Sunday, July 28, 2019

Let's DimSum Halal, Kota Damansara


Di Kota Damansara (KD) ini terdapat banyak kedai makan. Ada saja kedai makan baru yang muncul, kedai makan yang tutup terus pun ada juga :) Begitulah kehidupan perniagaan ini kan. Ada yang semakin baik dan berkembang, ada yang sebaliknya. Bila banyak kedai makan baru muncul tinggal rajin tak rajin saja lah nak pergi mencuba setiap kedai makan baru tu. Kali ini ai mencuba makan di Let's DimSum. Kedai makan ini tidak lah terlalu baru, ai dah perasan sebelum ini cuma tak berkesempatan nak merasa lagi. Bila tiba-tiba teringat nak makan di sini, lajulah Whatsapp Tee B. Dia lah satu-satunya kawan ai yang rajin melayan tekakku ini hehehe... Masa bulan puasa dan raya hari tu tak sempat-sempat nak jumpa dengan dia, kiranya kali ini jumpa makan-makan post-raya lah gitu hahaha...



Oh ya, baru tahu yang kedai makan ini adalah kepunyaan Serina anak Chef Wan. Patutlah cantik interior kedai makan ini. Yang penting ianya sangat selesa. Sebelum Let's DimSum ni dibuka , rasanya Serina buka kedai Char Kuey Teow. Berhampiran juga dengan kedai lot sini tapi ai tak pernah cuba makan disitu. Tahu-tahu je dah tutup :) Dalam menu Let's DimSum ini ada Char Kuey Teow dia juga. Tapi ai tak ada lah order tu sebab tujuan utama nak makan dimsum hehe...



Senang hati bila tengok ada bubur nasi, boleh suapkan untuk Qaireen. Lauknya ai minta asing, kalau dah bercampur tak boleh makan pula dia. Dalam gambar atas tu nampak sedikit sahaja buburnya tapi besar sebenarnya. Saiz pinggannya besar sangat hehehe... Bagi ai portion besar, boleh makan untuk 2 orang. Sedap juga bubur nasinya. Untuk akak Zahra ai order Dumpling Mee Soup. Sedap juga yang ini.



Sebelum ini kalau akak Zahra nak makan Mee Soup dia suka di Restoran Mohd Chan. Tapi sejak cawangan di KD ini tutup, dia dah jarang makan. Nak pergi Restoran Mohd Chan yang lain agak jauh dari rumah. Sekarang ini, sudah tahu mana nak bawa akak Zahra bila dia nak makan Dumpling Mee Soup. Gambar di bawah ini antara Dim Sum yang kami cuba. Ambil order yang recommended saja :)



Eh! ai lupa pula nama-nama Dim Sum ini, yang ingat ada Salted Egg Bun dan Siew Mai. Yang lain tu lupa sudah :p Bagi tekak ai, kesemua Dim Sum ini sedap-sedap. Dicicah pula dengan kicap dan sos cili lagilah terangkat. Sos cili tu kena sedap, kalau tak sedap automatik makan Dim Sum pun rasa tak berapa sedap. Nampak gaya macam boleh repeat lagi ke sini. Boleh ajak enZaf cuba pula, dia pun suka makan Dim Sum.



Boleh tahan lama juga kami makan dan berborak dengan Tee B. Hampir pukul 6 petang. Sebelum keluar dari kedai, sempatlah minta staf situ tolong ambilkan gambar. Pandai dia ambil nampak elok je, bagus-bagus hehe.. Gambar di bawah pula, akak Zahra yang snap. Konon dah nak balik sangat tapi boleh sambung borak lagi di tempat letak kereta hahaha.. Entah berapa kali cakap bye bye tapi gerak tak juga :p



Lagi satu kalau jumpa Tee B ini, ada saja dia beli something untuk anak-anak. Tak pernah jumpa dia ini dengan tangan kosong. Untung berkawan dengan orang yang baik hati ni, rezeki sungguh. Alhamdulillah.



Terima kasih Tee B selalu buat anak-anak ni gembira. Diriku berdoa agar dirimu sentiasa dilimpahi rezeki yang luas dan dipermudahkan segala urusan.

Saturday, July 27, 2019

Anak-anak Demam


Cerita minggu lepas.
Dapat whatsapp dari guru kelas Ariq.
Dalam pukul 2 lebih,
bagitahu badannya panas,
dan Ariq kata dia tak larat.
Mintak tolong ai datang sekolah,
ambil Ariq bawa balik.

Terus ai siap laju2 dan
zass ke sekolah.
Ikutkan sebelum pergi sekolah tu,
ai dah perasan badannya panas.
Tp rupa dia mcm tak demam pun.
Siap main bola lagi tu sblm
nak pergi sekolah.
Tanya dia nak pergi sekolah ke tak?
Dia jawab nak pergi,
alih2 kat sekolah tak larat sudah hehehe

Masa pergi pejabat sekolah
tuk isi buku log kebenaran
ambil anak,
ramai juga parents ambil anak jua
sbb tak sihat sama.
Musim panas dengan cuaca tak menentu ni kan.
Habis semua jatuh sakit dan
berjangkit satu sama lain.

Masa dalam kereta
tanya Ariq nak makan apa.
Sbb dia tak sempat rehat kat sekolah.
Orang demam ni request nak McD.
Maka kita layankan la
sbb tu je la tekak dia yg lalu nak makan.

Sementara tunggu makanan sampai.
Harusla ambil muka
orang tak sihat ni.



Nasib McD boleh org hantarkan.
Tak payah susah2 nak angkat tray bagai :p
Ada anak kecik mmg elok la kan
ada servis macamni.

Dan sepanjang kat McD tu,
Qaireen tidur je.
Tenghari dia tak tidur,
masa dlm kereta menahan mata.



Aman Mummy dapat makan dengan tenang hehe

Bila makanan dah sampai,
berseri2 muka orang demam tu kan.
Baru bole senyum haha



Nasib baikla Ariq panas badannya satu hari je.
Esok tu elok dia okay dah.
Tapi berjangkit kat Aliah plak.
Dia plak dah start panas badan.
2 hari tak sihat.
Bila dia baik, jangkit kat Qaireen.
Qaireen demam dia on off.
Dari hari Ahad lepas
sampai la Khamis tu dia dah betul2 baik.

Eh bukan anak2 je demam,
hari Selasa lepas enZaf pun tak sihat.
Dia tak mula dari demam.
Tp rasa seram sejuk, bisa tulang.
Lepas tu baru rasa panas badan.
3 hari juga dia down.
Ni semalam dia kata masih rasa
tak sedap badan lagi.
Tp takde dah seram sejuk tu.

Nasib baik jugala anak2 tak sihat
tu tak serentak.
Kalau tidak mau rasa nak pitam.
Tp penat tak putus2 la.
Sorang-sorang sakitkan.
Tinggal mak kau tak hijau je haha
Okay esok nak pergi mengurut la,
rasa sakit2 badan.
Tegang urat sana sini sudah.

Wednesday, July 24, 2019

Ke Klang


Lama tak pergi Klang. Kalau sesaja nak pergi ke sana memang tak la kan. Pergi ni pun sebab dapat jemputan birthday anak kawan. Tak sangka okay bila dapat whatsapp dari kawan opisku dulu Hendra. Lama gila tak dengar khabar dari dia. Rasanya dekat 8 tahun lebih juga la kami tak jumpa dah sejak diriku berhenti kerja kat USJ. Hanya update dari FB je sekali sekala.

Masa dapat whatsapp tu, ai terus beritahu enZaf pasal jemputan birthday ni. Lagi pun dia memang kenal Hendra, pernah jumpa bila company ada buat event. Macam Family Day, jamuan raya dan main futsal bersama. Disebabkan itu ai berani nak tanya memandangkan yang jemput tu kawan opis lelaki kan hehehe Dan enZaf pun cakap dia okay je nak pergi. Terus ai pun whatsapp semula dengan Hendra beritahu kami dapat datang dan minta hantarkan location :)

Cuaca masa perjalanan nak ke Klang, hujan dah turun dengan lebat dari rumah. Tapi bila sampai dekat dengan rumah dia, elok pula cuacanya cerah. Jemputannya start tengahari sampai pukul 5 petang, kami sampai agak lewat sedikit dalam pukul 3 sebab menunggu akak Zahra habis tuisyen. Nasib baik makanan ada lagi hahaha Cuma kambing je tak sempat nak rasa, itu yang cepat habis dulu :) Sedap-sedap okay makanannya. Ada nasi beriani, ayam masak merah, acar timun, daging hitam kalau ai tak silap dan banyak lagi lauk lain. Semuanya sedap, bertambah-tambah anak-anak makan dengan maknya sekali. Lapar tak makan tengahari lagi :p Kuih muih pun sedap. Ada eksrem cendol juga. Eh semua sedap la.

Lama okay kami duduk situ, dekat pukul 5 petang jugala. Nak habis majlis pun hihi Borak-borak dengan Hendra yang telah sekian lama tak jumpa. Jadi Makcik Pakcik Bawang la kami hihi Kebetulan Hendra ada buka workshop kereta. Apa lagi enZaf berborak pasal kereta la dengan dia. Sebelum balik harusla bergambar dulu dengan tuan rumah. Lepas ni tak tahu la bila boleh jumpa lagi. Agaknya kita jumpa lagi bila dapat jemputan kahwin anak kot kan haha



Thank you Hendra & wife sudi menjemput dan melayan kami. Semoga murah rezeki kalian sekeluarga.Happy Birthday buat Ainul Mardhiah!! semoga menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat. Keluar dari rumah Hendra, sempat kami ke GM Klang. Dah alang-alang dekat sana kan. enZaf nak cari remote control car untuk Ariq ni. Habis setiap kedai toys masuk. Semua takde yang berkenan di hati. Sambil-sambil tu ai pun ambil la gambar Daddy & son. Mereka sedondon biru haritu.



Masa tengah jalan-jalan tengok kedai, tetiba Qaireen pergi satu tempat dan stop kat salah satu depan mainan. Dia ambil dan pegang satu kotak. Ai pergi tengok, rupa-rupanya dia berhenti sebab nampak mainan PJ Masks.



Qaireen ni sejenis tak kisah sangat pasal mainan. Kalau pergi Hamleys atau ToysRUs, dia tengok mainan-mainan dan pegang, tapi kalau kita ajak pergi tempat lain atau pun keluar dari kedai dia okay je walaupun tak membeli. Tak berapa kisah sangat. Tiada adegan berguling-guling atas meraung hihi Cuma satu je ye kalau mainan tu adalah PJ Masks, Didi & Friends dan Doraemon. Dia akan pegang ketat tak bagi lepas. Tu tandanya Daddy dia kena beli haha Masa dia nampak mainan PJ Masks ni, dia memang "keras" kat situ tak bergerak pergi tempat lain. Daddy dia nak ambil kotak tu tuk bayar pun dia marah tak nak lepas. Dah dapat mainan, dia tak senang hati dah. Nak buka masa tu juga. Ai pun tak larat nak ikut enZaf berjalan lagi. Remote control car Ariq tak jumpa lagi. Orang lain yang nak cari mainan tapi orang lain yang beli dulu hehe



Dalam GM Klang ni takde kerusi pula. Nak berehat pun susah. Jadinya dia pun selamba badak, duduk kat lantai jugak sama-sama dengan Qaireen. Pedulikan apa orang nak cakap. Janji kami tak kacau orang lalu lalang :p




Sunday, July 21, 2019

Beli Hadiah dengan Duit Raya


Tahun ni awal sikit anak2
kira duit raya.
Tahun lepas lagi berapa hari nak raya haji kot,
baru terhegeh nak mengira masing2 [link].

Dorang tengah asingkan
duit raya masing2.
Tiap sampul tu dah siap2 tulis nama
kononnya takut tak ingat
dan bercampur :p



Sebelum keluarkan duit,
harusla ambil gambar.



Masing2 keluarkan duit pastu kira.
Tiap sorang tak sama jumlahnya,
ada yg lebih sbb ada yg cikgu bagi,
ada kawan2 kelas bagi.

Walaupun tak sama jumlahnya,
Daddy dorang tetap akan samakan semua
bila nak masuk dlm akaun nanti.
Bagi adil semua gitu :)

Sblm nak masukkan duit dlm sspn,
memang menjadi rutin Daddy dia,
belikan barang2 yg dorang nak hasil
dari duit raya masing2 dengan
bajet yg ditetapkan.

Kalini ai tetapkan barang yg nak dibeli
tak lebih dari RM100.
Eh tahun sblm2 ni pun tak lebih seratus gak hehe

Aliah dari bulan puasa haritu,
dia pasang niat nak beli
satu buku kat Smiggle.
Sblm ni dah tgk harganya RM80 lebih.
Mahalnya la satu buku je pun.
Bila dah tahu harga,
enZaf saja bawak anak2 pusing2 dulu tgk barang lain.
Masa masuk MPH ada satu brg2 stationary
brand Inky ke apa...
lebih kurang mcm Smiggle gak,
tp harganya jauh beza.
Ofkosla murahkan.
So ai bgtahu Aliah,
dari dia beli kat Smiggle tu dpt 1 barang,
baik beli kat sini dpt byk barang haha

Dan ini la hasilnya.
Dia taknak toys kalini.



Pencil box, buku,
purse dan ruler.

Ariq plak memang dah target
nak remote control car.
Kebetulan plak minggu lepas
kami ada pergi Klang ada birthday party.

Lepas dari makan2 terus kami ke GM Klang.
Lama tak ke sana,
baru tahu ada building baru (wing baru)
dan GM Klang semakin besar sudah.

Pusing punya pusing dpt la
kereta yg berkenan di hati Ariq.



Oh Qaireen pun beli toys gak kat situ.
Nanti update dlm next entry
sekali ngan birthday party kawan.

Akak Zahra plak kemain permintaan dia.
Dia nak drone.
Jumaat baru ni pergi beli.
Lepas solat Jumaat enZaf ajak ke KL.
Tak ingat la jalan apa tp mcm nama
jalan tu Jalan Pasar.
Tempat enZaf beli ikan2 tuk akuarium dia.

Memandangkan tak pernah main drone,
dan ni la satu2nya pertama kali nak main.
Jadinya mintak org kedai tu
advice mana yg sesuai utk Zahra ni nak main.
Beginner la kiranyakan.



Itu pun enZaf bgtahu susah juga
nak control sbb tak biasa.
Kena selalu main.
Nanti dah expert boleh beli yg canggih sikit.

Gigih la Daddy dia melayan si Zahra
nak main drone ni hehe

Kesimpulannya, semua seronok
dengan barang pilihan masing2.

Thursday, July 18, 2019

First time ber"Kfry"


Cerita masa raya.
Meraikan selesai Puasa 6.
Dan first time makan kat K fry.

Itu pun tak planned sebenarnya.
Pergi OU baru nak tgk kedai apa,
lalu depan Kfry takde orang Q,
ape lagi laju2 la masuk dlm.

Pernah ajak enZaf makan situ sblm ni,
tp takpernah takde orang,
memanjang Q panjang.
enZaf tu bukan suka pergi tempat
kena beratur panjang camtu.

Agaknya rezeki nak berbuka
hari terakhir puasa 6 la tu kan.
Alhamdulillah dapat la merasa hihi



Dalam takde orang tu penuh juga kedai,
nasib baik ada meja kosong kat bahagian luar.

Nak ambil gambar
Qaireen tu tetiba buat perangai,
nganga mulut besar2..
dia memang tau :)



Mintak tolong staff situ ambilkan gambar.



Gigih dia snap byk kali,
sbb yg first tu nampak daun katanya haha



Disebabkan cerita dah lama,
ai pun dah lupa nama makanan.
Dah la jenis jarang makan makanan korea ni,
jd tak reti nak ingat nama bagai.

Tp yg ni bukan korea,
western pun ada jua..
fries ngan beef.. apa nama panggil tu
hehehe lupa
sedap jugak.



Memandangkan first time,
dorang rekemen makan ni,
ayam tu akan dibalut ngan cheese.



Ada amik video masak tu.



Mcmni la rupanya.



Tp serious ai tak bole makan byk,
ada cheese tu muak ok.
Dan tak bole buat byk2.
Rasa nak makan baru balut ngan cheese tu.

Macam ayam bawah ni,
kami balut 2 ketul dulu.



Kalau balut semua nanti
cheese tu dah keras dan sejuk,
tak sedap sgt makan.
Kalau rasa nak lagi
panggil je staff tu akan masakkan lg.
Dan ai prefer ayam tu takde cheese.
Sedap sket nak ratah.

Takde order nasi or mee.
Nanti datang lagi bole cuba menu lain plak.
Kalau takde org beratur la :p

Ni air Ariq mintak.
Kesudahannya Mummy dia kena perabiskan.



Order dessert,
ai nak manggo,
tp anak2 nak oreo ni plak.



Takkan nak order 2,
nanti sape plak nak habiskan.
Yang ni pun besar sebenarnya,
jenuh nak perabis.

Tp seyes sedap.
Next time dah cakap ngan enZaf
nak order manggo..
tak kira hehe




Tuesday, July 16, 2019

Report Card Anak-anak


Dua Jumaat yang lepas kami pergi sekolah anak-anak untuk berjumpa dengan guru dan ambil report card. Kami datang ke sekolah lambat sikit dalam pukul 11 pagi. Daddy dorang tak larat nak pergi awal sebab balik kerje lambat semalam dalam pukul 3 pagi sampai rumah. Lagi pun elok juga datang lambat, kalau awal-awal mesti ramai parents menunggu. Kami sampai-sampai pun hanya tinggal berapa kerat je :) Ai tengok dalam kelas Zahra tinggal dia sorang je perempuan. Kawan-kawan dia semua dah balik. Yang lain hanya kawan kelas lelaki hihihi Kesian dia.

Itu pun kami terpaksa tunggu sekejap sebab guru kelas dia pergi kantin. Berehat dan minum seketika. Kesiann penat melayan ibubapa tak henti-henti hehehe Sementara menunggu guru kelas dia tu harusla ai ambil gambar.



Lupa bawa selipar Qaireen, moody dia sebab ai tak bagi dia berjalan. Mula-mula je lepas tu ai bagi juga dia berjalan dengan kaki ayam huhu Berwefie pula dengan camera enZaf.



Kalau nak diikutkan enZaf tu tak dapat nak join ambil report card, dia kena pergi Melaka. Tup tup tak jadi pergi pula, kebetulan ada orang lain boleh take over uruskan. Alhamdulillah tak perlu ai huru hara dengan anak-anak heheheh

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Zahra. Jatuh sedikit.
Kedudukan dalam kelas: No.4
Kedudukan dalam darjah: No.9

Subjek lain semua okay, yang turun tu subjek Bahasa Melayu dia. Nampak gaya ai kena tekankan lebih kat situ. Sebelum ni ai dah paksa dia banyak membaca buku BM tapi itu la, susah betul sebab dia tak minat. Cuba kalau buku English, laju je dia. Siap beritahu lagi novel apa yang dia nak beli.

Selesai hal Zahra, terus kami pergi lunch. Balik rumah terus Aliah dan Ariq pula bersiap-siap untuk ke sekolah. Tapi sebelum tu Ariq dan Daddynya pergi solat Jumaat dahulu. Sampai-sampai sekolah, kami terus ke kelas Ariq. Ada la dalam 5 parents sedang menunggu giliran. Masa ni ai tertinggal handphone dalam kereta. Maka gambar-gambar kat bawah ni semua ihsan dari camera enZaf. Nasib-nasib la dia nak ambil gambar ke tak huhu



Walaupun 5 orang menunggu mujur juga la tak lama sangat masa menunggu tu. Dah selesai ambil report card Ariq kami ke kelas Aliah pula. Kelas dia tingkat atas sekali, patah pinggang memanjat tangga. Terasa juga la tegang-tegang urat peha tu haha



Masa menunggu giliran Aliah pun tak berapa lama sangat. Masing-masing parents paham dan maklum sebab ramai menunggu giliran. Qaireen pun nasib baik la dia tak meragam dan pandai bawak diri, dia berjalan dalam kelas ke sana sini. Semua orang dok melayan dia je haha Buat havoc pula kan. Salah satu hasil kerja seni Aliah. Oh ada juga seni Ariq kat kelas dia tapi Daddy dia lupa nak ambil gambar huhu



Harusla ambil gambar anak-anak lagi sebelum balik.



Memandangkan Tahap 1 dah tiada exam, report dorang dinilai berdasarkan Tahap Penguasaan (TP). TP1 lemah sehingga TP6 memuaskan. Setiap TP yang dapat tu adalah penilaian dari guru subjek masing-masing. Agak subjektif kalau kita nak tahu bagaimana guru membuat proses penilaian skor TP tu. Tapi takpela itu memang kerja guru-guru.

Hasil dari report guru kelas masing-masing. Penilaian Ariq kebanyakkan subjeknya dapat TP3. Ni kategori sederhana kalau tak silap. Untuk basic semua ada dan tahu. Cuma kena tingkatkan lagi usaha dia. Paling lemah subjek Matematik sebab itu je subjek yang dia dapat TP2 huhuhu

Aliah pula kebanyakkannya dapat TP5. TP 4 ada 2 subjek tapi ai tak berapa ingat pula. Nak tengok balik result dia, enntah mana ai letak huhu Kena mengemas barang-barang kat atas meja atau beg nanti. Ada meja tu tempat ai longgok segala jenis kertas, surat dan apa-apa je la. Bercinta nak mengemas huhu Alhamdulillah dan bersyukur apa aje keputusan anak-anak. Ai tahu semua dah berusaha sehabis baik. Semoga anak-anak Mummy terus maju jaya hendaknya. Selesai dah semuanya enZaf ajak ke IPC. Minum petang dan jalan-jalan cuci mata hehe



Monday, July 15, 2019

Ada Raya Lagi


Ingatkan masa raya opis enZaf
dah habis beraya [link],
rupanya ada lagi eheheh
Dapat whatsapp dari Suhaiza,
jemputan beraya kat rumahnya di Gombak.

Jemputan start 12tengahari,
tp kami sampai agak lewat sket,
menunggu akak Zahra habis tuisyen.


Nak update pasal citer ni,
tgk dlm phone ada gambar
yg pasti bukan ai yg ambil.



Bila tgk 2 gambar ni,
tau dah ni mesti Aliah yg ambil.
Qaireen tgh kusyuk tgk tv,
sbb tuan rumah pasang BabyTV.



Beraya di bulan Zulkaedah gitu.
Apa pun terima kasih Sue,
sentiasa jemput kami bila ada makan2.



Raya kali ni tak jumpa Niza.
Dia tak sihat batuk2..
orang baru balik dari Sabah bah.
Gi bercuti balik tak sihat hehe
Moga cepat sembuh sahabat.

Dari rumah Sue,
kami sempat singgah jalan
kat Melawati Mall.
First time ke sini.



Seronok tgk dorang jalan pegang tangan,
laju2 ai amik gambar.
Buat kenangan.




Sunday, July 14, 2019

Jumaat dan Sabtu


Cerita Jumaat dan Sabtu baru ni.
Hari Jumaat pagi adik ai Nani
whatsapp kata nak dtg rumah lepas
abah solat Jumaat.
Dorang ni mmg selalu dtg rumah,
maktok tokabah takde buat apa,
jalan2 sambil jumpa cucu2 dorang la :)

Saja whatsapp enZaf,
bgtau abah mak nak dtg.
Pagi tu dia main golf.
Dlm tengahari tu dia reply,
ajak mak abah skali lunch lepas solat Jumaat.

Dan kami semua terus ke Kayu.
Makan nasi kandar.
Nak nasi campur dah habis sbb dah pukul 3ptg.
Lupa plak nak ambil gambar ramai2 huhu

Lama juga lepak kat sana,
sampai pukul 5 petang,
abah nak ambil adik bongsu terus
kat tempat keje praktikal dia.
Dari Kayu ai ajak enZaf ke kedai baju sekolah.
Beli lencana Puteri Islam dia yg patah huhu
Alang2 tu beli baju kurung sekolah dia sekali.
Dah sendat.

Ingatkan lepas tu nak balik rumah,
tp sempat kami singgah Starbucks,
kebetulan ada buy 1 free 1,
laju la ke sana haha

Sementara tunggu air
harusla ambil gambar anak2.

Si Sulong



Si Bongsu



dan air Chocolate Chip &
Coffee Frapp.



Sabtu plak kami pergi Publika.
EnZaf nak makan nasi ayam.
Lama katanya tak makan.
Lupa ambil gambar lagi masa ni :p

Dah makan pusing2 jap dalam mall.
Masuk MPH beli buku Qaireen.
Aliah & unicorn berpisah tiada.



Kat tengah2 ada stall.
Ada satu tu anak2 dari jauh dah nampak.
Jual lollipop..
tak ambil gambar juga hehe

Dalam kereta baru ambil gambar gula tu.



Ada flavour original, lemon dan vanila.
Tanya anak2 sedap ke tak,
dorang ckp sedap :)
6 batang tu RM20.

Keluar Publika terus balikk umah mertua,
lama tak jumpa dorang.
Solat zuhur pastu ajak keluar minum petang.

Makan kat Nailis dgn mak bapak,
bawak skali anak kakak 2 org tu,
Aleesya & Danial.



Malam enZaf gi main bola.
Balik bola dia bawak balik KFC pukul 1 pagi.
Makan ngan kekenyangan pastu membuta,
dan jgn harap la nak diet ngan dia ni.

Haritu dari Isnin sampai Khamis dapat la
puasa dari air manis,
kira lama la tu dpt sbb dia
sibuk keje dan outstation.
Sbb tu Jumaat dia bawak pergi Starbucks haha
Mmg suka menghancurkan dietku.

Thursday, July 11, 2019

Kena Chicken Pox


Qaireen kena chicken pox. Rasanya dia sorang je yang kena dalam adik beradik. Ariq dan Aliah kena demam campak je. Setakat ni tiada lagi kena jenis yang berair ni. Tak tahu dari mana Qaireen dapat huhu Pada mula-mula sebelum chicken pox tu keluar banyak, ai perasan ada satu gelembung air kat jari kanan dia. Agak besar juga sebab tu ai perasan. Masa tu tak terfikir lagi apa, ingatkan mungkin kulit dia sensitif macam ai bila kena sabun atau apa-apa detergent kulit keluar gelebung air. Esoknya waktu pagi ai perasan ada lagi naik gelembung air kurang dari 5 biji. Ai rasa badan dia pun sedikit panas, macam dedar nak demam gitu.

Ai bagi masa lagi tunggu sampai ke tengah hari, periksa seluruh badan dia ada naik bintik-bintik kecil kat bahagian belakang badannya. Masa tu terus rasa tak sedap hati dan bagitahu dengan enZaf untuk bawa Qaireen ke klinik. Lepas check-up memang dia demam sikit dan doktor pun sahkan dia kena chicken pox. Waktu petang makin banyak bintik-bintik air keluar kat badan dan muka. Susah betul ai nak ambil gambar dia tak reti dok diam bergerak sana sini.



Paling banyak naik kat belakang badan dan kepala.



Ai hanya ikut nasihat doktot, sapu losyen calamine sahaja kat chicken pox dia tu. Doktor pun ada bagi ubat tahan gatal, bila tengah naik dan terutamanya bila nak kering tu, masa tu la rasa gatal dan Qaireen mesti nak garu-garu. Mujurla Qaireen jenis tak kisah pun ai sapu losyen dan senang bagi makan ubat. Dan lega juga la sebab Qaireen demamnya tak lama, dalam 2 hari je lepas tu dia dah baik. Gambar bawah ni masa chicken pox dia dah start kering.



Kesiannya la anak Mummy, comot betul rupa tu hahaha



Oh ai ada juga bagi dia minum air kelapa, tapi dia tak suka. Walaupun dia tak suka, Daddy dia tetap beli hari-hari. Sudahnya ai yang banyak minum hihi. Nasib baik dia masih menyusu badan, so salurkan melalui air susu la kan hehehe Dalam hari ke-5 kalau tak silap ai, baru chicken pox tu turn ke bahagian kaki pula. Orang cakap kalau dah sampai kaki, tu tandanya chicken pox nak habis. Kat kaki dia tak naik banyak. Bole la kira kat peha betis tu, lepas tu kat tapak kaki keluar satu je. Oh ye, walaupun tak keluar banyak tapi yang keluar tu jenis besar terutamanya kat bahagian kelengkang. Seram juga tengok ada satu chicken pox tu betul-betul kena kat diapers dia. Takut sakit je huhu

Qaireen dah baik laju-laju ai ajak enZaf keluar haha Tak pergi jauh mana pun. Lepak Starbucks aje kat Curve. Tepu dah otak ai selama 2 minggu kuarantin. Si kenit ni pun gembira dapat hirup udara luar :p



Takde dah yang berair, semua dah kering. Tinggal nak hilangkan parut je.



Dalam banyak-banyak chicken pox dia, hanya tinggal satu je yang berparut berlekuk kat hidung. Harap-harap bila makin besar hilang la lekuk tu. Sebelum ni ai dok fokus satu chicken pox dia yang besar kat dahi tu tak nak bagi berparut, alih-alih tempat lain rupanya. Sabar je la.



Alhamdulillah, proses nak sembuh tu agak mudah la jugak sebabnya Qaireen masih kecil. Nasib baik dia jenis tak kisah sapu ubat bagai, muka dia redha je Mummy dia sapu satu badan semua. Lagi pun losyen calamine tu sejuk, syok la tu.

Baiklah ni kira tips dari ai jaga anak yang kena chicken pox.
- sentiasa sapu losyen calamine
- minum air kosong banyak-banyak
- minum air kelapa hari-hari
- bagi yang menyusu ai pantang makan, elak makan makanan yang gatal dan bergoreng
- kerap mandikan
- pasang aircond, kalau panas badan akan berpeluh dan menyebabkan rasa gatal-gatal pasti rimas tak selesa.

Bab mandi tu ai boleh katakan 3-4 kali mandikan Qaireen, supaya dapat kurangkan panas badan dan rasa gatal-gatal dia. Sambil tu ai buang kulit chicken pox mana yang dah kering. Jangan kopek saja-saja, masa mandi kulit tu akan lembut bila kena air baru senang nak keluarkan. Kalau tak boleh juga jangan dipaksa. Biarkan saja. Lepas mandi lapkan badan sekering-keringnya. Jangan biar lembab terutamanya bahagian berlipat atau terlindung. Ha dah macam dalam pantang pun ada hehe Harap-harap dalam seminggu dua ni tiada la berjangkit kat anak-anak yang lain.