaf jaga Ariq n Aliah.
Sblom tu kami gi register dulu.



Tempat aktiviti.



Pastu dpt tin & kertas soalan.
Kena jawab 3 soalan dan
gi main salah satu aktiviti yg dorang buat.
Kami pilih Milo Nutrisi (4 aktiviti).
Setiap aktiviti akan diberi token.



Ada soccer.



Table Tennis.
Yang ni Zara taknak main,
xreti katanya.
So ai mainkan.



Basketball.
Sekali baling je masuk.
Good job Zara.



Ada lagi aktiviti lain.
Macam cycling.
Tapi nak Q punya la ramai,
so skip aktiviti ni.

Token2 yg dapat tadi,
bole redeem goodies bag.



Oh ada aerobic dgn maskot Milo.



Zara tak sabar nak tgk ape dalam bag tu.



Aliah takde sbb tido.
Kalau tak mesti dia nak join sama.



Pas tu gi minum kat Teh Tarik Place.
Aliah dah bangun,
terus keluarkan segala menda dlm bag tu.
Nasib la akak dia tak kisah.



Ai mmg suka kalau ada event2 camni.
Seronok2 dgn anak. :)