Wednesday, July 26, 2023

Hari Terakhir Inter-SBP Peringkat Zon Tengah


Hari terakhir akak Zahra bermain hoki bagi perlawanan Hoki Inter-SBP Peringkat Zon Tengah. Untuk game pertama akak Zahra kami tak dapat tengok disebabkan pertindihan masa dengan game bola abang Ariq [link]. Game pertama itu adalah game terakhir dalam kumpulan jika diikutkan kepada keputusan perlawanan sebelum, sekolahnya sudah layak ke peringkat semi-final :) Dalam pukul 12 tak silap ai, perlawanan semi-bermula. Alhamdulillah kami sempat sampai tepat pada waktunya.







Tak banyak gambar dan video dirakam. Cuaca ya ampun panas lit lit. Semalam tengok game dia cuaca mendung dan hujan rintik-rintik. Kali ini cuaca terus tak boleh dibawa bincang hahaha... Ai yang tengok dari tepi pun nak pitam tenghari main. Alhamdulillah mereka berjaya ke Final pada waktu petang pula. Masa Final tu nampak masing-masing dah kepenatan ya amat. Kesian pula, macamana pun perjuangan belum selesai. Perlu dihabiskan sehabis baik. Mereka berjaya menamatkan ke tempat ke dua iaitu Naib Johan. Syukur Alhamdulillah. Penat lelah mereka terbalas. Pembangunan hoki di sekolah ini selama setahun menghasilkan keputusan yang tak disangka-sangka.



Gambar di atas dan di bawah ini ketika upacara penutup. Masa ini team perempuan Semashur berkawan baik dengan team BASIS (SM Sains Banting), bila ai nak ambil gambar mereka, bukan main happy masing-masing. Sekolah sebelah tu level lain tak berapa nak join the crowd :p



Goalkeeper perempuan dapat Anugerah Penjaga Gol Terbaik. Tahniah kakak Alleya, dia Form 5 :)



InsyaAllah selepas ini mereka akan ke Batu Pahat untuk Perlawanan Hoki Inter-SBP Peringkat Kebangsaan 2023. SM Sains Batu Pahat sebagai tuan rumah tahun ini. Semashur membuat rekod semula kembali ke peringkat Kebangsaan setelah 7 tahun. Gembira berganda apabila team lelaki jua turut bersama ke peringkat Kebangsaan, memenangi Naib Johan juga. Tahniah anak-anak!! Tahniah Coaches!! Tahniah Cikgu-cikgu!! Tahniah juga buat parents semua yang sama-sama memberi sokongan tak berbelah bagi. Terharu pula hehehe.. Oh ya! Pengetua KUSES itu merupakan bekas pengetua Semashur. Kira anak-anak ini adalah membuat jejak kasih sekejap :)











Sebelum kami balik, sempat lah culik akak Zahra sekejap untuk bergambar. Tak boleh tunggu lama sebab Daddy dia ada main bola pula.



Satu hari tu memang mengejar masa dari pagi sampai ke petang hehehe.. Tahniah kakak!! Lepas ini berehat sekejap dan fokus pada Pentaksiran Pertengahan Tahun ya.

No comments: