Thursday, August 28, 2014

We Are Family: Maxis vs Digi

Iklan Maxis



Iklan Digi


Iklan Maxis buat ai ketawa.
Iklan Digi buat ai menangis.
Dua2 konsep yg sama,
tapi satu matlamat,
Kita adalah satu keluarga yang besar.

Wednesday, August 27, 2014

Di Teluk Kemang


Lunch Nasi Kukus Ayam Panggang
kat Teluk Kemang PD ni.
Ingatkan nak try makan Asam Pedas
apa nama restoran tu lupa plak,
sbb tgk dari luar
ramai giler orang
penuh padat,
terus tak jadi.
Tu yang makan kat nasi kukus ni.



Ownernya mesti peminat koboi,
sbb dalamnya penuh ngan
barang2 koboi bagai.



Ayam bertingkek-tingkek hihi



Gambar makanan tak sempat nak snap,
sbb dah lapar haha
Ayam panggangnya sedap,
ngan sos dia tu mmg terbaik thoq!
Cuma nasi kukus dia je,
served sejuk,
kalau panas2 mesti perfecto.
Makannya simple je,
nasi kukus ngan ayam panggang + air
Satu set tu RM6 xsilap.


Ni lepak2 kat Dataran Teluk Kemang.
Meriah kat pantai,
macam2 aktiviti
seronok tgk.



Layan kerang rebus
dengan bunyian ombak.



Satu je rimas sket,
banyak lalat huhuhu

Beli sket tuk mengunyah,
makan je keje ko kan hihi



Tuesday, August 26, 2014

Seminggu Sekali


Kebiasaannya seminggu sekali
ai akan bawak anak2 makan luar.
Sebenarnya bole katakan
hari malas masak sedunia la
hahahaha
tapi malas masak tuk lunch je,
dinner tetap masak :)
Petang Zaf mesti tanya masak ape.
So tak leh la nak skip tak masak.

Tau la jadi surirumah ni
rutin harian tu sama berulang2.
Memang xdinafikan dok umah
lagi penat dari bekerja kat opis.
Tu bagi yg ada anak kecik,
mmg xsempat panas bontot ni bila duduk haha

Nasib anak2 ni jenis ok je nak makan.
Lunch makan roti pun bole :)



Makan nasi kena ikut tekak Zara.



Tapi ada gak masa makan luar ni
lebih dari sekali haha
Ikut keadaan dan badan,
rasa larat buat,
tak larat byk lagi options lainkan.
Buat mana yg mampu.

Cuma baru lepas ni asyik sakit kepala,
kat umah cam biasala
riuh rendah cm taska
mula la rasa nak marah je.
Tu yg keluar status kat fb,
emosi tak stabil hahaha
skang dah okay. :)

Monday, August 25, 2014

Bercuti kat PD


Lama tak ke PD.
Thank you Aliah amikkan gambar.
Sian akak Zara kepala takde hihi



Gi PD tak tido dekat dgn pantai.
Slalu gi Kuantan je berpantai.
Ni Zaf ajak pegi yg ada water themepark.
Kalini pegi tido kat Primaland Resort PD.
First time ke sini.



Murah dan selesa.
Bilik pun bersih tu yg penting.
Sampai2 je sini,
anak2 tak sabar nak ajak mandi.




Kami sampai hari Jumaat,
org tak ramai,
lengang je tempat mandi.
Besar tempatnya.
Ada 3 section.

Masuk2 Aliah ajak mandi kat situ dulu.
Sbb nampak giant octopus.



Ada 3 tempat slides dalam pool ni.
Ketahuilah sesungguhnya
kesemua slides tu ai main haha
Over dari anak okeh.



Ariq penakut.
Plus sejuk pun yer.
Cuaca tak bape panas.



Aliah main slide ni je.
Yg lain takut sbb tinggi bg dia.



Pas dah puas kat pool tu,
kami ke pool tengah plak.
Sini poolnya besar.
Ada slide tuk org besar,
tp tak main pun.
Layan2 berendam n swimming sket.



Pastu ke pool lagi satu.
Situ pun ada slide jua.
Ai dah masuk yg slide tertutup tu,
tp skali je masuk,
sbb sempit haha
dah utk budak tp ko yg besar sibuk nak main gak
dah kenapakan :p



Jadinya ai main slide hijau tu je.
Nampak tak hover giler.
Ai n Zara yg together2 main sesama.
Alasan temankan dia hihihi



Hari Jummat sronok main sbb tak ramai org.
Masuk hari Sabtu baru nampak ramai,
tapi okay la takde la crowded sgt.
Baru meriah tgk.

Hari Sabtu tu ada pihak hotel,
ada wat aktiviti kat situ,
sapa2 pun leh join.
Ada aerobik dlm pool hihi



Anak2 tgk je dari jauh.



Pastu ada game tuk kanak2.
Zara ada la situ join.



Ada game tuk org besar gak.
Tapi takde la ai join pun.

Pas puas mandi,
Zara Aliah main basikal plak.
Pusing2 area pool situ.



Okay la fun jugak,
seronok tgk anak2 happy,
mak budak pun happy jugak,
main slide naik turun mengalahkan budak kecik :)

Saturday, August 23, 2014

#MengenangMH17: Penghormatan Terakhir


Hari yg suram buat semua rakyat Malaysia semalam.
Ikutkan pagi tu ngantok rasa nak tido balik,
tp disebabkan ada istiadat penghormatan tu,
terus tahan biji mata ni.

Masa tgk senarai nama2 mangsa,
yaAllah meremang bulu roma,
sedih dan sebak rasa.



Walaupun takde mangsa yg kenal,
tetap rasa sedih,
ape ntah lagi ahli keluarga dan sahabat yg terlibat.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Berdebar2 jantung tgk kapal terbang
dah sampai.



Nampak van jenazah ni
terus bergenang air mata.
Pastu apa lagi meleleh la.



Sayup rasa hati ni. :(






Tiada kata yg sesuai diucapkan.
Hanya doa yg mampu diberi.

Dan tahniah diucapkan kepada
semua yang terlibat dalam mengendali peristiwa ni
terutamanya pasukan penyiasatan.
Ahad ni kumpulan ke2 plak sampai, insyaAllah.
Tapi ni masih belum selesai,
xsabar nak tahu sape punya angkara ni.
Heret ke muka pengadilan cepat2 huhu

Petang plak dlm kul 3 tgk lagi,
ulangan pagi tu.
Time ni Ariq kusyuk ngadap tv.
Bukannya apa,
kenderaan faveret ada kat tv.
Aeroplane, Van, Motor :)



Tapi gaya tu mcm paham je.
Tak gerak2 dari sofa,
lama tgk sampai nak habis.

Thursday, August 21, 2014

Hari Berkabung Negara


Pada 22hb Ogos 2014 adalah Hari Berkabung Negara.
Semua sudah maklum,
tujuan hari berkabung ni diadakan
sempena tragedi penerbangan MH17 di Ukraine
dan ketibaan jenazah mangsa tragedi tersebut.

Seluruh rakyat Malaysia diminta menyertai detik bertafakur selama satu minit yang ditetapkan bermula jam 10.30pagi.



Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17

1. Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari perkabungan

2. Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari tersebut

3. Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang

4. Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam

5. Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan


Salam takziah diucapkan kepada
seluruh keluarga & kenalan
penumpang dan anak kapal pesawat MH17.
Moga roh dicucuri rahmat :(
Al-Fatihah

Wednesday, August 20, 2014

Menghilangkan Stress


Kalau dapat keluar dari rumah memang boleh menghilangkan stress ai ni hihi... Semalam monitor homework Zahra, sakit jiwa ai menunggu dia siapkan. Punya la ambil masa yang lama nak habiskan satu muka surat. Mummy dia hampir-hampir nak jadi singa. Entah berapa kali tarik hembus nafas menahan amarah huhu.. Selesai sahaja Zahra siapkan homework, laju-laju ai siapkan anak-anak dan keluar rumah untuk ambil angin. Sebelum Mummy dia jadi singa gitu :p Masa keluar tu baru fikir nak ke mana, dan ai decided ke Ikea. Bila dah ke Ikea haruslah makan dulu. Kebetulan kami belum lunch lagi sebab paginya kami makan lambat dan breakfast berat. Seronok dapat jejak kaki ke Ikea. Anak-anak pula dah besar dan senang nak urus. Masing-masing bolehlah jaga diri dan mendengar arahan :p Sebab itu boleh bawa anak-anak makan di Kafe Ikea yang self-service ini. Kalau ada baby susah pula nak ambil makan dan minum.



Kami makan ini kira merangkap dinner terus la. Itu pun kalau tak lapar malamnya la hehehe..



Bukan main lagi masing-masing, dah buat macam rumah sendiri. Mentang-mentang la kat Ikea ini ada pita ukur, pensil dan kertas. Sorang tukang ukur, sorang tukang tulis dan sorang lagi yang kenit tu tukang sibuk hehe.. Apalah yang ditulis tu pun faham ke tidak :p



Minta Zahra ambilkan gambar Mummy sementara beratur di kaunter. Jelas terpancar muka happy, hilang stress dapat shopping sikit. Harap-harap balik rumah nanti stress tu lenyap terus lah :p



Mereka bertiga adalah shopping partnerku. Bab jalan alhamdulillah tak buat Mummy stress hahaha..



Tuesday, August 19, 2014

The Little Big Club


Pegi Puteri Harbour Family Theme Park.
Ada 2 Hello Kitty Town
& The Little Big Club (TLBC)
Tapi kami masuk satu je
TLBC.
Lat's Place tu tempat makan.

Sebab pilih satu je,
dah check website.
Tiap Theme Park tu ada show,
activity & photo session.
taknak huru hara amik HK
takut nanti xterkejar,
sbb bukan sama floor.
Letih naik turun je.



Sementara tunggu Daddy beli tiket,
kita bergambar la apa yg ada kt Ground Floor.



Ada 3 tingkat semuanya.



Hello Kitty tingkat 1,
kita benti amik gambar pintu masuk je :)



Ni 2nd floor.
Tempat masuk TLBC.



Entrance.



Tingkat 3 ada Thomas.
Laju je Ariq ke sana.
Feveret dia.



Naik helikopter.
Pening ai naik ni haha.
Budak2 ni layan lagi skali.
Mummy dok tepi tgk je sudah.



Pastu naik train.
Ariq la paling teruja.
2kali naik train ni.



Staff situ tolong amikkan gambar.



Zara suka jumpa Angelina Ballerina.
Dia mmg layan katun ni masa umur 3 tahun.



Ada aktiviti menari dgn Angelina.
Aliah xsempat nak join,
sbb dia sronok main slide kat Barney's Playhouse.



Tapi 2-2 dapat la bergambar ngan Angelina.



Dalam Pingu's Igloo,
ada arcade game.
Daddy pun sama naik ngan budak2 ;)



Ariq suka Pingu ni.
Dia layan katun Pingu kat youtube hihi

Kakak2 bergambar ngan Bob The Builder.
Ariq taknak,
takutttt..



Kat Barney's Yard.
Besar tempatnya,
ada slide bagai.



Bertie the Bus.
Bas terbang gitu.
Daddy bawak dorang semua naik.



Colin Crane Drop Ride.
Zara sorang je naik.
Bila menda tu naik,
nampak sangat muka dia pucat,
nasib xnangis :)



Ada show dari Barney.
Best sangat.
Budak2 semua dah kat depan stage.
Menari n nyanyi sesama ngan Barney.



Ada Thomas & Friends show.
Ariq kusyuk tgk ni,
xkelip2 tgk ketapi tu haha



Lama jugak dlm tu,
sbb nak tunggu show bagaikan.
Nasib amik satu je,
kalau amik gak HK tu,
confirm tak terkejar.

Habis semua dah ape lagi,
shopping barang2 kt dlm merchandise store.



Antara gambar yg kami print.



Gambar penutup adalah
gambar suami isteri hihi.



Satu tangan tutup perut yg buncit :p

Next time datang tuk
Hello Kitty Town plak.
Bole gi website tuk tgk
harga tiket dan lain2 k :) [link]