Pada asalnya tiada perancangan pun kami nak ke Wetland Studios ini. Kebetulan sehari sebelum ke sini, ai nampak salah seorang saudara upload gambar tempat ini di dalam Facebook. Dalam banyak gambar dia upload, ai berkenan satu tempat tu penuh dengan kilauan kaca atau kristal. Saja lah tunjuk kat enZaf, macam menarik je nak pergi ke situ. Terus enZaf cakap okay kita pergi esok. Oh ya! situ pun ada pelbagai jenis haiwan, semestilah anak-anak suka jua.
Pada hari kejadian, kami tak beritahu pun pada anak nak ke Wetland ini. Bila nampak signboard barulah anak-anak perasan tetapi mereka tak tahu ini tempat apa. Ingatkan taman biasa.🤭 Entry ini ai banyak masukkan gambar dan video. Jadi tak perlulah sangatlah nak menulis, biarkan gambar dan video saja berbicara.. cewahhh 🤣 tapi kalau rasa nak cerita ai tulislah sedikit hihi..
Bila masuk dalam bangunan, terpukau dengan cahaya lampu disekeliling kaunter tiket. Cantik sangat kalau tengok depan mata, dalam gambar nampak biasa je hihihi...
Harga tiket boleh layari laman sesawang Wetland Studios ini [link] atau pun boleh saja tengok di Instagram mereka. Sementara menunggu enZaf beli tiket, ai pun ambillah gambar dua orang remaja ini.
Kawasan Qaireen tak suka, di sini tempat ikan-ikan didasar laut. Rupa ikan semuanya mengerikan. Qaireen sampai peluk akak Zahra 😬 Sekejap saja kat sini, ambil gambar sikit dan terus beredar.
Gambar dari photobooth. Beli buat kenangan walaupun harganya "keras" huhuhu..
Sebelum keluar, singgah kedai souvenir. Nak mencari fridge magnet tapi sedih betul tak ada, yang ada hanyalah keychain. Sebelum keluar, ternampak ada kawasan petting zoo. Tidak lah besar mana tapi anak-anak nak masuk dalam. Hanya akak Zahra, Aliah dan Ariq saja yang masuk dalam. Kami duduk tepi sambil makan aiskrim hehehe.. Dua gambar bawah ini pun dari Aliah yang send dalam Whatsapp group.
Not bad juga lah tempat ini, sesuai untuk anak-anak. Tempatnya tidaklah besar mana, cuma kalau pergi waktu cuti sekolah mungkin padat sikit. Kami datang ini orang tak ramai, jadi aman lah nak bergambar bagai. Hanya ada satu rombongan sekolah dari anak-anak prasekolah. Rasa la riuh sikit, kalau tak sunyi juga hahaha.. Gambar-gambar di bawah ini semua dari phone enZaf. Letak juga dalam blog ini. Kalau ambil gambar indoor kamera phonenya cantik lagi dari ai 👍
Inilah tujuan utama kami pergi ke Pavilion Bukit Jalil. Alkisahnya enZaf ternampak satu post berkenaan kedai buku baru buka di media sosial, tak ingat pula ai yang dia nampak dalam Instagram atau pun Facebook. Bila baca komen, kedai buku tu mempunyai banyak komik. Lajulah enZaf beritahu Aliah dan laju jugalah Aliah ajak Daddynya ke sana hahaha... Tapi enZaf tak lah layan nak pergi masa itu juga, lebih kurang dua tiga minggu juga kot baru kami ke sana. Tapi sebelum kami sampai di sini ada lah berlaku kejadian di mana kami pergi salah tempat :p Semangat lah kami ke sana terutamanya Aliah sebab dia dah siap sedia nak beli komik yang diingininya. Sampai-sampai tempat tu, tak jumpa kedai bukunya. Tanya orang pun kata tak ada kedai buku tu, enZaf pun cari balik post kedai buku ni kat mana tempatnya, rupa-rupanya Pavilion Bukit Jalil. Yang kami pergi tu Pavilion Bukit Bintang hahaha... [link] Manalah nak tahu ada dua Pavilion rupanya kat sini. Akhirnya sampai jugalah kami di sini ;)
Gembiralah Aliah sampai juga dia ke sini, Tsutaya Books. Dah ambil gambar Aliah dan Ariq, Qaireen pula nak masuk bergambar juga.
Cantik kedai buku ni, nampak eksklusif sangat. Agak besar juga kedainya.
Tak keruan dah Aliah tu, dari elok-elok dia tahu nak beli apa terus tak tahu nak apa pula. Terlalu banyak sangat komik, katanya semua nampak best hehehe.. Ini kalau akak Zahra dia tahu pergi kedai buku mesti dia bising kenapa tak bawa dia sekali.
Sementara menunggu Aliah dan Ariq pilih buku, Mummy dan Qaireen berselfie sekejap. Mujurlah dalam kedai buku ini banyak tempat duduk. Tunggu lama pun tak ada masalah, suasana pun tenang saja. Nampak ada bahagian buku kanak-kanak tapi ai tak pergi pun sebab baru saja beli buku Qaireen.
Aliah tunjuk kat ai komik dia ambil, ada lagi dua tiga komik dia tak tahu nak pilih mana.
Aduhai, dah macam apa rupa rambut anak dara sorang ni. Ai terlupa bawa getah rambut. Masa keluar rumah dia baru lepas mandi, rambut basah lagi itu yang tak ikat. Rambut bawah dia curly, kalau cuaca panas lagilah berpintal-pintal rupa rambut tu haha.. Tengok rambut dia teringat abang Ariq, macamtu juga lah dia masa kecil. Hujung rambut bergulung-gulung, bila potong pendek, hilanglah gulung-gulung tu. Nak potong rambut Qaireen macam sayang pula. Tunggulah tahun depan nak masuk sekolah nanti baru pendekkan rambutnya.
Minta Aliah ambilkan gambar ai. Dapatlah Mummy masukkan dalam Instagram :) Pergi waktu hari biasa, kuranglah orang dalam kedai jadinya tak adalah susah sangat nak bergambar. Cuma tebalkan muka lah bila bergambar sebab masa tu ada staf kedai buku tengok ai hahaha.. eh! ai perasan ramai staf di sini, kalau nak minta tolong dorang ambilkan buku tak ada masalah, ramai sedia membantu.
Ambil gambar Ariq pula, oh ya! dia pun ada beli komik juga. Terlupa pula ai nak ambil gambar dia dengan buku-bukunya.
Selain dari buku, ada juga stationary, barang hiasan dan beberapa aksesori seperti keychain, bag dan macam-macam lagi. Tapi nak beritahu siap-siap, harganya tidaklah murah mana. Walaupun ai ada berkenan beberapa stationarynya tapi bila tengok harga terus letak balik hahaha... Dalam kedai buku ini juga ada kafe, enZaf dari dalam kereta lagi kata lepas beli buku-buku ni boleh lah singgah minum sekejap. Kami sampai-sampai saja kafenya dah tutup, masa tu tengok hampir pukul 6, staf di situ dah mengemas huhu tak ada rezeki.
Disebabkan tak dapat minum di kafe itu, kami terus ke Coffee Beans untuk minum petang.
Masih lagi cerita di Melaka. Dalam banyak kali pergi ke Melaka ini, tahun ini adalah kali pertama kami pergi dan masuk ke dalam Muzium Samudera. Sebelum ini kami hanya lihat dari luar sahaja. Akak Zahra orang paling gembira sekali sebabnya dia amat meminati muzium. Tidak kira muzium apa mesti dia suka. Minah Sejarah dia ni hihihi... Sebelum itu ai letak sedikit informasi berkenaan Muzium Samudara ini.
Petikan dari Perzim.gov.my
Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.
Boleh tahan jauh juga kami berjalan kaki ke muzium ini. Tidak dapat tempat parking yang terdekat, enZaf parking kereta berhampiran dengan Menara Taming Sari. Oh menara itu pun kami belum naik lagi, hari itu tak sempat nak pergi. Lain kali kalau ke Melaka nak naik menara tu pula :) Cuaca hari itu alhamdulillah panas terik, berpeluh kami nak sampai ke depan pintu masuk muzium hehehe..
Sempat ai minta akak Zahra dan Qaireen berhenti bergambar sekejap.
Tak sangka kapal ini besar juga bila tengok dekat-dekat. Comel je enZaf disitu. Kagum tengok kecantikan kapal ini dari luar. Lawa sangat.
Best masuk dalam kapal ini, sejuk sebab ada aircond. Cuaca kat luar itu panas terik, bila dapat sejuk-sejuk ini terasa nyamannya. Orang yang rajin baca sejarah semestinyalah dua orang di dalam gambar di bawah, akak Zahra dan Daddynya. Ai hanya jalan-jalan ambil gambar dan video :p
Datang pada waktu hari bekerja, tiadalah ramai sangat orang bersesak. Tenang is good ;) Ajak Ariq bergambar kat replika kapal banyak-banyak belakang dia tu.
Dalam banyak-banyak replika kapal kat situ, yang warna merah ini menarik perhatian ai.
Nasib baik mood Qaireen okay masa kami masuk ke dalam kapal ini. Risau juga tiba-tiba dia menangis ke apa sebabnya dalam kapal ini banyak replika orang. Mana lah tahu dia takutkan. Seronok berlari lagi ada. Mujur orang tak ramai.
Ariq dan Aliah tengok suasana tahanan di dalam penjara disebalik tingkap kaca. Banyak soalan keluar dari mulut Ariq masa ini. Tanya kenapa ada penjara dalam kapal, kenapa orang tu kena tangkap, kenapa kaki dia ada rantai dan macam-macam kenapa lagi hihihi...
Ada juga sekeping gambar ai dalam kapal ini hahaha.. jadilah tapi tak ingat pula siapa yang snap gambar ini, Aliah ke Ariq. Thank you anak!
Tengok rupa bilik Kapten kapal.
Ada 3 tingkat keseluruhan dalam kapal ini. Besar dan tinggi. Selesai berjalan di dalam kapal, kami naik bahagian atas pula. Di atas ini hanya lihat bahagian luaran kapal sahaja, dari situ boleh lihat pemandangan luar. Dok bayangkan di tengah-tengah laut...
Masa nak turun dari bahagian atas kapal ini agak gayat juga, tangganya kecil dan curam. Orang tua memang tak naik atas ni lah sebab bahaya takut tergelincir selain dari kaki tak kuatkan.
Cantik kapal ini ai masih kagum melihatnya.
Masa turun dari kapal ini ada satu section bergambar dengan official photographer. Ai ingat nak ajak enZaf bergambar tapi sayang orangnya tiada, mungkin tengah break. Tiada rezeki huhu.. Dan bila berjalan nak keluar, enZaf nampak ada satu bangunan berhampiran dengan kapal, rupanya ada lagi info sejarah di dalam bangunan itu. Tak berapa perasan sebab tiada sign besar untuk ke arah bangunan itu. Tiada orang pun masuk di dalam, hanya kami sahaja hehehe...
Bab-bab membaca memang serahkan kepada akak Zahra dan Daddynya. Lepas tu dorang explain kat ai hahaha.. Aliah dengan Ariq macam ai, kurang berminat nak baca.
Di dalam bangunan ini ada juga informasi mengenai kehidupan marin.
Gambar di bawah adalah gambar penutup sebelum kami keluar dari Muzium Samudera. Serabai dah Mummy tengok rambut Qaireen itu. Gigih tunjuk tanda bagus kat ke dua-dua tangannya. Itu tandanya recommended by Qaireen untuk orang datang ke Muzium Samudera hehehe...
Lupa pula nak tanya enZaf berapa harga tiket. Yang pasti harganya murah sahaja, berbaloi lah dengan apa yang kita lihat dan pelajari. Ilmu sejarah gitu hihihi... Harga tiket boleh rujuk dalam website Perzim. Maklumat muzium lain pun boleh didapati di dalam website tersebut [link].
On the way nak ke kereta tu, terserempak dengan maskot Minnie Mouse. Qaireen dapat lolipop, tak sangka dia tak takut pun dengan maskot ni. Kalau nak bandingkan dengan kakak-kakak dan abangnya, awal-awal lagi dah lari hehehe..