Friday, August 28, 2020

Raya Aidiladha 2020


Fuh baru nak upload gambar hari raya haji hahaha.. Gambar tak ambil banyak mana pun tapi gambar kami ambil tu dari kamera DSLR, itu yang lambat uploadnya. Faktor kelambatan tu sebabnya kemalasan nak transfer gambar ke pc :p Nak pula sekarang ni bilik tidur berhabuk dan bersepah gara-gara bilik air yang tak siap-siap lagi. Itu lagi la menambahkan lagi kemalasan berlipat ganda. Akhirnya harini gigih juga la buat yeyyy.

Hari Raya Aidiladha sama seperti tahun sebelum-sebelum ni. Persiapan pun ala kadar. Baju raya kami pakai balik yang sedia ada saja. Takde membeli baru. Kalau nak diikutkan semua orang ada baju masing-masing kecuali akak Zahra. Baju yang dah ada kebanyakkannya dah sempit tuk dia kebetulan seminggu sebelum raya haji Mak Teh dia bagi baju kurung dia yang tak muat, elok pula akak Zahra boleh pakai. Jimat tak perlu nak membeli. Aliah pakai baju kurung akak Zahra yang tak muat dah tahun lepas. Qaireen pula pakai baju sejak dari Zahra lagi, ai memang simpan elok sampai sekarang. Manakala ai, enZaf dan Ariq pakai baju tahun lepas.



Seperti biasa gambar raya mesti ada satu yang formal, satu lagi gaya bebas.



Buat lagi sekali gaya bebas, ai minta Ariq berdiri belakang Qaireen. Gambar atas tu dia kat bawah tak berapa nampak sangat.



Sekejap je kami bergambar ni, semuanya mood baik dan ikut je nak gaya macamana. Yang penting Qaireen tengok kamera. Tengah hari baru bergerak keluar, beraya dulu kat rumah mertua.

Thursday, August 27, 2020

Menu Daging Korban


Tengok daging korban ni baru teringat gambar raya haji ai tak masukkan lagi dalam blog huhuhu.. Tengok malam ni nanti rajin ke tak nak buat, harap-harap rajin la :p Tapi sebelum tu ai nak cerita pasal daging korban. Daging ni diberi oleh jiran depan rumah, lama dah masa awal-awal cuti raya hari tu. Alhamdulillah tak sangka sangat, semoga jiranku Miza dan Zol dilimpahi rezeki berterusan.



Masak daging masak lemak cili api. Cili apinya sikit je letak sebab anak-anak nak makan. Ai blend sampai lumat kalau tak cili api tu biar blend kasar je tak pun tumbuk baru best nampak cili api tu kat laukkan hihihi



Kari daging. Masa ni makan dengan nasi. Kalau nak makan dengan roti putih atau roti jala pun sedap buat cicah.



Buat nasi goreng daging untuk sarapan.



Ada juga ai masak tak ambil gambar. Daging goreng kunyit, daging black pepper. Yang ni letak mana yang ada je la. Banyak juga daging korban yang Miza dan Zol beri ni. Dapat la dalam 6 kali masak. Setiap kali masak ai buat lebih lagi dan bagi kat mereka merasa. Harap-harap dorang makan tu sedap la hahahaha

Wednesday, August 26, 2020

Dinner at The H


Pertama kali ai makan kat sini. enZaf ajak katanya dia ada perasan orang post kat Facebook pasal bubur ayam sedap. Nak bawa tu sebab tahu ai peminat bubur nasi. Thank you Yang! Lepas solat Maghrib terus kami ke sana. Sampai-sampai agak susah juga dapat parking, kawasan Hartamas ni boleh dikatakan happening. Banyak tempat makan dan pub gitu :) Sampai-sampai The H alhamdulillah tak berapa ramai orang. Mungkin disebabkan hari kami datang ni hari biasa iaitu Khamis yang lepas.



Sementara menunggu enZaf beli makanan, ambil gambar anak-anak.



Masa ni hanya ada akak Zahra dan Qaireen je. Aliah dan Ariq teman Daddy beli makanan dan minuman.



Sebab utama datang sini adalah bubur ayam. Ada set sekali dengan otak-otak ketam.



Memang sedap bubur ayamnya. Lauknya banyak dan paling penting rasanya lemak-lemak gitu. Susah nak dapat bubur sedap macam ni kat luar. Otak-otak ketam tu pun terbaik. Antara makanan lain yang enZaf beli, makanan-makanan ni kami makan beramai. Share bagi semua orang merasa. Ayam apa nama tapi salut dengan cheese. Sedap juga habis licin.



Pancake tembam nama diberi. Bila ai tengok takde la tembam mana. Comel je pancake tu. Yang ni berebut la anak-anak makan sebab cokelatkan. enZaf cakap tak berbaloi dengan harga. Nasib baik sedap, habis la juga.



Ada Lamb Chop juga. Aliah yang nak sangat tapi dia makan sikit je, lepas tu ai la yang kena habiskan.



Dan yang terakhir Beef Macaroni and Cheese. Tak perasan pula gambarnya blur, ai laju-laju snap lepas tu tak tengok balik :p



Dalam banyak-banyak makanan ni Mac & Cheese ni paling terbaik bagi ai. Walaupun nampak bekasnya kecil bila makan tu rasa banyak, boleh share satu keluarga. Oh lupa pula, enZaf ada order Char Keow Teow Kodiang. Tak ambil gambar makanannya, sedap tapi ai makan sikit je sebab dah full. Banyak lagi makanan yang disediakan kat The H ni, ada rezeki boleh datang sini lagi cuba makanan lain pula.

Tuesday, August 25, 2020

Permohonan Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tahun 2021



*Gambar dari website MARA


Semalam permohonan untuk memasuki MRSM telah dibuka secara online bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Itu pun dapat tahu dari guru kelas akak Zahra. Bila dah dapat info tu, terus ai buka website MARA untuk dapat dapatkan maklumat. Masa itu jugalah ai tengok senarai sekolah yang ada. Semalam tu macam kira study pula sebab baru tahu dalam MRSM ni ada macam-macam aliran. Anak yang nak sekolah, Mummy gigih belajar hahaha

Ai dan enZaf tak pernah paksa untuk akak Zahra masuk asrama. Bila tanya dia, dia sendiri yang nak masuk. Takde langsung nampak air muka dia berbelah bagi nak tak nak okay. Konfiden sangat, Mummy pula yang macam nak tak nak bagi dia masuk asrama. Bukan tak percaya dia tak boleh berdikari tapi lebih kepada takut rindu dan tak dapat menerima hakikat anak dah besar. Anak kot yang berkepit dengan kita setiap masa tiba-tiba nak jauh huhuhu Ceh macam ye ye je akak Zahra masuk asrama kan.. Tak pe lah kita cuba apply, kalau ada rezeki dapat alhamdulillah. Walau macamna pun Tingkatan 1 tetap masuk, kalau dia sekolah harian dekat je dengan rumah. Jalan kaki je okay kat sebelah rumah ni 10 minit je sampai haha

Dekat link sini [here] ada brochure berkenaan MRSM untuk lebih kita paham. Pada ibu bapa yang berminat untuk masukkan anak dalam MRSM boleh la klik pada pautan di sini [link]


Awal Persekolahan 2020


Ini gara-gara nak delete gambar dan gambar ni pun belum masuk dalam blog lagi huhu Awal tahun 2020, akak Zahra dan Aliah ada dapat something balik dari sekolah. Bagi Mummy ianya adalah satu pencapaian juga. Pada bulan Februari lebih tepat lagi 24hb Aliah ada bawa balik hadiah masa minggu panitia English. Dia ada beritahu dekat ai menang untuk apa tapi ai yang tak ingat. Bila sekarang ni ai tanya lagi sekali hadiah ni untuk apa dia pula dah lupa hahaha



Aliah ni memang dari Tahun 1 lagi dia memang ada je bawa balik hadiah. Macam sebelum ni ai pernah cerita dalam blog, dia memang tak pernah naik stage untuk anugerah kecemerlangan tapi dia banyak menang untuk minggu panitia atau pun apa-apa kuiz cikgu buat dalam kelas. Itu pun dah cukup membanggakan buat Mummy, pandai tu bonus. Lima hari selepas tu, 29hb Akak Zahra pula bawa balik medal untuk merentas desa kat sekolah. First time dapat hehe Akhirnya tahun terakhir kat sekolah dapat juga hahaha Dapat nombor 14 katanya. Dapatla kenangan kat situ kan.



Semangat akak Zahra balik rumah terus berlari cari ai. Masa dia balik tu ai dalam bilik tengah baring-baring. Dari pintu dah dengar dia menjerit Mummy hahaha.. eksaited nak beritahu ye nak.. Mummy pun happy jua. Tak lama lagi dah ada koko. Aliah dah semangat sebab tahun ni tahun pertama dia ada unit beruniform. Oh cakap pasal unit beruniform teringat satu lencana dia ai tak jahit lagi hehe Untuk Akak Zahra pula seperti biasa dengan uniform Puteri Islam, baju dia dah kecik sikit tapi malas pula nak beli baru. Pakai la sendat-sendat tu nak oi.



Ariq je takde gambar awal-awal sekolah, belum ada rezeki lagi anak bujang tu nak bawa balik apa-apa hahaha.. Dia tu memang banyak main. Mummy pun banyak biarkan dia, anak manja kot. Tunggu lepas ni Mummy fokus kat kamu lebih ye nak. Apa pun ai tetap bangga dengan anak-anak, tak kira la pandai ke tak. Yang penting adab dan solat terjaga walaupun hari-hari Mummy korang ni menyinga hahaha



Monday, August 24, 2020

Recipe: Ayam Masak Lemon Madu


Rasanya lepas ni ai dah boleh buka kedai chinese muslim kot hahaha Seronok pula buat menu masakan dorang ni. Kalini ai mencuba ayam masak lemon madu. Tak sangka first time buat enZaf kata sedap. Itu yang paling pentingkan. Aliah pun suka, hanya dia je yang layan makanan-makanan yang ai masak try and error :p Zahra dan Ariq tu dorang berdua jenis makan lauk sama je berulang kali :)



Bahan-bahan

10 ketul isi ayam
3 sb tepung jagung*
1 biji telur*
1 sb kicap cair*
lada sulah*
garam*

Bahan-bahan untuk sos lemon madu
2 ulas bawang putih (dipotong dadu kecil)
1 kiub ayam
1 cawan air
3 sb perahan air lemon
3 sb madu
2 sk tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
5 tangkai cili padi
3 keping lemon


Cara Menyediakan

Perapkan ayam dahulu dengan semua bahan yang bertanda *. Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.

Dalam pan lain panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan air bersama kiub ayam sehingga mendidih. Masukkan pula perahan air lemon dan madu. Masukkan juga kepingan lemon buat seketika dan angkat bila sudah lembut. Tak perlu lama. Masa ini boleh la rasa dahulu mengikut citarasa. Masukkan cili padi dan bancuhan tepung jagung. Kepekatan kuah bergantung juga kepada kesukaan masing-masing. Akhir sekali masukkan ayam dan gaul hingga sebati. Siap dan boleh dihidang :)




Kebanyakkan orang masak Honey lemon Chicken ni kering, tapi ai suka berkuah. Tapi jangan masak lama sangat sebab ada lemon kan kalau lama nanti jadi pahit sikit. Lagi satu ai letak cili padi bagi rasa manis, masam dan pedas semua dalam satu lauk :) Oh masa kali ke-2 ai buat lauk ni, ayam tu ai pakai tepung ayam goreng brand Bestari je. Lagi mudah, cepat dan penting sedap hehe.

Saturday, August 22, 2020

Nasi Kandar, Cendol dan Rojak


Cerita Penang tak habis lagi hihihi Last makan-makan sebelum balik KL. Faizal ajak lunch sama dekat Restoran Nasi Kandar Line Clear. Pekena nasi kandar gitu, banyak betul dorang ni order. Jenuh juga nak perabiskan. Anak-anak pula makan tak habis, kenyang katanya sebab breakfast dah makan banyak.



Ingatkan lepas makan kat Line Clear ni balik KL terus, rupanya belum lagi. Faizal ajak makan cendol pula hihihi aduhai kalau ikutkan perut ai ni memang dah ketat sangat tapi demi nak melayan Faizal dan Sue yang belum makan cendol lagi jadi gigih juga la join sama. Berjalan kaki dari Line Clear ke Teochew, elok juga la kan bagi turun nasi kandar tu sikit haha Berpeluh juga nak ke sana, waktu tu pun panas ya amat. Mana taknya dalam pukul 2 petang matahari masih terpacak atas kepala. Nak tunjuk langit dalam gambar bawah tu bahawasanya tiada awan langsung, memang panas yang tak boleh bawa bincang.



Boleh tahan ramai orang beratur untuk cendol.



Kalini ni makan dekat Teochew Chendul pula.



Sementara menunggu meja kosong, ambil la gambar anak-anak.



Dalam kedai takde meja besar, jadinya anak-anak duduk berasingan dengan kami. Ariq dan Aliah share makan cendol, kenyang kata dorang nak makan lagi. Tapi ai tengok Aliah yang makan banyak hehehe.. akak Zahra macam biasa tak makan cendol.



Blur pula gambar cendol. Simple je cendolnya tapi sedap juga. Kena la dengan harganya yang RM3.50 tu kalau tak silap ai la :) Makan sejuk-sejuk waktu cuaca panas ni memang layan.



Bukan makan cendol semata, rojak buah pun ada.



Tup tup tup order abc pula... haha aduhai memang nak meletop dah perut.



Nak ambil gambar mural budak lelaki makan cendol kat dinding tu tapi malas nak pergi dekat-dekat. Dari jauh pun jadilah.



Memang makan je keje kat Penang ni. Tak berani nak timbang berat, sah sah la mencanak-canak naiknya. Berat naik dalam sekelip mata je satu hari tapi nak turunkan berat ya ampun sebulan pun belum tentu turun. Lepas kami makan cendol ni terus balik KL. Tapi sebelum tu sempat lagi singgah Starbucks sebelum masuk highway. Aliah nak buang air kecil pula, dah alang-alang kat situ terus la ai beli air. Sampai kereta tengok enZaf tidur hehehe.. kenyang sangat dah jadi ular sawa :p



Ai pun biarkan la dia tidur, nanti nak drive jauh. Sepanjang perjalanan kami balik ke KL, cuaca on off panas hujan dan bilangan kereta atas jalan pun boleh tahan banyak juga. Alhamdulillah kami selamat sampai dalam pukul 8 malam.

Friday, August 21, 2020

Keyboard Team


Dalam Whatsapp ai banyak betul group. Bukan setakat group untuk diri ai sahaja tapi group untuk anak-anak pun ada. Berat terus Whatsappku kekadang tu sampai hang haha Jadinya ai nak clear dan delete group yang dah tak active. Salah satu yang ai nak delete group Keyboard akak Zahra. Tahun 2020 ni sedih dia sebab tak dapat nak main keyboard lagi. Pertandingan Yamaha tu pun dibatalkan tahun ini sebabkan Covid-19. Jangan katakan pertandingan, koko dan sukan kat sekolah pun takde. Jadi tahun 2020 ni agak suram buat anak-anak tapi bulan September ni sekolah dah boleh start koko semulakan. Senyum anak-anak suka, atleast tak de la bosan sangat datang sekolah belajar sematakan.

Gambar-gambar dan video dalam groupnya ai abadikan dalam blog ini. Gambar ni akak Zahra kat sekolah last praktis sebelum nak bertolak ke Yamaha. Kenapa tudung kamu tak kemas nak oi, nampak anak tudung tu huhu



Sempat cikgu ambil lagi gambar dorang standby dah nak pergi sama-sama dengan cikgu. Tak silap 3 kereta perginya.



Dah sampai dalam bangunan Yamaha.



Dorang semua tunggu kat luar dewan. Tak silap masa ni tengah berlangsung pertandingan bagi Tahap 1.



Yang ni pula tengah menanti giliran sebelum pertandingan bermula.



Gambar bawah ni dah selesai buat persembahan. Muka dah lega masing-masing hihi



Team keyboard ada buat persembahan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan tahun lepas.



Bergambar kenangan bersama cikgu keyboard mereka, Cikgu Faizura.



Cikgu belanja makan KFC sempena kemenangan bronze dan perpindahan Aqil. Jauhnya akak Zahra duduk hihi



Video-video kat bawah ni masa dorang praktis main keyboard kat sekolah :)









Entry berkenaan pertandingan Yamaha tu ada kat link ini [click]

Tuesday, August 18, 2020

Breakfast at Taman Tun Sardon


Kami breakfast kat Taman Tun Sardon. Sebelum ni ai pernah pergi makan kat sini dengan kawan Nani dan TeeB. Rupanya ai tak masukkan dalam blog Penang trip dengan kawan. Lama dah tu tak ingat tahun berapa. Nak kena korek balik gambar dan masukkan dalam blog kemudian.



Bangunan kuning tu adalah Pasar Awam dan Balai Rakyat Taman Tun Sardon. Dalam tu ada orang berniaga macam-macam, ada pakaian, makanan dan macam-macam la. Yang kami breakfast ni sebelah bangunan kuning, tak nampak pula dalam gambar. Gambar ni enZaf yang ambil :) Sebelah bangunan ada deretan gerai, dekat situ la orang datang untuk makan.

Pagi tu ada makan nasi lemak sambal sotong.



Lontong.



Roti jala. Yang ni paling sedap antara semua.



Kesian si kenit Mummy Qaireen nampak terselit muka je dalam gambar hahaha



Tapi nak makan kat sini ramai. Setiap gerai nak order boleh katakan semua beratur panjang. Sabar tak sabar je la. Dah tak nampak penjarakkan sosial tu. Bahaya juga kan. Mujur la takde apa-apa yang tak diingini berlaku. Lepas makan terus balik airbnb semula, ai nak packing barang untuk check-out.




Monday, August 17, 2020

Auntie Gaik Lean’s Restaurant


Bercinta betul nak habiskan cerita Penang ni, kemalasan menghantui hihi Kalini nak cerita mengenai dinner pula. Rupanya masa kami pergi bercuti ni, kawan enZaf pun bercuti kat Penang juga. Masa nak makan malam Faizal ajak makan sama dan jumpa terus kat restoran. First time kami datang makan kat Auntie Gaik Lean’s, masakan nyonya. Masa sampai tu Qaireen tengah tidur sampai la masuk kedai. Dalam 15 minit macam tu dia bangun, meragam. Serba serbi tak kena, bad mood je. Jadinya ai tak sempat nak ambil gambar masa makanan sampai. Gambar-gambar kat bawah ni semua ehsan dari enZaf hahaha thank you Yang! Tak semua menu dia snap tapi jadi la dari takde. Sekurang-kurangnya boleh ingat balik makan apa. Kalau tak dah lupa sebab lambat sangat nak update masuk dalam blog huhu







Sedap juga makanan kat sini. Layanan pun ok. Sevis laju stafnya buat kerja. Lama kami duduk dalam restoran ni. Dari penuh kedai sampai dah tiada orang. Hanya tinggal kami je. Nampak tu baju hijau kat dalam.. yang itu Sue, ai kat sebelahnya terlindung. Bukan main lama bergosip sampai kedai nak tutup :p



enZaf kata kalau kedai 24 jam mungkin sampai Subuh hahaha perli ke apa. Bukan senang ai nak jumpa Sue ni, bila berjumpa harusla banyak cerita nak dikongsi hihi Dapatla bergambar lagi dengan Sue dan anak-anak kat luar kedai. Kelihatan diriku begitu kerdil sekali. Kecik benor orangnyakan.



Ha ni satu je gambar ai sempat ambil sementara tunggu kereta sampai.



Lepas makan terus kami balik Airbnb. Itu pun masa dalam kereta enZaf tanya nak lepak mamak tak. Anak-anak laju je jawab taknak. Nak balik sebab semua dah kepenatan. Lagi pun esok nak bangun awal lagi breakfast pula. Jadinya terus kami balik dan berehat. Alhamdulillah kekenyangan berjalan kat Penang ni.