Thursday, February 28, 2019

For Sale: Kids Instant Shawl [SOLD]


*UPDATED* All SOLD!

Nak let go tudung anak-anak yang dah tak pakai. Semua tudung ini jenis instant. Bagi anak=anak pakai senangkan sarungkan saja. Kesemuanya masih elok lagi tiada koyak dan cantik. Disebabkan jarang dah pakai lebih baik jual. Tudung ini sesuai dari umur 4 hingga 8 tahun.

Harga RM15 sehelai. Kalau berminat, email ya nurhayatiyusof@gmail.com



Tudung di bawah ini jenis material polyester.



Gambar di bawah ini pula, tudungnya jenis material chiffon.



Tuesday, February 26, 2019

Ke Sekolah > OU > Birthday Party


Sabtu pagi yg lepas pergi sekolah anak2.
Ada mesyuarat PIBG.
Tahun lepas tak pergi,
tak ingat plak sbb apa..
samaada ada hal ataupun dah dalam pantang hehe



Sempat Aliah ambil gambar kami.



Abang Ariq duduk diam sbb
tengah makan bihun goreng.
Lepas makan terus keluar main,
dgn sapa2 ntah dapat plak kawan tu.



Zahra Aliah pun dah hilang
dengan kawan masing2.

Masa tengah mesyuarat,
Qaireen badan panas..
dan dia pun mula meragam.
Tak dapat nak tunggu sampai habis,
terus kami keluar.
Dengan cuaca pun panas walaupun pagi.
Berpeluh ai kat sekolah tu :)

Beli cool fever,
lepas tu lunch sbb anak2 dah lapar.
Makan kat Restoran Ayam Kampung.

Qaireen walaupun demam,
tp makan tetap makan hihi



Lepas makan kami terus ke OU,
dah janji ngan anak2 nak pergi
beli hadiah kawan dia
ada birthday party petangnya.
Singgah beli kat Kaison.

Sempat ambil gambar gelang baru :)



Gambar dpt dari whatsapp mak Aqilah.
Zahra, Aliah & Ariq pergi sendiri.
Rumah kawan tu blok sebelah je.
Pesan balik sebelum pukul 7.



Happy Birthday Aqilah!
Moga jadi anak yg solehah.

Sunday, February 24, 2019

"Tee" Time


Lama gila tak jumpa
kawan ai sorang ni, Tee B.
Yatie besar dan Yati kecik :)
Last jumpa tak silap masa Qaireen 2 bulan [link].
Qaireen dah setahun baru jumpa balik hehehe
Ni pun tak plan..
selalunya tak plan la menjadikan.
Walaupun dapat jumpa sekejap je.

Bila ai free, dia ada hal.
Bila dia ajak, ai plak tak bole.
Ada je yg menghalang..
masa blom mengizinkan gitu.
Apa pun Alhamdulillah berjumpa jua :)

Pukul 3 lebih dapat whatsapp dari Tee,
ajak lepak minum.
Kebetulan mmg ai pun tengah
baring2 menyusukan Qaireen,
laju je reply cakap okay haha

Jumpa kat Secret Recipe Giant.



Lama jua tak lepak kat SR ni.
Sebabkan minum petang,
order la kek jua.
Akak Zahra plak kalau ke sini,
tak sah kalau tak order spaghetti carbonara.
Dia bukan minum petang,
tp dinner terus :p

Sampai pukul 6:10 petang lepak situ,
itu pun nak balik sbb
Aliah Ariq nak balik sekolah plak.
Kalau tak mau sampai malam kot.
Byk story nak membawang hihi

Thank you akak Zahra amikkan gambar.



Ambil lg sekali, dekat sket.
Taknak amik full sbb pakai selipar je.



Sampai tertidur Qaireen
teman Mummy lepak gitu.
Thanks Tee for your time,
insyaAllah ada rezeki jumpa lg kita ye.


Tuesday, February 19, 2019

Projek Sains: Kipas Tangan Peraturan Bilik Sains Tahun 3


Kalau anak-anak ada projek kerja sekolah yang hendak dibuat. Ai la orang pertama sekali runsing hahaha... runsing tu disebabkan ai takut terlupa. Bukan anak-anak yang lupa tapi maknya. Dorang ni kalau esok nak hantar baru la teringat. Bila buat projek ini harusla ada bahan yang perlu dibeli. Minggu lepas pada hari Khamis ke Rabu ai tak berapa ingat, Aliah ada beritahu yang cikgu Sains minta buat kipas tangan. Kena rujuk dalam buku teks, murid-murid kena buat kipas tangan yang mempunyai peraturan bilik sains.



Hari Sabtu baru kami keluar untuk mencari bahan. Beli stik aiskrim, stiker dan kertas warna kuning dan biru sebagai tambahan. Dekat rumah sudah ada kertas warna kuning dan biru tapi ai beli lagi buat stok. Bahan-bahan lain sudah ada di rumah. Pada hari Ahad baru Aliah start buat projek Sainsnya itu. Mula-mula perlu buat lubang pada stik aiskrim. Yang ini Aliah first time menukul. Eksaited dia dapat pegang hammer untuk ketuk paku hehe



Bukan main fokus lagi Aliah tu pegang paku, dekat sangat nak oi dengan mata. Minta dia jauhkan sedikit. Akak Zahra pun tolong sama. Dia dah pernah menukang kat sekolah. Jadi tiada masalah nak buat. Laju je dia siapkan.



Jahanam meja sebab ai tak alaskan dengan kertas ke apa.. main ketuk je atas meja makan. Nasib baik enZaf tiada kat rumah hahaha... Dah siap buat lubang pada semua stik aiskrim, Aliah sambungkan semua stik aiskrim itu dengan memasukkan dawai pada setiap lubang yang dah dibuat.



Ai hanya tolong Aliah gunting kertas warna. Dia tulis peraturan atas kertas warna tersebut.Sebelum itu, ai ada tanya dia kenapa tak pakai pen, dia jawab takut salah tulis nanti kena tulis semula pada kertas lain. Dia pilih tulis menggunakan pensel je. Ikut dia lah kan, projek dia. Asalkan dia suka ai sokong :) Tak habis pun Aliah tulis peraturan tu sebab jam dah pukul 10 malam. Ai minta dia sambung keesokkan harinya iaitu hari Isnin :) Sambungan hari esok dia sambung menulis. Dah siap Aliah perlu lekat kertas itu pada stik aiskrim menggunakan double-sided tape.



Dah selesai semuanya lekat, ai tolong letakkan tali riben belakang kipas. Bila buka kipas tangan tu elok je tersusun sama lebar. Suka kipas dia dah siap akhirnya.



Kalau nak dilihatkan betul-betul tak berapa rapat kipasnya. Ai nak adjust balik leceh sebab dah lekat, mujurlah Aliah jenis tak kisah.



Kertas warna tu dia yang susun nak guna warna apa. Ceria sungguh kipasmu hehe.. Mummy suka. Sebelum buat projek Sains ini, dia ada buat projek subjek English. Berkenaan My Family.. lupa pula nak ambil gambar. Nanti dah ambil gambar, ai update balik letak gambar dalam entry ni.


Monday, February 18, 2019

Beriadah di Ardence Labs Lagi


Yey kami pergi lagi di Ardence Labs ini. enZaf ada main bola kat sini lagi. Bila anak-anak ini tahu Daddynya nak ke sini lagi bukan main seronok semuanya. Ai pun suka sebab kawasan ini best sangat. Cuaca kali ini agak panas, walaupun panas tapi semuanya dah tak sabar dorang ni nak keluar dari kereta. Sebelum anak-anak ni nak bermain, ai ajak dorang berjalan dahulu kat area tasik.



Sedia maklum cuaca sangat panas tapi kawasan ini berangin, mungkin tempat ini tinggi. Boleh dikatakan kuat juga anginnya sebab kami boleh rasa tempias air pancut yang di tengah tasik itu. Nak menunjukkan bertapa kuatnya aingin itu kan. Terasa seperti duduk di tepi pantai pula.



Anak-anak bermain bubbles sekejap.



Sebenarnya masa on the way nak ke sini, bola Ariq pecah dalam kereta. Daddy dia pun tak perasan yang bola itu ada sedikit rekahan. Lama bola tu tersadai tak guna, mungkin itu la penyebabnya kot. Tup tup tup bola itu meletup. Nasib baik tak meletup kuat, kalau tak mahu terkejut semua orang. Kami cari juga bola baru kat dalam kedai kawasan Ardence ini tapi tiada satu pun. Itu yang enZaf beli bubbles sebagai pengganti sementara. Nak bagi hati Ariq terubat dan terhibur sedikit hehehe. Sambil anak-anak ini bermain bubbles tu, sempat lagi ai ajak dorang bergambar sekeping dua haha...



Thank you Zahra dan Aliah sudi melayan Mummy walaupun dalam keterpaksaan :p



Ariq seorang je ai tak bergambar, dia memang tak layan Mummy langsung. Sibuk nak main bubbles, Qaireen pun sama juga, ai panggil banyak kali buat tak tahu je huhu... Qaireen tengah kusyuk tengok kakak-kakak dan abangnya. Nak join tak pandai jalan lagi hehe.. Setelah puas bermain bubbles dan berjalan area tasik, kami pun terus pergi ke padang bola. Sempat lagi ai ambil gambar anak-anak dengan Daddy mereka :) Kacau je kan orang tu nak main bola masa tu la nak ajak bergambar.



Kali ini anak-anak tak dapat nak bermain badminton, angin terlalu kuat. Menyebabkan dorang semua kecewa nak nak akak Zahra. Semangat dorang ni. nak bermain badminton dari rumah lagi.



Mujurlah team Daddy ada bawa bola sepak extra. Dapatlah anak-anak ni bermain bola bersama. Dalam 5 minit mereka bermain, ada kawan-kawan lain pun turut join main bersama. Wah dapat kawan baru, seronok tengok mereka ini pandai berkawan. Bermain sampai berpeluh tak ingat. Sementara anak-anak bermain, ai dan Qaireen sibuk makan sambil perhatikan dorang. Alang-alang tu, berootd sekejap. Lama tak berootd masa ikut enZaf main bola.





Sebelum balik sempat kami singgah berjalan kat area kedai-kedai dalam Ardence ini. Kat situ ada pula diletakkan khemah comel-comel. Banyak pula tu, terus kami duduk salah satu khemah yang ada.



Kawasan khemah ini diletakkan dengan tikar dan bantal. Sesuai pula nak berpicnic. Sebelum ini, kami datang tiada pun khemah gini, mungkin setiap bulan ada pelbagai tarikan dibuat disini untuk menggalakkan pengunjung barangkali. Oh! gambar kat bawah ini, Qaireen tu tengah menangis sebab dia tak suka pada artificial grass tu. Bila dia pijak rumput tu terus dia menangis huhu... Adoilah anak.



Masa ini ai rasa berlengas sangat, anak-anak jangan cakap la, dorang lagilah berpeluh basah semuanya. Main bola bersungguh-sungguh dengan cuaca yang panas. Kena banyakkan minum air kosong. Harap-harap mereka semua sihat dan tak jatuh sakit.

Sunday, February 17, 2019

Name Tag Sekolah


Khamis lepas baru dapat
nametag Ariq dari cikgu kelasnya.
Dan dan la Ariq nak suruh Mummy jahit
malam tu jugak.
Tak kuasa nak layan sbb Jumaat tu
dia ada pj tak perlu
pakai uniform :p

Nak hantar kedai mcm tak berbaloi plak,
takat 4 helai je.

Semalam baru ai gigih nak menjahit.
Diriku tak pandai menjahit
apantah lg nak ada mesin jahit.
Macam biasa jahit tangan je la.



Herot berot pun lantakla.
Nasib bahagian dalam,
bukannya nampak hihihi



Sampai baju yang ke-3 ai dah surrender.
Sakit pinggang dan mengantuk.
Jahitnya pukul 11.30mlm start
dekat pukul 1.30pagi tak habis haha
Konon nak habiskan baju ke-4,
tp tak larat sgt dah.
Jahit pun sampai tercucuk jari sudah.

Ni tinggal lagi satu helai,
ntah bila nak jahit tu jgn ditanya :p

Thursday, February 14, 2019

Random Stories


Sebenarnya ada cerita pergi Legoland lagi
masa bulan satu yg lepas.
Tapi malas nak buat sbb
malas nak tengok gambar yg byk tu haha
Tunggu mood rajin tu datang :p

Sebabkan malas,
ambil gambar sikit yg blom dimasukkan
lagi dalam blog secara random.

Masa ni baru balik
bawa anak2 makan kat luar
lepas Maghrib.
Habis makan terus pergi mengaji.



Lega ya amat
Ariq suka pergi mengaji.
Walaupun Iqra' tak habis lagi.
Semangat dia hehe

Tahun ni ai target Zahra dapat khatam al-Quran.
Agak slow progress dia.
Dah masuk Tahun 5 pun tak habis2 lagi huhu
Aliah pun ai harap dia
dapat khatam cepat.

Gambar bawah ni plak,
keluar dgn Zahra pergi Giant.



Singgah kedai buku,
topup stationary kat rumah tu
yg dah surut.
Semua kerana Ariq hahaha
Ada je hilang itu ini.

Buku berapa kali tertinggal pun tak tau.
Oh ada satu hari tu
tertinggal pencil box.
Mujur la kelas tu takde kongsi dengan tahun lain.
Kalau tak mmg ghaib terus.

Ni gambar masa pergi Ikano
time cuti sekolah.
Tahun ni semua maklum tahun khinzir.



Lepas enZaf golf,
terus ajak pergi Giant.
Beli barang dapur.
Sebelum dia nak outstation esoknya.



Akak Zahra ni plak jarang2 rajin
buat kerja rumah.
Tp kalau rajin dia tu tiba2 datang,
habis satu rumah dia kemas.



Lap2 habuk semua.
Jarang bukak tingkap pun selalu habuk huhu
Kalau semua dia dah kemas,
sampai tanya ada apa lagi dia bole buat.
Ha sampai gitu rajinnya hahaha
Pesan kat dia selalu,
kalau nak masuk asrama kena la
rajin dan pandai buat kerja rumah juga.
Tingal iron je ai tak suruh lagi.
Nanti boleh cuba.

Si kenit ni kakinya dah sampai bawah.
Tinggal tak reti lagi nak tolak depan belakang.
Keras je kat situ :p



Nak buat entry pasal dia ikut bulan pun
tak terbuat2 lagi.
Bila tetiba rasa semangat rajin tu dtg,
time plak takde.
Sampai dah terlupa dah kot apa nak cerita.
Pasal bersalinkan dia pun,
tak buat2 lagi huhuhu
Aduhai.. ni pun laju2 taip masa dia tgh tidur.
Kejap lagi terjaga la dia.
Tidur nak mengempeng je.

Wednesday, February 13, 2019

Paradigm Food Court


Lama juga tak pergi Paradigm
kat bahagian lower ground ni,
tau tau dah ada food court rupanya.
Bila masa renovate pun tak tau haha
Dah alang2 lalu enZaf pun ajak la makan.

Ada byk pilihan jua kat food court ni,
dari nasi campur, mamak, western,
sizzling, arab, penang food,
korea macam2 la.
Pilih je la mana yg berkenan.



Ai makan nasi dengan ayam black pepper.
Biasa2 je rasanyanya.
Tapi Aliah suka :)



Ariq plak nak makan mee soup je.
Terkezut ai sbb dia mat nasi.



Dua orang anak dara ni pun sama,
makan soup juga.
Sorang mee sorang bihun.



EnZaf plak ntah macamana la dia
tak tengok gerai makan tu,
main order jee wantan mee..
sekali wantan mee tu dari gerai vegetarian hahaha
Bila dia makan, terus tak suka,
katanya rasa pelik.

Dah order makan lain,
beli chicken rice aje.
Sabar je la haha

Nak ambil gambar Qaireen
tp dia buat tak tau je.
Panggil byk kali baru nak pandang.



Jalan2 pusing mall,
singgah minum sebelum balik.

Anak2 main kad Donkey ngan Daddynya.
Walaupun kat tangan Daddy tu
tak habis2 dgn handphone.
Tp jadi la..sekurang2nya
dia tetap nak layan anak2 main.



Memula je ngan phone,
lepas tu dia fokus main ngan anak2.

Ariq sibuk main kereta Hot Wheelsnya,
lupa plak nak ambil gambar dia.
Ai sibuk melayan Qaireen la.





Tuesday, February 12, 2019

Majlis Persandingan Aizad & Isteri


Sabtu lepas majlis persandingan Aizad
sebelah pihak Mak Ngah sekeluarga pula.
Ingatkan Sabtu tu ai tak dapat datang,
sebabnya enZaf ada kat Johor.

Jumaat malam Mak Ngah buat kenduri doa selamat
pun ai tak dpt datang.
Tak kuasa nak heret anak2 tanpa enZaf
pergi kenduri waktu malam.
Qaireen jenis tidur awal,
takut meragam susah plak nak handle
anak2 yg lain.
Walaupun ada mak dan adik beradik
tetap tak sama bila takde suami hihihi

Tapi tak sangka plak,
enZaf balik jugak Sabtu tu
Subuh dia sampai rumah.
Lepas Subuh terus tidur kepenatan,
takut ai nak kacau dia.
Dekat nak masuk Zuhur tu dia bangun dan
ajak pergi kenduri kahwin.

Sampai kenduri lambat sikit,
terlepas ambil gambar ramai2 dgn ahli keluarga.
Masuk dewan terus makan dulu,
kelaparan hahaha
Lepas makan baru ajak pengantin bergambar.



Qaireen plak tak tgk camera,
jenuh panggil.
Sibuk tengok pelamin.
Tangan pegang ketat kat tudung Mummy,
nasib baik tak tercabut :p

ooo bangga ngan Ariq sebabnya makan tak comot.
Kalau tak baju tu konpem
kena tumpah makanan or minuman hehehe



Sepanjang kenduri macam tu la Qaireen.
Tak nak dengan orang.
Cousin ai yg lain sibuk nak dukung dia
tak dapat2 huhuhu



Masa nak balik,
sempat la bergambar ngan MakNgah & PakNgah
kat pintu dewan :)



Pastu panggil je sesapa yg ada selit sama.
Tahniah sekali lg buat MakNgah sekeluarga
dapat menantu perempuan yg pertama.

Dan semestinya la tahniah kepada Aizad & isteri.
Buat masa ni dorang berdua pjj,
sorang kat sini dan sorang lg kat Johor.
Jgn lama2 berjauhan okay.


Monday, February 11, 2019

Bracelets Baru dari Les Georgettes


Masa cuti Chinese New Year kami pergi ke MidValley (MV). Rasanya lama betul tak ke sana, sampai kedai Money Changer dekat lower ground floor sebelah escalator tu dah takde pun. Dan ai perasan area bawah tu dah buka besar lagi ke belakang dan ada banyak lagi kedai dan food court. Ya ampun serius lama betul tak pergi MidValeey ni hahaha Money changer tu dah la femes kalau ke MV, tak putus-putus orang beratur untuk tukar duit sampai sesak area situ. Masa jalan-jalan pusing MV, boleh pula terjumpa dengan staf enZaf. Jarang betul kami ni kalau keluar jumpa staf dia, terserempak dengan kawan-kawannya tu ramai la. Lepas berborak sekejap dengan staf dia tu ai ternampak satu kedai Les Georgettes ni. Sebelum ni ai dah pernah tengok sedikit pasal brand ni masa dorang buat roadshow kat The Curves. Kalini ai saja la pergi tengok sekali lagi, ralit dan leka ai sebab dapat layanan mesra dari SA sorang ni. Ai ada tengok nama dia kat nametag tapi sekarang tak ingat pula huhu

Masa belek tu saja la tanya enZaf yang ai berkenan dan minta belikan satu. Tak sangka pula jawapan dia "okay". Untung tanyakan, kalau tak dapat pun tak mengapa tapi tak rugi pun kalau saja-saja tanya hehe Bila dah kata okay tu apa lagi laju-laju la kita pilih, takut nanti dia tukar fikiran tiba-tiba :p Tak pasal melepas haha.. Nampak muka happy kat situ plus tak cukup tidur haha



Dah puas pusing-pusing satu MV, kami berhenti sebentar untuk minum petang pula kat Starbucks.



Mula-mula tu ai ambil gambar bertiga je, Qaireen tak masuk dalam frame. Lepas tu baru teringat dia tiada dalam gambar terus ambil gambar lagi sekali. Lupa anak dah 4 orang :)



Kotak Les Georgettes warna hijau. Cantik sangat. Macam warna PAS pun ada :)



Baru tahu rupanya brand ni adik beradik dengan Pandora. Lama dah kat luar tapi baru masuk Malaysia. Ada 3 jenis warna iaitu Rose Gold, Gold & Silver. Ai pilih Rose Gold sebab warnanya lagi cantik dan buat lagi menyerlah.



Warna dalam bracelet tu diperbuat dari leather. Ianya boleh di buka pasang semula dengan warna lain. Tak silap leather tu harganya bermula dengan harga RM90 ke atas bergantung pada saiz juga. Dan setiap satu leather ada 2 warna depan belakang. Warna leather yang ai beli ni warna soft pink dan belakangnya warna grey. Aliah yang pilih warna tu :) Kalau dah bosan warna tu nanti boleh beli lain pula. Tengok pada bookletnya, terdapat pelbagai jenis saiz, corak & warna. Cantik pula tengok warna terang-terang ni.



Selain dari gelang, cincin dan pendants pun ada juga. Oh..untuk lelaki pun ada juga tau. Cantik-cantik juga, nampak maskulin sangat designnya. Tapi enZaf tak berkenan pula. Kalau tak boleh dia join berLes Georgettes dengan ai hihi Thank you enZaf belikan. Nak beli Pandora sampai sudah tak beli-beli sejak dari hilang tu enZaf macam tak layan sangat bila ai pujuk huhu Kalini dapat adik Pandora pun kira bertuah dah ;)