Thursday, December 15, 2022

Malaysia dan Maldives


Lama betul kami tak tengok Harimau Malaya (HM) beraksi di stadium. Pergi stadium tu dah banyak kali tapi itu ikut enZaf main bola. Ai dah tak ingat bila kali terakhir tengok HM kita main. Bila search semula dalam blog ini rupanya sudah tujuh tahun berlalu [link]. Masa itu Ariq umur 3 tahun. Ai sendiri tak ingat apa ntah lagi Ariq hehe... Pergi ini pun adhoc saja, tak plan apa pun. Beli tiket pun dah lewat petang ianya perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Maldives. Kami jangkakan game ini tidaklah ramai orang tetapi sangkaan meleset. Dari jalan dah boleh dengar Ultras Malaya :)



Nak sampai ke stadium sudah jem dan tempat parking kereta pun penuh semuanya. Boleh tahan jauh juga kami berjalan dari tempat letak kereta sampai ke stadium ni huhu.. lama tak exercise, terasa pancit tu hahaha.. Dah dekat sampai stadium rasa seronok tengok keadaan dan suasana yang meriah.







Hanya kami berempat sahaja ke stadium ini. Kami bawa Ariq dan Qaireen. Dua orang anak dara lagi tu tinggal di rumah, tak layan sangat bola. Ariq paling teruja sekali bila nak ke stadium. Semangat dia nak tengok pemain Malaysia main bola.



Bagi enZaf, dia sudah banyak kali tengok HM di stadium. Cuma dia jarang bawa ai sebab pergi dengan kawan-kawan. Kali ini dia bawa ai pula selain ianya perlawananan persahabatan, game ini juga diadakan di Stadium Cheras. Senang sikit nak pergi katanya dari Stadium Bukit Jalil yang besar tu. Ai pula jenis tak kisah, ikutkan saja :)



Ambil gambar dua hero ini. Silau pula dengan lampu stadium yang terang itu.



Ai pun nak bergambar juga. Suka gambar ni terang, lighting on point sangat hehehe..



Masa tengah break lepas separuh masa pertama, kami berpindah tempat berdekatan dengan Ultras Malaya. Semangat berkobar bila tengok Ultras Malaya ni.



Selain itu kami pindah ni nak duduk dekat sikit bila HM menjaringkan gol.



Itulah keputusan masa penuh perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Maldives 3-0. Tahniah HM!!



On the way kami nak balik ke kereta tu, sempat lagi singgah di gerai buah Durian.



Lama betul tak makan buah Durian. Bila dapat tu tak toleh kiri kanan dah. Bawa balik satu bungkus untuk Aliah, kat rumah ini hanya akak Zahra seorang saja yang tak makan Durian huhuhu..



Monday, December 5, 2022

Al-Fatihah buat Mak Tok


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Tanggal 4hb Disember 2022 kami dikejutkan dengan perkhabaran yang mendukacitakan bahawa Mak Tok telah meninggal dunia pada waktu pagi.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

AlFatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين



Masa ai dapat berita ini sedang berada diluar untuk membawa akak Zahra latihan dan pemilihan hoki. Disebabkan itu, ai tak dapat balik ke Johor dengan kadar segera kerana perlu menunggu latihannya habis dan hantar pulang ke asrama. Kalau ikutkan hati nak saja bawa dia sekali tetapi akak Zahra ada banyak tugasan yang perlu dia siapkan dan kebetulan juga hari latihan itu kawannya pun turut sama tumpang balik. Jadi nak taknak kami kena hantar juga mereka berdua ke asrama. Lepas saja hantar mereka, kami terus bergegas ke Johor Bahru.

Ya Allah, perjalanan ke sana mengambil masa hampir 5 jam. Banyak betul kereta di highway, memang tak boleh nak laju. Tak sempat kami nak tatap wajah terakhir Mak Tok sebelum dikebumikan. Mak, Abah dan adik pun tak sempat nak sampai awal walaupun mereka bertolak sebelum tengahari. Arwah Mak Tok dikebumikan awal sedikit sebelum masuk waktu Asar. Walaupun ada rasa terkilan sedikit tapi kami semua redha di atas pemergian arwah Mak Tok. Kali terakhir ai jumpa dia masa arwah melawat Mak dan Abah ketika arwah Achik meninggal.



Sempatlah bergambar ketika dirumah acik Nurin selepas majlis tahlil. Gambar di atas adik beradik Mak yang masih ada. Mak ada 11 orang adik beradik. Gambar di bawah pula gambar keluarga beramai-ramai. Tak semua dapat datang disebabkan kekangan masa.



Ai ambil gambar arwah Mak Tok di Facebook Pak Su. Simpan dalam blog ini sebagai kenangan. Nampak comel sangat arwah Mak Tok. Oh ya, sebenarnya arwah Mak Tok dan arwah adik ai Achik berkongsi tarikh lahir yang sama. Disebabkan itu ramai yang berkata muka arwah Achik salin tak tumpah dengan arwah Mak Tok [link]. Rupa-rupanya mereka twin kan :) Dan tak sangka juga mereka pergi meninggalkan kami pada tahun yang sama :(



Sekarang kedua-dua belah ai sudah tiada atok dan nenek begitu juga dengan enZaf. Tahun ini merupakan ujian yang besar buat kami sekeluarga terutamanya pada Mak. Dia bukan sahaja kehilangan anak malah kehilangan ibunya juga. Tahun lepas kehilangan adiknya, Aunty Pah [link]. Baru nak bangkit dan kuat, tiba-tiba datang sedih semula. Masa ai tengok muka Mak rasa sebak sangat, tak tahu nak gambarkan perasaan tu. Yang pasti air mata ai mengalir bila tengok dia masa di Johor tu. Sekarang ni tengah taip pun bergenang air mata huhu.. Ya Allah, Kau berilah kekuatan dan semangat buat Mak.

Monday, November 21, 2022

English Project: Give Your Jeans A New Life! Year 6


Seperti biasa anak-anakku ini, esok nak hantar barulah hari ini kelam kabut nak siapkan. English teacher Aliah ada bagi assignment untuk hasilkan kreativiti dari seluar jeans. Ai suruh Aliah membuat carian di Internet untuk mendapatkan idea.



Akhirnya dia memilih untuk menghasilkan beg. Itu pun ambil masa dia pilih cara-cara membuat beg di Youtube. Kebanyakkannya agak rumit sebab memerlukan banyak peralatan. Dalam mencari tu akhirnya dia jumpa satu yang agak mudah dan senang :) Nasib baiklah Daddy dia ada sepasang jeans yang sudah tidak dipakai. Seluar jeans tu agak baru juga, katanya dalam 2-3 kali sahaja pakai sebab dah tak muat, tak lepas butang di pinggang hahaha..



Sesekali ai tengok Aliah buat sambil ambil gambar sekeping dua. Bila tanya dia boleh ke tidak buat, jawabnya okay. Senang hati Mummynya tak perlu nak menolong.



Aliah pilih video di Youtube yang menggunakan gam panas. Kebanyakkan beg yang dihasilkan memerlukan jahitan, leceh baginya. Pakai gam ni lagi mudah senang dan pantas :)



Dah siap gam semua, Aliah sambung di bilik. Dia mencari stiker, manik dan apa sahaja yang boleh digunakan sebagai hiasan.



Inilah hasilnya dari sepasang seluar jeans menjadi sebuah beg tali yang comel. Cantik sangat dengan hiasan warna-warni.



Anggaran masa Aliah siapkan dalam 2 jam setengah. Esoknya selepas balik dari sekolah terus ai tanya dia feedback dari cikgu. Cikgu puji dengan hasil kerjanya. Tak ramai kawan kelas buat dan cikgu ambil gambar hasilnya itu tapi dia tak pasti untuk buat apa dengan gambarnya hehehe.. Beg itu pun boleh di bawa balik simpan di rumah dan dia pun boleh pakai bag itu untuk keluar ke mana-mana.

Thursday, November 17, 2022

Hadiah Maulidur Rasul & Merdeka


Ai selalu terkejut bila Aliah dan Ariq bawa balik hadiah sekolah. Selalu tak disangka-sangka mungkin disebabkan ai tak letak sebarang harapan agaknya hehehe.. Tahu anak-anak ini masuk pertandingan itu ini sebab mereka berdua selalu saja bercerita apa yang berlaku di sekolah. Bukan lah ai tak yakin pada mereka cuma beranggapan apa sahaja aktiviti dorang lakukan adalah untuk pendedahan dan pengalaman buat mereka. Kalau menang itu bonus :) Bila tak sangka-sangka menang haruslah ai ambil gambar Aliah dan Ariq simpan sebagai kenangan.



Gambar di atas masa Ariq tunjuk hadiah dia memenangi melukis poster Maulidur Rasul. (Entry berkenaan Maulidur Rasul di sekolah link ). Begitu juga dengan Aliah, dia pun menang melukis poster Maulidur Rasul. Poster mereka ai tak dapat tengok, dorang berdua perlu lukis dan warna semuanya disekolah. Masa ini Aliah tak sangka dia boleh menang sebab dia dapat hadiah lambat sebulan dari Ariq. Cikgu kelasnya terlalu sibuk sampai terlewat nak serahkan hadiah pada murid-murid. Itu yang Aliah ingat dia tak menang apa.



Memang ai tengok Tahun 6 sibuk betul, penuh dengan tugasan projek untuk murid-murid buat. UPSR dah tiada jadi perlu lah diganti dengan pelbagai bentuk atau teknik tugasan. Memang ai melayan banyak benda untuk Aliah terutamanya beli bahan-bahan projek. Mujurlah dia pandai buat sendiri ai hanya memantau sahaja :) Gambar di bawah pula Aliah dan Ariq bawa pulang hadiah sempena Hari Kemerdekaan.



Ke dua-dua mereka memenangi pertandingan mewarna juga. Lagi satu tu mereka memenangi pertandingan sajak. Wah yang ini lain sikit, tak sangka boleh bersajak ya. Lepas ini boleh lah perbanyakkan lagi bercakap dikhalayak ramai. Aliah ai memang tahu dia tak ada masalah dengan public speaking, di kelas pun dia banyak buat presentation dan mengajar kawan-kawan lagi. Bagi Ariq ini merupakan sedikit kejutan untuk ai, Ariq ni agak pemalu dan dia jarang sangatlah nak bercakap tapi ada satu hari tu dia beritahu ai masa sekolah buat pertandingan menyanyi bulan kemerdekaan, dia nak cuba masuk tahun depan hihihi... Mummy okay saja Ariq, sekurang-kurangnya dia dapat latih diri dia berani juga kan.

Sunday, November 6, 2022

Semata ke Genting tapi Tidak Kesampaian


Wah tajuk bukan main panjang. Apa yang tidak kesampaian tu kan hahaha... Ai sebenarnya teringin nak makan di Restoran Burger & Lobster. Sajalah mengajak enZaf ke Genting, amboi bukan main jauh nak makankan. Padahal ada sahaja dekat di KL tu hihi.. Bila enZaf jawab okay, haruslah laju-laju ai dan anak-anak bersiap. Dalam pukul 5 petang kami sampai di puncak.



Cuaca pun tidak berapa panas, masa nak sampai tu penuh dengan kabus tebal. Ariq siap cakap "Mummy, tingginya kita.. kita dah ada atas awan lah". Ai dan enZaf gelak je hehehe.. Lama tak layan sejuk di Genting, dia lupa lah tu :p Sebelum ini pun sampai setakat di GPO sahaja, tak naik sampai atas puncak.





Bila masuk mall, kebetulan ada persembahan di skrin, persembahan itu diiringi sekali dengan lampu-lampu. Ai tak pasti panggil apa. Agak teruja juga lah kami semua, ralit tengok sampai habis. Dari berdiri sampai duduk ai ambil video hahaha.. Punyalah tak pandang kiri kanan dah :)




Selesai sahaja persembahan itu kami tengok ke indoor theme park, Skytropolis. Tak main apa pun, sekadar tengok-tengok suasana meriah itu hihi.. anak-anak pun tak ada minta nak naik ride bagai. Lepas tu terus kami menuju ke Restoran Burger & Lobster. Ya ampun, dah dekat nak sampai punyalah panjang orang beratur nak makan situ juga. Kecewa terus hati ini, tak sanggup nak beratur menunggu giliran. enZaf pun sama malas juga. Terus kami beredar ke tempat lain. Kami sekadar jalan-jalan window shopping aje dalam mall. Penat dah kaki berjalan, berehat sekejap. enZaf pun kena buat panggilan kerja, urgent katanya. Sementara menunggu dia tu, ai pun ambillah gambar dan video bersama anak-anak :)







Dah selesai ai pun suruh lah Aliah ambil gambar Mummy & Daddy. Bertuah punya anak, dia ambil gambar masa kami belum bersedia lagi. Jadi letak aje lah dalam blog ini sebagai kenangan hehe.. Haish berat mata memandang tengok berat badan sendiri. Dah tahu kembang tetap malas nak joging semula huhuhu..



Gambar kami sekeluarga kecuali ketiadaan akak Zahra. Minggu ini tiada lawatan dan outing itu yang kami ke Genting ini. Selalunya setiap kali hujung minggu ada sahaja ke sanakan.



Sambung lagi perjalanan kami dalam mall, nampak tempat macam cantik saja terus minta enZaf ambilkan gambar :)





Penat dah berjalan, singgah minum di Starbucks. Sejuk-sejuk ini dapat air kopi panas-panas memang best. Tapi panas tu sekejap je, cepat betul sejuknya huhuhu... Ambil gambar si mamat bunga, walau pun dia jarang sangat bagi bunga :p



Sebelum balik kami sajalah nak berjalan di luar. Konon-konon nak ambil angin. Sekejap je kat luar, tak tahan dah sejuk. Sejuk tu sebab ada angin. Agak kuat juga anginnya. Laju-laju ambil gambar hahaha..





Dalam Instagram ai ada upload gambar di bawah ini. Letak caption "Apa beza bunga dengan cik abang?" Pickup line kononnya bagi enZaf jawab hahaha.. Sis baru sekarang nak belajar cia cia cia.. lambert :p



Bila enZaf tanya "apa bezanya" Ai pun jawablah "Bunga mekar di taman tapi cik abang mekar di hati i" Cia cia cia!!!! hahahaha.. begitulah kisah kami semata ke Genting tapi tidak kesampaian nak makan Lobster :)

Saturday, November 5, 2022

Makan-makan di Boom City SS17


enZaf bawa kami makan di tempat baru. Eh bukan la tempat tu baru, tapi baru pada kami sebab pertama kali pergi hehehe... Dia kata selalu nampak tempat makan ni bila ke Subang tapi tak pernah cuba dan tak tahu nak masuk dari arah mana. Kami pergi ni pun tak tahu nama tempat tu, main cuba-cuba je masuk kawasan perumahan itu ini. Dah sampai baru tahu nama tempat makannya iaitu Boom City SS17 :)



Banyak juga gerai jualan dengan pelbagai menu. Semua menarik dan pilih lah mengikut selera masing-masing.



Ai kalau ke tempat makan jenis macam ini, gerai atau food truck lebih prefer makan yang santai-santai dan tak berapa berat. Kalau ada kerang memang itu lah paling laju order :p Tapi nak beritahu cucur tu sedap. Ada makan laksa, pun sedap juga.





Boleh tahan menarik tempat makan ni. Cuma cuaca jangan hujan saja sebab kawasan terbuka. Ada disediakan khemah tapi tak cukup banyak untuk tampung semua tempat duduk.

Friday, November 4, 2022

Berbuka Puasa Ganti


Tahun ini tak banyak ganti puasa. Awal tiga hari nak sambut hari raya, ai dah raya dulu hehehe.. Tahun ini tahun pertama untuk Aliah ganti puasa sama juga dengan akak Zahra. Untuk akak Zahra puasa tahun sebelum ini dia dapat puasa penuh. Kali ini ai dah ada geng lah untuk berpuasa ganti. Hanya ai dan Aliah sahaja, akak Zahra di asrama. Muka orang berpuasa menanti waktu berbuka.



enZaf ajak berbuka di luar, lajulah ai kata okay. Kami makan di Absolute Thai dalam Giza Mall.



Banyak betul enZaf order makanan. Macam dia pula yang berpuasa. Mujurlah dia order tu hidangan kecil-kecil semuanya.



Lepas makan layan sekejap anak bongsu ni main ride. Mujur ada abang Ariq yang rajin nak melayan adiknya.





Sebelum balik sempatlah beli air kopi dan Aliah pula minta Lao Lao. Qaireen pun dah minat Lao Lao ni juga.



Gambar di bawah inilah lauk ai dan Aliah bersahur. Sekadar nasi putih dan telur goreng bersama kicap. Aliah dia suka sangat makan macam ini. Ai pula tak sampai hati, kadang-kadang tu tanya dia banyak kali nak lauk ayam ke tidak, tetap kata tak nak. Ariq pun sama juga, dapat makan nasi, telur dan kicap pun boleh. Tapi Ariq kalau tak ada telur makan dengan ayam goreng pun dah suka.



Seronok ganti puasa sekarang ni, waktu Maghrib awal. Dan ini merupakan puasa ganti yang ke dua, tinggal sehari je untuk ai. Lepas itu kita boleh beraya sudah hehehe.. Aliah banyak lagi, macamana pun ai akan teman dia puasa bersama. Akak Zahra ai suruh dia puasa di sekolah tak nak. Katanya terlalu sibuk takut penat :) Jadinya cuti sekolah panjang nanti lah dia akan ganti puasanya.

Thursday, October 27, 2022

Dapat Cincin


Cerita ini merupakan hari yang sama masa ai keluar jumpa kawan-kawan [link]. Tenghari dah keluar makan dengan kawan-kawan jadinya petang ai keluar dengan family pula. enZaf ajak makan petang di IPC.



Ariq yang suka makan Cheese Corn Dog. Dia suka makan Ayam Gunting Uncle Bob juga. Makan malam itu pun dah cukup baginya.





Lepas makan enZaf ajak ke Uniqlo di The Curve. Nak mencari seluar jeans katanya. Bila dah menunggu dia shopping, haruslah kita ambil gambar.



Pantang nampak cermin besar, automatik nak ambil gambar. Aliah je tak ada sebab dia ikut Daddynya membelek seluar :)



Lepas solat Maghrib kami keluar semula. Pergi Subang Parade nak mencari baju kurung untuk akak Zahra. Ai suka baju kurung cotton dari Butik Sireh Penang, sangat selesa dan sejuk. Baju prep akak Zahra semua dari situ. Habis membeli baju kurung dia, enZaf ajak masuk Poh Kong. Ai pernah cakap dengan dia berbulan-bulan sebelum ini nak beli cincin emas tapi tak sempat nak membeli. Kali ini dia ajak tu macam terkejut juga sebab tiba-tiba gitu :p Lagi pun dah beritahu dia cincin ai beli ni nak pakai duit sendiri. Tup tup masa nak bayar dia cakap tak apa dia bayarkan.



Alhamdulillah semoga murah rezeki enZaf. Ai beli cincin belah rotan sahaja untuk buat harian. Sebelum ni ada satu je cincin belah rotan masa merisik. Punya la dah berbelas tahun baru tambah lagi satu cincin hahaha.. bukan peminat tegar emas beginilah. Okay sekarang ini duit nak beli cincin tak guna sebab enZaf bayarkan, tengah fikir nak beli apa pula ya hehehe..